Monday, January 15, 2007

Pembunuhan Aminah Abdullah@Attantuya Shariibuu

Kenyataan Akhbar: N. Gobalakrishnan:

Pembunuhan Aminah Abdullah @ Attantuya Shaariibuu

Terjemahan –marhaintua-

Abdul Razak Baginda telah didakwa di mahkamah Malaysia kerana bersubahat dengan pembunuhan Aminah Abdullah@Attantuya Shaariibuu. Itulah satu proses perundangan di mana dunia sejagat mengetahui betapa mahkamah telah berlagak sama caranya dengan mahkamah yang menghakimi Datuk Sri Anwar Ibrahim. Razak Baginada hanyalah seorang lagi individu biasa yang menghadapi tuduhan membunuh di mahkamah di mana ikat jamin selalunya dtidak dipertimbangkan untuk jenayah jenis ini.

Apabila mahkamah memberikan ikat jamin kepada Razak Baginda, sekali lagi berulanglah peristiwa 1999 dulu di mana mahkamah masa itu lebih dikenali sebagai “Mahkamah Rimba”. Malahan saya terkejut apabila New Straits Times dan akhbar yang lain sengaja menggugurkan nama Aminah Abdullah daripada terus disiarkan (selepas beberapa hari). Kita semua tahu bahawa beliau pada asalnya diberikan nama Aminah Abdullah @ Attantuya Shaaariibuu dan sekarang saya ingin bertanya kepada pihak akhbar kenapa digugurkan nama Aminah Abdullah. Apakah ada satu tangan ghaib mengarahkan akhbar ataupun akhbar itu sendiri gusar akan kuasa ghaib yang terlibat dengan pembunuhan Aminah Abdullah @ Attantuya Shaariibuu. Saya juga bermohon agar agensi yang relevan menyiasat siapakah yang menikahkan Aminah Abdullah @Attantuya Shariibuu menjadi seorang muslimat dan kenapakah beliau menjadi seorang beragama Islam. Apakah dia mendapat hidayah daripada Allah, ataupun apakah dia masuk Islam untuk menikah dengan seorang yang beragama Islam?
Kalau agensi yang releven dapat dedahkan siapa yang menikahkan beliau maka kita sudah semakin menghampiri siasatan pembunuhan kerana imam yang menikahkan beliau tahu apa sebab beliau masuk Islam. .Saya juga hairan kenapa Jabatan Agama Islam diam membisu dalam kes Aminah Abdullah @Attantuya Shariibuu, kerana selama ini Jabatan Agama Islam memang terkenal tidak pernah gagal menyibuk di merata negara mengutip mayat orang yang diketahui sudah memeluk agama Islam.
Kenapakah Jabatan Agama Islam tidak meluru mengutip segala tulang milik Aminah Abdullah @Attantuya Shariibuu untuk menunaikan tanggungjawab terakhir yang selalu mereka lakukan walaupun melampaui bidang kuasa mereka, kalaupun perlu mengorbakan keadilan yang sepatutnya dilakukan keatas mereka yang bukan-Islam?.

Terpulang kepada pentadbiran PM menunjukkan tindakan yang baik untuk memperbetulkan kepincangan ini dengan mendedahkan keadaan sebenar ataupun dengan secepat mungkin mengistiharkan satu siasatan terbuka disebabkan satu nyawa sudah terkorban kerana keadaan yang amat mencurigakan.

N.Gobalakrishnan+6016-53 7373 7Director for National Integration Parti Keadilan Rakyatgobalakrishnan23@gmail.com

0 Comments:

Post a Comment

<< Home