Thursday, February 22, 2007

Anak Emas Buat Orang Cemas

Raja Petra Kamarudin
Terjemahan: marhaintua
22 Februari 2007


Najib Tun Razak tidak sepatutnya dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Perdana Menteri Abdulalh Ahmad Badawi tidak pernah mengingini Najib tetapi Tun Dr. Mahathir telah memaksa beliau membuat pilihan itu tanpa membuat pilihan sendiri. Sesungguhnya di sebalik segala pulas tangan itu, Paklah masih berdegil dan buat bodoh sahaja.

Mahathir dapat mengagak betapa Paklah cuba melengahkan masa. Memanglah Paklah tidak bersuara menyatakan dia menolak Najib menjadi orang nombor dua. Dia sengaja melengahkan masa untuk membuat pengumuman sambil berharap Mahathir akan beralah ataupun hilang minat akan perkara itu. Tetapi Mahathir adalah laksana anjing yang menggongong tulang. Sebaik sahaja giginya menggit sesuatu memang susah untuk melepaskannya. Lihat sahajalah kisah Jambatan Bengkok, penjualan pasir kepada Singapura, perjanjian bekalan air Singapura-Malaysia, Proton, MV Agusta, dan segala isu lain yang dekat di hatinya. Walaupun dia mengahadapi risiko bergelagat laksana rekod lama yang tersangkut dalam putarannya, Mahathir tidak pernah mengalah dan terus menghentam sehingga pandangannya betapa berlaku penyelewangan dapat diperbetulkan.
Dengan semangat begitulah Mahathir tidak mudah membolehkan Paklah merencana sendirian tentang perlantikan seorang timbalannya. Mahathir mahukan Najib dan tidak ada orang lain lagi. Kerana itu Mahathir telah merencana satu rancangan yang memenuhi kehendaknya. Sebelum itu pegawai tinggi kerajaan telah menemui Mahathir dan mengajak beliau menghadiri satu jamuan perpisahan. Oleh kerana dia sudahpun bersara, dan Paklah sudah menjadi Perdana Menteri, Mahathir fikir apakah gunanya diadakan majlis jamuan perpisahan itu. Selalunya jamuan majlis perpisahan diadakan sama masanya dengan majlis menyambut ketibaan si pengganti orang yang pergi bersara, dan bukan diadakan apabila seorang itu sudahpun lama pergi. Itulah pandangan Mahathir yang dinyatakan kepada mereka. Tetapi para perwakilan masih bertegas mahu memberikan kehormatan kepada Mahathir dengan menjamunya dalam satu jamuan makan malam. .Mungkin ketika itu terpetik satu idea dalam kepala Mahathir. Sebagai orang yang sentiasa berfikir saya fikir Mahathir nampak peluang dalam cadangan jamuan perpisahan itu. Beliau bersetuju dengan bersyarat. Dia mahu mereka turut menjemput Paklah menghadiri jamuan itu. Lagipun Paklah sudah menjadi perdana metneri, tentulah tidak manis mengenepikan beliau daripada aturut serta. Demikialah syarat Mahathir, kalau mereka turut menjempaut Paklah, dan kalau Paklah sedia hadir, dia akan bersetuju menghadiri jamuan itu. Jika tidak dia tidak mahu menghadirinya.

Ini membuatkan para perwakilan menemui Paklah dan menjelaskan perkara itu kepad aPErdana Menteri syarat Mahathir mahu menghadiri jamuan perpisahan tersebut. Sandainya Paklah engan hadir, bereerti majlis itu ditamatkan begitu saha dan pegwai kanan kerajan tidak akan dapata memberikan penghormatan kepad a Mahathir dengan menjamu makan malam. Kerana itu Pakah bersetuju meghadiri amaunitu sebagai memenuhi syarat Mahathir turut menghadirinya.

Apabila berdepan dengan syarat seamcam itu takkanlah Paklah mahu menolak jemputan itu. Kerana dia tidak mahu menjadi penghalangnya dia bersetuju serta merta. Jadi Mahathir dan Paklah turut sama-sama hadir di majlis makan malam tersebut. Begitulah juga dengan anggota media. Apabila media bertanya Mahathir untuk membuat kenyataan akhbar, dia berkata betapa dia mahu mengucapkan terima kasih kepada Paklah kerana bersetuju melantik Najib sebagai orang nombor dua memimpin negara. Inilah yangmenjebak Paklah tanpa disedarinya. Dia menjadi kecut di dalam dan keluar serta merta dairipada majlis itu dan memberi arahan kepada para pembantu beliau agar media membisukan kenyataan Mahathiir. Media tidak boleh membuat lapuran akah perkara itu. Tetapi dia boleh mengawasi media arus perdana ataupun media cetak, dia tidak boleh mengawal media alternatif ataupun internet. Pada malam yang sama apa yang diistiharkan oleh Mahathir telah merebak laksana api ganas di internet. Pada keesokan harinya Paklah tidak ada pilihan tetapi membuat pengumuman, hampir 20 jam kemudian, bahawa Najib sudah pun dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Mmalaysia. Setakat itu Mahathir sudah menjadi curiga apakah dia telah tersilap besar kerana melantik Paklah sebagai pengantinya. Dia tidak mengambl masa yang lama untuk menyedari dia benar-benar telah berbuat satu kesilapan yang sama seriusnya apabila dia meminta Paklah melantik Najib sebagai timbalan beliau.
Seandainya Paklah adalah satu-satunya kesilapan beliau perkara itu masih boleh diperbetulkan, Dia boleh memaksa perletakan jawatan Paklah dan membenarkan Najib mengambil alih jawatan yang dikosongkan itu. Akan tetapi apabila Najib ternyata satu lagi kesilapannya ya gn lebih besar, bagaiman mungkin dia mahu perbetulkan kesilapan itu? Apabila berdepan dengan situasi itu bagaimana mungkin dia memaksa menyingkirkan orang nombor satu untuk memberti ruang kepada orang nombor dua? Ini adalah laksana keluar daripada mulut singa masuk ke rahang buaya? Sama ada anda dipecat ataupun terbakar. Ternyata bukan ada pilihan yang baik dalam hal ini.

Ramai orang berpendaoapt bahawa kebelakangan ini Mahathir nampak sudah lemah dalam serangan beliau keatas Paklah disebabkan penyakit lemah jantung. Sebenarnya itu bukanlah penyeababnya. Penyakit lemah jantung tidak akan melengahkan Mahathir. Dia sudah menjadi begitu terkenal untuk membenarkan perkara remeh temeh seperti itu menyekat serangannya. Sesungguhnya kemungkinan menggugurkan Paklah akan memungkinkan Najib naik untuk menjadi penganti, yang menyebabakn Mahathir seolah-olah lembab sikit, aktivitinya. Kepada Mahathir antara dua iblis itu Paklah adalh lebih baik sikit daraipada Najib. Mungkin Paklah kerap tertidur berdengkur ketika mengahadairi mesyuarat dan majlis. Malahan dia pernah tertidur semasa satu mesyuarat majlis perang yang mahukan satu keputusan bagaimana bertindak terhadap gelagat Indonesia yang mahu berperang setelah melanggar salah satu bot tentera Laut. Mahathir boleh bersabar dengan perkara begini. Dia masih boleh bersabar terhadap anak menantu yang tamak haloba yang berfikir bahawa Roma telah dibina dalam masa enam hari dan pada hari yang ketujuh semua dewa dianggpanya telah bercuti rehat. Mahathir masih dapata bersabar dengan gelagat anak lelaki Paklahyang suah memolot kontrak kerajan bernilai RM1.5 bilion Tetapi Mahathir tidak boeh bersabar dengan kerenah isteri Najib campurtangan urusan Najib, apalagi seteleh si isteri menganggap bahaa beliau adalah wanita pertama negara selepas kematian Kak Endon.
Sebenarya saya ada satu berita untuk pengetahuan Rosmah. Malaysia tidak mempunyai Wanita Petama, Kalau adapun, sudah tentu orang itu ialah Permaisuri Agong dan bukannya siteri Perdana Menteri. Selepas itu kita masih ada sembilan pemerintah (tujuh sultan, sorang raja Perlis dan Yam Tuan Negeri Sembilan) dan empat undang (Ngeri Sembilan) . Jadi, isteri Perdana Menteir adalah Wanita Kelima Belas dan isteri Timbalan Perdna Menteri adalah Wanita Keenam Belas, kalaulah Perdana Menteri masih belum kawin lagi.

Apapun, sambil kita menceritakan kisah isteri Perdana Menteri, ada orang mengatakan bahawa Paklah telah pun menikah Jean Danker pada 22 januari 2007, sedangkan ada pihak mengatakan beliau akan bernikah dengan beliau esok hari 22 Fberuari 2007. Mana satu yang betul adalah masih samar kepada kita tetapi Jean Danker sudah pun meneyertai Paklah dalam lawatannya keluar negara. Semasa belaiu berada di Perth untuk merasmikan restoran nasi Kandar adiknya, gamaknya anak beliau Nori, naik angin bila mendapati Jean berada di kamar Paklah. Hanya selepas Paklah menjealskan bahawa bperkara itu bukan pelik kerana mereka sudah pun bernikah, barulah Nori menjadi tenang dan suka ataupun tidak terpaksa menerima hakikat bahawa ayah beliau sudah pun berkahwin semula.

Ada desas desus yang sengaja dibisikkan laksana satu kempen senyap-senyap kononya, sebelum Kak Endon mengehembuskan nafas terakhir dia telah merestui kalau Paklah mengahwini Jean. Mengikut temberang itu, kononya Kak Endon telah memberitahu Paklah seandainya dia merasa kesunyian selepas Endon mati dia harus mengambl Jean sebgai seorang isteri. Mengikut mereka yang rapat dengan Kak Endon inilah satu pembohongan untuk menghalalkan perkahwian itu. Mereka telah menyanggah cerita itu dan menyatakan bahawa Paklah sudah pun menaruh hati terhadap Jean semasa Kak Endon masih bernyawa. Jean merupakan seorang janda kepada Osman Mahmud, yakni abang kepada Kak Endon dan sekaligus Jean merupakn kakak ipar Kak Endon. Malahan Kak Endon pernah merasa tertekan akan perkara itu dan itu sebabnya almarhumah berada di AS dan enggan pulang ke Malaysia. Untuk menjelaskan kenapa dia berada di Amerika dan tidak di Malaysia merke sibarkan pembohongan lagi megnatakan bahawa Kak Endon menerima rawatan , sedangakn itu adalah satu pembohongan besar. Malah yang sebenarnya doktor yang merawat Kak Endon sudah pun mencadangakan agar beliau pulang sahaja ke Malaysia kerana tidak lagi yang boleh mereka lakukan untuk beliau terus hidup lebih lama.

Apapun, Najb pernah berada di AS untuk menziarahi Kak Endon dan apabila beliau pulang ke Malaysia Najib telah menyangakal cakap-cakap yang mengatakan Kak Endon tidak punya peluang untuk terus hidup dan belaiu hanya menunggu hari untuk mati. Najib pula buka temberang mengatakan Kak Endon sedang beransur pulih. Tidak lama kemudian Kak Endon pulang dan menghembuskan nafas terakhir. Sekaligus prognosis Najib betapa Kak Endon sedang beransur pulih dan cakap-cakap yang dia sudah sedia untuk pergi adalah penipuan yang sengaja disebarkan di internet. Anda boleh berdebat dan menafikan serta menuduh internet kerana pembohongan itu, tetapi bagaimanakah anda dapat pertikaikan satu mayat yang sudah terkubur, dan siapakah yang berbohong sekarang ini?Kemataian Kak Endon adalah laksana satu rahmat yang menghampiri Rosmah, isteri Najib. Kak Endon amat membenci Rosmah dan enggan bercakap pada beliau bertentangan mukanya. Kini, Rosmah dan bukannya Kak Endon yang kononnya merupaakn Wanita Pertama di Malaysia. Hip, hip,hurayyyyyy!! Akan tetapi Rosmah terlupa satu perkara. Mengikut perlembagaan Malaysia tidak ada apa yang disebut sebagai Wanita Pertama dan kalau pun ada tentaulah Permaisurai Agong menjadi Wanita Pertama, dan bukannya isteri perdana menteri—sudah tentu tidak isteri timbalan perdana menteri.

Ada satu lagi perkara yang Rosmah tidak tahu ialah kemungkinan Paklah akan berkahwin lagi. Ini menurunkan maratabat beliau kepada peranan Wanita Kedua kalaupun anda mahu bertegas bahawa iseri Perdana Menteri adalah Wanita Pertama.

Supaya anda tidak tersilap, Jean Danker ialah manusia hebat dan seorang wanita yang amat baik. Saya tidak nampak cacat cela beliau dan kalau dia dapat menyekat nafsu serakah untuk campurtangan dalam pentadbiran negara ini, saya yakin Mahathir mungkin berubah menyukai Jean juga. Malahan, saya berpendapat dia akan menjadi Wanita Peratama yang sungguh anggun dan seandainya betul dia sudah berkahwin dengan Paklah saya mahu mejadi orang yang pertama mengucapkan ‘Selamat Pengantin Baru’. Saya juga berharap agar Nori dan Kamal membiarkan Jean sendirian dan memberi pelaung kepada ibu tiri mereka untuk melayari bahtera perkahwinannya dengan aman damai. Mungkin juga Malaysia memerlukan seorang wanita seperti Jean di samping Paklah untuk membantu beliau melihat segala kepincangan halatujunya dan mungkin menarik perhatiannya jauh daripada anak-anak dan menantunya. Paklah mungkin tidak merupakan insan yang sempurna tetapi masalahnya ialah anak anak dan menantu yang beranggapan bahawa keseluruhan keluargnya dan bukannya Paklah sendirin yang menjadi Perdana Menteri negara ini.apapun kalaulah betul Paklah sudah berkahwin semula, mana agaknya kedudukan Rosmah? Apabila Mahathir sendiri kini membuat pertimbangan bahawa Najib adalah satu bebanan kepada negara sebagai seorang perdana menteri yang akan datang, Kalaulah Rosmah sedar betapa Mahathir menganggap beliau sebagai salah satu penghalang Najib sudah tentu dia akan merasa tertekan lagi. Tetapi Rosmah sudah lama mengsyakki bahawa Mahathir tidak senang hari dengan tingkah laku beliau . Mahathir sudah dapat tahu betapa Rosmah menjerit kepada Najib dan melempang mukanya di hadapan beberapa orang tetamu. Ini adalah satu perangaI yang amat memalukan. Kerana itu Rosmah cuba ambll hati Mahathir dengan menghadiri Persidangan Damai di Putra World Trade Centre (PWTC) . Saya masih sangsi apakah gelagat Rosmah demikian berhasil ataupun kerana bukannya mudah memenangi hati Mahathir dan gelagt semudah itu mungkin tidak dapat menjadi penyelesaiannya.

Perbalahan Rosmah dengan Najib ialah mengenai Razak baginda. Rosmah mahukan Najib menjauhkan diri daripada Razak dan biarkan belaiu bersendirian. Akan tetapi apa juga kelemahan Najib, perbuatan melupakan sahabat yang memerlukan bantuan bukanlah salah satu kelemahannya. Dia mempunyai darah Bugis dan itu sudah amalan hidup orang Bugis. Kalau anda memusuhi seorang Bugis anda sebenarnya memusuhi keseluruhan bangsa bugis. ( Saya tahu hal itu kerana saya pun berdarah Bugis juga). Akan tetapi Rosmah sedar bahawa kes Razak Baginda adalah bom jangka yang bukan sahaja akan membahayakan peluang Najib naik menjadi Perdana Menteri tetapi ia mungkin menyingkirkan Najib daripada jawatananya sebagai Timbalan Perdana Menteri. Rosamah naik angin dan melolong semacam dirasuk polong. Rosmah telah melempang Najib yang dapat didengar tamparan itu di bilik sebelah di mana beberapa orang tetamu sedang menunggu untuk bertemu beliau. Mereka menjadi resah gelisah menunggu di kerusi masing-masing dan terfikir apakah mereka harus berundur secara senyap untuk menyelamatkan air muka Najib dari terus menanggung malu.

Sambil kita bercakap mengenai para tetamu, baru–baru ini empat orang tetamu telah muncul untuk bertemu Najib dan Rosmah telah keluar menemui mereka untuk mengetahui apakah tujuan mereka untuk bercakap politik ataupun perniagaan. Apabila salah seorang mereka bertanya apakah perbezaannya, Rosmah menjawab kalau mereka mahu bercakap mengenai politik mereka boleh bertemu dnegan Najib, tetapi kalau mengenai perniagaan eloklah mereka bercakap kepada beliau sahaja.

Para tetamu yang terkejut itu terus teringkan satu mesyuarat di Kementerian Pertahanan yang dipengerusikan oleh Rosmah sedangkan Najib duduk di sebelah beliau dengan senyap sahaja. Ketika itu Rosmah berlagak laksana seorang de facto Menteri Pwrtahanan. Pwrkara ini pernah diungkit oleh Rafidah Aziz dalam satu mesyuarat kabinet dan bertanya apakah Najib ataupun Rosmah yang menjadi Menteri Pertahanan. Mahathir tidak lagi yakin Najib boeh menjadi bakal Perdana Menteri. Walaupun dia mahukan Paklah undur daripada jawatannya, kemungkinan Najib menjadi seorang Perdana Menteri adalah satu igauan yang lebih ngeri. Paklah mungkin belum sedar lagi, tetapi dengan adanya Najib sebagai seorang timbalan perdana menteri mungkin dapat menyelamatkan kedudukan beliau. Mungkin satu ketika dulu Paklah mengganggap perlantikan beliau menjadikan Najib seorang timbalan adalah satu sumpahan. Klau difikirkannya semula, saya ykin Paklah dapat rasakan bahawa itu adalah tindakannya yang paling baik. Kalaulah dia telah pilih orang lain yang sesunguhnya lebih cekap daripada Najib, sebagai timbalannya, tentu sudah ada insentif untuk menyingkirkan beliau sebagai memberi ruang kepada orang nombor dua. Apabila Najiib menjadi orang nomor dua, Paklah masih dianggap pilihan yang lebih baik setelah dibuat perbandingan. aKali ini Mahathir mungkin telah terjebak di satu sudut. Menggugurkan Paklah mungkin merupakan satu cabaran, tetapi menyingkirkan orang nombor satu dan nombor dua pada waktu yang sama adalah satu perkara yang bukan calang-calang besar muslihatnya. Lagipun apa gunanya menggugurkan Paklah kalau ini akan bermakna Najib akan mengambil jawatan nombor satu itu dan sekaligus Rosmah akan naik tocang lagi?

Sememangnya Najib mempunyai banyak unsur negatif yang membebani dirinya. Satu, ialah kisah pembunuhan wanita Mongolia. Nafsu serakahnya ialah yang lagi satu. Semua itu masih boleh disungkup bwah tudung saji. Akan tetapi isteri belaiu itu adalah satu masalah maha besar. Mungkin Najib terpaksa amembuat pilihan yang amat berat. Tidak lama lagi. Apakah dia mahu terus berkahwin dengan Rosmah ataupun dia mahu menjadai bakal perdana menteri? Sudah tentu dia tidak boleh memilikki keduanya, jadi dia terpaksa membuat satu pilihan sahaja antara dua.

Menunggukan Najib membuat pilihannya, kita tangguhkan cerita itu di sini sahaja dan apabila kita sambung semula dalam episod yang lagi satu, kita akan dedahkan bagaimana Najib membelanjakan RM50 juta untuk mebeli sokongan daripada 25 bahagain UMNO di Sabah. Tungguuuuuuuuuuuuuuuu!!