Pegawai Askar Melayu Harus Ambil Iktibar Pergolakan Thailand
Dalam masa satu minggu ini kita dapat melihat bagaimana dua kerajaan yang berkuasa melalui peti undi bersistem demokrasi sudah tergugat.
Di Hungary, kerajaan pimpinan Ferenc Gyurcsany telah goncang apabila rakyat marhaen turun merusuh di jalanraya, setelah tersebar cerita betapa Gyurscany dan Parti Sosialis pimpinannya telah berbohong menipu angka-angka dalam bajet untuk memenangi pilihanraya April lalu.
Di Thailand, tentera pimpinan Lt. Jen Sonthi Boonyaratglin telah merampas kuasa daripada Perdana Menteri Thaksin Sinawatra.
Dua senario di dua buah negara ini sebelum diselubungi keresahan rakyatnya merupakan keadaaan yang amat serupa dengan keadaan di Malaysia pada masakini. Pada April 2004, Abdullah Ahmad Badawi telah menang besar dalam pilihanraya umum gara-gara penipuan besar-besaran dalam pilihanraya umum yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) seperti yang dilakukananya sejak 25 tahun dulu.
Rakyat marhaen sedar penipuan itu seperti sejak 25 tahun dulu semasa negara dipimpin oleh Dr. Mahathir Mohammad. Tetapi, kerelaan rakyat terutamanya orang Melayu adalah secara paksa kerana sudah menjadi tabiaat orang Melayu diam bersabar sehingga satu ketika mereka akan naik marah secara membuak dan mencetuskan huruhara.
Perkataan ‘AMOK’ yang digunakan oleh orang putih adalah perkataan Melayu dan maknanya semua orang tahu.
Kalau dilihat dengan keadaan negara sekarang ini, taraf hidup rakyat semakin tertekan. Sejak Paklah memegang kuasa, harga barang makanan sudah naik lebih tiga puluh peratus. Harga tol sudah naik lebih tiga puluh peratus dan begitu juga dengan pelbagai harga lain yang membebankan sara hidup rakyat marhaen.
Oleh kerana ekonomi yang sudah lama merudum, ramai yang berhutang besar dengan bank; tidak mampu membayarnya. Banyak rumah kediaman yang mahal-mahal dan dibina dengan pinjaman bank kini sudah dilelong kerana pemiliknya tidak mampu membayar hutang. Begitu juga dengan projek besar-besar yang menggunakan wang bank, apabila dibantuntukan ataupun dibatalkan sama sekali projek itu, bererti bank kekurangan kecairan untuk meminjamkannya kepada pihak lain. Akibatnya bank terpaksa mengetatkan syarat.
Satu ketika dulu Mahathir telah mewujudkan “Khazanah” negara untuk mengambil alih hutang pemimpin politik yang kerugian besar dalam urusan hartanah. Tetapi ‘Khazanah’ hanya mampu menyelamatkan para pemilik haratanah para kroni daripada hutang besar mereka. Rakyat marhaen yang turut terjebak dengan keadaan merosotnya nilai hartanah tidak terlepas daripada cengkaman kemuflisan.
Kemerosotan ekonomi berlaku terus sejak 1998 hinggalah Mahathir berundur tetapi semasa Mahathir berkuasa kemerosotan itu masih dapat diperindah melalui beberapa urusan ‘mekap’ yang dirancang secara licik oleh para pengendali propaganda dalam pentadbiran Mahathir. Lagipun setiap kali berlaku msalah dalam satu jurusan ekonomi, Mahathir cuba melancarkan satu projek baru untuk menyelamatakan keadaan. Sebagai contoh, apabila berlaku kemerosotan industri perumahan dan pembinaan di ibukota Kuala Lumpr, Mahathir telah menggunakan helah menyelamatkan Perwaja Steel dengan menyuntik tambahan modal, sedangkan wang itu ‘dialihkan’ secara licik untuk menyudahkan beberapa projek bangunan di Kuala Lumpur yang tergendala.
Semua ini tidak mendapat pengertian di kalangan wakil rakyat dan para pemimpin negara, yang seolah-olah merelakan penyelewengan wang rakyat atas nama pembangunan negara. Mereka sibuk dengan propaganda bahawa negara semakin maju dan tidak ada perkara yang perlu dirisaukan.
Keadaan hidup yang menekan ini lebih menyenakkan kehidupan orang-orang kampung yang rata-rata kais pagi makan pagi dan kais petang makan hati.
Tidak ada satu perancangan yang mantap daripada kerajaan untuk menangani keadaan pengangguran yang semakin dahsyat terutamanya di kalangan golongan yang lulus daripada pusat pengajian tinggi.
Sementara itu budaya korupsi semakin menjadi-jadi di hampir setiap jabatan kerajaan setelah mencontohi gelagat para pemimpin politik negara.
Walaupun Mahathir telah lama melepaskan jawatannya dan rakyat telah memberikan keyakinan dan amanah kepada Abdulah Ahamad Badawi untuk menerajui penadbiran baru, ternyata Abdulah tidak mampu memimpin negara ke arah yang diharap-harapkan.
Sesungguhnya semua ini adalah keadaan yang mengundang rampasan kuasa tentera ataupun KUDETA. (France = coup de etat = rampasan kuasa negara)
Di Hungary, kerajaan Gyucsanya masih bertahan sedangkan rakyat sudah mendesak dan merusuh di jalanraya mahukan Perdana Menteri melepaskan jawatannya. Budapest sudah menjadi ibukota yang tidak menentu kerana rakyat marhaen sedang berdepan dengan polis anti-rusuhan yang sentiasa melepaskan air semburan dan gas pemedih mata.
Berapa lama rusuhan itu akan berlanjutan adalah satu teka-teki kita, walaupun parti pembangkang sudah mula minta rakyat bersabar dan hentikan rusuhan.
Akan tetapi di Thailand, Raja Bumiphol sudahpun merestukan rampasan kuasa tentera dan memperakukan Lt. Jen. Soonthi sebagai pemimpin kerajaan sementara. Semalam Lt. Jen. Sonthi yang dikatakan beragama Islam sudah mengumumkan akan melantik seorang perdana menteri sementara dalam masa dua minggu dan satu pilihanraya umum dalam masa satu tahun. Pengumuman ini sekaligus menyingkir Thaksin sebagai Perdana Menteri dan Thai Rak Thai Parti sebagai parti yang memerintah negara.
Thaksin yang sepatutnya berucap di persidangan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu di New York telah meninggalkan kota itu tanpa memberikan ucapannya dan kini sudahpun berada di London malam tadi. Ahli keluarganya sudah lama ‘lari’ daripada Bangkok. Ada yang keluar menuju Singapore dan ada yang terus lari ke Paris. Walaupun junta tentera tidak menegah beliau pulang ke Bangkok, saya tidak fikir beliau akan berani pulang kerana besar kemungkinan dia akan dikenakan tuduhan rasuah dan akan dihadapkan ke mahkamah.
Hanya dua tahun yang lalu ketika bulan Ramadhan telah berlaku pertumpahan darah di Selatan Thai membabitkan ratusan orang Islam terbunuh kerana kerakusan Thaksin dan polis Thai. Menjelang bulan Ramadahan tahun lalu Thaksin dan beberapa kelompok Polis Thai telah melancarkan satu agenda membunuh penduduk Islam di sana. Kini, Ramadhan baru menjelma Allah telah menyingkirkan Thaksin daripada puncak kuasa.
Walaupun dia berada di Britain kini, kerajaan Thai berkemampuan mengekstradisi beliau untuk dihadapkan ke mahkamah kerana rasuah. Tidaklah menghairankan kalau Thaksin lari mencari taraf penduduk tetap di Switzerland. Di sana Thailand tidak akan berjaya mengekstradisi beliau atas tuduhan rasuah kerana tidak akan dilayan oleh kerajaan Switzerland.
Rampasan Kuasa Oleh Tentera
Rampasan kuasa oleh angkatan tentera memang bukan satu fenomena baru. Di kalangan negara-negara ASEAN, hanya Brunei, Singapura dan Malaysia yang belum lagi mengalami rampasan kuasa pihak tentera. Singapura dan Brunei adalah negara kecil sahaja sudah tentu rampasan kuasa tentera tidak akan membawa banyak makna. Lagipun majoriti penduduk Singapura dianggap sebagai angota tentera juga melalui perkhidmaan negara. Di Brunei rampasan kuasa tentera tidak diperlukan kerana tanah beraja itu memang memanjakan rakyat jelata, sepertimana rakyatnya memanjakan golongan istana.
Filipina telah mengalami rampasan kuasa tentera (yang dicetuskan oleh satu pasukan pimpinan Kapten Abulhassan) untuk satu tempoh yang singkat kerana mereka bangkit menyebelahi rakyat dan campur tangan ketua agama Kardinal Sin daripada Gereja Katholik telah membolehkan demokrasi diserahkan kepada tangan rakyat jelata.
Inilah rampasan kuasa tentera yang terjadi sejurus Ferdinand Marcos lari setelah berlaku rampasan kuasa oleh rakyat yang marah di atas kematian calon presiden Boboy Aquino.
Walaupun usaha rampasan kuasa tentera gagal di Manila, pergolakan tentera masih terus bergelora di bahagian Selatan Filipina di mana Kumpulan Moro masih lagi berjuang menentang kerajaan pusat kerana mereka mahu ‘memerdekakan’ rantau mereka yang dihuni oleh penduduk beragama Islam. Sejak itu juga sejarah telah merakamkan betapa orang Moro yang pada asalnya bergelar orang Sulu (Suluk) menjadi bidak percaturan politik di Sabah oleh kerajaan Barisan Nasional, pimpinan Mahathir. Percaturan ini bermula dengan pesatnya ketika Sanusi Junid naik menjadi Setiausaha Agong UMNO dan menjadi galak ketika Shamsuddin Osman (KSN yang baru bersara) menjadi setiausaha kerajaan Persekutuan di Sabah.
Yang ironisnya dalam percaturan ini, penduduk pribumi Sabah yang menerima banyak bantuan Vatican melalui Gereja Katholik di Manila cenderung kepada konsep ‘Sabah untuk Sabahan’ sedangkan pentadbiran Barisan Nasional menggalakkan orang Moro yang beragama Islam untuk berhijrah ke Sabah dan Sarawak dengan kemudahan memberikan mereka status ‘kerakyatan’ dalam usaha mengimbangi densiti keagamaan penduduk di rantau itu.
Indonesia telah mengharungi satu pengalaman panjang di mana pentadbiran kerajaan yang ditegakkan oleh konsep demokrasi telah disambar oleh pemerintahan tentera sejurus berlakunya rampasan kuasa ketika Presiden Sukarno masih memerintah republik itu.
Sejarah telah membuktikan bahawa ‘peristiwa lubang buaya’ yang tercetus ketika tentera Indonesia merampas kuasa atas helah ‘menyelamatkan Indonesia’ daripada cengkaman Komunis pimpinan Aidid adalah satu pakatan yang direncana oleh C.I.A (Agen Perisikan Amerika). Rampasan kuasa itu telah mewujudkan Suhartoisme di Indonesia sehingga memungkinkan Jeneral Suharto menjadi Presiden Ketiga Indonesia selama tiga puluh satu tahun (Mac 12, 1967 hingga Mei 21, 1998).
Suharto telah naik dengan mengenepikan jeneral berwibawa yang lebih kanan darinya seperti Jeneral Nasution (yang telah menamatkan konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia) dan beliau telah mengenakan tahanan rumah terhadap Sukarno dan orang kuatnya Subandrio (menteri luar) sehinggalah mereka berdua mati dalam ‘tahanan’. Semasa ditahan itu, ahli keluarga Subandrio cuba mengeluarkan ‘simpanan’ wangnya di Swtizerland sebanyak Lapan Bilion Dollar Amerika ketika itu. Khabarnya yang diterma balik tidak sampaipun seratus juta dollar.
Sama ada kita suka ataupun tidak, keadaan ekonomi di Malaysia dan pergolakan politik yang dikendalikan oleh UMNO tidak memberi keuntungan jangka panjang kepada rakyatnya khususnya orang-orang Melayu dan pribumi yang lain.
UMNO hari ini bernafas dengan segala propaganda memajukan bangsa Melayu. In adalah satu penipuan besar. UMNO hari ini adalah satu parti Melayu yang memajukan generasi pemimpin UMNO semata-mata. Lihat sahaja pucuk kepimpinan parti, baik di peringkat kerajaan pusat mahupun di peringkat bahagian dan cawangan UMNO. Rata-rata pemimpin UMNO adalah lapisan generasi pemimpin UMNO dulu yang sudah lama pergi.
Sehubungan dengan ini, kita dapat lihat juga dalam parti PAS yang merupakan parti alternatif untuk orang Melayu. Apa yang diamalkan oleh pucuk kepimpinan UMNO nampaknya akan berulang juga dalam PAS.
Tidak ada satu agenda yang jelas daripada PAS untuk meyakinkan rakyat yang ia mampu menerajui pentadbiran negara ini sebagai alternatif kepada UMNO. Contoh yang terbaik ialah semasa PAS menerajui Terengganu: Apabila ‘Wang Royalti Minyak’ yang sudah begitu lama dibayar oleh kerajaan pusat kepada kerajaan negeri, disonglap oleh Mahathir dan bertukar menjadi Wang Ehsan, pucuk kepimpinan PAS tidak berani bangkit menggerakkan semangat orang Melayu menentang kerajaan pusat, sehingga dipulangkan balik royatli itu seperti ke taraf asalnya.
Sebagai perbandingan: semasa Mahathir memperkenalkan Bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar dalam pengajian Sains dan Metamatik di sekolah kebangsaan, dia tidak dapat kuatkuasakan arahan itu kepada sekolah-sekolah Cina dan sehingga hari ini pengajian itu masih dikendalikan dalam Bahasa Melayu. Kerana masyarakat Cina membantahnya. Pada waktu yang sama apabila Mahathir menghentikan subsidi kepada Sekolah Agama Rakyat, PAS yang berlagak angkuh sebagai penegak ajaran Islam di negara ini tidak berani menggembelingkan orang Melayu untuk membuat bantahan secara besar-besaran kepada majlis Raja-Raja Melayu sedangkan dalam perlembagaan; Raja-Raja Melayu adalah juga pemegang mohor dakwah Islamiah di negara ini.
Kerana ketiadaan wang royalti itu PAS Terengganu sentiasa kesempitan modal untuk membangunkan Terengganu seperti yang diilhamkannya.
Memang banyak alasan dalam perkara ini kenapa PAS tidak berani berlagak garang. Tetapi yang paling nyata kepada saya (seperti yang saya bincangkan dengan beberapa pemimpin PAS yang berpengaruh satu ketika dahulu secara peribadi) ialah kerana pemimpin PAS yang baru merasa keseronokan menjadi wakil rakyat tidak mahu melepaskan peluang menikmati keseronokan itu kerana menganggap mereka telah terlalu lama ‘berjuang’ kononnya untuk menjadi wakil rakyat.
Kerana nawaitu yang menyimpang itulah makanya sehingga kini, kita tidak nampak seorang pun tokoh pemimpin pelapis PAS yang ada kini, mampu menjadi calon perdana menteri yang berwibawa. Sesungguhnya Wang Ehsan yang disonglap oleh UMNO daripada disalurkan kepada kerajaan pimpinan PAS telah digunakan untuk membeli undi orang Melayu agar mengundi UMNO dalam pilihanraya umum yang lalu.
Sesungguhnya para pemimpin PAS pusat dan negeri-negeri tidak boleh berselindung sebalik ketiadaan Wang Royalti Minyak Terengganu kenapa mereka gagal dalam pilihanraya umum yang lalu. Mereka gagal kerana asas kepimpinan setelah menang besar dalam pemilu yang terdahulu telah membuatkan mereka leka dan angkuh. Sehinggakan Haji Hadi sanggup mengeluarkan kata-kata bahawa Karpal Singh dan Lim Kita Siang adalah pemimpin poltik yang telah tamat tempohnya.
Keangkuhan semacam ini jugalah yang membuatkan adanya pemimpin PAS Kelantan yang menolak pencalonan Professor Syed Hussin untuk bertanding atas tiket Parti Front Alternatif di Kelantan. Sedangkan Syed Hussin adalah seorang berpendidikan tinggi dan warak serta bersopan santun. Malahan Syed Hussin adalah lepasan Tahanan ISA, yang lebih lama dihina, diseksa dan ditekan oleh Mahathir berbanding kebanyakan pemimpin PAS yang ada.
Kini, UMNO sudah menang besar dan menjadi “raja” di Terenganu sekali lagi. Apakah Wang Ehsan itu dikembalikan kepada rakyat Terengganu mengikut cara lama seperti menyalurkan Royalti minyak dulu? Tidak, wang itu kini dikendalikan oleh sukusakat Abdullah Ahmad Badawi atas nama projek pembangunan Terengganu di mana Khairy Jamaluddin dan isteri serta Patrick Lim yang lebih dikenali sebagai Patrick Badawi terlibat dengan cara menghabiskan wang yang sepatutnya hak rakyat Terengganu.
Soalnya sekarang kenapakah PAS yang merupakan parti pembangkang di Terengganu sanggup diam membisu tidak membantah secara terbuka? Saya kehairanan melihatkan PAS lebih galak bergiat cergas membantu mangsa tsunami Aceh dan rakyat Lubnan yang menderita kerana peperangan menentang Israel daripada berjuang mati-matian menegakkan hak rakyat Terengganu. Malahan kita tengok PAS lebih bersedia untuk bersekongkolan dengan Dr. Mahathir mencerca kerajaan Abdulah Ahmad Badawi daripada bertindak sendirian dan tegas mendapatkan hak rkyat Terenganu kepada royalti minyak yang menjadi hak mereka.
{Inilah juga persoalan yang dikemukaan kepada saya oleh orang bukan Melayu yang mengirim emel betanyakan perkara itu.}
Apa salahnya kalau PAS bersuara lantang membantah pembangunan Terengganu dengan royatli minyak itu secara mendesak ditubuhkan satu Lembaga Pentadbir Dana Royalti Minyak untuk diurus dan dikendalikan oeh rakyat Terengganu?
Projek besar-besar yang menggunakan wang royalti minyak Terengganu dan disalurkan mengikut nafsu serakah Patrick Lim, Khairy Jamaluddin Kamaluddin Abdullah dan Nori Abdullah adalah projek yang menghina kewibawaan rakyat Terenganu terutama sekali orang Melayu. Sekaligus ia merendahkan martabat PAS yang merupakan parti pembangkang di Terenganu yang pernah menerajui kerajaan di situ. Soalnya adakah dana Royalti Minyak disalurkan untuk memperabaiki rumah kediaman keluarga tentera di Terengganu? Adakah peruntukan untuk membela nasih keluarga nelayan Terengganu?
Sesungguhnya kalau diambil kira semua ‘Wang Royalti Minyak’ yang disalurkan kepada negeri Terenganu, dan dilaburkan secara bijaksana oleh pengurus dana yang tidak rakus, Terengganu mampu memilikki saham terbesar pasukan bola di England dan beberapa negara lain di Eropah. Terengganu mampu membeli saham dalam syarikat terbesar dalam bidang perubatan, pengangkutan udara dan perkapalan di merata dunia; sekaligus mebolehkan anak-anak kelahiran Terenganu mendapat tempat bertugas dalam setiap syarikat besar-besar itu. Terengganu juga mampu membeli beberapa buah kapal tangkap ikan lautan-dalam yang boleh disewakan kepada pesara tentera laut Malaysia untuk menjadi nelayan moden. Ataupun membuat syarikat menangkap ikan di lautan-dalam secara usahasama dengan Tabung Angkatan Tentera dan Tabung Haji.
Sepatutnya, kalau hanya satu peratus wang royalti minyak digunakan oleh kerajaan Terengganu (selama ini) untuk mempermodenkan perkampungan nelayan Terengganu, kita sudah mampu melihat perkampungan Melayu yang menggunakan kincir angin (windmills) dan sistem solar untuk mengerakkan perkampungan itu. Lihat di Sweden dan di beberapa negara Nordic yang menggunakan kuasa angin untuk membangunkan penempatan rakyatnya. Lihat bagaimana Switzerland dan California gunakan kuasa matahari untuk menggerakkan projek kemasyarakatannya. Cuba lihat bagaimana Syarikat ‘The Sun’ Amerika membina kilang ais batu dan pengering-bijirin (grain-solos) di Afrika dengan menggunakan kuasa solar (mentari). Begitu juga dengan projek kerajaan Perancis yang membekalkan televisyen yang gunakan kuasa solar di Afrika.
Bayangkan kalau sebahagian peruntukan Wang Royalti Minyak disalurkan kepada projek R&D di seitap universiti berapa banyakkah ahli sains dan kejuruteraan yang diberikan pekerjaan?
Pengembelingan projek saintifik semacam ini sekaligus memberi ruang kepada anak-anak Terengganu dan graduan Malaysia mendapat pekerjaan dan mengurangkan kadar pengangguran di negara ini. Sebaliknya kita lihat terlalu ramai graduan yang menganggur. Kerajaan hanya pandai melegakan rakyat dengan mewujudkan kursus ‘’latihan lepasan ijazah’ yang tidak menjamin pekerjaan. (Sepatutnya projek ‘Khidmat Negara’ dimansuhkan dan wang peruntukkan projek itu disalurkan untuk membuat projek ekonomi menggunakan pemuda dan pemudi itu untuk meningkatkan produktiviti negara.)
Kalaulah wang royalti minyak Terenganu digunakan untuk membeli saham syarikat yang berjaya dan terbesar di merata negara, Terengganu mampu menghantar anak kelahirannya yang berkelulusan tinggi bertugas di setiap syarikat itu, sekaligus menjadikan rakyat Terenggnu bertaraf global.
Dengan kata lain sepanjang UMNO menunjangi pemerintahan negara terlalu banyak wang rakyat yang dibalun untuk membesarkan tembolok para pemimpin UMNO. Di zaman Mahathir beliau telah bersantai di Kutub Utara dan Selatan dengan menggunakan khidmat syarikat Russia. Siapa yang membiayai percutian itu yang ditemani sukusakat dan para pembodeknya kalau bukan daripada wang pembelian pesawat udara tentera? Adakah apa-apa manfaat yang diraih oleh rakyat marhain daripada segala projek besar-besar tajaan Mahathir? Adakah projek yang dibiayai oleh Wang Royalti Minyak Terengganu yang benar-benar memberikan kelegaan hidup rakyat Terengganu?
Perkara semacam ini mesti diambil kira oleh Pegawai Askar Melayu yang berhasrat melancarkan KUDETA di negara ini. Saya berdoa perkara ini akan berlaku juga sebagai usaha menyelamatkan bangsa Melayu khususnya dan rakyat marhaen pelbagai kaum amnya. Dalam siri yang selanjutnya kita akan tulis beberapa artikel untuk memudahkan askar Melayu merampas kuasa bagi jalan yang baik-baik ke arah ketenteraman negara serta martabat bangsa.

Marhain Tua
23.9.2006.
Bersambung.......
Kenapa Askar Mesti Rampas Kuasa......
Bersambung.......
Kenapa Askar Mesti Rampas Kuasa......
0 Comments:
Post a Comment
<< Home