Wednesday, November 22, 2006

Tindakan Seterusnya

Tindakan Seterusnya (Bhgn 1):
(The Next Action)

Apakah Pentadbiran Yang Terluka Mungkin Tidak Akan Menyerang Iran?

Oleh Seymour M. Hersh The New Yorker. 11-20-6
Terjemahan – marhaintua


Sebulan sebelum pilihan raya Kongres pada bulan November 2006 yang baru berlalu, Naib Presiden Dick Cheney telah duduk berbincang perihal keselamatan Negara di ‘Executive Office Building’. Lama-kelamaan perbincangan itu melencong kepada perihal politik: Apakah akan jadi kalau Parti Demokrat menang kedua-dua Dewan nanti? Apakah kesannya terhadap dasar Amerika ke atas Iran, yang dipercayai hampir bertukar menjadi sebuah kuasa pengeluar nuklear? Pada saat itu, mengikut sumber yang amat biasa dengan perbincangan tersebut berkata: Cheney mula mengimbau kisah tugas beliau sebagai seorang ‘lineman’ pada awal 1960-an dahulu untuk satu syarikat tenaga di Wyoming. Waktu itu harga gangsa memang amat tinggi dan seseorang ‘lineman’ dimestikan membawa balik setiap potongan wayar gangsa yang berukuran tiga kaki ataupun lebih. Tidak siapa yang suka membuat catatan di atas bagi kerja itu, kata Cheney. Jadi dia bersama seorang rakan kerja telah dapat mencipta satu jalan penyelesaian: iaitu menentukan semua wayar dipotong pendek untuk mudah dibuang sahaja setiap tamat kerja. Itulah andaian kepada kisah kemungkinan Demokrat menang pada 7 November, Cheney berkata kemenangan itu tidak akan menyekat Pentadbiran Bush daripada meneruskan pilihan ketenteraan ke atas Iran. Rumah Putih akan memendekkan segala sekatan perundangan, kata Cheney dan menghalang Kongres daripada menyibuk dengan urusannya.
Keprihatinan Rumah Putih bukanlah kerana Demokrat akan menafikan dana untuk memerangi Iraq tetapi kemungkinan diadakan perundangan menyekat pemberian kewangan terhadap operasi yang bertujuan mengguling ataupun mengkucar-kacirkan kerajaan Iran, supaya tidak mencipta bom nuclear. “Mereka takut kalau-kalau Kongres mengadakan pungutan suara ke atas satu resolusi menyekat serangan ke atas Iran, seperti yang pernah dilakukan ke atas Nicaragua dalam Perang Contra dahulu” kata seorang pegawai perisikan kerajaan.

Pada akhir 1982, Edward P Boland seorang wakil Demokrat telah perkenalkan beberapa siri “Pindaan Boland” yang menghadkan keupayaan pentadbiran Reagan untuk memberikan sokongan kepada puak Contras di Nicaragua. Yang sedang berusaha mahu menjatuhkan kerajaan sayap kiri Sandinista. Sekatan Boland itu menyebabkan pegawai Rumah Putih menyelaraskan aktiviti haram mengutip dana untuk Puak Kontra, termasuk penjualan senjata Amerika melalui Israel kepada Iran. Inilah yang mencetuskan skandal Iran-Contra pada pertengahan lapan puluhan dahulu. Mengikut sumber: kisah Cheney itu beliau memberi andaian bahawa apa juga yang akan dilakukan oleh Kongres yang didominasi oleh Parti Demokrat untuk menyekat kuasa Presiden Bush, pihak Pentadbiran akan mencari jalan keluar daripada sekatan itu. (Kisah ini telah dinafikan oleh Jabatan Naib Presiden kemudiannya).

Dalam temubual, pegawai dalam Pentadbiran yang ada dan juga yang terdahulu berbalik kepada satu persoalan:: “apakah Cheney akan terus berpengaruh dalam dua tahun terakhir tempoh khidmat Presiden George W. Bush seperti perkasanya pengaruh beliau sejak enam tahun yang lalu?” Cheney mempunyai perasaan empati mengenai Iraq. Pada akhir Oktober beliau telah memberitahu akhbar The Time: “Saya tahu apa yang difikirkan oleh Presiden, “ mengenai Iraq. “Saya tahu apa yang saya fikirkan. Dan kami bukannya memikirkan strategi pengunduran. Kami mencari satu kemenangan. “ Dia memang sama jelas dengan Pentadbiran bahawa kalau perlu, mahu menggunakan kekerasan ke atas Iran. “Amerika Syarikat sedang menilai segala pilihan dalam menyelesaikan perilaku yang tidak bertanggungjawab regim Iran,” katanya kepada satu kumpulan pelobi Israel awal tahun ini. “Kita telah bersama dengan negara lain untuk menghantar satu utusan yang amat jelas mesejnya bahawa kami tidak akan membenarkan Iran memiliki senjata nuklear.”

Pada 8 November , Parti Republikan telah kalah di kedua-dua Dewan, Bush telah mengumumkan peletakan jawatan Setiausaha Pertahanan Donald Rumsfeld, dan menyebut nama pengganti beliau, Robert Gates yang dahulu merupakan pengarah CIA. Tindakan Bush dilihat sebagai memperaku bahawa Pentadbirannya terpaksa membayar harga politik yang tinggi kerana kesilapan besar di Iraq. Gates adalah anggota satu Kumpulan Kajian Iraq – yang diketuai oleh mantan Setiausaha Negara James Baker dan Lee Hamilton, bekas anggota Kongres daripada parti Demokrat – yang telah diberikan tugas memeriksa pendekatan baru terhadap Iraq, dan dia telah secara terbuka mendesak selama lebih satu tahun agar AS mulakan rundingan terus dengan Iran. Keputusan Presiden Bush beralih kepada Gates adalah satu pertanda betapa Rumah Putih sudah “tertekan”. Seorang bekas pegawai tinggi CIA yang pernah bertugas di Rumah Putih selepas peristiwa 11 September, memberitahu saya: “Hubungan Cheney dengan Rumsfeld memang amat teramat intim dalam Pentadbiran Bush, dan pencalonan Gates dilihat oleh orang –orang Republikan sebagai satu pertanda yang amat jelas bahawa pengaruh Naib Presiden di Rumah Putih akan tercabar. Satu-satunya alasan kenapa Gates menerima tawaran itu selepas menolak tawaran terdahulu untuk menjadi Pengarah Perisikan Negara, kata pegawai tinggi CIA itu tadi, adalah kerana “bapa Presiden, bersama Brent Snowcroft dan James Baker.” Semua mereka ini adalah bekas pembantu kepada Presiden Bush Senior. “yang telah disogok ke atas Presiden dan dia akhirnya terpaksa menerima pengawas yang berpengalaman itu semuanya.”

Beberapa keputusan yang kritikal akan dilaksanakan dalam beberapa bulan mendatang, kata pegawai tinggi CIA itu tadi. “Selama enam tahun Bush telah akur kepada nasihat Cheney dan tidak lama lagi akan muncul cerita: “Apakah dia akan terus mementingkan nasihat Cheney daripada nasihat bapanya? Kita akan tahu perkara ini tidak lama lagi.” (Rumah Putih dan Pentagon enggan mengulas beberapa permohonan terperinci mengenai artikel ini, selain berkata terdapat beberapa perkara yang tidak tepat, tetapi tidak pula diperjelaskannya)

Ada seorang panglima tentera empat bintang yang sudah bersara dan bertugas dengan rapat untuk Pentadbiran Bush Senior telah memberitahu saya bahawa pencalonan Gates bererti bahawa Snowcroft, Baker dan bapa Presiden Bush, dan anaknya “sama-sama setuju bahawa sasaran sekarang ialah memenangi pilihan raya umum pada 2008 nanti yang lebih penting berbanding mengutamakan orang persendirian. Mereka mementingkan isu bagaimana mengekalkan agenda ‘Pengawal Tua Republikan’ mahu memulaukan Cheney dan memberi kegemilangan kepada wanita pilihan mereka - Condoleezza Rice. Yang kini menjadi seorang Setiausaha Negara “satu peluang untuk menjalankan tugas dengan cemerlang.” Gandingan Snowcroft, Baker dan Bush Senior, kata panglima tentera itu, “memang perkasa untuk menghadapi Cheney. Kalau berseorangan memang tidak mampu mengalahkan Cheney.”

Richard Armitage, bekas Timbalan Setiausaha Negara dalam pentadbiran Bush Senior telah memberitahu: dia percaya bahawa kemenangan Demokrat yang diikuti dengan penyingkiran Rumsfeld bererti Pentadbiran Bush “sudah mengalah” dalam perancangan mahu melakukan kempen ketenteraan terhadap Iran. Gates dan pembuat dasar yang lain kini mempunyai lebih banyak masa untuk mengusahakan penyelesaian diplomasi di Iran dan mengusahakan perkara lain, yang lebih mendesak. “Iraq sudah memburuk seperti yang jelas kelihatan, dan Afghanistan adalah lebih teruk keadaannya.,” kata Armitage. “Satu tahun yang lalu puak Taliban telah berperang dengan kita dalam satu kumpulan antara lapan hingga dua belas orang, dan sekarang kekuatan mereka adalah dalam bentuk satu kompeni dan lebih besar daripada itu.” Kalau kita mengebom Iran dan mengharapkan rakyat marhaen Iran bangkit untuk menggulingkan kerajaan Iran, seperti yang diharapkan oleh Rumah Putih, kata Armitage, adalah satu anggapan yang amat tolol.

“Iraq merupakan malapetaka yang mesti kita humban keluar, dan Iran adalah satu petaka yang mesti kita elakkan,” kata Joseph Cirincine, Naib Presiden untuk keselamatan Negara di ‘Liberal Centre for American Progress’ . Beliau berkata: “Gates akan suka berunding dengan Iran dan mendengar nasihat Ketua Turus angkatan tentera, tetapi soalnya puak neokon masih ada lagi di sana” dalam Rumah Putih – “dan masih percaya bahawa hingar-bingar adalah satu harga yang kecil perlu dibayar untuk mengnyahkan ancaman itu. Bahayanya nanti ialah Gates akan mengikut jejak langkah Colin Powel sebagai orang yang menentang dasar itu tetapi akhirnya memberikan taklimat kepada Kongres dan menyokong secara terbuka. "


bersambung ..bahagian 2.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home