Tuesday, January 30, 2007

Napoleon Tengkak Yang Kerdil dan Maharajah Ming Yang Perkasaa

Napoleon Tengkak Yang Kerdil dan Maharaja Ming yang Perkasa
(Little Limp Napoleons and Mighty Ming Emperors)
M. Bakri Musa
Terjemahan -marhaintua-



Seandainya Perdana Meneri Abdullah tidak mampu menangani kerenah kumpulan yang semacam Napoleon tengkak dan kerdil yang kini mengaggotai birokrasi Malaysia, memang tidak ada jaminannya yang dia mampu menangani Maharajah Ming yang perkasa di alam sejagat yang mahu bersaing dengan kita.

Kita sudahpun nampak akan contohnya bila berlaku perundingan yang menghampakan dalam kes pembinaan jambatan bengkok untuk menggantikan tambak Johor.. Ini merupakan satu perisitwa yang memalukan kita betapa lemahnya pentadbiran negara. Kalau demikianlah prestasi Abdullah semasa berunding dengan wakil khas seorang Maharajah Ming yang kecil, bayangkanlah apa jadinya nanti kalau dia berdepan dengan Maharajah Ming yang besar pula?

Semasa berunding dengan Singapura mengenai jambatan yang dicadangkan, Abdullah hampir mengalah sahaja setelah mendengar kata pujian yang mendewakannya. Sekarang ini Malaysia sedang menimbangkan Perjanjian Dagangan Bebas (Free Trade Agreement) dengan Amerika yang akan membawa banyak perubahan dan kesan kepada bidang sosial, ekonomi, dan dasar laur negara.. Kalaulah peundingan dengan Singapura boleh dijadikan satu pertanda, saya fakir satu lawatan singkat oleh Abdullah menjejakkan kakinya ke Rumah Putih, tanpa jamuan makan negara, adalah sudah mencukupi untuk Amerika mendapat apa sahaja yang ia suka daripada Malaysia.

Memang tidaklah kena pada tempatnya kalau saya mencadangkan kepada Abdullah cara-cara menangani Maharajah Ming di dunia ini. Akan tetapi setelah berkhidmat sebagai pakar bedah dalam perkhidmatan perubatan Malaysia, saya ada beberapa idea cara mendisiplin Napoleon kerdil dalam perkhidmatan awam kita itu. Sememangnya mereka wujud dan menyibuk sahaja, walaupun sejak dulu lagi.

Berbalik kepada kumpulan yang kita andaikan sebagai Maharajah Ming itu, percayalah mereka tidak berjaya mendudukki jatwatan atasan itu kalau mereka tidak tegas, cekap dan dalam banyak hal mereka berhati perut. Kalau mereka tidak begitu mesra dan bertimbang rasa terhadap jenis mereka sendiri, masakan mereka boleh berlembut dengan puak lain. Menangani kumpulan lokal yang kita andaikana sebagai Napoleon kerdil tidak akan menjadi satu latihan yang bagus untuk Abdullah mengasah bakat berunding dengan kumpulan Maharajah Ming.
.
.


Masalahnya


Adalah satu ironis betapa Abdullah yang pernah merupakan pegawai perkhidmatan awam satu ketika dulu, tidak dapat mendisiplinkan mereka yang dianggap sebagai Napoleon kerdil. Kalau kita ikut kata-kata yang menyebut ‘kita memerlukan seorang pencuri untuk menangkap pencuri yang lain’, sepatutnya Abdullah merupakan orang yang paling terbaik untuk melakukan perubahan kepada perkhidmatan awam dan mengajar mereka yang dikatakan sebagai Napoleon kerdil. Malangnya orang yang pernah merupakan Napoleon kerdil sudah pun membesar menjadi Napoleon yang lebih besar, walaupun setakat membesar sahaja untuk menjadi seorang Perdana Menteri….

Dalam buku saya ‘Towards A Competitive Malaysia’, saya ada menulis bahawa orang Melayu mempunyai alasan khusus mahukan satu perkhidmatan awam yang betul-betul berkesan. Satu, ini dianggap perlu untuk melaksanakan pelbagai program DEB untuk membantu orang Melayu. Kedua, Sebagai satu pertubuhan yang semakin cenderung kalaupun tidak eksklusif kepada orang Melayu, segala kelemehannya adalah dianggap sebagai kegagalan Bangsa Melayu.

Perkhidmatan awam mempunyai sekurang-kurangnnya tiga masalah yang ketara: insulariti, ketandusan pengkhususan, dan tempoh singkat ketua jabatannya. Kenaikan pangkat adalah terhad kepada orang dalaman, tanpa ada kemasukan bakat segar di peringkat atasan. Rekrut dibawa masuk di peringkat paling bawah dan perlu bersabar meniti pangkat naik keatas. Pegawai ditukar-tukar merata perkhidmatan, degaan tidak banyak peluang untuk membina kecermelangan dalam bidang tertentu. Anda mungkin bertugas di Perbandaharaan pada tahun ini dan bertanggungjawab keatas bangunan lama pada tahun berikutnya. ….

Sambil menunggu giliran mereka untuk naik pangkat, para pegawai perlu bersabar merasa jawatan teratas hanya ketika usia menghampiri ambang persaraan. Selepas itu mereka akan dihantui persoalan apakah kontrak mereka akan diperbaharui lagi. Apabila diperbaharui, selalunya untuk satu tempoh yang pendek sahaja. Tentu sekali ketua agensi semacam itu akan menghabiskan masa merancang kerjaya pasca persaraan mereka. Secara lahiriahnya timbul perasaan untuk membodek orang atasan dengan harapan dapat dilanjutkan kontrak kerja ataupun mendapatkan habuan menjadi pengarah dalam GLC. (syarikat berkaitan dengan kerajaan). Justru, ketika mereka mencapai usia yang sepatutnya mereka dapat bergerak bebas dan menunjukkan kepakaran bertugas selepas mengharungi pengalaman sehingga mencapai puncak kerjaya mereka, mereka menjadi begitu lembut dan tidak berani mencabar ketua politik mereka. …

Kalaulah saya perlu membanci 100 pegawai perkhidmatan awam yang teratas, inilah yang akan saya dapati: Kebanyakan mereka adalah berbangsa Melayu, lulusan kajian sastera daripada institusi pengajian lokal, tidak arif dalam bidang sains, tidak memilikki kepakaran matametik, dan amat daif berbahass Inggeris. Bidang pembacaan buku mereka tidakpun mengatasi penerbitan tempatan. Janganlah harapkan mereka membaca ‘Economists’ ataupun ‘Wall Street Journal’. Mereka tidak memilikki komputer riba, bererti setiap kali mereka berada jauh daripada pejabat, mereka tidak mampu meneruskan kerja pejabat ataupun berkomunikasi dengan pejabat kecuali melalui telefon sahaja.

Almarhum Tun Razak pernah sedar di peringkat awal dulu akan kelemahan perkhidmatan awam. Dari menyatakan sesalan ataupun mengkritik keadaan yang ada, beliau telah mempelawa seorang perunding Amerika, Milton Esman, untuk menigkatkan perkhidmatan. Saya menganggap tugas Esman yang menonjol bukanlah terletak kepada lapuran rasmi beliau tetapi kepada buku yang ditulisnya merakam segala pengalaman beliau di Malaysia. Yang sungguh menarik ialah penelitian beliau tentang perangai dan budaya kerja pegawai tinggi perkhidmatan awam. Sebagai contoh, dia menjadi begitu meloya semasa menghadiri mesyuarat rasmi Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian, sebahagian besar agenda yang dibincangkan adalah perkara yang remeh temeh seperti siapa yang patut diberikan hak mendudukki ‘rumah gomen’. Tentulah mesyuarat semacam itu memberikan harapan akan ada perkara yang penting seperti dasar yang besar dibincangkan. Sejak ketika itu, masih belum ada perubahannya lagi.


Penyelesaiannya

Bukannya sukar sangat melakukan perubahan kepada budaya kerja perkhidmatan awam. Beberapa perlantikan di peringkat atasan daripada dunia luar akan pasti merungkai dengan cepatnya keadaan insulariti (kekebalan negatif) perkhidmatan itu. Bayangkan kemungkinan melantik seorang pegawai kanan daripada korporat multinasional untuk menjadai Ketua Setiausaha Negara yang akan datang, dia sudah pasti akan membubarkan budaya kerja secara serta merta. Ini akan membawa kesan yang amat sangat keatas pegawai kerajaan yang berada di peringkat atasan. Menyedari bahawa jawatan yang teratas itu tidak lagi menjadi habuan mereka secara otomatik, bermakna mereka terpaksa berusah untuk membuktikan kelayakan diri sendiri. Kalau dilakukan kemasukan tenaga atasan yang baru sudah pasti akan menggegarkan perkhidmatan awam dalam satu waktu yang singkat. ….

Selepas itu ialah pengambilan rekrut daripada kalangan lulusan daripada bidang luar dari kesusasteraan dan menggalakkan para professional (jurutera, peguam, dan doctor) menganggotai pekhidmatan awam dan mereka yang berminat dalam pengurusan digalakkan mengambil pengajian MBA. Saya tidak nampak sebab kenapa seorang doktor ataupun jurutera tidak boleh menjadi Ketua Setiausaha, istimewa sekali untuk kementerian yang mempunyai komponen professional yang tinggi seperti Kesihatan dan Kerjaraya….

Seperti yang dicadangkan oleh Esman, harus ada pengkhususan dalam peerkhidmatan awam, di mana para pegawai ditukar-tukar mengikut ruang lingkup kepintaran mereka yang teristimewa. Pelbagai kementerian seperti Perbendaharaan, Dagang dan Industri, Kastam dan Cukai yang melibatkan perakaunan dan ekonomi dalam tugasannya adalah satu kawasan yang perlu diambil kira. Yang lain ialah Pengangkutan, Persekitaran, dan Kementerian Kerjaraya yang sarat dengan keperluan teknologi tinggi. Ketiga adalah tempat yang ada kaitan dengan keselamatan dan keempat, halehwal luar negara. Akhir sekali, harus ada pertandingan yang lebih pesat bagi jawatan teratas. Apabila berlaku kekosongan, jawatan itu harus terbuka kepada calon luar dan juga dari perkhidmatan dalaman yang berada di tahap tiga ataupun empat lapisan di bahagian bawah untuk membolehkan pengambilan bakat yang ada.

Apabila pegawai naik pangakt ke atas, mereka seharusnya diberikan sekurang-kurangnya tempoh lima tahun walaupun mereka sudah hampir kepada tempoh waktu satu ataupun dua tahun patut dibersarakan kerana pencapaian umur untuk bersara wajib. Ini akan memberikan mereka masa secukupnya untuk menyerlahkan kepintaran kerja. Lagipun, dengan adanya keselesaan jawatan, mereka tidak akan mungkin malu untuk mencabar sebarang idea tolol yang dikemukakan oleh tetuan poltik mereka. Lantas negara akan mendapat satu perkhidmatan yang cemerlang daripada mereka…. …

Penglaksanaan reformasi semacam ini akan memerlukan perubahan yang minima dalam etika perkhidmatan awam ataupun dasar pengambilan kakitangan. Lagipun perubahan semacam ini tidak akan mencetuskan tambahan belanja….

Rintangan yang besar ialah untuk Perdana Menteri, yang pernah menjadi anggota perkhidmatan awam itu sendiri, menerima segala inovasi ini. Sindrom “bukan dilahirkan di sini” (not invented here syndrome) sudah lama terpahat dalam batu jemala (bahasa kasarnya ‘kepala otak’) para pegawai perkhidmatan awam kita. Untuk berlaku perubahan semacam itu, Perdana Menteri, para penasihat beliau dan pegawai tinggi perkhidmatan awam perlulah pada tahap awalnya melebarkan bidang keintelektualan mereka. Inilah cabarannya.
---------oOo--------



0 Comments:

Post a Comment

<< Home