Monday, December 04, 2006

Paklah: Rasuah Itu Tetap Rasuah!!!

Paklah: Rasuah Itu Tetap Rasuah!
(PAK LAH: A CORRUPTION IS A CORRUPTION!)
Kim Quek. 12.12.2006
Terjemahan -marhaintua-

Bukankah Paklah ( Perdana Menteri Abdulah Ahmad Badawi) melakukan satu kerja rasuah ketika membuat pengumuman baru-baru ini? Itulah keputusan sepontan kepada perwakilan pada petang menjelang belansungnya persidangan UMNO untuk memberikan kontrak bernilai RM3 juta setiap satu kepada 191 kawasan parlimen UMNO melalui bahagian partinya?.

Jawapannya jelas – YA –dan inilah bahan penting untuk menghasilkan satu tindakan berbuat rasuah. Pada 13 November Paklah telah mengumumkan dalam satu pertemuan tertutup dengan para perwakilan ke Persidangan Agong UMNO ke 57 (yang telah diadakan pada 14 hingga 17 November 2006) perihal hadiah bonus akhir tahun bernilai RM600 juta yang diberikan dalam bentuk kontrak kecil-kecilan bagi seluruh negara kecuali Sarawak (kerana tidak ada UMNO di sana) .

Pada hari yang sama (13 Nov. 2006) timbalan menteri kerjaraya Mohd. Zin Mohamed telah mengedarkan sepucuk surat kepada ketua JKR meminta beliau melaksanakan pengumuman Paklah melibatkan peruntukan bernilai RM600 juta dibahagi-bahagi kepada RM3 juta setiap satu kepada setiap kawasan pilihanraya Parlimen (sebanyak 191 kawasannya tidak termasuk Sarawak).

Mohd Zin telah meminta semua jurutera daerah berunding dengan “pemimpin tempatan” untuk menentukan apa kah projeknya yang semuanya mesti disiapkan dalam masa “dua bulan”. Ekoran surat itu, JKR telah mengeluarkan surat panduan tentang cara membelanjakan RM2 juta bagi setiap kawsan parlimen itu. Panduan itu menyatakan bahawa semua kontrak adalah untuk kontraktor Kelas F (yang semuanya adalah bumiputra).Setiap kontraktor hanya layak kepada satu kontrak sahaja dan setiap nilai kerja tidak boeh melebehi RM200,000.

Kerja mesti bermula dalam masa tiga hari dan disudahkan pada akhir 2006 dan bayaran dilunaskan semuanya pada akhir 2007. Projek adalah berbentuk kerja pembaikan jalan, longkang,paip, pendawayan letrik, membaik-pulih bangunan dan sebagainya. Memang jelas bahawa RM600 juta ini adalah bertujuan memberikan bonus akhir tahun kepada pemimpin UMNO di peringkat akar umbi yang kebanyakannya adalah kontraktor Kelas ‘F’ yang bergantung harap kepada kontrak kerajaan. Jika tidak demikian, bagaimana mungkin Paklah menyatakan bahawa Sarawak yang amat memerlukan perbelanjaian semacam ini terpaksa terkeluar daripada skim ini?

Lagipun jurutera daerah telah diberikan pesanan khusus untuk berunding dengan “pemimpin tempatan” menentukan jenis kontraknya. Siapakah “pemimpin tempatan “ itu, kalau bukan pemimpin bahagian UMNO disetiap 191 kawasan parlimen? (Sudah tentu mereka bukannya pemimpin PAS, DAP ataupun PKN?) Peruntukan Bermuslihat Tambahan lagi, cara pengagihan RM600 itu diumumkan memang menepati satu kehendak darurat seperti kejadian bencana tsunami ataupun gempa bumi bersekala rikter 8.0 dan bukannya untuk kerja-kerja biasa.

Dengan pengumuman yang dibuat secara mendadak, serta kaedah pengagihan perbelanjannya nampak sangat menepati pemberian bonus akhir tahun sahaja dan tidak untuk menyanggara infrastruktur tempatan. Dalam satu sidang akhbar yang diadakan sejurus selesai mesyuarat tertutup dengan perwakilan UMNO pada 13 November itu, Paklah telah mewajarkan agihan RM600 juta itu dengan berkata bahawa wang itu amat diperlukan untuk menambah peruntukan sebanyak RM1.5 bilion yang katanya sudah hampir habis.

Beliau berkata: “Kami telah mengenal pasti projek kecil yang lain untuk masyarakat luar Bandar.”Dakwaan ini ternyata bercanggah dengan kenyataan timbalan menteri Pembangunan luar bandar Zainal Abidin bin Osman di Parlimen pada 15 November. Semasa menjawab satu pertanyaan anggota PAS di Parlimen, Salahuddin bin Ayub, Zainal Abidin berkata bahawa kementerian beliau belum lagi diberitahu akan peruntukan RM600 juta bagi projek di luar bandar. Bukanlah satu perkara yang anih seandainya seseorang timbalan menteri tidak tahu-menahu akan dana ini yang memang diperuntukkan untuk projek yang perlu dilaksanakan oleh kementerian beliau berasaskan keadaan darurat.

Bukankah projek semacam itu dibentangkan terlebih dulu oleh kementerian pembangunan luar bandar kepada perbendaharaan untuk mendapatkan pengesahannya, sebelum sebarang pengumuman dibuat oleh menteri kemajuan luar bandar dan bukan oleh perdana menteri? Apakah Perdana tMenteri ataupun menteri pembangunan luar bandar tahu segala projek yang dianggap mustahak itu” Nampaknya tidak, kerana jika demikian kenapa pula timbalan menteri kerjaraya mengarahkan semua jurutera daerah mendapatkan jawapannya daripada “pemimpin tempatan?”

Alangkah menghairankan kita cara membelanjakan dana rakyat— PM meminta 3,00 hingga 5,000 kontraktor Kelas F membelanjakan peruntukan sebanyak RM600 juta dalam satu masa yang singkat selama 6 minggu sahaja, tanpa kementerian yang relevan mengetahui terlebih dulu apakah projek yang dianggap projek darurat itu! Ternyata ini adalah satu durian runtuh kepada beribu kroni di peringkat akar umbi yang akan dipilih berasaskan pautan politik mereka dan diberikan kontrak dengan harga yang lumayan, kerana kesuntukan masa tidak memudahkan pemberian kontrak secara tender terbuka.

Oleh kerana peruntukan itu adalah wang rakyat, untuk dibelanjakan bagi projek awam, adalah tidak menghairankan apabila keputusannya tidak diumumkan untuk pengetahuan rakyat tetapi diberitahu secara tergesa-gesa kepada perwakilan UMNO secara tertutup satu hari menjelang persidangan agong parti mereka? Kalau difahami keadaan itu, ternyata bahawa persidangan tahunan itu bukanlah satu persidangan tahunan yang biasa sahaja, tetapi amat penting di mana kemungkinan berlakunya perebutan kuasa antara orang-orang mantan perdana menteri (Mahathir Mohammad) dan pemimpin yang ada di mana pemimpin parti daripada kem yang lain akan menikam daripada belakang.

Menyedari betapa berkaratnya tradisi politik wang dalam pucuk kepimpinan parti, adalah lebih baik ditentuakn persidangan itu berjalan dengan licin kalau pemimpin yang ada membuat pengumuman diperuntukkan bonus durian runtuh kepada semua pihak yang relevan? Paklah dan para pembodeknya mungkin memberikan tahniah antara sesama mereka kerana licinnya perjalanan persidangan yang berlalu, dan memolehkan Paklah menyatukan sokongan parti kepadanya, apakah Paklah sedar betapa tingginya harga yang terpaksa dikorbankannya untuk meraih sokongan melalui perbuatan yang sungguh jijik ini?


Pelanggaran Undang-Undang.

Yang petama, memang tidak ada cara dia dapat membebaskan diri daripada pencemaran korupsi ini, sedangkan terlalu banyak bahan bukti yang akan menyenakkannya. Jelas sudah ada motif dan diterima pula faedahnya, yakni untuk memperkasakan sokongan kepada Paklah dan melunturkan tentangan daripada loyalis Mahathir.
Memang jelas telah berlaku salahguna kuasa, melanggar segala bentuk peraturan dan undang-undang dalam pengagihan dana awam, yang kebanyakannya dibazirkan melalui harga tinggi yang disengajakan dan penyalurannya yang tidak optima.
Kita lihat amalan buruk politik wang, salahguna kuasa dan korupsi – sebagai perbuatan terkutuk yang pada tahap awal lagi telah dijanjikan oleh Abdulalh mahu mengikisnya semasa mula-mula mengambil alih jawatan daripada Mahathir Mohammad. Dalam mana-mana demokrasi, pelanggaran undang-undang yang disenagjakan oleh seseorang ketua ekskutif, sudah tentu mencetuskan kemarahan rakyat dengan sepontan, dan media massa berusaha gigih menghambat puak yang bersalah, dan agensi penguatkuasa undang-undang seperti Badan Pencegah Rasuah dan Jabatan Peguam Negara dan Polis turut serta. Untuk menyiasat kesalahan yang ada.
Peristiwa seperti itu sudah tentu menyebabkan pengunduran pihak yang bersalah dan diikuti oleh pendakwaannya. Tidak ada perkara semacam ini terjadi di Malaysia. Seperti biasa media massa kita (kecuali di Internet) dan agensi penguatkuasa undang-undang, sengaja mengambil sikap tidak ambil peduli, walaupun ada lapuran polis yang pernah dibuat. Sifat piawaian berganda (double standards) dalam penglaksanaan undang-undang memang wujud --- di mana.satu untuk golongan pemerintah, dan satu lagi untuk orang lain.
Peristiwa ini harus menjadi satu ingatan yang keras bahawa hukum undang-undang masih diremehkan oleh pucuk kepimpinan politik yang ada, dan kita masih jauh lagi dari keadaan di mana kita boleh berbangga dengan mengatakan bahawa kita sudah mencapai tahap demokrasi di negara ini.
Kepada mereka yang terlalu taksub dengan harapan bahawa Paklah akan menunaikan janjinya kepada kita untuk melakukan perubahan, dan kepada mereka yang masih berkeras bahawa dia mesti diberikan lebih masa untuk menunaikan janji itu, episod yang baru berlaku adalah satu iktibar yang harus direnung selalu. Kim Quek.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home