Sunday, November 12, 2006

Malaysia Impikan Nostalgia Kegemilangan Mahathir

Malaysia Impikan Nostalgia Kegemilangan Mahathir
(IN MALAYSIA NOSTALGIA GROWS FOR THE DAYS OF MAHATHIR)
By Thomas Fuller- International Herald Tribune
Terjemahan - marhaintua-

Mesyuarat tahunan UMNO dikenali dengan cakap berapi-api dan gerakgeri yang dramatis, seperti yang berlaku tahun lalu apabila seorang pemimpin tinggii parti menghunus keris sambil melalakkan curahan rasanya di atas pentas.

Akan tetapi, bila pintu persidangan itu dibuka minggu hadapan, anggota parti yang paling lantang bersuara tidak akan berucap lagi. Malahan dia tidak mungkin menghadirinya.
Mahathir bin Mohamad, yang berundur daripada jawatan Perdana Menteri tiga tahun dulu dan kini merupkan pengkritik yang paling keras keatas pengganti pilihannya sendiri, Abdullah Ahmad Badawi, berkata dia belum lagi membuat pendiriannya. (ingat artikel ini ditulis sebelum Mahathir dimasukkan IJN – penterjemah)

”Saya mungkin disingkirkan daripada parti,” kata Mahathir dalam satu wawancara.

Serangan Mahathir keatas kerajaan – dalam wawancara itu dia telah membuat kritikan yang menyeluruh daripada dasar ekonomi kepada apa yang dikatakannya sikap Perdana Menteri yang tidak memberikan tumpuannya - dilihat oleh banyak pihak sebagai satu tindakan untuk memuaskan nafsu sendiri dan tidak bijak hingga mencemar wawasannya sendiri.

Namun, ramai rakyat Malysia berkata bahawa mereka memang mengharap agar Mahathir diberikan kesempatan berkata sesuatu untuk menghangatkan persidangan itu nanti. Kempen mantan perdana menteri itu terhadap kerajaan yang ada sudah semakin berjaya meraih sokongan dan simpati daripada para pegawai bank pelaburan, para peguam dan rakyat Malaysia lain yang begitu kecewa dengan sikap kerajaan yang ketandusan rencana jangka panjang untuk ekonomi dan tidak pun menunaikan segala janji untk membenteras korupsi.

Malahan Anwar Ibrahim, bekas timbalan perdana menteri yang telah dipecat, dipenjara dan dibelasah sehingga lebam matanya ketika dalam tahanan semasa pemerintahan Mahathir, berkata bahawa Kerajaan tidak memberikan perhatian yang secukupnya kepada kritikan Mahathir. “Beliau telah mengungkit beberapa isu yang berasas, termasuk dakwaan wujudnya sebuah negara polis, korupsi yang berleluasa, salahguna kuasa dan media yang tidak bebas,” kata Anwar dalam satu temubual melalui telefon.
Rakyat mempersendakan perkara ini dan berkata semua perkara itu adalah dasar beliau juga. Apapun, anda perlu menjawabnya,” kata Anwar.
Memang ada unsur kegagalan di pihak Abdullah dan pentadbiran yang ada untuk menjawab kritikan Mahthir yang berasas, yang saya fikir adalah kritikan yang sah.

Setelah mendominasi politik Malaysia selama 22 tahun dan membentuk halatuju Malaysia moden, suara Mahathir tidak boleh diperlekeh, kata para analis.

Sepanjang wawancara di pejabat beliau di tingkat 86 Menara Kembar Petronas, Mahathir telah menunjukkan peandangan saujana satu bandaraya moden yang turut dibangunkannya— lengkap dengan banjaran pencakar langit dan satu taman yang diperindah oleh beberapa hotel mewah.

Mahathir merungut bahawa kerajaan tidak berbelanja secukupnya keatas pembikinan infrastruktur dan membiarkan ekonomi merudum. “Semua bangunan baru ini yang anda lihat sebenarnya telah diluluskan pada zaman saya dulu,” kata Mahathir dan tanpa sebarang pertanda berbangga diri. Abdullah sedang memberikan kontrak kepada kawan-kawan dan ahli keluarganya, Mahathir merungut lagi. “Dia melepaskan peranan Malaysia sebagai seorang jurucakap kepada Dunai Ketiga. Sama ada dia berubah ataupun harus berundur,” kata Mahathir.

”Abdulah tidak perlu undur kalau dia sanggup melakukan perkara yang betul,” kata Mahathir.
“Sememangnya kalau dia tidak bersedia saya fikir dia tidak seharusnya menghalang kerja-kerja memajukan negara ini.”

Seorang pegawai kerajaan yang bekerja dengan Abdullah berkata bahawa perdana menteri telah berada di Pakistan dan tidak dapat menjawab. Tetapi pegawai itu mempelekeh komen Mahathir sebgai satu “pelencong” sahaja.

”Perdana Metneri telah dipilih oleh rakyat,” kata pagawai itu, yang tidak mahu namanya disebut kerana dia tidak diberikan kebenaran bercakap bagi pihak kerajaan. “Tentunya masa depan Perdana Menteri akan ditentukan oleh rakyat yang memilih beliau memegang kuasa dan bukan kerana kehendak hanya seorang manusia.

Abdullah sudah mencengkam kuasa selama tiga tahun, rakyat Malaysia mengkagumi beliau kerana membenarkan debat terhadap isu yang sensitif seperti bangsa dan agama. “Dia telah melonggarkan kawalan,” kata Sankara Nair, seorang peguam aktivis. “Rakyat dapat rasakan lebih kebebasan untuk menyerlahkan pandangan mereka.”

Abdullah juga telah diberikan pujian kerana beberapa perkhidmatan asas kerajaan seperti pengeluaran paspot yang lebih berkesan dan melepaskan kawalan ketat keatas badan kehakiman.

Akan tetapi terdapat banyak kekesalan di kalangan ramai orang dari pegawai bank hingga kepada pemandu taksi bahawa Abdullah tidak memilikki wawasan yang sama dengan Mahathir mengenai masa depan negara

Rakyat marhaen berkata: “Manakah arah tuju ekonomi negara?” kata Sankara.
Dalam keghairahan mahu mencabar dan akhirnya menjatuhkan Abdullah, beberpa kesulitan yang dihadapi oleh Mahathir adalah masalah yang diciptanya sendiri. Abdullah sebenarnya masih lagi selamat sebagai presiden parti kerana muslihat Mahthir juga satu ketika dulu yang menjadikan sukar untuk sesiapa menyingkirkan pucuk kepimpinan parti; semasa beliau berkuasa dulu.
”Tidak ada menteri dalam kabinet yang sanggup meninggalkan Abdullah – mereka sedar akan kesannya,” kata P. Ramasamy, seorang profesor sains politik yang berpangkalan di Singapura. Sesiapa yang menyebelahi Mahathir akan dihantui pemecatan dan menafikan diri sendiri daripada kontrak yang lumayan, katanya.

Ramasamy berpendapat, apa yang merunsingkan Abdullah ialah beberapa keritikan Mahathir memang betul. Sebagai tanda dia takutkan cabaran kepada kedudukannya Abdullah baru-baru ini telah menunda pemilihan parti yang akan diadakan pada tahun hadapan pula.

”Mahathir mungkin tidak ada kuasa untuk menyingkirkan beliau tetapi dia telah melakukan banyak kerja busuk untuk mencederakan Abdullah Badawi.
“Martabat perdana menteri memang terjejas,” kata Ramasamy.
Mahathir bukannya ada jawatan dalam UMNO, parti yang telah menjadi teras gagasan parti pemerintah, dan dia telah gagal dalam satu usaha terkini untuk memenangi pencalonan sebagai ahli perwakilan kepada persidangan tahunan parti minggu hadapan. Dia boleh hadir sebagai seorang bekas presiden parti, tetapi itu tidak akan memberi hak kepadanya untuk berucap.

Setelah berusia 81 tahun Mahathir berjalan lebih perlahan berbanding dulu. aia masih lagi kerap melancung, tetapi dia memasukki kerusi belakang kereta yang dipandu oleh supirnya lebih berhati-hati berbanding dulu . Baru-baru ini doktor telah memberitahu dia mempunyai tiga ‘blockages’ di saluran jantungnnya. Namun, Mahathir masih lagi berbisa dan garang., Dia merungut kerana polis menyekat dia menemui para penyokongnnya, sambil mengulangi dakwaan bahawa Malaysia ialah sebuah Negara Polis.

“Saya dipulaukan,” katanya. “Saya tidak boleh bercakap dengan sesiapa. Kalau saya bercakap dengan media arus perdana mereka tidak akan siarkan berita ataupun berita itu akan diputarbelit untuk memomokkan saya.”

Wawancara itu berjalan sehingga satu jam. Namun, amat sukar untuk meneka apa sebab yang sebenar makanya bekas doktor perubatan ini menceburkan diri dalam politik. Beliau berkata dia merasa sangat jijik melihatkan gelagat menantu Abdulah, Khairy Jamaluddin mempunyai kuasa untuk menentukan dasar negara dan penentuan agihan kontrak. Akan tetapi dia juga risau tentang mengekalkan legasinya dan penerusan kerja-kerja membina bangunan dan lebuhraya, jambatan dan juga pelabuhan.

Akan tetapi nampaknya Mahathir belum lagi bersedia menghentikan perjuangannya. Ditanya apakah kemungkinan dia bersara secara senyap-senyap – sambil membaca novel tulisan John Grisham di pantai dan menghabiskan masa berkualiti dengan anak-cucu, dia menjawab tanpa berlengah lagi:

“Tidak….. saya fikir saya mempunyai tanggungjawab kepada negara dan rakyat,” kata beliau. “Saya tidak peduli langsung apa yang akan terjadi kepada saya nanti.”-

Terjemahan -marhaintua-


Sumber Petikan : http://malaysia-today.net/blog2006/newsncom.p

0 Comments:

Post a Comment

<< Home