Wednesday, November 15, 2006

15/11:

Malaysia Bodoh!!!!!!!!!!!!
( While Malaysia fiddles, its opportunities are running dry)
Michael Backman - The Age . dikutip daripada Malaysia-Today
Terjemahan - marhaintua -

Malaysia telah mengulanginya lagi, berdebat tentang agihan ekonmi yang patut dibagi-bagi antara dua kuam utama – Melayu dan Cina. Inilah pertelagahan yang sudah lama dianyam sejak 40 tahun. Kekayaan dan perkauman tidak dikira sinonim yang amat penting untuk perpaduan negara, tetapi sesungguhnya sudah tiba masa untuk Malaysia sedar akan perkara ini.

Dunia ini memang penuh cabarannya dan tidak menaruh simpati kepada sesebuah negara yang lebih selesa berhujah cara membahagikan kekayaan sedangkan yang penting ialah bagaimana mewujudkan tugas untuk menciptanya.

Sasaran asal ialah mewujudakn 30 persen ekuiti korporat dalam tangan orang Melayu tetapi angka yang digunakan oleh kerajaan untuk mewajarkan pemberian imbuhan besar kepada syarikat Melayu, tetapi bukan kepada syarikat kaum lain adalah dianggap tidak masuk akal. Ia menggunakan angka berdasarkan nilai ekuiti dan bukannya pada nilai pasaran tetapi pada nilai par.

Banyak saham yang mempunyai nilai par pada $1, tetapi nilai pasarannya ialah $12. Jika demikian, angka kerajaan (menggunakan 18.9 persen seperti yang digunakan mutakhir ini) adalah satu kiraan yang amat salah. Bulan lalu, ada satu kertas kajian seorang penyelidik kumpulan pemikir tempatan yang menyebut angka 45 persen berasaskan harga pasaran sebenar. Ini yang mencetuskan hingar-bangar. Kertas kajian itu telah ditarik balik dan si penyelidik telah meletakkan jawatannya kerana-membantah. Sebahagian masalah ini ialah dia itu seorang Cina.


“Malaysia Boleh” sudah lama menjadi kata-laungan yang popular . Tidak banyak negara (di dunia ini ) yang pandai membazirkan wang. Malaysia memang begitu kaya dengan sumber aslinya dan ada ketaksuban nasional untuk membazir sumber ini dengan menjualnya dan secara kolektif meneruskan pembazirannya. Semua ini berlaku dalam konteks keghairahan Malaysia mahu menonjolkan diri di mata dunia.

Kebanyakan rakyat Malaysia menjadi yakin bahwa dunia menumpukan perhatian kepada mereka dan bahawasanya para pemimpin Malaysia adalah dianggap tokoh dunia. Ketaksuban ini adalah gara-gara kelentongan media yang mudah dipulas mengikut rentak nafsu serakah bekas perdana metneri Mahathir Mohamad.
Yang sebenarnya, tidak ramai orang di jalanraya London, ataupun New York mampu menunjuk di atas peta mana letaknya Malaysia apalagi menyebut nama perdana menterinya ataupun ibukotanya.

Semacam untuk memperkasakan hakikat ini ada satu episod terbaru komik ‘The Simpsons’ yang menayangkan kisah seorang pembaca berita yang cuba menyebut nama Kuala Lumpur sebagai tempat yang diserang tsunami. Dia tidak berjaya menyebut nama Kuala Lumpur dengan betul dan kerana itu menyebutnya sesuka hatinya. Yang lucunya itulah kisah yang menunjukkan kebodohan si penulis skrip kerana Kuala Lumpur terletak jauh daripada pantai
Petronas adalah satu syarikat minyak yang diurus dengan baik di Malaysia kalau dibandingkan dengan bencana yang melanda syarikat minyak lain di Indonesia. Akan tetapi ini merupakan satu masalah di Malaysia. Segala kejayaan yang dicapai oleh Petronas bererti ia digunakan untuk menanggung segala bebanan hutang yang ada di negara itu.

Pembangunan KLCC adalah satu contohnya. Ia termasuk pembinaan Menara Kembar yang merupakan bangunan tertinggi di dunia ketika ia mula dibina. Pembinaannya bukanlah disebabkan ketiadaan ruang pejabat yang secukupnya di Kuala Lumpur –kerana memang tidak ada keperluannya langsung.

Rakyat Malaysia amat berbangga dengan menara itu. Entah kenapa agaknya. Pembinaan bangunan itu tidak ada kena mengena dengan mereka. Wang membiyainya datang daripada perut bumi dan kerja-kerja kejuruteraannya telah dikontrakkan kepada syarikat Korea Selatan.

Malahan orang Malaysia tidakpun menguruskan pusat belibelah di menara itu. Tugas tu telah diserahkan kepada Westfield Australia.

Tahun hadapan ada seorang astronat Malaysia yang akan pegi ke angkasa dengan roket Russia – seorang anak Melayu pertama di angkasa. Kosnya RM95 juta ($A34.3 juta) yang akan dibayar oleh pembayar cukai. Menteri Sains dan Teknologi telah berkata bahawa sasaran seterusnya ialah menghantar sorang rakyat Malaysia mendarat di bulan menjelang 2020 dengan menggunakan kapal angkasa Amerika. Belum lagi ada pertanda berapa pula yang akan dikenakan oleh Amerika untuk khayalan ini, kalau pun diandaikan ada peluang mereka akan memikirkannya. Akan tetapi apakah yang diraih oleh Malaysia menggunakan perkhidmatan program angkasa negara lain sebagai khidmat teksinya? Tidak ada sebarng kepentingan teknikal di situ tetapi rakyat Malaysia akan dikelentong lagi bahawa inilah ‘Malaysia Boleh’. Soalnya mereka ‘tidak boleh’ kerana ini bukannya program angkasa mereka.

Pada Julai lalau Kerajaan telah mengumumkan mahu membelanjakan RM490 juta untk membina Kompleks sukan berdekatan dengan tapak London Olympics untuk membolehkan para olahragawan Malaysia berlatih di sana dan menyesuaikan diri dengan iklim yang sejuk di sana. Akan tetapi Olimpik itu nanti ialah sukan olimpik musim panas dan diadakan pada musim panas.

Jadi, apakah tujuan sebenar kompleks itu? Sudah beberapa dozen lawatan para menteri dan birokrat ke London untuk menyiasat dan melihat pembinaan pusat itu dan kemudiannya keatas olahragawan sudah tentu dapat memberikan jawapannya.
Kisah bank yang diselamatkan, kisah litar lumba kereta Formula One – pembinaan satu bandaraya baru sebagai ibukota – semuanya telah dibiayai oleh Petronas dan semua ini adalah pembaziran yang sesungguhnya tidak termampu dibayar oleh rakyat. Kenapa? Kerana minyak di dasar bumi Malaysia akan pupus dalam masa 19 tahun. Ini bermakna Malaysia akan mengimport minyak pada 20111 – hanya lima tahun lagi dari sekarang.

Jadi dengan konteks inilah tercetusnya perdebatan mengenai perkauman dan agihan kekayaan yang memang amat menyedihkan.

Sudah tiba masa untuk melangkah ke hadapan, bersiap sedia melakar ekonomi negara selepas negara kekeringan minyaknya. Akan tetapi laksana Nero yang masih bermain gambusnya semasa Roma telah terbakar hangus, kerajaan Malaysia lebih berminat melakukan segala kelentongan dan lakonan menghantar seorang rakyatnya ke angkasa sedangkan negara kekurangan sekolah yang secukupnya. Wang projek angkasawan itu adalah lebih baik disalurkan untuk pembinaan sekolah. Adalah lebih baik kalau Malaysia berhenti bergocoh mengenai agihan kekayaan dengan menggunakan angka statistiks yang ternyata tidak telus.

Ini bukan ‘Malaysia Boleh’ tetapi inilah ‘Malaysia Bodoh’!!!!!!!.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home