Robert Fisk: Seperti Hitler dan Brezhnev, Bush Sedang Kebingungan
Published on Friday, December 1, 2006 by the Independent / UK
Seperti Hitler dan Brezhnev, Bush sedang Kebingungan
(Like Hitler and Brezhnev, Bush is in Denial)
oleh: Robert Fisk
Terjemahan –marhaintua-
Lebih setengah juta nyawa terkorban, satu pasukan ketenteraan yang terjerat dalam satu strategi tentera yang tersasar sejak Perang Vietnam, satu dasar Timur Tengah yang sudah tertanam dalam pasir Metopotamia, namun George W Bush masih mengambil sikap menafikannya. Bagaimana cara dia melakukannya, seperti yang ditunjukkannya kelmarin di Amman -- bahawasanya Amerika Syariakt akan terus kekal di Iraq “sehingga tugasnya selesai?” Apa yang disebutnya sebagai tugas itu ialah projek Washington mahu membentuk satu Timur Tengah yang baru mengikut imejnya dan juga imej Israel. Itulah projek yang lama sudah mati, para pemikir yang melakarnya di kalangan golongan neokon sudahpun berlepas tangan dan menyalahkan Bush, bersama orang Iraq juga, kerana segala bencananya.
Memang ramai orang yang suka menafikan sejarah – semua mereka menjadi mngsa kebodohan sendiri apabila berdepan dengan pelbagai bukti bencana, mereka mencari perlindungan dalam fantasi, menolak segala bukti keruntuhan sebagai satu pertanda kegagalan sementara sahaja, sambil terus berpaut kepada idea bahawa selagi para panglima tentera mampu menjanjikan kemenangan, ataupun kerana mereka sendiri terlalu kerap menabur janji akan kemenangan itu, -- nasib mereka akan menjadi baik. George Bush ataupun Lord Blair daripada Kut al-Amara tidak perlu berasa kesunyian. Timur Tengah sudah lama menghasilkan pengalamun fantasi itu beberapa kali sejak beberapa dekad yang silam.
Pada 1967, Presiden Mesir, Gamel Abdul Nasser bertegas bahawa negara beliau hampir menang dalam “Perang-Enam-Hari” selepas Israel memusnahkan keseluruhan tenteranya ketika masih di bumi lagi.. Presiden Carter pernah memuji Iran di bawah pimpinan Shah sebagai satu kepuluan yang stabil di rantau itu hanya beberapa hari sebelum Ayatollah Khomeni melancarkan revolusi Islam yang menjatuhkan regim Shah. Presiden Leonid Brezhnev mengistiharkan kemenangan Soviet di Afghnistan setelah tentera Russia dikejar keluar daripada pangkalan perang mereka di Wilayah Nangahar dan Kandahar oleh Osama bin Laden dan para pejuangnnya.
Bukankah Saddam Husein pernah melalak dan menjanjikan “ibu kepada segala peperangan” keatas Kuwait sebelum berlakunya pengunduran besar--besaran askar Iraq pada 1991? Bukankah juga Saddam Hussein yang sekali lagi meramalkan AS akan tumpas di pasir Iraq pada 2003? Pembodek Sadam yang tersohor Mohamed el Sahaf pernah berfantasi akan jumlah askarAmerika yang akan mati di padang pasir. Malahan George W Bush pernah membuat pengakuan betapa dia kerap meloloskan diri keluar daripada mesyuarat di Rumah Putih untuk melihatkan gelagat el-Sahaf dan ketawa terhadap fantasi menteri penerangan Iraq dulu.
Jadi siapakah yang ketawa terhadap Bush sekarang ini? Perdana Menteri Iraq Nouri al-Maliki yang merupakan seorang pengikut setia Bush seperti Sahaf kepada Saddam Hussein dulu, kerap diberikan pujian palsu daripada presiden Amerika seperti yang pernah ditaburkan oleh Nasser dan Brezhnev terhadap panglima perang mereka.
“Saya hargai keberanianmu sepanjang waktu yang sukar semasa memimpin negara kamu,” kata Bush kepada Maliki. “Dia adalah orang yang cocok untuk Iraq” kata Bush kepada kita. Perdana Menteri Iraq yang kerap berselindung di kubu ‘Zon Hijau’ yang dipertahankan oleh tenera AS sehinggakan kubu itu digelar Kubu Krused – mengumumkan bahawa “tidak ada masalah”. Kuasa mesti diserahkan dengan lebih cepat lagi kepada Maliki, dan itulah yang diberitahu kepada kami semalam. Kenapa? Kerana itu yang akan menyelamatkan Iraq. Ataupun kerana ini akan memberikan peluang kepada Amerika membuat dakwaan, seperti yang dilakukannya untuk membenarkan tentera Vietnam Selatan berperang sendirian menentang tentera Hanoi, supaya Washington tidak dipersalahakn kerana kecelaruan yang berlaku selepas itu? “Salah satu kekecewaannya dengan saya ialah dia percaya bahawa kami terlalu lembab memberikannya kelengkapan yang diperlukan untuk mempertahankan rakyat Iraq.” Demikianlah kata Bush. Dia tidak ada upaya untuk menjawab. Kerana itu kita mahu percepatkan keupayaan itu.” Bagaimanakah Maliki mempunyai sebarang “keupayaan” sedangkan dia memerintah hanya beberapa batu persegi bumi Iraq daripada pertengahan Baghdad dan beberapa buah istana Baathis yang semakin mereput??
Kalau ada pun kenyataan Bush yang benar di Amman kelmarin, beliau ada berkata: “terlalu banyak sepekulasi bahawa lapuran daripada Wshingotnitu membwa erti bahawa akan ada satu bentuk pengunduran yang licin daripada Iraq, (tetapi) kisah pengunduran aman itu memang tidak ada kebenarannya.” Memang betul. Tidak akan ada pengunduran yang semudah itu daripada Iraq, selain kemusnahan satu kuasa tentera yang penuh dengan pertumpahan darah. Pengunduran menteri Shia daripada kabinet Maliki mencerminkan pengunduran menteri-menteri Shiah daripada menyokong pentadbiran yang di sokong oleh Amerika di Beirut -- di mana orang Lubanan takut akan konflik yang membesar di mana Washington sesungguhnya tidak mempunyai kuasa tentera ataupun politik untuk mengawasinya.
Malahan Bush telah semacam tidak perasaan akan peta perbalahan kaum di Iraq. “ Perdana Menteri telah menjelaskan bahawa pemecahan negaranya kepada beberapa bahagian, seperti yang dicadangakn oleh sesetengah pihak bukanlah menepati kehendak rakyat Iraq, dan sebarang perpecahan Iraq akan hanya meningkatkan keganasan berpuak-puak.” katanya. “Saya bersetuju.” Tetapi Iraq sudahpun “berpecah-belah.” Keretakan Iraq sudahpun lengkap, jurang mendalam sudah menyedut mayat manusia pada kadar seribu setiap hari..
Malahan Hitler mungkin terhibur melihatkan pertumpahan darah ini. Dialah yang mengistiharkan pada April 1945 bahawa Jerman akan menang Perang Dunia Kedua, sambil berlagak angkuh bahawa musuhnya Roosevelt, sudahpun mati -- semacam itulah juga Bush berlagak sombong tentang kematian Zarkawi sambil mendesak mahu tahu bilakah tentera metos General Wenck dapat menyelamatkan rakyat Berlin. Berapa ramaikah “Wencks” yang akan dipanggil daripada pasukan 82nd Airborne ataupun Marine Corps untuk menyelamatkan Bush daripada Iraq dalam beberapa minggu yang mendatang? Tidak, Bush bukanlah semacam Hitler. Seperti Blair, satu ketika dulu dia menganggap dirinya semacam Winston Churcil, orang yang tidak pernah berbohong kepada rakyatnya tentang kekalahan Britain bila berperang. Akan tetapi Fantasi memang tidak ada tepiannya.
Copyright 2006 Independent News and Media Limited
###
0 Comments:
Post a Comment
<< Home