Friday, January 26, 2007

Kesediaan Iran melancarkan satelit mengejutkan dunia

Friday January 26, 12:07 PM

Kesediaan Iran melancarkan satelit mengejutkan dunia
(Iran ready to launch satellite, raising arms alarm: report)
Photo: AFP Click to enlarge

Terjemahan: - marhaintaua-


WASHINGTON (AFP) – Iran sedang bersiap melancarkan satu satelit ke angkasa lepas, satu takuk lagi dalam dimensi srategi baru Tehran. Demikian yang dilapurkan oleh ‘Aviation Week and Space Technology” di laman webnya.

Satu pelancar roket missil seberat 30 ton, yang baru siap dibina, boleh ditukarkan untuk berfungsi sebagai pelancar satelit ujian untuk jarak jauh. Demikian lapuran majalah mingguan keluaran 29 Januari.

Jabatan Pertahanan AS tidak pula menunjukkan reaksi sepenton keatas lapuran AFP itu.

Pelancar angkasa Iran itu akan ‘berfungsi tidak lama lagi” dengan satu satelit Iran, kata Boroujerdi, presiden Majlis Keselematan Parlimen Iran, merangkap Suruhanjaya Dasar Luar Negara. .

Borooujerdi telah membuat kenyataan itu semasa berucap kepada pelajar agama dan alim ulama di Qom. Di imana Iran telah melancarkan beberapa ujian missil. Kemampuan pelancaran Iran itu terdedah ketika kuasa Barat sedang rancak memantau sepakatan Iran dan Korea Utara mengenai program nuklearnya, Pelancaran Iran ini adalah satu susulan kepada beberapa ujian missil oleh China yang menghancurkan satu satelit di angkasa.

Pelancaran oleh Iran membuktikan betapa rapatnya hubungan Iran dan Korea Utara dalm bidang teknologi terutamanya dalam program missil. Inilah yang mengejutkan Baraat yang gusar akan kemungkinan Iran mencipta ICBM (Intercontinental ballistic missile) yakni missil antara benua yang mempunyai kuasa jangkauan jarak jauh hampir 4,000 kilometer (2,500 batu) justru mampu mencecah Eropah Tengah, Rusia, China dan India.

Majalah mingguan itu juga melapurkan betapa agensi perisikan AS percaya pelancar Iran itu adalah satu permbaharuan kepada missik Iran berjenama Shahab 3, yang mempunyai kemampuan jangkauan 1,300 hingga 1,600 kilometer (800-1,000 batu). Para analis di Global Security berkata bahawa besar kemungkinannya missil yang dipertingkat itu adalah laksana batu loncatan kepada Iran mengklon missil ‘Taepodong’ buatan Korea Utara yang gagal dilancarkan pada Julai dulu . Agensi perisik Pertahanan AS telah berkata bahwa Iran mempunya keupayaan membuat missil yang mempunyai kemampuan jarak jauh hingga 4,800 kilometer menjelang 2015.

“Akhirnya nanti mereka memunya keupayaan melancarakan satelit peninjau laksana “OFek” bikinan Israel dengnan menggunakan pelancar satelit Iran daripada wilayah Iran juga,” kata Uzi Rabin, bekas ketua Israelti Missile Defense Organisation.

Pelancaran satelit itu dilancarkan sebagai satu rencana menunjukkan keupayaan teknikal Iran, “

Dengan melepaskan satelit sendiri mengelilingi dunia akan menghantar satu mesej yang berkesan merata dunia Islam tentang kesungguhan regim Shiah di Tehran”

Lapuran pelancaran satelit Iran itu telah secara kebetulan sama tarikhnya dengan rencana Amerika Syarikat menubuhkan satu sistem pertahanan missil di Poland dan Cezch Republik yang bertujuan untuk memintas serangan missil daripada Iran dan Korea Utara.

Amerika Syarikat sudahpun mempunyai satu jaringan memantau satelit dan radar pengesan, serta penyekat missil di Alaska dan California. AS mahu mewujudkan satu radar dan 10 penyekat tambahan di Eropah menjelang 2011. Buat masa ini Iran sedang dicemuh oleh dunia sejagat yang mengatakan bahwa Iran sedang melancarkan satu program pembikinan nuklear. Sedangkan Iran bertegas ia mahu melancarkan program penjenaan eletrik.. .

Pada Disember dulu, Majlis Keselamatan PBB telah meluluskan satu resolusi mengenakan sekatan ekonomi kerana program nuclear Teheran dan juga progam missil balistiknya, selepas Republik Islam itu enggan menyahut tuntutan PBB agar ia menghentikan pengkayaan uranium.
----------000000---------


1 Comments:

Blogger hhb981014 said...

hello! A Good News,google introduce a very user-friendly browser,Free download Quickly,Please visit my blog thank you

7:02 PM  

Post a Comment

<< Home