Tuesday, September 26, 2006

Patutkah Mahathir Ditahan di Rumahnya ? (Bahagian II)

Mahathir masih terus meracau dan menyindir pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi. Yang terbaru dibuatnya ialah mengenai pembabitan Patrick Badawi dan Khairy Jamaluddin dalam pentadbiran kerajaan Terengganu. Ini bukan satu tuduhan yang boleh diambil ringan. Kalau Mahathir yang menyebutnya secara terbuak sudah tentu memang benar ceritanya.

Mahathir menyebut perkara itu di hadapan khalayak ramai dan yang ramai sekali mendengarnya ialah orang Melayu. Soalnya sekarang kenapakah perkara ini tidak didedahkan dulu-dulu lagi oleh parti pembangkang di Terengganu? Kenapakah PAS ataupun HARAKAH tidak berusaha mendedahkannya hingga disedari umum?

Para pemimpin PAS tidak boleh buat helah betapa mereka tidak membesarkan perkara ini kerana tidak mendapat ruang untuk mendedahkannya. Tetapi, PAS ada HARAKAH dan internet serta pelbagai laman blog untuk membesarkan perkara ini. Kenapakah tunggu Mahathir membesarkannya?

Setidaknya sekarang ini, PAS mempunyai laluan yang lebih mudah untuk menyentuh isu pembabitan Khairy Jamaluddin dan Patrik Badawi dalam pentadbiran negeri. Kalau perkara in berlaku di Hungary, sudah tentu rakyat marhaen berkumpul membantah di jalanraya dan mampu menjatuhkan pentadbiran Idris Jusuh. Tetapi, apakan daya pemimpin PAS tidak fikir ini isu penting dan tidak menganggap kerja mempelopori bantahan rakyat marhaen untuk menjatuhkan pentadbiran Idris Jusuh secara ini, tidak penting. Inilah yang saya katakan dulu, Pemimpin PAS sebenarnya main politik dan mahu memerintah negeri secara syok-syok sendiri. Saya tahu ada segelintir orang PAS marah-marah bila saya katakan begini.

Berbalik kita kepada ungkitan Mahathir dalam pentadbiran Terrengganu dan wang royalti minyak yang dibalun oleh sukusakat Abdullah Badawi, tentu rakyat Terenganu mahu bertanya kepada Mahthir semasa dia memerintah Malaysia dulu dia pernah selewengkan wang royalti Terengganu dan menukar namanya menjadi Wang Ehsan. Apa sudah jadi dengan wang sebanyak itu? Adakah Mahathir ingat bagaimana wang itu dibelanjakan oleh Idris Jusuh?

Saya memang tabik spring kepada Mahathir kerana dia tidak mengambil kesempatan masa itu untuk menyuruh Idris Jusuh berpakat dengan anak-anak beliau (Mahathir) untuk membelanjakan Wang Ehsan itu. Mahathir cuma nafikan kerajaan negeri PAS daripada wang itu untuk menjamin PAS kalah dalam pilihanraya umum 2004 dan UMNO kembali memerintah di Terengganu.

Akan tetapi ini tidak bermakna semasa Haji Hadi Awang menjadi menteri besar, orang-orang Mahathir tidak mengambil kesempatan membuat harta di sana. Vincent Tan telah diberikan lesen membuat landasan kapal terbang untuk melariskan pusat peranginannya. Bayangkan pulau Melayu milik nelayan Melayu boleh difaraidkan kepada Vincent Tan oleh kerajaan BN dan diperuntukkan pula duit rakyat marhaen untuk membina landasan kapal terbang ke situ?

Sesungguhnya kita juga boleh bertanyakan Mahatir apakah sebenarnya yang telah dilakukan oleh kerajaan BN dengan wang royalti yang dterima sepanjang pemerintahan Wan Mokhtar dulu? Apakah projek mega yang boleh dibanggakan di Terenganu yang dapat dijadikan warisan bangsa? Kenapakah rakyat Terengganu masih menjadi golongan yang dianggap miskin di negara ini? Sama tarafnya dengan rakyat Kelantan sedangkan Kelantan tidak ada wang royalti minyak?


Satu ketika dulu saya pernah mengungkit perkara ini dan menyentuh perihal Mahathir bersantai di Kutub Utara dan Kutub Selatan. Kemudian terbit kisah bagaimana Proton mengugurkan satu kereta Wira di Kutub Utara sebagai satu modal menonjolkan keperkasaan kereta itu. Saya juga pernah bertanya mana perginya kereta Wira yang digugurkan di Kutub Utara itu dan di muzium mana ianya di simpan?

Tentu Mahathir boleh menceritakan apa yang sebenarnya niat beliau merestukan pengguguran kereta Proton Wira di Kutub Utara itu dulu?

Adakah dia mahu berbangga kononya Malaysia adalah satu-satunya negara Islam yang mengeluarkan kereta sendiri? Bukankah itu yang selalu dicanang oleh wakil rakyat UMNO untuk membuka temberang?

Sesiapa yang pernah pergi ke Iran, tentu sedar betapa Iran pernah merupakan negara Islam yang pertama mengeluarkan keretanya sendiri. Iran telah membuat usaha-sama dengan Fiat Itali untuk mengeluarkan kereta buatan nasional, tetapi mengalamai kebuntuan kerana beberapa sebab, antaranya penglibatan Fiat (Itali) dalam mengeluarkan kereta jenis yang sama di India dan Chechozlovakia. Selepas kegagalan itu, Iran telah mewujudkan kereta nasional (Iran Khodro) untuk mengeluarkan kereta Hillman yang ketika itu dmiliki oleh Rootes Group, di mana pemegang saham yang terbesar ialah Chrysler.

Iran Khodro telah mengeluarkan kereta jenis Paykan sebanyak 6,000 unit setahun mengikut perjanjian lesen mereka. Keluaran pertama dibuat pada tahun 1967, model Deluxe dan Standard dan diikuti dengan trak-pikap dan teksi. Ini berkembang kepada kenderaan komersial pada 1969, dan keluaran otomatik pada 1970, dan GT pada 1972.

Demikianlah berkembangnya industri kereta di Iran yang akhirnya membabitkan pengeluar Peugeot selepas keluaran Talbot (Amerika) ditamatkan. Pada awal 1990-an hampir 98% keperluan Paykan 1600 dibuat sendiri oleh Iran.

Kini tidak ada Paykan baru yang dikeluarkan kerana Iran merobah dasar pembuatan keretanya setelah menghasilkan 2.3 juta kereta jenis Paykan yang sudah dianggap teknologi lama.

Industri Ketenteraan

Apa jadi dengan Iran selepas itu. Secara senyap-senyap Iran Khodro telah bersekutu dengan Renault untuk mengeluarkan kereta model baru bagi menggantikan Paykan dengan menggunakan teknologi baru dan mengeluarkan kereta dengan harga yang lebih murah.

Saya menjangkakan apabila Iran berhasil dengan kereta jenis baru ini, ia akan berkemampuan mengambil alih ‘Proton’ dan ‘Kancil’ di Malaysia. Soalnya kenapakah Proton tidak berunding dulu dengan Iran (sebagai negara Islam pertama yang mengeluarkan kereta sendiri, baru diikuti oleh Indonesia) untuk berusahasama mengeluarkan model baru ini?

Kalau diimbau industri kereta Iran yang sudah pun menjangkau lebih 45 tahun, sebagai sebuah negara Islam tentu kita merasa berbangga apakah pencapaian Iran seterusnya selain mampu melihat seorang warganya daripada kaum Hawa yang pertama naik ke angkasa lepas?

Iran telah berjaya menerokai bidang peralatan ketenteraan dan mampu menandingi Amerika Syarikat dan negara barat yang maju.

Semasa Perang Lubnan meledak, Hizbullah pimpinan Hassan Nasrullah telah berjaya mengalahkan Israel yang merupakna negara yang mempunyai ketenteraan yang nombor empat terkuat di dunia. Walaupun Israel mempunyai kapal perang F-16 yang canggih dan kapal selam serta kapal pencegah periuk api, Hizbullah bejaya mengalahkan Israel dengan hanya menggunakan drone (pesawat terbang tanpa pemandu) Pesawat yang lebih dikenali sebagai UAV (Unmanned Aerial Vehicles) telah mampu mengesan pergerakan tentera Israel semasa mahu menceroboh Lubnan.

UAV Iran boleh juga dilengkapi dengan roket dan inilah yang telah mengena sebuah kapal canggih Israel.

Satu ketika dulu UAV memang dikuasai oleh tentera Amerika dan menggunakannya dengan penuh kejayaan semasa Perang Desert Storm dulu. Selepas itu Jepun dapat memperbaikki teknologi itu dan menjadikan harga UAV menjadi rendah, setelah menggunakan engin dua lejang (two stroke engines) seperti yang digunakan oleh kapcai.

Para petani Jepun menggunakan UAV untuk menabur baja di sawah padi. Kos helikopter UAV jenis ini adalah sekitar $86,000. Versi yang lebih canggih yang boleh terbang 100 ela di atas paras muka bumi berharga antara $150,000 hingga $230,000. Harga Yamaha R-Max yang paling canggih dilengkapi dengan empat kamera lengkap dengan sistem kawalan berkomputer boleh mencecah $1 juta dollar.

Sekarang mari kita tanya diri sendiri mengenai. Royalti Minyak Terengganu Kalau berdasarkan kepada nilai bayaran royalti pada tahun 2000 sahaja ialah RM 841 juta. Selama empat tahun wang itu disonglap oleh BN dan dinafikan kepada pentadbir Kerajaan PAS adalah berjumlah RM3.364 bilion. Cuba bayangkan kalaulah separuh wang itu disalurkan untuk Malaysia membuat usahasama dengan Iran mengeluarkan dron UAV bagi tujuan aman yakni pertanian, berapakah keuntungan yang diperolehi oleh negara ini dalam bidang tersebut?

Berapa ramai anak-anak Malaysia lulusan kejuruteraan dan pertanian yang boleh digunakan untuk meningkatkan teknologi ini? Berapa pula keuntungan kepada kita kalau dapat mengeluarkan roket buatan sendiri dengan menggunakan teknologi yang sama?

Seperti yang terjadi di zaman Dr. Mahathir, wang ehsan yang kini bertukar semula menjadi Royalti Minyak tetap dibayar oleh Petronas kepada kerajaan Terengganu. Tetapi kali ini wang itu dikendalikan oleh Khairy Jamaluddin dan Patrick Badawi.

Bukankah ini yang diungkit oleh Dr. Mahathir semasa mengkritik kerajaan BN Terengganu dan juga pusat? Apakah Mahathir sedar berapa bilionkah yang disonglap oleh BN daripada wang jenis ini dan sepatutnya digunakan untuk pembangunan negara?

Wang royalti Minyak sebagai penjana teknologi telekomunikasi dan angkasa.

Salah satu kekuatan Hizbulalh semasa perang Lubnan dulu ialah kemampuannya dalam bidang telekomunikasi. Betapa pun Amerika dan Israel cuba memintas telekomunikasi Hizbullah, ia tidak mampu mensabotaj. Hassan Nasrullah dan panglima perangnya masih dapat berurusan dengan setiap pejuangnnya di merata pelusuk Lubnan - terutama sekali di kawasan sempadan dengan Israel tanpa banyak masalah.

Ini bermakna Hizbullah mempunyai teknologi yang canggih yang tidak dapat dipintas dan disabotaj oleh teknologi Israel dan Amerika. Inilah kecanggihan yang terdapat pada Iran yang banyak menerima bantuan Russia dan China. Bayangkan kalau Malaysia mampu melabur dalam bidang ini dengan menggunakan hanya sebahagian Wang Ehsan ataupun Royalti Minyak Terengganu. Sudah tentu Malaysia mampu mewujudkan satu sekolah kajian khas di Unversiti cawangan Terengganu dalam bidang UAV dan telekomuikasi UAV. Adakah Mahathir dan pemimpnn UMNO memikirkan perkara ini.

- Marhaintua -

Bersambung bahagian 3

0 Comments:

Post a Comment

<< Home