Monday, November 20, 2006

Cheney dan Neokon Merancang Banyak Peperangan Lagi

Cheney dan Neokon Merancang Banyak Peperangan Lagi
(Cheney And Neo-Cons Plotting More Wars)
By Jeffrey Steinberg - Executive Intelligence Review. 11-18-6

Terjemahan -marhaintua-


Pada Mac 11, 2003, ketika persiapan dibuat untuk meraikan kejayaan terbesar kumpulan neokon - penaklukan Iraq -- wartawan ‘penyiasat ’ sebuah majallah (The New Yorker) – Seymour Hersh telah mendedahkan kisah peras ugut yang dilakukan oleh neokon Richard Perle. Beliau telah mengugut beberapa puluh juta dollar daripada keluarga diraja Saudi setelah bersekongkol dengan seorang penjual senjata Iran-Contra, yang bernama Adnan Kashoggi. Rencana mereka membabitkan sebuah syarikat milik Perle, Trireme Partners LP, yang mahukan sedikit habuan daripada beberapa billion dollar yang merupakan sebahagian kontrak ‘homeland secutiry’ yang akan dikeluarkan oleh kerajaan Arab Saudi Kisah ini telah didedahkan oleh Putera Bandar bin Sultan, yang ketika itu merupakan Duta Arab Saudi di Washington. Ketika itu Perle merupakan pengkritik paling unggulan yang mencerca kerajaan diraja Saudi, dengan menabur fitnah propaganda dan mencadangkan agar dilakukan perubahan regim di Negara Arab itu. Itulah propaganda yang dimasukkannya dalam ‘Defense Policy Board,’ tetapi sanggup digugurkannya kalau dia diberikan kontrak kerajaan diraja tersebut.

Beberapa orang pegawai perisik kanan AS telah memberitahu EIR baru-baru ini betapa segelintir anggota kanan diraja Saudi, mungkin juga termasuk Putera Bandar sendiri yang kini merupakan penasihat keselamatan kerajaan kepada Raja Abdullah, merasa menyesal kerana tidak termakan umpan dan membayar apa yang dikehendakki oleh Perle dan rakan-rakannya semasa Januari 2003 dulu. Pembayaran segelintir juta dollar mungkin dapat menyelamatkan mereka daripada menanggung pening kepala, kerana propaganda neokon yang dilakukan oleh Wurlitzer terus mencadangakan pertukaran regim yang melibatkan mereka. Malahan secara kebetulan, ahli keluarga Saaudi itu bersama beberapa regim Sunni Arab yang lain telah mendapati mereka tergolong dalam satu kelompok yang sama dengan golongan neokon di Washington yang turut disertai oleh kerajaan Ehud Olmert di Israel – dalam satu perjuangan yang sama menentang Iran.

Ada satu cerita awalan yang diterbitkan pada 3 November 2006, oleh majallah Vanity Fair telah mendedahkan kisah kumpulan neokon yang sedang bersiap sedia dengan helah baru. Mereka cuba cuci tangan daripada fiasko membabitkan Iraq dan menuding jari menyalahkan kegagalan yang berlaku sepeunuhnya keatas bahu Presiden George W. Bush, pasukan keselamatan Negara yang tidak cekap dan tidak berguna. Dalam satu prebiu cerita itu yang dijangka akan disiarkan oleh Vanity Fair pada Januari 2007, pengarang David Rose menyiarkan beberapa ungkapan hasil wawancara yang dilakukan pada Oktober 2006 dengan golongan krim kumpulan neokon itu bermula dengan ‘Putera Kegelapan’ Perle sendiri, dan termasuklah Kenneth Adelman, yang menjadi tersohor kerana mencadangkan Raja Penipu Iraqi Ahmed Chalabi. Kumpulan neokon ini sudah sedar kini kalaulah mereka terpaksa mengulangi kerja yang sama sekali lagi, setelah menyedari betapa gandingan Bush-Cheyney-Rice adalah gandingan pengurusan keselamatan Negara yang paling tidak berguna dalam sejarah pasca Perang Dunia Kedua Amerika, mereka memilih untuk menggunakan cara alternatif untuk berperang.

Dalam satu babak persis drama Shakespeare bertajuk Julius Ceasar, Brutus zaman moden ini telah menikam Presiden Bush dan Condi Rice dari belakang. Bagi kumpulan neokon ini, kalau mengikut kata beberapa sumber di Wasihngton, Iraq dan George W. Bush adalah berita yang sudah basi. Kini mereka sedang merancang untuk terus bernafas lega sambil melihatkan kejatuhan dinasti Bush, dan sudah pun merancang konfrontasi seterusnya, menentanga Iran dan Russia , sekadar menamakan dua sasaran besar masakini.

Walaupun kepimpinan Presidne Bush sudah terbakar gara-gara peristiwa yang kini disebut sebagai “ Bencana 7 November” kumpulan neokon masih dianggap sebagai satu kuasa yang perkasa dalam Parti Republikan. Masih wujdu beberapa orang ‘superstar’ dalam parti itu seperti John Podhoretz, yang sudah mula menjolok naik nama Senator John McCain (R-Ariz) sebagai gajah tunggangan baru untuk membawa mereka kembali berkuasa di Oval Office. Di samping itu ada satu kumpulan neokon yang sedang bersiap sedia untuk menonjol bersama Parti Demokrat, seandaianya seekor keldai muncul menjadi Presiden pada 2008 nanti. Seolah-olah peristiwa lama berulang kembali mengingatkan mereka kisah Jimmy Carter dulu. Ketika itu Demokrat sedang bergayut kepada Senator Jackson dengan disokong oleh Perle, Stephen Bryen, Ledeen, Gaffney, dan Elliot Abrahms,. Namun, apabila Ronald Reagan berjaya mengalahkan Jimmy Carter dalam satu kemenangan besar pada 1980, kumpulan neokon yang sama telah beralih kem dan mendudukki jawatan sivil yang tingi di Pentagon, dan mendapat kerja perunding dengan Majlis Keselamatan Negara pentadbiran Reagan.

Tidak kiralah parti mana yang akan bertakhta di Rumah Putih pada Januari 2009 nanti, kumpulan neokon masih menyandarkan harapan akan mengongsi segala faedahnya. Macam mana pun mereka tetap merancang satu pakatan peperangan bertajuk :”Ganyang Iran” secara berpakat dengan regim Sunni yang sedang ketakutan di Teluk Parsi dan dunia Arab dan Israel -- untuk menjamin bahawa regim Bush-Cheney akan membuat satu lagi kesilapan maut - melancarkan serangan tentera keatas pangkalan nuklear Iran sebelum regim Bush berundur daripada Rumah Putih.

Untuk menentukan perang Iraq berlaku sebelum Pasukan Bush keluar daripada Rumah Putih, puak neokon sedang bertungkus lumus menggunakan khidmat rakan mereka yang boleh diharap dan yang masih perkasa dalam regim Bush – yakni Timbalan Presiden Dick Cheney. Pejabat Cheney masih lagi merupakan Pusat Neokon, di mana David Wurmser dan John Hannah masih betugas. Elliot Adams masih merupakan proksi dan talibarut Cheney dalam Majlis Keselamatan Negara.

Mengikut sumber Timur Tengah dan Washington, inilah kakitangan (kru) yang bertanggungjawab pada awal tahun ini, menumpaskan segala usaha regim Syria pimpinan Basher Assad yang mahu membuka perundingan damai dengan Israel, agar tidak ada regim Israel sebelum Ariel Sharon yang sanggup bersedia berunding dengan Syria tidak kiralah kalau ada tekanan daripada Washington yang mahukannya.


Yang terbaru, kumpulan neokon yang sama telah merancang agar penyeludupan senjata dijalankan di Tebing Barat untuk melengkapkan kumpulan Fatah supaya mereka boleh berperang menentang kumpulan Hamas. Ada seorang panglima tenera Israel yang sudah bersara, Shlomo Brom, yang menyediakan satu kertas kerja di Pusat Jaffe di Tel Aviv yang menyebut bahawa perang-saudara yang meledak antara Hamas dan Fatah di Israel akan memburukkkan nasib Israel kerana ia akan memecahbelahkan Tebing Barat yang dikuasai oleh Fatah dan Jalur Gaza yang dikuasai oleh Hamas. Kedua-dua pihak akan berlumba-lumba mahu menunjukkan keperkasaan dalam menentang Israel melalui pengeboman pejuang berani mati dan serangan roket. Panglima perang itu memberi amaran perang-saudara semacam ini akan memberi mudarat yang sukar ditangani oleh Negara Yahudi.

Beberapa sumber Arab telah menceritakan kisah pemimpin kaum Druz di Lubnan, Wahid Jumlat telah diberikan tawaran yang sama berbentuk bantuan rahsia ketenteraan untuk menentang Hezbollah di negara yang sudah hancur lebur kerana berperang dan masih lagi belum dapat pulih daripada kesan perang-saudara yang berlaku selama 15 tahun dulu. (1975-1990). Persiapan rahsia seperti itu adalah bertujuan untuk terus mengekalkan semangat berperang tajaan neokon di merata rantau Timur Tengah, tanpa bergantung kepada pengaruh Pentagon, Ini bermakna walaupun Donald Rumsfel sudah berundur dan pengganti beliau ialah bekas pengarah CIA Robert Gates, yang merupakan pilihan Brent Snowcroft dan James Baker III (yang juga merupakan musuh ketat Dick Cheney), rencana neokon itu tidak akan dipengaruhi oleh mana-mana pihak yang lain.

Malahan, ketika Demokrat bersiap menguasai Dewan AS dan Senat pada Januari 2007, mereka akan berdepan dengan satu peta dunia yang penuh pancaroba, semuanya menanti masa untuk meledak, dengan sedikit provokasi sahaja.

Beberapa orang eteran perisikan Washington, termasuk seorang timbalan presiden syarikat pertahanan utama AS berkata bahawa kesangisan mereka yang paling utama antara sekarang dan Tahun Baru nanti - semasa Parti Demokrat akan mengambil alih Capitol Hill - ialah perisitwa ala Teluk Tonkin mungkin berulang kembali.. Itulah provokasi yang sengaja diada-adakan oleh Washington untuk mencetuskan peperangan.. Kemungkinan berulangnya peristiwa semacam itu ialah di Iran. Orang yang berkemungkinan menjadi arkitek provokasi itu ialah Dick Cheney dan saki-baki kumpulan neokon beliau , termasuk tukang karaut dan tukang kacau yang mereka dapat gembeling daripada masyarakat Pasukan Istimewa dan “operasi hitam” di kalangan masyarakat perisikan itu..Masih ada satu lagi tekateki: apakah Bush sudah menandtangani satu arahan “Presidential Intelligence Finding’ (Siasatan Risikan) yang membenarkan operasi rahsia itu.

Pada 10 Oktober 2006, majalllah inernet “World Politics Watch” telah menyiarkan satu kisah provokasi mengulangi rencana neokon, dengan tajuk “Mideast Realingment: Could Iran Unite Arab and Israels?” (Penyusunan Semula Timur Tengah: Mampukan Iran Menyatukan Arab dan Israel?). Menyedari desas-desus itu yang dinafikan secara rasmi oleh kedua-dua pihak, bahawa Putera Badar telah berjumpa secara rahsia di Jordan beberapa pegawai tinggi kerajaan Israel, Frida Ghitis telah menulis bahawa “segelintir pemerhati Timur Tengah tidakpun terkejut mendengar kemungkinan adanya perbincangan antara Israel dengn kerajaan beraja (Saudi) . Ini adalah disebabkan ketakutan golongan Sunni Arab terhadap kekuatan kaum Shiah di Iran. Kesannya, musuh tradisi orang Arab yakni Israel berkemungkinan membangungkan satu pakatan yang perkasa dengan regim Sunni dalam dunia Arab


Penyatuan kepentingan yang amat nyata ini mempunyai segala kemungkinan untuk melakar satu lanskap politik daripada yang kebiasaannya. Itulah lanskap berupa Arab melawan (vs) Israel, yang begitu lama mendominasi Timur Tengah sejak akhir 1940-an dilakar betukar rupa kepada Sunni melawan (vs) pakatan Shia, di mana kerajaan Sunni dan Israel berada di satu pihak yang sama.


Mengikut sumber di Washington inilah dakyah yang menjadi satu impian besar kumpulan neokon yang paling terkini. Selama bertahun-tahun puak neokon telah mendakwa konsep ala Leon Trotsky yakni ‘Permanent Revolution’ (Revolusi Kekal) yang bertopengkan laungan “demokrasi” . Sejak bermulanya regim Bush-Cheyney hinggalah beberapa bulan terakhir, sasaran utama mereka telah diberi takrif oleh pengkaji sejarah Timur Tengah sebagai “Sunni Stability Belt” (Kawasan Kestabilan Sunni) . Inilah gandingan kepimpinan beraja yang keras pemerintahannya dengan puak diktator yang berkuku besi yang mampu mengekalkan kestabilan wilayah pengeluar minyak sejak zaman Sykes-Picot (1916) dan seterusnya. Dengan bertukarnya helah Shiah bikinan neokon (Neo-con Shiite Card) yang menjadikan Iraq satu neraka jahanam di dunia ini, para pengkhayal dalam kumpulan neokon itu sudahpun merobah retorik mereka dan secara tiba-tiba mencari satu alasan yang sama untuk berganding bahu dengan raja-raja Sunni Arab dan para dictator Sunni yang hanya beberapa bulan yang lalu menjadi sasaran mereka. Seperti yang mereka rancang pada 1996 dulu. Yang mereka bentangkan sebgai satu “Clean Break”

Sesungguhnya kumpulan neokon adalah kumpulan yang tidak malu, yang tidak menghadapi masalah menukarkan kebenaran dengan segala kepalsuan – hanya kalau usaha itu menjamin matalamat mereka merangkul kuasa. Apakah singa-singa Sunni Arab dan orang-orang Israel begitu bodoh melangkah masuk perangkap yang terpasang untuk mereka?

Teruskan menunggu.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home