Monday, September 25, 2006

Patutkah Mahathir Ditahan di Rumahnya ? (Bahagian I)


(Bahagian 1.)

Kebelakangan ini banyak desas-desus mengenai kemungkinan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi mengeluarkan arahan agar sifu lamanya di tahan di rumah kediaman ataupun dikenakan apa yang disebut dalam istilah politik barat sebagai ‘house arrest’.

Selalunya apabila desas-desus semacam itu menggelegak saya akan terima banyak kriman emel daripada kawan-kawan dan pembaca, dan sesiapa yang tahu akan nombor fon-bimbit saya akan mengirimkan soalan seumpama itu.

Sesungguhnya itu adalah satu kelaziman dunia. Memang banyak soalan dan berita yang diterima selama ini. Sehinggakan kisah anak Paklah dikatakan meminta cerai daripada suaminya pun pernah saya terima. Tetapi, saya tidak besarkan kisah demikian kerana saya fikir tidak perlu. Khairy adalah seorang anak lelaki Islam yang berhak mempraktikkan ajaran agamanya. Kenapa pula kita mesti sibuk-sibuk tidak menentu?

Akan tetapi, apabila terlalu banyak soalan mengenai Mahathir yang akan dikenakan tahanan rumah kediamannya, saya fikir eloklah saya tuliskan pandangan saya dalam hal ini kerana itu adalah merupakan satu tahap sejarah negara kita.

Hukuman tahanan rumah bukanlah satu perkara baru. Di Myanmar, junta tentera telah mengenakan tahanan rumah begitu lama kepada Ang Sang Suu Kii sejurus wanita berjiwa besi itu menang besar dalam pilihanraya. Juara kedamaian dunia yang dilantik sendiri a.k.a Presiden Bush tidak pun bersuara lantang mengugut junta tentera Myanmar agar melepaskan Ang Sang Suu Kii. Tentu kita mahu tahu kenapa?. Malahan, Britain yang merupakan bekas penjajah Myanmar tidak ambil peduli terhadap keadaan Ang Sang Suu Kii sedangkan Myanmar adalah bekas anggota Komanwel.

Sejarah politik Indonesia memang diwarnai kes tahanan rumah. Satu ketika dulu Presiden Suharto telah menahan Bapa Kemerdekaan Indonesia, Sukarno, di rumah kediamannya sejurus Suharto naik memerintah dengan persekongkolan CIA Amerika. Ini diikuti dengan penahanan terhadap beberapa anggota kabinet Sukarno seperti Pak Subandrio. Penahanan mereka dikekalkan tempohnya sehinggalah ke saat mereka menghembuskan nafas terakhir.

Apabila seseorang itu dikenakan tahanan rumah, kebebasannya terhad dan sudah tentu dia tidak dapat keluar negara untuk mejenguk simpanan wang ‘haram’ yang dibalun semasa mereka mencengkam kuasa.

Mungkin kerana itu, Suharto dapat bertahan memerintah selama lebih 31 tahun, tidak ada pemimpin negara sebelumnya yang bersuara lantang untuk membuat sorotan cara dia mentadbir Indonesia.



Kenapa Mahathir tidak boleh diam membisu?

Kisah mengenakan tahanan rumah terhadap Mahathir adalah berpunca dari gelagat beliau yang mengkritik pentadbiran Abdullah Ahamd Badawi. Jikalau setakat mengkritik sahaja mungkin Abdullah boleh bersabar kerana bukan semua orang akan tahu apa yang disebutnya secara keseluruhan. Akan tetapi apabila Mahathir menyatakan dengan lantang keazaman dia mahu menjatuhkan Abndullah Ahmad Badawi daripada puncak kuasa, sudah tentu Abdullah kena ambl langkah yang positif bagaimana mempertahankan kuasanya.

Kita harus faham apabila ada ura-ura untuk menjatuhkan Paklah, bererti keseluruhan sukusakat, kroni dan pembodek Paklah akan turut terancam, Sebagai tindak-balas mereka pula akan bersekongkolan menentukan Mahathir disekat dari dibiarkan terus bergerak bebas dan bebas bersuara.

Inilah yang terjadi dalam pemilihan anggota G7 daripada Bahagian UMNO Kubang Pasu di mana dalam pemilihan itu Mahathir jatuh nombor sembilan dan tersingkir daripada menjadi anggota perwakilan bahagian itu. Bayangkan Mahathir yang mempunyai nombor ahli UMNO 0000001 boleh tersingkir daripada menghadiri persidangan parti politik yang diwujudkannya, setelah mematikan UMNO asal?

Yang melucukan, para pengundi yang berhak memilih siapa yang patut pergi menjadi perwakilan parti telah dirasuah dengan wang sogokan sekitar RM200 sahaja.

Kalah menang dalam sesuatu pertandingan adalah perkara biasa, tetapi kalah disebabkan orang menerima RM200 untuk tidak mengundi kita adalah satu tamparan hebat kepada bangsa Melayu secara amnya dan ahli UMNO Kubang Pasu khususnya.

Mahathir tidak perlu malu, yang malu adalah pucuk kepimpinan UMNO yang merencana keaibannya. Sebagai pakar ilmu politik sudah tentu Mahathir sedia tahu betapa dia akan kalah juga. Kerana orang-orang yang bersekongkolan hebat mengaibkannya adalah orang yang pernah disuapnya untuk naik mencanak dalam parti. Alangkah malang hidup Mahathir dalam jurusan politik, tidak ramai orang yang dinaikkannya dan diakui sebagai orang kepercayaan sanggup terus setia padanya hingga akhir hayat.

Kalau Mahathir mahu main kotor dia boleh perkenankan usaha sesiapa sahaja di kalangan penyokong beliau untuk mengupah beberapa orang yang sudah menang menjadi anggota perwakilan itu untuk menulis surat penarikan diri. Katakan ‘si anu’ dan ‘si anu’ yang sah menang untuk menjadi perwakilan disogok dengan wang untuk mengerjakan ‘umrah’ dengan isterinya pada bulan November nanti, bererti berlaku kekosongan dalam kuota perwakilan itu, dan membolehkan Mahathir menjadi anggota perwakilan Kubang Pasu, bukankah menjadi haru lagi kes sogok menyogok ini?

Apakah kerana sudah menjangkakan ada ura-ura beberapa ahli perwakilan G7 di Bahagian Kubang Pasu yang sudah sedar dan sanggup menyerahkan tempat mereka agar digantikan oleh Mahathir membuatkan Paklah bertindak mahu mengurung Mahathir di rumah sahaja? Ataupun adakah agenda yang lebih besar dari itu?

Jikalau kita kaji alasan kenapa pemimpin UMNO tidak mahu Mahathir menjadi anggota perwakilan Bahgian Kubang Pasu dulu, ternyata mereka banyak mengatakan tidak rela melihat Mahathir diaibkan kerana muncul sebagai perwakilan sedangkan dia pernah menjadi pengasas parti dan juga seorang perdana menteri yang begitu lama.

Alasan ini memang tidak boleh diterima. Sejarah politik Melayu telah menunjukkan betapa kuasa memegang jawatan politik tidak akan dilepaskan oleh sesiapa pun walaupun dia dikenakan turun-pangkat. Banyak sangat contohnya. Satu ketika dulu Ramli Ngah Taib adalah Menteri Besar Perak, tetapi beliau sanggup memegang jawatan Timbalan Menteri Kerajaan Pusat apabila tempatnya digantikan oleh Tajul Rosli. Begitu juga dengan seorang bekas ketua menteri Melaka yang sanggup pergi ke pusat untuk menjadi setiausaha politik sahaja. Begitu jgua dengan seorang menteri hal ehwal agama yang tidak berguna. Apabila jatuh dari kuasa dia sanggup menangis dan meminta simpati dilantik menjadi penasihat agama kepada perdana menteri. Jadi, soal turun pangkat ini merupakan sesuatu yang biasa kepada orang politik. Cuma mereka tidak sedar belanja membolehkan mereka terus berpaut kepada dahan kuasa itu adalah menghabiskan harta rakyat marhaen sahaja, kerana mereka tetap akan menerima pencen daripada tugas semasa menjadi wakil rakyat dulu.

Cara yang paling mudah menyekat Mahathir daripada muncul sebagai ahli perwakilan ialah dengan menggantung Bahagian Kubang Pasu kerana adanya aduan wang sogok menjelang pemilihan. Malahan, pengakuan ketua bahagian bahawa adanya jamuan khas untuk ahli perwakilan sebelum hari pengundian ternyata sudah melanggar perlembagaan parti dan membolehkan bahagian itu digantung sehingga selesai persidangan UMNO tahun ini. Pelanggaran hukum-hakam ini amat difahami oleh pucuk kepimpinan parti baik di peringkat negeri mahupun pusat. Kenapa mereka masih menyibuk membesar-besarkan perkara ini? Inilah kesenian berpolitik yang disebut juga sebagai propaganda.

Pelencongan minda semacam ini dijangka dapat melalaikan orang Melayu khususnya di kampung-kampung daripada kisah pengangguran anak-anak muda di desa, kisah pelajar Melayu di pusat pengajian tinggi yang melacur dan menjadi gigolo kerana lambat terima pinjaman dan biasiswa, kisah anak-anak Melayu yang berhijrah di bandar yang menjadi kaki ragut dan kaki pukul hanya kerana mahu terus hidup bergaya. Bagaimana pula dengan kisah pelajar-pelajar muda dan pekerja kilang yang sanggup murtad kerana mahu terima imbuhan bulanan untuk meneruskan hidup bergaya.

Temberang besar yang diputar semacam ini melalaikan Melayu daripada kisah graduan yang semakin ramai menganggur dan digalakkan mengambil kursus tambahan dengan elaun bulanan lima ratus ringgit. Apabila selesai berkursus, mereka akan menganggur lagi dan perlu tunggu ambil kursus tambahan lagi. Sekaligus mengambil kurus tambahan itu sudah menjadi satu pekerjaan tetap pula. Kerana kekurangan wang, makanya ramai anak-anak muda kelulusan pusat pengajian tinggi yang terjebak dengan budaya kuning termasuk menganggotai Kumpulan Mat Rempit.

Inilah bentuk propaganda yang dicambah oleh UMNO dan Barisan Nasonal pimpinan Paklah. Rencana menipu rakyat ini tidak termasuk kisah ahli keluarg Paklah dan sukusakat mereka membalun harta negara dan mengalihkan khazanah bangsa kepada tangan orang asing yang berada di seberang tambak Johor. Tentunya sebagai seorang bekas perdana menteri yang pernah mencengkam kuasa, Mahathir merasa tersinggung melihatkan orang yang dipercayai mampu meneruskan wawasannya telah menyeleweng.

Jika diterima andaian ini bermakna mesti ada alasan yang lebih kuat dan besar kenapa ada ura-ura mahu mengurung Mahathir di rumah kediamannya.?

Mahathir sudah memerintah negara ini lebih 22 tahun. Sepanjang pemerintahan itu dia telah membunuh UMNO asal dan mewujdkan satu parti politik baru yang digelarkannya UMNO Baru. Semasa ditubuhkan dulu orang yang membencinya menggelarkan parti itu sebagai UMNO Baru(a). Itu sebabnya nombor keahlaian beliau ialah 00000 1 berbanding Khairy Jamaluddin yang memakai nombor yang sudah tentu lebih jauh kebelakang.

Ketika berada di puncak cengkaman kuasanya dulu, Mahathir adalah laksana seorang Maharaja yang menduduki takhta sepanjang hayatnya. Tetapi seperti yang pernah saya sebut satu ketika dulu, tindakan Mahathir mengaibkan Anwar Ibrahim adalah titik tolak dia sendiri akan kehilangan kuasa, kata orang, “kerana badi Anwar Ibarhaim”, mungkin.. Entah mengapakah agaknya secara tiba-tiba Mahathir mengumumkan persaraannya di depan perwakilan UMNO yang bersidang dan menjangka beliau akan terus mencengkam kuasa selagi ada nyawa di badannya.

Mungkin kerana doa orang yang tertekan di makbulkan Tuhan. Doa orang yang ditahan dalam penjara di bawah ISA dan doa ahli keluarga yang tertindas gara-gara tindak-tanduk Mahathir memperibadikan semua agensi kerjaan telah membuatkan Mahathir melatah untuk satu ketika dan mengumumkan persarannnya.

Ketika itulah kaki bodek dan tukang ampu meluru ke atas pentas menegahnya berbuat demikian, sehinggakan ada yang patah tumit kasut kerana terkejut dan meluru ke rostrum di mana Mahathir sedang menangis teresak-esak menyesali tindakannya yang gelojoh itu.

Sesungguhnya kuasa Allah menggerakkan Mahathir menuturkan kata-kata melepaskan jawatan. Saya tetap dengan pendirian bahawa tangisan yang dikeluarkannya itu adalah satu tangisan disebabkan tersedar betapa dia sudah berbuat silap. Lagipun dia mengharapkan akan ada satu kelompok ahli ahli UMNO yang bangkit menjelajah merata negara meminta tanda tangan setiap orang Melayu mahukan Mahathir menarik balik ‘suara’ perletakan jawatannya.


Nasi sudah menjadi bubur.

Sehingga hari ini saya berani mengatakan Mahathir sendiri tidak menjangka dia telah mengeluarkan kata-kata mahu bersara. Kata-kata itu terkeluar tanpa disedarinya. Dan dia manangis kerana terkejut perkara itu boleh berlaku. Walaupun dia mengharapkan kelompok penjilatnya dulu sanggup bergabung dan merayu orang Melayu agar menandatangani satu memorandum supaya dia terus berkuasa, ternyata Mahahtir tetap kecewa. Alasan perkara itu tidak berlaku jelas terpampang di mesyuarat Kubang Pasu pada 9 September 2006. Para pemimpin UMNO Kubang Pasu yang pernah beliau lonjakkan ke atas adalah dalang utama yang menikam beliau dari belakang. Yang lucunya, pemimpin yang digantung keahliannya dalam UMNO turut direstui oleh pucuk kepimpinan pusat untuk memainkan peranan belot dan menghukum Mahathir.

Sejarah merakamkan bahawa sepanjang pemerintahan Mahathir dia tidak pernah berminat mendidik dan memberikan ruang secukupnya untuk melatih seseorang mengambil-alih jawatannya bila dia berundur. Sikap inilah yang menjadi amalan pucuk kepimpinan UMNO di mana sahaja merata negara. Orang yang memegang mercu kuasa di sesuatu wilayah tidak akan berbaik dengan orang yang dilantik oleh ahli-ahli parti menjadi timbalannya. Ternyata inilah muslihat poitik yang dipelajari oleh Mahathir daripada ‘birasnya’ S.Samy Vellu.

Sebelum Abdullah Badawi diangkat menjadi timbalan perdana menteri, Mahathir pernah dibantu oleh Tun Musa Hitam, Tun Ghafaar Baba dan akhirnya Dato Sri Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri. Tiga orang ini telah jatuh tersingkir apabila diganti oleh orang lain. Mereka dilantik kerana mempunyai kekuatan istimewa pada zaman mereka dilantik. Sesungguhnya Mahathir tidak menganggap mereka layak dan sesuai sebagai pengganti dirinya kerana beliau sendiri pernah menyatakan di satu persidangan tahunan UMNO bahawa pengganti beliau yang paling sesuai adalah klonnya. Apakah yang dimaksudkan sebagai klon itu merupakan anak-ankanya sendiri?

Mahathir tidak menganggap Musa dan Ghaffar sebagai orang yang mampu menggugat takhtanya kerana mereka mempunyai kelemahan berpolitik yang amat nyata. Musa cekap ber'retorik' tetapi ternyata kosong dari segi perlaksanaannya. Kerana itu dia terjebak dengan hasutan bosnya semasa Mahathir keluar negara dan memberi tugas kepada Musa untuk membunuh Ibrahim Libya dan para pengikutnya dalam episod Memali.

Soalnya apa perlunya membunuh Ibrahim Libya, sedangkan dia hanya mengajar ilmu akhirat kepada para pengikutnya. Semasa mereka diserang hendap dan dibunuh, tidak ada satu senjata automatik waima bom molotov yang dijumpai di rumah beliau. Rumah yang diserang hendap itu masih tegap sekarang ini dan ada satu pokok kelapa yang belubang di bawahnya yang masih hidup segar. {Buatlah lawatan ke rumah itu dan berjasalah kepada ahli keluarga Ibrahim Libya semasa bulan Ramadhan ini. Rumah itu hanya di tepi jalan raya betul-betul 9 kilometer daripada Baling.} Kenapa perlunya diserang dengan kereta perisai dan ditembak secara melulu, oleh pasukan polis yang sudah diberikan jamuan makan dan minuman keras terlebih dulu?

Musa Hitam terjebak dengan arahan Mahathir yang merencana untuk mengaibkan beliau supaya ketokohan dan pengaruhnya akan menurun di kalangan akar umbi khususnya dan orang Melayu amnya. Mahathir sudah merancang mahu melantik Tun Ghafar Baba sebagai pengganti kerana tahu Ghaffar Baba lulusan Darjah Lima Sekolah Melayu (itulah darjah paling tinggi di sekolah Melayu ketk itu) dan lulusan Maktab Pergurauan Sultan Idris mempunyai pengaruh besar di kalangan masyarakat guru yang ketika itu menjadi tunjang pengaruh UMNO. Lagipun ketika itu Musa Hitam mula didatangi peniaga Cina daripada seberang tambak Johor yang mahukan pengaruh beliau untuk mereka mendapat habuan berniaga.

Semasa Ghafar naik menjadi timbalan perdana menteri, semacam ada satu pakatan antara beliau dengan Mahathir. Anak-anak Ghafar dan sukusakatnya menumpukan perhatian untuk mengaut habuan perniagaan dalam badan berkanun dan kegiatan anak syarikat MARA. Sementara Ghafar sendiri terlibat meneruskan perniagaan lamanya dengan beberapa orang peniaga Cina pilihan yang rapat dengannya semasa dia tersingkir daripada kabinet Tun Hussein Onn. (Almarhum Sharani giat menjadi pemborong dengan FELCRA dan badan berkanun lain, sementara Tamrin Ghafar mengaut peluang dalam anak syarikat MARA. Ghafar pula sibuk dengan perniagaan tanah buat padang golf. Sehingga dia jatuh muflis kerana ditipu oleh peniaga Cina sedangkan mereka terus kaya-raya).

Di sebalik itu pula anak-anak Mahathir membalun segala kontrak lumayan kerajaan seperti pembekalan arang batu untuk TNB, pengangkutan dan projek perumahan dan pelancungan. Semasa Projek Komanwel diadakan di negara ini sebahagian besar kontrak pembekalan di buat oleh anak-anak Mahathir juga, setelah mereka mendapat beberapa projek besar dalam pembikinan Menara Kembar, KLIA dan banyak projek lagi seperti FOMEMA, kontrak pengswastaan khidmat perkhidmatan di hospital dan sebagainya. Pada waktu yang sama Mahathir pula giat mewujudkan projek yang besar-besar untuk dibalun oleh sekumpulan peniaga Cina seperti kelaurga Yeoh, Keluarga Vincent Tan, keluarga Ting taukeh batang penyapu, Ananda Krishnan dan Eric Chia.

Semua projek yang besar-besar itu menggunakan wang simpanan bank Malaysia ataupun tabung dana Malaysia seperti KWSP, Tabung Haji, Dana Pencen, Tabung Angkatan Tentera dan sebagainya. Untuk menyediakan banyak wang modal bagi projek itu semua Mahathir melancarkan pelbagai tabung simpanan seperti ASN, ASB dan bermacam-macam lagi tabung wawasan lain yang dipropagandakan sebagai tabung wawasan bangsa. Sekali lagi rakyat marhaen terutama sekali orang-orang Melayu tertipu membeli saham dalam tabung amanah itu semua. Ada yang berharga seringgit se unit dan nada yang berharga cuma lima puluh sen. Sekarang ini hampir semua tabung amanah itu kecuali ASB dan ASN, mempunyai nilai yang lebih rendah daripada harga sekeping tauhu.

Seperti yang saya persoalkan sejak dulu lagi, kalau semua projek itu dibangunkan dengan menggunakan wang simpanan rakyat marhaen, kenapakah projek itu tidak diserahkan untuk dilaksanakan oleh Tabung Haji, KWSP dan tabung yang mengeluarkan dana itu seperti Tabung Angkatan Tentera? Kenapakah Mahathir menjinakkan peniaga peniaga haprak seperti Vincent Tan dan keluarga Yeoh serta Ting dan Andan Krishnan untuk menguruskan projek tersebut?


Ghafar Baba tidak dapat bertahan lama kerana diasak oleh sekumpulan pelapis muda dalam UMNO yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim. Mahathir merelakan kegelojohan Anwar kerana dia takutkan kuasa dan pengaruh Tengku Razaleigh Hamzah. Sedangkan Tengku Razaleigh yang membawa Anwar masuk menganggotai pucuk kepimpinan UMNO setelah melihat ketokohan beliau memimpin persatuan pelajar universiti Malaya dan ABIM.

Kegelojohan Mahathir berniaga sambil mencengkam kuasa bukanlah satu tabiat baru, kerana mengikut Tunku Abdul Rahman Putra, semasa mula-mula menjadi wakil rakyat pun Mahathir sibuk berniaga. Dia banyak buat kerja menipu orang Melayu, mengambil tanah simpanan orang Melayu dan menukar statusnya untuk dusahakan oleh peniaga Cina. Malahan HARAKAH pernah satu ketika dulu menyiarkan gambar satu bangunan milik Mahathir yang disewakan kepada masyarakat Cina yang menjadikannya sebuah gereja. {Kerana keberanian HARAKAH mendedahkan gambar itu, lesen edaran HARAKAH yang dulunya diberikan dua kali seminggu dikecutkan menjdi hanya dua kali sebulan, sehingga hari ini dan HARAKAH tidak dibenarkan dijual secara bebas seperti akhbar UMNO, Utusan Melayu dan Beritta Harian}

Tentu kita hairan bagaimanakah Mahathir sekarang ini sibuk mendedahkan kegelojohan Abdullah Ahamd Badawi dengan suku sakatnya membalun harta rakyat Malaysia? Dalam keghairahan mahu mendedahkan kehaprakan pentadbiran Abdullah, Mahathir hanya menggunakan pentas yang diuruskan oleh orang Melayu dan dia galak mahu bercakap hanya kepada orang Melayu yang satu ketika dulu diperlekehkannya.

Malaysia berhutang besar keliling pinggang gara-gara projek besar dan mega yang dicipta oleh Mahahtir. Putrajaya, Cyberjaya, Menara Kembar Petronas, Lapangan Terbang KLIA, Formula 1, adalah antara projek yang banyak membazirkan wang rakyat. Itulah wang yang dilaburkan oleh Petronas, sedangkan wang itu adalah wang rakyat.

Apakah Mahathir sudah lupa betapa sepanjang dia mencengkam kuasa dia telah menghina Bangsa Melayu? Apabila dia menarik sabsidi kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) sekaligus dia menafikan orang Melayu satu hak yang telah dikekalkan oleh kerajan British dulu.

Apabila dia membenarkan Ananda Krishnan membeli hak milik semua filem keluaran Shaw Brothers termasuk filem-filem P. Ramli sebenarnya Mahathir telah mengaibkan orang Melayu. Sedangkan Ananda Krishnan menggunakan pinjaman bank untuk membayar sekitar RM30 juta untuk mengambil alih keseluruhan arkib fiem Melayu itu. Kenapakah dia tidak arahkan Petronas meminjamkan wang kepada Perfima untuk membeli semua filem itu dan membenarkannya membayar balik hutang itu apabila mendapat royalti penyangan filem itu di merata negara?

{Saya amat berharap dan ingin merakamkan harapan ini sebagai ingatan kepada anak bangsa, sesiapa yang akan naik menerajui kerajaan di masa hadapan mestilah menamatkan kontrak lesen Ananda Krishnan dalam penjualan nombor ramalan, selagi beliau tidak mengalihkan harta pusaka Melayu yang dibelinya daripada Shaw Brothers dengan menggunakan sebahagian besar simpanan orang Melayu}

Saya anggap perbuatan Mahathir merestui Ananda Krishna mewarisi khazanah bangsa Melayu adalah satu pembelotan terhadap bangsa ibunya.

Satu lagi pembelotan Mahathir kepada Bangsa Melayu ialah penjualan air mentah kepada Singapura yang dijangka akan berterusan selagi ada matahari dan bulan, walaupun kotrak itu dikatakan akan pupus pada tahun 2011 nanti. Ini satu lagi mainan wayang yang dilakokan oleh Mahathir dengan Menteri-Mentor (Lee Kuan Yew).

“Bolehkah sesiapa sahaja di dunia ini pada hari ini, mengatakan dengan jujur bahwa 3 sen Malaysia ataupun 1.4 sen Singapura ataupun satu per lapan dollar Amerika adalah harga yang berpatutan untuk membeli satu ribu gelen air? Itulah harga air yang pada mulanya dibeli oleh Singapura daripada Johor.”

Di Pasir Pelabuhan Gudang Johor, setiap kapal yang mahukan bekalan air perlu membayar sebanyak RM9.50 sen setiap tan air, tetapi kalau berlabuh di perairan (anchorage) harga se tan ialah RM40. Byangkan harganya dengan kiraan terdapt 200 gelen setiap tan.

Itu sebabnya pada tahun 2001 sahaja, Singapura hanya membayar Johor sebanyak RM2.39 juta ataupun S$1,09 juta ataupun AS$628,947 untuk bekalan air selama setahun. Dari sudut keuntungan sahaja Singapura telah meraih sebanyak RM662.50 juta dariapada air mentah Malaysia pada tahun yang sama.

- Marhaintua -
24 september, 2006.

Bersambung...ke bahagian 2.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home