Friday, November 03, 2006

Kalau Sudah Kerja Syaitan

Kalau Sudah Kerja Syaitan
(Evil Is As Evil Does)
By Paul Craig Roberts11/02/06 "Information Clearing House"
Terjemahan -marhaintua-

Kalau dibandingkan dengan Presiden Iran sekarang, Mahmoud Ahmadinejad, mantan Perdana Menteri Muhammad Khatami dianggap oleh masyarakat urusan luar Barat sebagai seorang yang moderat.

Ketika mengadakan lawatan ke AS pada bulan September, dia telah meminta AS dan Iran menghentikan sikap tuduh menuduh bagi kepentingan mengadakan dialog yang nmampu menjadi kepercayaan dan menghapuskan perbalahan antara kedua Negara itu. Khatami berkata pra-syarat dialog ialah “untuk mengenepikan bahasa ugutan.”

Dalam usaha “menyelesaikan konflik secara becakap dan bukan secara serang-menyerang,” University of St. Andrewa , Scotland, yang terkenal itu, telah menjemput Khatamai datang ke United Kingdom untuk menerima ijazah kehormatan, dikuti oleh ucapan beliau di Royal Institute of International Affairs di London. Namun, secara tiba-tiba ada usaha mencemar majlis itu oleh dua orang pelarian Iran yang mendapat suaka di UK. Mereka mendakwa telah dipenjarakan secara tidak sah dan dizalimi di Iran semasa Khatami menjadi presiden. Mengikut Seksen 134, Akta Pengadilan Jenayah Britain 1988, penderaan yang dilakukaan di mana-mana tempat di dunia ini adalah dianggap satu jenayah di bawah undang-undang British dan boleh dibicarakan di UK, Ini bererti Khatami boleh ditangkap semasa dia mengadakan lawatan ke UK sedangkan itulah lawatan yang membuka komunikasi.

Jika Khatami boleh ditangkap kerana penderaan yang zalim, bagaimana pula Perdana Menteri Britain Tony Blair terlepas daripada penangkapan kerana melakukan kekejaman keatas orang Afghan dan Iraq yang dilakukan oleh tentera British dan tentera bersekutu? Kenapakah Setiausaha Negara AS Condoleeza Rice, Setiausaha Pertahanan Donald Rumsfled. Timbalan Presiden Richard Cheney dan Presiden George Bush tidak ditahan ketika mereka melawat UK? Apakah undang-undang British mengecualikan Anglo-Amerika daripada ditangkap? Apakah ia mengecualikan pegawai kerajaan semasa mereka bertugas dan menghambat mereka apabila sudah bersara dan menjadi rakyat biasa? Ataupun apakah kita sedang menyaksikan operasi andaian neokon bahawa terdapat satu bentuk undang-undang untuk AS dan sekutunya dan satu undang lain untk negara yang tidak menyokong agenda neokon? Puak neokon bertegas apa juga yang dilakukan oleh AS dan sekutunya dan juga bonekanya bagi kepentingan hegemoni AS boleh dipertahan dan diizinkan tetapi ia akan dianggap satu jenayah kalau negara lain melakukannya?

Ketika Presiden dan Timbalan Presiden AS mempertahankan secara terbuka dan merelakan penerapan dan mengemukakan secara tergesa-gesa undang-undang kepada Kongress AS., ia adalah satu sikap hipokrit AS untk mengutuk pihak lain kerana melakukan penderaan itu. Mungkin juga orang Amerika tidak sedar sedangkan dunia sejagat memahaminya betapa wujud dwi-standard ketika membicarakan Saddam Hussin kerana jenayah perangnnya dan jenayah terhadap insani. Sedangkan AS, UK dan pegawai kerajaan Israel melakukan lebih besar jenayah dengan cara menakluk segara orang secara haram, menyasarkan penduduk awam dan menyiksa orang tahanan.

Apabila diambil kira pertumpahan darah yang dahsyat dan kemusnahan nayawa orang awam dan infrastrutktur di Afghanistan dan Iraq oleh askar AS dan UK kenapa pula golongan akedemi puak kiri dan aktivis hak asasi manusia sanggup membantu puak neokon di AS dan UK dan menyibarkan perang kepada Iran? Kerana mereka mahu mengemebangkan peperangan makanya puak kiri di Britain melaungkan agar Khatami ditangkap sedangkan PM Parti Labour Tony Blair bebas melakukan lebih banyak jenayah terhadap insani. Apakah kemungkinan dua orang pelarian Iran itu merupakan agen neokon yang mahu menyekat sebarang usaha berdamai dengan Iran? Ini bukanlah satu spekulasi liar memandangan peranan yang dimainkan oleh palarian Iraq dalam mengabui pemikiran rakyat marhain Amerika dan membuat tuduhan palsu terhadap Iraq bahawa Bush memang wajar melancarkan serangannya.

Penaklukan keatas Iraq dan Afghanistan ternyata satu bencana besar kepada AS, UK dan juga orang Iraq dan Afghan. Hanya seorang pemimpin politik yang mereng otaknya akan bersedia meluaskan bencana itu kepada Iran pula.

Mengikut satu lapuran berita BBC (Oktober 30) kakitangan firma keselamatan British - yang merupakan askar upahan kepada sesetengah pihak melebehi askar British di Iraq dengan nisbah enam:satu. Satu kumpulan amal British menuduh Perdana Menteri Tony Blair “sengaja membiarkan askar upahan ini begerak di luar batasan undang-undang.” Di Britian adalah tidak dibenarkan sesiapa menburu serigala kerana itu dianggap zalim dan tidak berperi kemanusian,” tetapi adalah dianggap tidak bersalahan seandainya askar upahan British dan tentera British membunuh orang Iraq dan Afghan, lelaki dan perempuan, dan kanak-kanak semata-mata untuk mencapai hegemony Anglo-Amerikan-Israel di Timur Tengah.
Saddam Hussein telah digulingkan dan sedang didakwa, sedangkan Iraq sudah hancur lebur, kononnya kerana “Saddam adalah seorang syaitan yang menyiksa penentang politiknya.” Bukti keazaban yang dilakukan oleh AS keatas orang Iraq boleh dilihat di mana sahaja di Internet yang lengkap dengan gambarnya. Mengikut Amnesty International “ Kawalan secukupnya terhadap penderaan dan penyiksaan tidak diwujudkan di pusat tahanan Tentera Mutinasional, dan beribu-ribu masih lagi ditahan tanpa tuduhan ataupun pecbicaraan. “Presiden dan Timbalan Presiden AS merelakan penyiksaan bukan sahaja terhadap orang Iraq tetapi juga sesiapa yang mengistiharkan, semada betul ataupun tidak, oleh segelintir pegawai AS sebagai orang yang disyakki sebagai pengganas.” Kenapakah Bush, Cheney dan Balair tidak dihadapkan ke muka pengadilan? Jenayah mereka mengerdilkan apa juga kesilapan yang boleh dikaitkan kepada Khatami. Jawapan yang serba mungkin ialah “kekuatan menjadi juara”: Namun, Bush, Cheney dan Blair masih berkeliaran berlagak dengan kewajaran moral untuk menutup dosa mereka dan segala tindakan kejam. Kenataan bahawa orang Amerika merelakan segala jenayah yang dibuat oleh para pemimpin mereka memang jelas terpampang kerana putar belit dan kelentongan mereka.
Terjemahan -marhaintua -
3 November, 2006
Paul Craig Roberts , was Assistant Secretary of the Treasury in theReagan Administration. He is the author of Supply-Side Revolution : AnInsider's Account of Policymaking in Washington ; Alienation and theSoviet Economy and Meltdown: Inside the Soviet Economy, and is theco-author with Lawrence M. Stratton of The Tyranny of Good Intentions: How Prosecutors and Bureaucrats Are Trampling the Constitution inthe Name of Justice Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com

0 Comments:

Post a Comment

<< Home