Tuesday, November 28, 2006

Buat Di Malaysia

28/11:
Buat Di Malaysia
(Made in Malaysia)

Raja Petra Kamarudin
Malaysia-Today.net
Terjemahan –marhaintua-

Berikut adalah hasil kerja fiksyen dan sebarang persamaan kepada peristiwa ataupun manusia yang sudah mati ataupun masih hidup lagi, ataupun yang akan mati adalah secara kebetulan sahaja.

“Mana lokasinya nanti?”

“Begini Ken, saya fikir eloklah lokasinya di Polynesia”

“Tidak Tim, bukan Polynesia. Kita akan berbelanja banyak dan kosnya akan melonjak. Buat di satu negara rekaan, yang tidak wujud. Kemudian, kita boleh mulakan penggambaran di dalam studio sahaja. Kosnya tentu murah sahaja.”

“Baiklah, apa kata kalau kita namakan .....ah...Bolehnesia....yeah...Bolenesia. Bunyipun semacam Polynesia.

“Bagus, tunjukkan saya skrip filem ...”

“Saya sedang menyiapkannya, Ken. Tetapi hampir 90% siap...ada sedikit yang tergantung sana-sini.

“Bila awak boleh berikan pada saya?”


Minggu depan. Tetapi saya fikir mahu bincang plot ceritanya dulu dan tambah apa juga pendapat anda dalam skrip itu.”

“O.K. Tak ada masalah ...ada babak percintaan ke atau tidak?”

“Mesti ada, banyak babak seks, termasuk kontrak (kementerian) pertahanan, wang sogok, intrig dan beberapa konspirasi politik......malahan pembunuhan ...membabitkan seorang ternama ?”

“Sedap bunyinya ...Cuba bayangkan ringkasannya kepada saya.”

“Baikklah, kita mulakan babak dengan polis....pasukan CSI...sedang menggeledah satu kawasan untuk mencari bukti. Seorang jogger telah terserempak satu mayat di tengah padang yang terpencil dan telah memanggil polis. Dari situ kita mainkan plot sampai ke tahap membayangkan muslihat polis untuk menutup satu kes.

“Jangan................., tukar itu kepada..... polis yang sebenarnya melakukan pembunuhan.

“Ya, hebat tu...polis melakukan pembunuhan...... Kenapa tidak kita tunjukan pasukan UTK yang melakukan pembunuhan. Itu lebih menarik?.”

“Baiklah saya terima......lupakan mayat. Pasukan UTK telah meletupkan mayat dan pasukan CSI mencari kawasan itu dan mengumpulkan serpihan mayat yang telah dibom.”

“Aduuuuiii ini lagi menarik. Tetapi, apakah motifnya? Kita perlukan motif. Apa motifnya membuatkan pasukan UTK membunuh seorang lelaki dan meletupkan mayatnya? Lagipun bukankah meletupkan mayat menyebabkan ia berselerak di merata tempat kejadian? Kenapa tidak ditanam sahaja ataupun dimasukkan dalam asid supaya ia larut. Bukankah dengan itu tidak ada bahan buktinya?

“Itu soalan yang bagus. O.K....... apa motifnya? Saya fikir begini. Mereka mahu mengenakan seserorang kerana itu mereka mahu serpihan mayatnya dapat dijumpai. Itu sebabnya mereka letupkan dan tidak gunakan asid.”

“Kish konspirasi yang saya sebutkan tadi adalah satu pertelagahan mahukan kuasa antara Presiden dan Timbalannya.”

Baiklah....... kenapakah kita tidak buatkan Presiden sebagi konspirator dan dia yang memberi arahan pembunuhan itu untuk memerangkap Timbalannya?”

“Tidak, saya cuba tengok daripada sudut lain. Ketua konspirator dalam skrip saya ialah anak menantu Presiden. Dialah perancang utama segala-galanya.”
“Kenapa pula anak menantu beliau?”

“Sebenarnya dia yang berminat menggantikan Presiden kerana itu dia mahu Timbalan dimusnahkan. Jadi dia rancang pembunuhan ini untuk memerangkap Timbalan Presiden.

“Jadi, mereka tangkap Timbalan?”


“Tidak mereka tangkap orang utama Timbalan, dia ini yang menyimpan segala harta karun yang dibalun oleh Timbalan, sebagai pemegang amanah”

“Apakah si Timbalan tidak jujur?”

“Alahai semua orang di Bolenesia adalah korup, malahan ketua gereja pun korup.”

“Jangan begitu.... Tukarkan Bolenesia sebagai sebuah negara Islam. Itu boleh namapak lagi hidup ceritanya.”

“Ya betul juga. Hampir semua negara Islam memang korup, jadi ia lebih berpijak di bumi nyata.”

“O.K cerita sikit hal orang kanan Timbalan tadi, macam mana kamu mahu kaitkan dia pula?”

“Begini.... dalam skrip saya ada seorang perempuan, gadis Peranchis yang menjadi tukang salur(perantara) wang haram. Dia memainkan peranan untuk menyucikan wang ini dengan menggunakan akaun luar negara.”

Ishhhhh tidak, tukar cerita itu. Apa kata kalau kita gunakan perempuan Tibet. Dan dia ini rapat dengan Dalai Lama. Jadi dia rapat dengan mereka yang memegang kuasa......oh, ini hal gadis yang dibunuh yer?? Awak mahu kisahkan mayatnya dijumpai di satu padang. Ubah....yang dibunuh itu ialah menjadi seorang gadis.

“Baiklah. Apa kata kita sebut dia ini adalah pemenang pertandingan Ratu Tibet? Tetapi dia tinggal di Peranchis dan di sana mereka mula-mula berkenalan?
Bagus.......dan katakan dia memang rapat dengan Dalai Lama. Tetapi kenapa mereka mahu membunuh dia?

“Begini.... Pertama, dia adalah pemegang amanah akaun rahsia duit mereka di Switzerland. Apabila dia mati, bermakna wang itu semua akan tersangkut di sana. Si Timbalan tidak lagi dapat memegang wang itu.. Lagipun mereka sudah dapat memerangkap pembantu kanan beliau tadi dengan pembunuhan itu. Ini semacam kisah serampang dua mata.

“Bagus...macam mana dengan babak seks pulak??”

“Kita boleh buat ‘flashback’ (tayang-balik) babak gadis itu di ranjang bersama si Timbalan tadi. Kemudian dia keluar daripada bilik hotel si Timbalan untuk menaikki kereta yang dipandu oleh supir dan potong babak ketika itu. Kemudian kita tunjukkan pula satu babak si gadis mengetuk pintu hotel lain . Menantu Presiden membuka pintu itu dan si gadis telanjang lagi....Jadi kita ada dua babak seks berurutan.....

“Hebat!!! Maknanya gadis itu mempunyai hubungan sulit dengan Timbalan Presiden dan juga anak menantu Presiden. Hebat plot itu.”

{Hehehe..mungkin kena tambah sikit lagi. Si gadis pada mulanya nak “buat” juga dengan Presiden. tetapi belum apa-apa Presiden sudah berdengkur..... Itu sebab si anak meantu tumpang se tongkat....– penterjemah menelah satu frame sahaja....}

“Hm... saya ingat kita akan akhiri cerita itu dengan Timbalan Presiden mengundurkan diri kerana skandal seks dan Presiden melantik seorang agen CIA sebagai timbalan yang baru?”


“Oh CIA..... kita tidak boleh ketepikan mereka. Setiap kali ada perkara berlaku CIA mesti ada memainkan peranannya. Tetapi macam mana nak kaitkan mereka dengan kes ini?”

“Begini....CIA ada merakamkan aksi gadis Tibet itu dengan anak menantu Presiden di atas katil. Kemudian mereka tunjukkan video itu kepada Presiden yang hampir pengsan. “

“Apa tujuannya?”
“Bolenesia adalah sebuah negara yang kaya dengan minyak dan AS mahukan minyak yang murah.”

“Kalau begitu ada jalan......Kita boleh tunjukkan Presiden Bolenesia sedang minum teh dengan Bush diRumah Putih dan dia minta Bolenesia membekalkan minyak dengan harga premium tetapi Presiden enggan menunaikan permintaan itu. Apabila Presiden beredar, Bush panggil Pengarah CIA dan minta dia kenakan Presiden. Pengarah CIA telah bercakap dengan dua orang petugasnya di Bolenesia dan meminta mereka ‘kenakan’ Presiden supaya dia berlari balik menemui mereka minta bantuan.”

“Apa kata kita jadikan gadis Tibet itu seorang agen CIA juga?”

“Betul juga. Dan tugas dia ialah menyusup masuk kerajaan Bolenesia dan adakan hubungan dengan beberapa orang ternama. Semacam Mata Hari. Tentu menjadi lebi eksotik plot kamu.

“Itu juga boleh jadi satu sebab kenapa mereka membunuh dia. Wang itu tidak berada dalam akaun Bank di Switzerland, tetapi dalam akaun palsu CIA. Kerana rahsia sudah terbongkar maka mereka bunuh gadis itu.”

“Hebatt................Bagus plot kamu. Baiklah, sudahkan skrip kamu. Masukkan juga kisah kontrak pertahanan dengan Russia; mungkin kisah kapalselam Russia, ataupun semacam itu. Itu cara mereka dapat komisen kontrak.... dan mungkin juga kisah pembekalan komponen nuklear kepada Korea Utara. .... Mungkin jgua menantu Presiden yang membekalkan komponen nuklear itu. Jadi kaitkan keseluruhan keluarga Presiden. Bush cuba mengancam mahu mendedahkan semua ini kalau mereka enggan membekalkan minyak”

{Nanti dulu...........penterejemah nak mencelah siktit lagi....! Kalau kamu masukkan plot pembekalan kapalselam Russia, kamu kena masukkan sedikit ‘frem; bagaimana presiden dulu yang buka kontrak dengan Russia dan dapatkan belanja untuk membawa anggota kabinetnya pergi ke Khutub Utara, sebahagian komisen lagi bagi menghantar seorang angkasawan ke angkasa dan sebahagian lagi kos menggugurkan kereta Wira dari angkasa ke Khutub Utara...}

“Saya akan siapkan skrip itu minggu depan. Saya hanya perlu menulis idea baru ini. Saya fikir kita ada satu plot yang cantik. Memang lah semua ini tidak boeh berlaku dalam kehidupan kita,. Terlalu jauh khayalannya. Tetapi macam itulah kisah wayang. Kita berurusan dengan fantasi bukannya realiti.”

“Yeah... mana ada satu pasukan UTK (SWAT) yang bodoh rela meledakkan manusia?

“Sesungguhnya mereka bukannya bodoh. Mereka mahu biarkan ada bahan buktinya supaya pasukan CSI boleh menjumpainya. Semua itu adalah sebahagian muslihat untuk memerangkap si Timbalan.”

“Heee.............., saya ada satu idea baru. Mungkin juga kita tunjukkan Presiden yang tumpas, dan si Timbalan mengambil alih. Ini adalah satu plot CIA untuk menggulingkan Presiden supaya si Timbalan boleh mengambil alih.”

“Buat apa?”

“Tentulah kerana minyak. Presiden Bolenesia enggan menjual minyak kepada Bush tetapi si Timbalan bersetuju.... saya fikir begini..... lupakan si menantu tadi. CIA ada menyimpan satu rakaman video Timbalan mengadakan hubungan seks dengan gadis Tibet tadi dan memeras ugut Timbalan itu pula. Dia bersetuju menjual minyak tetapi tidak mampu kerana dia hanya orang nombor dua. Jadi mereka gulingkan Presiden untuk membolehkan Timbalan mengambil alih dan jual minyak yang AS mahu pada harga murah. “

Wau..... OK. Bagus jalan cerita ini. Semakin bagus jadinya. Saya akan buat perubahan dan jumpa anda minggu depan.”

“Baiklah... saya akan cakap dengan Tom dan cuba dapatkan bajet yang anda perlukan. Apa kata anda gunakan RM100 juta?”

“Boleh........ sebab kita gunakan banyak penggambaran di studio dan tidak banyak di lokasi. Tetapi saya belum susun para pelakonnya lagi.”

“Jangan risau mengenai kasting....Saya akan cuba usahakan. Berikan saya skrip itu dan saya akan edarkan. Dengan plot semacam ini kita mungkin dapat tarik ramai bintang yang berminat. Kita mungkin ajak Jennifer Lopez lakonkan peranan gadis Tibet.

“Tapi...wajah dia bukan macam orang Tibet?”

“Jangan risau. Emak dia seorang Tibet tetapi ayah dia Peranchis .... mungkin seorang diplomat Peranchis yang pernah berkhidmat di Tibet. Dia pun seorang agen CIA dan itulah caranya mereka berjaya mengrekrut anaknya.

“Baiklah. Biarlah saya balik dulu jika tidak nanti tidak ada penamat cerita ini. Terlalu banyak kemungkinannnya.”

“Aha.... itulah kesenian fiksyen.. Anda boeh tulis skrip mengikut kehendak selera anda. Lagipun tidak ada kisah semacam ini yang boleh terjadi di dunia ini.

tamat

0 Comments:

Post a Comment

<< Home