Tuesday, January 16, 2007

Gerakan Anti Najib

15/01:

Gerakan Anti-Najib
Raja Petra Kamarudin

Terjemahan –marhaintua-

Johor sedang dilanda krisis yang serius. Tetapi pihak media telah diberitahu untuk tidak menyerlahkan masalah itu. Johor sedang menanggung banjir besar yang paling dahsyat dalam masa 100 tahun dan inilah kali kedua ia berlaku dalam tempoh masa beberapa minggu.
Dalam pusingan pertama akhir tahun dulu, perdana menteri telah berada di Perth merasmikan pembukaan restoren NASI KANDAR milik adiknya. Hari ini, beliau bersama timbalannya masih ada di seberang laut menyelesaikan beberapa ‘urusan peribadi’ sedangkan orang Johor, daripada negeri yang selama ini dikenali sebagai kubu kuat UMNO, sedang bergelut dengan keperitan hidup yang melanda.

Sepatutnya sudah diisytiharkan bencana negara, tetapi mereka enggan berbuat demikian kerana ia memberi gambaran bahawa keadaan memang serius dan sudah tidak terkawal. Kerana itulah, negara mesti tidak memberikan gambaran buruk semacam itu.

Ketua jawatankuasa bencana negara kini sedang berada di London. Dia berada di sana kerana cuba menemui Tun Dr. Mahathir yang enggan menemuinya. Dia mahukan Najib Tun Razak yang juga menjadi ketua jawatankuassa bencana negara pulang ke Malaysia dan mula berusaha menyelamatkan nyawa di Johor.

Rakyat sudah diberi amaran tidak meredah air banjir kerana takutkan terkena penyakit berwabak dan pelbagai penyakit berbahaya yang disebabkan bangkai hanyut, termasuk lebih kritis lagi bangkai tikus. Tetapi bagaimana melaksakannya sedangkan air bah itu hampir menghacupkan bumbung rumah? Mengelak meredah air banjir di Johor adalah lebih sulit dari mengelakkan kematian dan cukai. Kita tahu kematian dan cukai memang tidak boleh dielakkan.

Kini mereka becakap mahu menghantar pelatih PLKN ke Johor untuk membantu mangsa banjir? Kenapa pelatih PLKN? Mereka hanya budak sekolah. Apakah mereka sudah terlatih mengenai hal ehwal kecemasan dan bencana negara? Kenapa tidak dikerahkan tentera, polis anti rusuhan, polis hutan, ataupun apa juga kumpulan lelaki yang sudah terlatih dan memang dibayar gaji untuk mengambil risiko terhadap nyawa mereka? Kenapa dihantar budak sekolah kalau ia berkemungkinan berakhir dengan kematian mereka? Apakah kerana budak-budak sekolah itu tidak berharga sedangkan pegawai beruniform perlu dibayar dan kerajaan sudah pun menyekat bayaran overtaim dan elaun keluar stesen?

Sememangnya ada bisik-bisik mengatakan pegawai kerajaan sudah diberitahu untuk mengurangkan perjalanan keluar kerana kerajaan tidak lagi mempunyai wang secukupnya membayar mereka kerana tambahan kos ini. Kalau terpaksa juga kakitangan membuat pejalanan keluar itu ataupun tidak boleh dielakkan lagi, mereka perlu membayar sendiri kos berbangikit daripada saku mereka dulu dan buat tuntutan apabila mereka pulang ke pejabat. Tetapi bukan banyak pegawai kerajaan yang sanggup mengikuti peraturan ini kerana mereka akan menerima balik tutntutan itu beberapa bulan kemudiannya.

Ada seorang pegwai kerajaan yang sudah pencen memberitahu saya betapa cek pencen dia sudah melantun. Saya ketawa bila dia beritahu perkaa ini. Bagaimana mungkin cek pencen melambung? Bukankah itu cek Bank Negara? Takkan cek Bank Negara pun boleh melantun? Dia pun mengeluarkan cek itu dari sakunya dan tayangkan di depan muka saya. Aduhai! Dia bukan melawak rupanya. Apakah teruk sangat keadaan kita? Takkan ktia sudah jatuh muflis?

“Semua ini adalah kerana Mahathir,” kata kawan saya yang sudah pencen itu dengan geramnya. “Dia dah habiskan semua duit kita dan serahkan negara ini kepada Paklah apabila dia sedar negara sudah muflis. Kamu fikir kenapakah Mahahtir berundur dan serahkan negara ini kepada Paklah? Kerana dia sedar kita sudah tidak berduit.”

”Saya mahu bersara pada 1997,” kata Tun Dr. Mahathir. “Tetapi kerana kerisis kewangan, saya teruskan juga. Saya tidak mahu serahkan negara ini dalam krisis kepada pengganti saya. Saya tunggu untuk enam tahun menyelesaikan masalah. Kemudian, apabila negara ini sudah O.K semula, saya bersara dan serahkan negara kepada Paklah.”

”Saya sudah pastikan negara mempunyai wang sebelum saya serahkan kepada Paklah,” hujah Tun Dr. Mahathir. “Kalau tidak kerana krisis 1997, saya sudah pasti bersara paling lewat pada 1998. Teapi saya tidak boleh buat begitu kerana saya akan menyerahkan negara yang sedang bermasalah kepada pengganti saya. Dan kalaulah Anwwr tidak terlibat dengan skandal seks sudah tentu dia menjadi Perdana Menteri selepas saya. Sebaliknya saya terpaksa memecat Anwar dan melantik Paklah sebagai Perdana Menteri.”

Bagaimana pun, kini Najib berada di London dan sedang cuba menemui Tun Dr. Mahathir tetapi panglima perang UMNO yang masih perkasa tiu enggan bertemu Timbalan Perdana Menteri itu. Sebab musabab Dr. Mahathir enggan berjumpa Najib bukanlah penting sangat seperti kenapa Najib terdesak sangat mahu bertemu Mahathir. Inilah soalan yang lebih penting. Soalannya amat mudah tetapi jawapannya tidak begitu, pula.

Mengikut getaran cerita di peringkat akar umbi, sudah wujud kini satu gerakan yang diberi nama Gerakan Anti-Najib ataupun GAN. Missi dan wawasan GAN ialah menentukan penyingkiran Najib supaya seorang timbalan Perdna Menteri baru boleh diletakkan di tempat beliau. Mengiktu seorang Menteri Besar yangmengirimkan sms beliau kepada saya, beberap ahari yang lalu, Anwar Ibrahim sudahpun memihak kepada anak menantu Perdan Menteri Khairy Jamaluddin dan adalah merupakan sebahagian “pasukan” yang akan bergerak menjatuhkan Najib. Saya menjawab “Tidak mungkin” dan dia membalas, “Kalau kamu yang sepatutnya mengenali Anwar lebih mesra boleh berkata begitu, bererti perkara itu adalah satu berita palsu.”

Satu hari kemudiannya, Anwar telah mengadakan satu sidang akhbar di rumahnya di Bukit Damansara dan mendesak kerajaan untuk meluaskan siasatan terhadap pembunuhan model Mongolia. Anwar juga mendesak agar Najib membersihkan namanya kerana ada desas-desus membabitkan Najib dalam pembunuhan itu. Wau!!! Inilah yang mengejutkan saya dan kalau diambil kira saya ini adalah personliti yang paling kontroversi adalah sukar untuk mengejutkan saya. Apakah ini secara kebetulan? hanya sehari sebelum itu seorang yang tinggi pangkatnya dalam tangga heraki UMNO memberitahu saya wujudnya pakatan Anwar dan Khairy untuk menggulingkan Najib. Memang berita angin amat hebat di Malaysia dan saya menghadapi kesukaran membezakan mana satu antara beras dan dedaknya. Kini saya sudah tidak pasti lagi, walaupun saya masih mempunyai fikiran terbuka akan perkara ini sehingga saya dapat memilikki bukti yang meyakinkan.

Demikianlah keadaannya sehingga semalam. Tetapi hari ini saya diberitahu bahawa Najib berada di London dan sedang cuba bertemu Tun Dr. Mahathir. Hmmmmm,,, apakah ini satu bahan bukti yang boleh diyakini juga?

Mengikut ceria salah seorang khadam Najib, GAN ataupun Gerakan Anti-Najib tidak pernah wujud. Kalaupun ada gerakan yang serius mahu menggulingkan Najib ia tidaklah sampai begitu sehingga boleh berjaya mengaitkan Najib kepada kematian model Mongolia. Adauhai…….saya fikir ini memang cerita hebat. Nampaknya saya pun tidak mampu capai ke tahap cerita dongeng semacam ini. Apakah betul cerita ini? Mungkin juga kita perlu tanya kenapakah Tun Dr. Mahathir engan bertemu Najib. Mungkin ini tidak sepenting yang kita mula-mula fikirkan. Apakah kerana Tun Mahathir betul-betul kecewa dengan Najib makanya Najib berada di London untuk bertemu beliau sedangkan dia sepatutnya berada di tanahair mengkordinasikan kerja-kerja membantu mangsa banjir di Johor? Ataupun apakah Tun Dr. Mahathri sudah sedar bahawa Najib sudah habis sekarang ini, dan hanya dianggap sebagai mayat berjalan sahaja? .

Najib dijangka pulang pada hari Rabu ini dan Tun Mahthir akan pulang pada Jumaat depan. Jika demikian kenapa tidak ditunggu hanya beberapa hari sahaja lagi untuk mengetahui cerita yang sebenarnnya. Untuk sementara waktu kita boleh bertahan lagi dengan segala desas-desus dan beria angin yang terus berputar setiap hari.

”Apakah anda tahu bahawa Najib adalah orang yang menyokong Malaysia Today,” tanya seorang wartawan kepada saya. Mereka berkata bahawa Najib membiayai Malaysia Today.”
“Najib? Kenapa Najib?” tanya saya.

“Sebabnya ialah Malaysia Today kelihatan berlembut dengan Najib. Anda tidak pernah hentam Najib seperti anda menghentam orang lain?”

“Tetapi, apakah dia yang hendak dihentam? Apakah yang anda mahu saya katakan tentang Najib?”

’Najib mempunyai begitu banyak skandal dan Malaysia Today sengaja tidak mahu menyebutnya, walaupun satu.”

“Skandal apa yang anda maksudkan? Adakah anda maksudkan kisah beliau ditangkap basah dengan seorana penyanyi di satu bilik hotel di Port Dickson? Adakah kamu maksudkan pembelian kapalselam dan Sukhoi? Mana satu yang kamu maksudkan?”

”Mungkin juga semua itu.”

”Baiklah… Malaysia Today mempunyai urusan menyiarkan kisah yang belum diberitahu oleh sesiapa. Kami membincagkan kisah yang orang lain beliu lagi tahu. Semua orang tahu akan kes Port Dickson, kisah kapal selam, Sukhoi dan semua itu. Apa yang perlu kamu buat ialah naik teksi dan minta pemandu teksi menceritakan segala skandal itu. Begitu banyak laman web yang menyiarkan segala skandal itu. Semua itu kisah lama. Cuba beritahu saya cerita baru yang orang lain belum tahu. Barulah Malaysia Today siarkan. Ada berita baru untuk saya?”


Wartawan itu terdiam. Jelas apa yang orang ini mahu ialah saya mula menghentam Najib. Takkan saya hentam Najib hanya kerana suka-suka buat begitu. Itu bukannya cara Malaysia Today beroperasi. Kita tidak membunuh orang hanya untuk menjatuhkan mereka. Bisnes kami ialah menceritakan kisah yang belum diketahui. Kalau kisah itu adalah mengenai sesuatu yang seluruh dunia sudah tahu, jangan buang masa memberiahu kami. Itu bukan cara Malaysia Today. Jadi kalau kamu mahu saya tulis tentang Najib, berilah saya satu berita yang baru.”

Malah, memang ramai orang yang belum kena hentam oleh Malaysia Today. Sedangkan ramai orang ini memang patut sudah lama dihentam. Akan tetapi kisah orang-orang ini sudah diketahui umum sebab itu mereka tidak menjadi ancaman serius kepada masa depan negara ini. Saya tidak kiralah siapa yang liar dan tidak tahu menyimpan burung mereka dalam sangkar. Tetapi kalau tindakan mereka adalah satu ancaman kepada negara ini, Malaysia Today akan bertindak dengan pantas.

Mereka yang berada di peringkat teratas UMNO sudah berkata hanya masa menentukan bila Najib akan berundur daripada jawatannya. Mengikut orang-orang ini, tekanan keatas Najib begitu hebat dan memng dia tidak ada jalan lain untuk bertahan. Memanglah dia boleh mengikut cara Anwar pada 1998 dulu, yang berdegil tidak mahu melepsaskna jawatannya. Dia pun akan menemui nasib malang seperti yang dihadapi oleh Anwar Ibrahim. Kedegilan Anwar telah disambut dengan harga yang paling mahal. Najib juga akan berdepan dengan harga yang mahal semacam itu. Kalau dia terus berdegil.
Cara yang paling selamat ialah untuk Najib melepaskan jawatan. Ini bererti dia tidak akan menjadi perdana menteri. Ini juga bererti dia tidak akan menghadapi risiko disumbat dalam penjara Sungai Buluh untuk mengongsi bilak bersebelahan dengan orang tangan kirinya, Abdul Razak Baginda.

Aduhaiiiii nasib baik saya tidak bermain dengan politik.

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Jebatan Causeway:-

Benar Malaysia berhak membina jembatan bengkok untuk menukar jembatan yang sedia ada. Itu hak Malaysia saya setuju.
Tetapi bila saya hemat pagar hijau yang memisahkan rumah semi detached saya dengan rumah jiran. Saya mula terfikir kalau saya tukar jaring hijau itu dengan pagar baru atau membina tembok lebih cantik
Bila saya kemukakan kapada jiran saya dia tidak bersetuju keran katanya tembuk yang akan saya bina akan menghalang udara dan cahaya ke rumahnya dan rumahnya akan menjadi gelap dan panas.
Lagi pulak dia telah menanam pokok2 mengikut arah pancaran matahari yang melalui celah2 jaring pagar itu,bersandarkan aliran cahaya yang melalui jaring itu dia menanam pokok2 import yang bernilai ribuan ringgit itu.

Kalau saya na juga membina tembok itu dia akan mengadu ke Majlis{PBT} atau mungkin ke mahkamah. Jika saya hendak juga sebagai jiran dia sanggup bertolak ansur, dengan saya memberinya pampasan yang saya kira amat mahal memandangkan pokok2 nya berspesis mahal dan dia tidak akan dapat menanam pokok di lokasi asal nya dan pokok2 import nya mungkin mati.
Bayangkan Singapura sejak dahulu telah membina tembok mengelilingi kawasan Woodlands untuk mengelak hakisan pantai mengikut kekuatan ombak atau arus dengan mengambil kira Causeway sebagai water break atau benteng [contoh piling untuk rumah dua tingkat kalau dibina rumah tiga tingkat ia akan runtuh ]
Sekira nya ada jembatan bengkok dan selat Johor menjadi laluan kapal apa jadi dengan pantai Singapura yang di reka untuk ketahanan sedemikian kekuatan dengan Causeway sebagai benteng dan Selat Johor bukan laluan kapal. Dari sudut emosi peduli apa dengan Singapura,tetapi di sudut undang2 macam mana pula dan macam mana pandangan negara2 lain. Mungkin kita lupa pada asalnya apa sahja yang mengalir dibawah tanah dan ruang angkasa di tanah kita adalah hak kita tetapi Parlimen telah mengubal undang, sebab itu kapal terbang boleh melalui ruang angkasa rumah kita dan kita tidak boleh menembak kapal terbang yang melalui rumah kita,kebun kita,kandang ayam/kambing kita. Kalau tidak banyak pesawat2 jatuh di tembak kerana mencabul ruang angkasa reban ayam kita

10:34 AM  
Anonymous Anonymous said...

Saya setuju Singapura untung dapat membeli air dengan harga murah,itu kan ikut nilai zaman dulu bila perjanjian di meterai,pada zaman gaji kakitangan awam mungkin ta sampai lima puluh ringgit.
Pada tahun 1974 bapa saya menjual tanah seluas dua ekar di Bukit Pasir Muar Johor pada harga 7 ribu ringgit banyak tu pada masa zaman itu.Kini saya risik2 na beli balik terkejut setengah juta rm.
Memang betul kita rugi duit air tapi kita untung kerana tanah KTM di Singapura pada masa itu ta berapa berapa sen sangat sekarang berbilion dollar. Adat meniaga ada untung ruginya.
Begitu juga perjanjian jual beli. Dulu bila Genting Highland di terokai kita ketawa gila tetapi bila dah jadi resort orang Melayu terkebil kebil dan menjadi pelanggan. Zaman dulu bila Singapura selepas merdeka menjemput pelabur asing kita marah kita kata ini penjajahan cara baru,tetapi kita sekarang berebut rebut dengan Singapura memancing pelabur.
Mengenai formula 1 memang betul Singapura hendak meniru Malaysia tetapi bagi yang ta tahu dulu di Singapura dah ada perlumbaan kereta tetapi di berhentikan kerana banyak kemalangan di kalangan pemandu2 muda Singapura terutama penunggang motosikal justeru itu ia di haramkan.
Kini mungkin raayat mereka dah matang dan sistem pemantauan polis lebih baik dan berkesan kerajaan Singapura dah yakin F1 tidak akan mempengaruhi cara pemamndu mereka memandu di Singapura[ kerana di Malaysia mereka macam orang gila kerana kurang pemantauan agaknya]
Mengenai kasino di zaman azali Singapura yang majoriti masyarakatnya berbangsa Cina memang pusat judi hingga kini banyak kaki kaki mereka melabur dalam sistem perjudian sama ada halal atau haram di Malaysia terutama di Johor kini mereka na jadi pusat judi dunia ta kan na marah pulak.
Dalam perniagaan ta ada cakap tiru meniru tengok aje peti sejuk,peti tv,aircond kan banyak jenama yang berkualiti untung yang tidak gulung tikar.
Ini cakap tiru meniru cakap Macik kepoh aje takan saya beli kereta,perabut dan jiran sebelah beli pun ta boleh dan dikira meniru. Ini kan zaman siapa cepat dia dapat .
Ta silap saya Singapura yang bina underwater world di Sentosa kita pun tiru. Konsep zoo night safari dan haiwan bebas pun kita tiru. Ta ada saya baca di mana mana akhbar Singapura melenting lenting. Cari lah modal lain untuk pengaruhi pengundi Melayu. Modal menghentam Singapura dah lapuk pengundi muda bertambah bijak

10:35 AM  

Post a Comment

<< Home