Wednesday, September 27, 2006

Kaki gedebe, budak pejabat dan budak suruhan

Tarikh 30 Sptember 1965 akan terpahat Hari Kegelapan dalam sejarah Indonesia. Kepentingan tarikh itu boleh disamakan dengan Raya Deepavali dalam Metos Hindu - yang masih mewarnai sambutan keagamaan popular di Indonesia - di mana yang baik telah menjuarai yang jahat. Akan tetapi siapa yang baik itu dan siapa pula yang jahat pada pada 1965 akan tetap menjadi isu perdebatan di Indonesia.

Itulah hari yang disebut-sebut sebagai ‘Gestapu’ ataupun ‘Gerakan September Tiga Puluh’ di mana satu usaha rampasan kuasa terhadap puak yang tidak dikenali siapa telah dipatahkan oleh General Suharto dan beberapa orang rakanya - memungkinkan Suharto naik menjadi pemerintah Indonesia untuk lebih 30 tahun sehingga beliau tersingkir pada 1997. Dalam pertempuran itu lebih satu dozen panglima tentera, yang merupakan golongan terbaik di pucuk kepimpinan tentera telah terkorban dalam peristiwa Lubang Buaya, sehingga Suharto seorang sahaja yang tinggal terkonteng-konteng untuk menduduki takhta. Panglima tentera yang lain telah dibunuh dengan kejam dan dihumban dalam telaga yang dinamakan ‘Lubang Buaya.’

Suharto telah menguatkusakan pemerintahan tentera, menggantung apa juga kebebasan yang ada untuk mencengkam kuasa melalui ‘decree’. Dia juga mempunyai kebebasan untuk mengenepikan sesiapa yang menentangnya dan menyusun semula politik Indonesia bersama para kroni dan pembodeknya. Rampasan kuasa 1965, sesungguhnya merupakan satu bonus besar kepada Suharto.

Beberapa lama kemudian barulah para analis Indonesia dapat mengesan adanya tangan ghaib CIA mengkucar-kacirkan keadaan kerana mahukan satu regim yang pro-Amerika semasa perang Vietnam sedang bergelora. Ketika itu Indonesia cenderung memihak kepada Russia dan rampasan kuasa tentera itu telah merubah suasana dalam sekelip mata.

Mengikut seorang penganalis yang menyelidik untuk ijazah PhD, yang menjadi katalis kepada rampasan kuasa 30 September 1965 itu ialah kekacauan dan pembakaran yang terjadi di sekeliling bandaraya Jakarta oleh kumpulan ‘Abang Beca’. Ketika itu puluhan ribu ‘Abang Beca’ telah menyekat laluan beberapa jalanraya tertentu di Jakarta menyulitkan pihak polis dan tentera bergerak (sebagai contohnya untuk menyelamatkan para panglima tentera yang sedang terdesak). Tindakan kumpulan ‘Abang Beca’ itu memang ternyata begitu tersusun rancangannya oleh orang-orang yang tidak dikenali tetapi berlagak sebagai samseng jalanan ataupun kumpulan penggempur. Mereka adalah laksana Mat Rempit zaman kini - mampu bergerak bebas merata Jakarta dengan pantas dan mampu mencetuskan huruhara bila diperlukan. Sekarang cuba kita maju ke depan dan kaitkan dengan suasana Malaysia hari ini. Seperti yang terjadi di Indonesia pada 1965 dulu, kini sudah wujud satu macam ketegangan di negara ini sekarang. Semakin galak dibangkitkan isu keagamaan, perkauman, pendidikan dan ketegangan politik. Segala-galanya seolah-olah tertumpu di Kuala Lumpur. Gereja yang dikatakan mengedarkan buku Injil berbahasa Melayu kononnya berada di Kuala Lumpur – dan bukan di Tanjung Tualang. Kes Lina Joy semakin menjadi topik hangat dalam khutbah di merata Kuala Lumpur – bukannya di Kuala Kangsar (walaupun saya mesti mengaku sudah lama tidak ke masjid Kuala Kangsar kebelakangan ini).



Kini sudah terkumpul beribu Mat Rempit yang bersedia untuk menyahut seruan tuannya. Kalaulah ada sesiapa yang sedar – sama ada secara kebetulan ataupun tidak, lampu lampu siap terpasang sepanjang malam di kedutaan Amerika di Jalan Tun Razak dan Suruhanjaya Tinggi British di Jalan Ampang.

Mungkin tidak dipercayai berita ini, tetapi itulah yang pelik tetapi benar betapa menjelang 10 hb November 2006, sebelum berlakunya satu persidangan tahunan UMNO yang dijangka hangat, 50,000 Mat Rempit akan diajak berkumpul di Stadium Bukit Jalil di mana Perdana Menteri merangkap Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Paklah akan memberikan gelaran Mat Cemerlang kepada para pemimpin Mat Rempit. Inilah gelagat yang memang amat bertentangan dengan kehendak Polis, Ketua Pemuda UMNO (Hishamuddin Onn) Wanita dan Puteri UMNO dan sebahagian besar masyarkat UMNO.

Mampukah Mat Rempit mencetuskan huruhara di Kuala Lumpur? Sudah tentu. Apabila 50,000 Mat Rempit yang khayal dirasuk ‘Pil Kuda’ tentu mampu melakukan apa sahaja. Ini sebabnya Polis (dan setiap warga negara yang waras pemikirannya) memang menentang usaha menggembeling Mat Rempit secara demikian. Kalaulah graduan yang bukan lulusan Oxford boleh faham bahaya ini, sudah tentu graduan lulusan Oxford seharusnya lebih arif lagi. Sebaliknya garaduan Oxford yang sedang bertungkus lumus mengembeling Mat Rempit.

Apakah yang mereka tahu itu tidak kita ketahui? Kali terakhir tercetusnya huruhara di Kuala Lumpur ialah pada 1969 di mana Parlimen (dan demokrasi) telah digantung dan negara telah ditadbir oleh Majlis Gerakan nasional ataupun MAGERAN dengan kuasa darurat. Pada 1969, Tunku Abdul Rahman yang sudah ‘mejadi lembik’ telah digerhanakan oleh Tun Abdul Razak. Hari ini, siapakah yang lebih cekap dari Perdana Menteri? Memng tidak ada hadiah untuk jawapan yang betul. Akan tetapi bayangkan keadaan seperti itu. Semua perhitungan siapa yang akan menganti siapa bolehlah dihumban dalam tong sampah. Akan muncul nanti satu senarai baru mengenai percaturan itu.

Berbalik kepada keadaan sekarang, desas-desus sudah ligat tersebar perihal Ketua Pemuda Pergerakan UMNO, Hishamuddin Hussein, memperli Khairy Jamaluddin yang merupakan “Oxford Boy” agar mencabar beliau. Sesungguhnya desas desus itu adalah palsu. Memang tidak mungkin Hisham (Aau! Seperti yang disindir oleh PAS) berani berbuat perkara semacam itu. Sebenarnya Hisham sekarang ini sudah menjadi kaki gedebe ataupun ‘tonto’ kepada Khairy yang merupakan ketua defakto Pemuda UMNO. Hishamuddin tidak sabar menunggu pemilihan pucuk kepimpinan UMNO di mana dia akan bertarung habis-habisan. Dia tidak tahan lagi keluar daripada kedudukan menjadi kaki gedebe Khairy dalam Pergerakan Pemuda UMNO. Dongeng yang disebarkan itu hanya merupakan satu usaha yang lemah untuk menaikkan imej Hisham. Ini juga satu gambaran betapa Pemuda UMNO membenci Khairy Keseluruhan Pemuda UMNO memang tidak suka dengan idea memanjakan Mat Rempit.

Nasib Hishamuddin adalah gambaran stail pentadbiran kerajaan Abdullah Badawi gara-gara penyelewengan Khairy. Selepas membodek Bush, Badawi telah biarkan Syed Hamid Albar terpinga-pinga seperti seorang dungu selepas Abdullah memberitahu betapa dia telah menerima kemaafan bekas askar Nazi yang kini menjadi ‘Katholik Pope’ terhadap kenyataan beliau mencemar Islam. Hanya sehari sebelum itu Syed Hamid telah bersuara lantang merata dunia bahawa sifat Pope meminta maaf tidak mencukupi. Patut jugalah Syed Hamid sedang berehat untuk untuk menenangkan muka yang malu.

Demikian juga yang pernah ditanggung oleh Mustapha Mohammad setelah Perdana Menteri berkata bahawa bahan yang penuh kontroversi yang digunakan dalam kursus hubungan kaum di universiti harus ditarik balik selepas Mustapha bertegang urat mempertahankannya di khalayak ramai. Menteri Kabinet kerap pening kepala gara-gara mahu menonjolkan martabat Perdana Menteri.

Akan tetapi, selain Hishamuddin Hussein, Idris Jusoh Menteri Besar Terengganu menanggung aib yang paling besar ‘sebagai budak pejabat’ Khairy Jamaluddin. Dalam satu ucapan beliau di Kemaman pada 22 September 2006, Tun Dr. Mahathir telah menuduh secara lantang “Datuk Seri Abdullah kerana membenarkan anak menantu dan seorang sahabat perniagaan beliau memerintah Negeri Terengganu (Straits Times). Idris Jusoh sudah terpinggir sepenuhnya. Walaupun dia anak Terengganu dan seorang Menteri Besar di situ, Idris Jusoh terpaksa mendapatkan arahan Khairy dan kawan-kawannya. Memang Terengganu dibanjiri duit – selalunya untuk membina projek yang bodoh dan tidak berguna seperti membina 30 unit rumah banglo berharga RM1 juta setiap satu di Pulau Duyong (tidak terjual pun). Begitu juga dengan replika Taj Mahal bernilai RM250 juta dan beberapa bangunan yang tidak berguna di Pulau Wan Man dan RM300 juta ‘Monsoon Cup’ yang menguntungkan Patrick Lim. Itulah wang daripada Royalti Minyak Terengganu ataupun dulu dikenali sebagai Wang Ehsan Terengganu. Tidaklah menghairankan kenapa Perdana Menteri sendiri yang mempengerusikan jawatankuasa yang menguruskan dana ini semuanya – kini menjangkau RM1 bilion setiap tahun.

Tun Dr. Mahathir telah menyatakan betapa Khairy Jamaluddin yang memerintah Terengganu dengan kawannya Datuk Patrick Lim. Lebih dari seorang pernah menceritakan kisah semasa Idris Jusuh memandu kereta yang ditumpangi perdana menteri, Idris terpaksa memberhentikan keretanya dan melihat Perdana Menteri keluar untuk memasuki kereta Patrick Lim pula. Idris hanya pulang ke rumah dan menunggu kalau ada lagi arahan baru yang dihantar melalui telefon sahaja.

Oleh Ibnu Hakeem

0 Comments:

Post a Comment

<< Home