Tuesday, October 24, 2006

Anwar Ibrahim: Bertukar Dahan Untuk Terus Bertahan

Anwar Ibrahim: Bertukar Dahan Untuk Terus Bertahan?
(Anwar Ibrahim: Shifting guns to remain afloat?)
Ali Cordoba - Raja Petra - Malaysia-today,net
THE CORRIDORS OF POWER
24.10.06


Dalam satu ucapan yang dianjurkan ‘Center for Democracy, Development and the Rule of Law (CDDRL)’; dan ketika menjelaskan hubungan bersama budaya – bukan-Barat di AS, Anwar Ibrahm telah mengemukakan beberapa hujah yang menunjukan kemungkinan adanya anjakan dalam perjuangannya. Apakah ini disebabkan dia perlu terus bergaya ketika timbul keraguan apabila beliau dilabel sebagai seorang ekstrimis ataupun menganut demokrasi sebagai satu nilai universal merupakan usaha jelas untuk mendampingi Barat? World Futures Online (www.worldfutures.info) telah menganalisa Anwar Ibrahim, insan yang disandarkan harapan oleh banyak pihak sehingga ramai yang sanggup berkorban apa sahaja di kemuncak pergerakan reformasi di Malaysia.

Apakah yang dibentangkan oleh Anwar menepati harapan ribuan penunjuk perasaan yang menantikannya selepas beliau dibebaskan? Ataupun apakah dia sudah berubah menjadi seorang ‘univerasalis’ menandakan bahawa perjuangan ‘reformasi’ dan tarikan massa sudah pun berlalu dan cuma merupakan satu tapak untuk melangkah tangga daripada seorang hero kepad seorang ‘Rai’” (‘Rai’ ialah panggilan pemegang jawatan yang paling tinggi dalam kerajaan Mesir purba).

Ketika permulaan ucapan yang dibuat oleh Anwar Ibrahim, memang jelas bahawa pemimin Islam itu sedang mengambil satu pendirian tegas memihak kepada demokrasi dan hak asasi manusia kerana beberapa sebab. Nampkanya dia bertindak begitu gara-gara idealisme Islam yang amat kuat dipertahankan di zaman mudanya. Peranan baru beliau sebagai duta kedamaian membolehkan beliau membina jambatan yang menghubungkan Barat dengan tamaddun Islam. Inilah yang mungkin membuatkan beliau membelakangkan projek kesayangannya ABIM dan merenggangkan beliau daripada kebanyakan ibukota dunia Islam.

Kita harus faham bahawa dia perlu menjaga tahap selera pernerimaan Barat terhadapnya. Beliau sedar betapa Barat merupakan rakan kongsi yang pentin di masa hadapan dan seseorang tidak seharus menafikan pengaruhnya dari segi ekonomi politik dan ketenteraan. Untuk mencemuh Barat dan sistem kapitalis yang menyokong demokrasi dan penggunaan ‘hak’ yang berlebihan dan untuk berkata bahawa Islam adalah penyelesaian muktamad kepada orang Islam sudah tentu menjadikan Anwar Ibrahim seakan seorang lagi ‘Osama bin Laden’ dan seorang anggota Al-Qaeda. Dengan itu kepada pemerhati barat dan antarabangsa, Anwar Ibrahim ialah seorang pemimpin Islam yang mampu menyampaikan mesej demokrasi kepada uamt Islam – walaupun nampak ganjil kenapa Anwar tidak bercakap kepada umat Islam di Timur Tengah ataupun di Eropah mahupun di Asia, dan sebagainya.

Barat mempunyai pandangan yang tercemar terhadap ‘kebebasan’ dan ‘hak’ kerana para pemimpin dan pemikir beranggapan bahawa mereka boleh berfikir dan berkata apa yang mereka suka dan memakai apa yang mereka senangi (mereka boleh bersedia melihat orang berjalan berbogel di kotaraya) tetapi mereka tidak dapat menerima orang yang bertudung dan mereka tidak boleh menerima lelaki Islam yang mempunyai fikiran yang berbeza daripada mereka serta besolat lima kali dalam sehari. Bukankah ini satu bentuk pemencilan’ yang mendesak dilakukan perubahan kepada bingakai ‘pemikiran’ pihak Barat itu sendiri? Bukankah ini satu tindakan menolak bulat-bulat hak’ dan ‘kebebasan’ umat Islam memilih cara hidup mereka? Penglaksanaan berlebihan akan ‘hak’ serta ‘kebebasan ‘ yang memihak kepada budaya barat tidak boleh diterima dan Anwar Ibrahim, sejak dia kini menjadi guru kepada dialog Barat-Islam --- mempunyai tanggungjawab moral untuk terus berdialog dengan barat akan segala isu itu.

Kalau bercakap di negara sendiri di Malaysia dia tahu bahawa keadaan akan pasti berubah dan penentangnya dalam UMNO serta rakan politiknya dalam PAs amat curiga akan ‘order baru dunia’ di mana agama mungkin sudah menjadi mainan kedua dan tanggapan bahawa demokrasi akan disogokkan untuk menjadi amalan negara-negara Islam. Beliau masih percaya bahawa AS akan menang dalam pertarungan menegakkan demokrasi di bumi Arab, dan dengan itu lambat-laun Malaysia akan mengikutnya juga. Demokrasi di Malyasia adalah berbentuk demokrasi pimpinan dan kepimpinan yang dikawal UMNO yang telah sekian lama menegakkan kuasa majoriti umat Islam sejak negara mencapai kemerdekaannya.

Inilah masa yang terbaik untuk Anwar Ibrahim melupuskan label ‘militan’ yang lama melekat pada perjuangan keIslamannya untuk turut serta menghirup udara demokrasi seperti orang lain dengan apa cara pun. Untuk membawa perubahan kepada Malaysia, Anwar mesti mendapat simpati, sokongan dan kesetiaan mereka yang bersetuju dengan sistem yang ada di Malaysia. In bererti dia perlu menggugurkan isu agama Islam dan kemukakan isu lain yang menyentuh ‘universalisme’ demokrasi sebagai satu lakonan imbangan untuk mengbangkitkan nilai-nilai keIslaman yang ‘pudar’ – kerana itulah nilai yang tidak menarik minat sebahagian besar puak minoriti di negara itu. Dengan berbuat demikian dia mungkin meraih lebih banyak sokongan sebahagian besar penduduk Malaysia, seperti golongan bukan Islam khususnya dan taradisionalis UMNO yang tidak percaya perlunya memperkukuhkan Islam di Malaysia dan sedang menentang ‘Islam Hadhari’ ciptaan Abdullah Badawi dalam hal itu khususnya. Islam Hadhari yang sesungguhnya merupkana satu versi baru ‘Islam Madani’ masih menghadapi penyesuaiannya di Malaysia dan Anwar mungkin sudah berfikir bahawa apabila era Abdullah Badawi berlalu, perjuangannya untuk melaksanakan demokrasi yang tidak bertepian mungkin menjadi lebih mudah.

Memanglah tidak adil kalau ada yang mengatakan bahawa Anwar ialah seorang pemimpin demokrat yang cuba menculik satu situasi yang membangun di mana Anwar menyesuaikan dirinya sendiri kepada ‘gelombang demokrasi’ Barat sehingga mungkin menjadi tidak berguna. Tetapi tidak pula dalam perkara ini. Anwar bukannya seorang opotunis tetapi dia juga mempunyai sekatannya dan segala hambatan ini memang boleh dipertikai terhadap kecenderungan yang menjadi pilihannya antara melonjakkan demokrasi dan laungan untuk menggugurkan politiko-Islam.

Para penyokong Anwar tidak menjangkakan satu anjakan yang begitu dramatis dalam bahasa dan gaya politik bekas timbalan prdana menteri itu. Umat Islam khususnya sudah lama berharap Anwar akan mengusai keadaan dari titik-mula dia meninggalkannya dan ketika dia disumbat dalam penjara untuk menghidupkan kembali impian menjadikan orang Melayu satu bangsa yang besar di Malaysia.

Namun demikian menuding jari arah orang Islam kerana reaksi terhadap serangan ganas yang kadangkala berunsur kehaiwanan terhadap Islam oleh Barat tidak akan membantu perjuangan beliau di kalangan umat Islam. Anwar Ibrahim telah bekata bahawa umat Islam tidak boleh merusuh dan tidak boleh menunjukkan amarah terhadap serangan Barat yang memburuk dan meloyakan terhadap agama mereka, kitab suci agama dan ikon mereka Nabi Mohammad. Anwar bertegas bahawa universlisme demokrasi adalah sesuatu di mana oraang Islam mesti menerima serangan itu dan bersabar sahaja.

Anwar juga berhujah bahawa umat Islam tidak serharusnya mendesak agar ditutup akhbar yang menyiarkan kisah ataupun gambar yang menghina terhadap nabi junjungan Islam, semua itu atas nama demokrasi. Ramai umat Islam yang menganggap bahawa Anwar Ibrahim kini turut menghakiskan hak Islam untuk membalas minda- yang kotor yang sebenarnya perancang di sebalik serangan itu.


Mungkin Anwar perlu mewarnai kenyataannya mempertahankan hak demokrasi itu dengan menyebut bahawa Islam mempunyai hak mempertahankan diri tetapi ia perlu melakukannya secara kurang ganas dan lebih berhemah. Umat Islam memang masih menunggukan pemimpinnya (termasuk pemimpin lain seperti Anwar) untuk bertindak secara behemah dan memberitahu mereka agar tidak begitu ganas tetapi emngangani sesuatu isu itu dengan penuh kesabaran. Mereka juga sedang menunggu untuk melihat apakah bentuk bantahan terhadap barat oleh orang seperti Anwar berbanding kesungguhan menjadi pak tutur kepada prinsip Barat. Umat Islam menganggap sifat ini laksana tunduk kepada kehendak Washington agar umat Islam terus megunci mulutnya, digari tangannya, ditutup matanya dan dinyahkan kepada ‘pisau pancung’ sejarah seolah-olah mereka adalah tukang karut yang muncul daripada zaman purba.

Seandainya Anwar yakin bahawa dia mesti mengutamakan demokrasi dan perlu mengambil hati Barat sebagai usaha yang lebih penting dari memberi keutamaan kepada kehendak masyarakat Islam di Malaysia, maka nasib masa depan politiknya akan dientukan lebih cepat dan lebih teruk sekali. Jika diandaikan tidak ada masalah untuk berkawan rapat dengan juara neo-kon di AS, adalah jelas betapa dunia Islam menganggap bekas timbalan setiausa peratahanan, Paul Wolffowitz , sebagai seorang musuh yang merancang untuk menjahanamkan negara-negara Islam.

Nampaknya Anwar semakin renggang dengan kawan-kawan lamanya di Riyadh dan dalam dunia Islam, dan ini adalah satu kesilapan yang mungkin menjejas masa depannya. Kebimbangan akan digelar seorang ‘mujahidin’ mungkin mejadi sebab kenapa Anwar Ibrahim menjauhkan diri daripada kota raya negara Islam dan menunjukkan keyakinan kepada sistem Barat yang setakat ini sedang mengejar satu dasar kearah kemusnahan menyeluruh nilai-nilai Islam dan negara Islam di dunia ini.


Di Malaysia cakap-cakap mengenai kesilapan DEB semakin rancak dibincangkan, namun kita semua sedar bukannya DEB yang patut dipersalahkan tetapi cara ia dilaksanakan dan cara ia dirampas oleh satu kumpulan pembodek regim Mahathir Mohamad yang telah memberikan imej yang buruk kepada DEB. DEB bermula dengan idea membantu orang Melayu dari segi ekonomi dan sosial dengan pelajaran yang baik-baik. Majoriti penduduk Melayu telah mendapat faedah daripada ‘grant’ pendidikan namun ini tidak melonjakkan mereka dalam rencana yang diatur dulu untuk menjadikan mereka maju dari segi ekonomi gara-gara DEB sudah disauk oleh segelintir kecil keluarga Melayu yang dilindungi dan yang menyalahgunakan sistem itu.

Anwar pernah menjadi Menteri Kewangan untuk satu tempoh yang lama dan dia mengaku wujudnya salahguna DEB oleh Mahathir dan para penyangaknya. Sepanjang tempoh itu, ‘sahabat lama’ Anwar Ibrahim terpaksa meminta-minta untuk mendapatkan kontrak sedangkan kroni penyangak Mahathir terus menerima projek yang besar-besar. Pada waktu yang sama, orang Melayu di peringkat bawahan tidak pun merasa banyak keistimewaan DEB. Mereka dilekakan bahawa memilikki satu kereta proton dan satu rumah rumah satu tingkat ataupun kalau bernasib baik sebuah rumha dua tingkat adalah lebih baik dari hidup di ruma kerajaan ataupun rumah pangsa satu bilik; dan mereka memang sedang hidup bergaya kerana adanya DEB. Sepanjang tempoh itu, segelintir yang berseronok membalun dana DEB adalah sama ada yang berlonggok di bawah kem Mahathir ataupun sedang mengintai-intai untuk menyokong Anwar dalam usaha beliau menjatuhkan Mahathir daripada takhta dan jawatan Perdana Menteri. Apabila Anwar gagal dalam usaha untuk menyingkir Mahathir, para kroni bersatu di belakang bekas Perdana Menteri itu dan memberikan sokongan ekonomi dan politik yang amat diperlukannya untuk menepis gelombang ‘reformasi’ menjelang pilihanraya 1999.

Mahathir telah menuduh Anwar cuba menjual negara kepada IMF dan Bank Dunia sedangkan UMNO bekata Anwar adalah agen Amerika. Pernah terdapat tulisan mengihiasi dinding di Masjid India yang dilakukan oleh penyokong UMNO yang menulis: “Anwar boneka Amerika!!. Ini menaikkan amarah ramai dalam pergerakan reformasi itu kerana mereka begitu yakin Anwar adalah seorang Islamis yang bukan berjuang agar dibebaskan daripada penjara tetapi kerana kebaikan kelas menengah Melayu dan untuk hak mendapat keadaan hidup yang lebih baik di negara sendiri. Mereka yakin bahawa Anwar adalah insan yang akan membawa semangat keadilan dalam agihan kek ekonomi dan kejujuran akan menjadi sebahagian hidup di Malaysia

Memang sudah lama Anwar menentang DEB seperti yang diamalkan sekarang. Sebelum dia dijatuhkan daripada jawatan TPM dia pernah bercakap menentang DEB dan mencadangakan agar dirombak ekonomi sambil dia memujuk orang Melayu akan melepaskan tongkat dan menjadi lebih berani. Ketika itu Mahathir yang menentang usaha beliau mengundurkan DEB. Mahathir lebih suka mengangap DEB sebagai satu usaha nasional yang tidak boleh disentuh kerana ia menjadi jaminan politik bahawa Melayu akan memberikan undi mereka kepada UMNO dalam apa keadaan pun. Pada 1999, DEB hampir tidak berguna kepada Mahathir yang hampir dikalahkan oleh pakatan PAS-ADIL-DAP. Pertarungan menjadi sukar dan pihak pembangkang semakin perkasa sementara kerajaan terpaksa merujuk kepada amalan yang tidak demokratik untuk menang pilihanraya itu.

Anwar betanggungjawb dengan nasib Mahathir yang hampir tumbang. Beliau hampir menjatuhkan Mahathir daripada takhta sedangkan dia masih lagi di dalam bilik penjara. Anwar telah menerima sokongan penduduk Melayu marhaen kerana inilah kumpulan manusia yang tidak pernah percaya bahawa Anwar benar-benar menentang DEB. Kerana menganggap Anwar sebagai seorang demokrat dan bukannya Islamis, dan Anwar sesungguhnya berusaha untuk dibebaskan . Mereka yakin bahawa dia berjuang dari penjara untuk menjatuhkan Mahathir dan membebaskan majoriti orang Melayu daripada belenggu UMNO. Mereka juga percaya Anwar akan menangani Islam secara berbeza dari cara Mahathir menanganinya. Kebanyakan orang Melayu yakin bahawa Mahathir bukanlah seorang Islamis walaupun mereka bersetuju bahawa beliau adalah seorang negarawan yang hebat.

Bukannya mudah untuk mana-mana kerajaan di Malaysia membubarkan DEB tanpa mencetuskan amarah dan kemungkinan kebangkitan revolusi orang Mealyu. Inilah yang membuatkan Timbalan Perdana Meneri (TPM) Najib Tun Razak mengambil sikap berhati-hati terhadap perubahan yang perlu dipilih oleh Malaysia dalam usahnya untuk menganggotai masyarakat maju pada 2020. Untuk melupuskan DEB dan membiarkan masyarakat kelas menengah Melayu terkapai-kapai akan merupakan tindakan berbahaya dari segi politik dan mungkin mengakhirkan kerjaya Anwar Ibrahim ataupun mana-mana pemimpin Melayu yang berani mencubanya. Jalan penyelesaian untuk Anwar ialah memikirkan semula siapa yang akan mendapat keuntungan di bawah DEB dan bagaimana ‘mengagihkan’ faedah ekonomi yang diraih olh Malaysia sepanjang sejarahnya , kepada orang yang lebih memerlukanna (terutamanya orang Melayu) dan membiarkan golongan kaya-raya dan penyangak berlagak yang sudah lama bergaya di kalangan orang Mealyu.

Demokrasi tidak akan biarkan perkara ini berlaku kerana demokrasi menjadi pendekatan kapitalis ke arah masyarakat sivil. Ia akan tetap menyokong kumpulan yang mempunyai modal untuk melabur berbanding mendekati puak massa yang hanya tahu menunjuk perasaan di jalanan. Kapitalisme tidak akan dapat hidup subur seandainya demokrasi merelakan usaha mencuri hak orang kaya untuk memperkayakan golongan massa. Justru, Anwar perlu merujuk kepada prinsip Islamia. Tetapi Anwar pernah berkata dia bukannya seorang Islamis apa lagi seorang fundamentalis. Tentulah tidak kena untuk kita melihat Anwar sebagai seorang Perdana Menteri Malaysia menglaksanakan prinsip Islamia seperti Baitul-Maal untuk menyelamatkan majoriti penduduk Malayu yang telah dinyahkan oleh kelas politik UMNO di masa dulu.

Tanggapan Anwar terhadap Dunia, Barat dan Islam serta hubungannya nampak pincang dalam banyak cara. Di Barat, ketika Anwar mengutuk sikap umat Islam kerana menunjukkan reaksi ganas terhadap kartunis yang mencemarkan Nabi Mohammad, serangan langusng Pope (Paus) terhadap Nabi, dan usaha Amerika untuk mendemokrasikan Timur Tengah, dia menjadi semacam seorang wira pilihan. Walaupun kualiti dianggap lebih penting daripada kuantiti, umat Islam adalah manusia dan mempunyai emosi juga. Tentu kita setuju untuk merasa takjub seandainya anjing dan haiwan mudah tersenyum semasa di kenakan ujian di makmal. Tetapi apa yang kita bincangkan di sini ialah mengenai agama satu masyarakat besar dunia dan mengenai keiblisan dan serangan Barat yang amat meloyakan keatas Islam dan ikonnya. Tentu kita tidak mengharapkan orang Islam akan bertindak dengan hilai ketawa dan berlalu tanpa menunjukkan sebarang tanda emosinya.

Memang bagus kalau dapat merapatkan hubungan antara Barat dan Islam tetapi bukan semua usaha yang bagus itu mendatangkan keuntungan atau pun benar-benar bijak. Sejak Islam diserang kerana kesucian dan keikhlasannya, semakin jelas bahawa penyerang itu memang jahat dan merupakan satu kumpulan hipokrit yang berselindung di sebalik topeng demokrasi untuk menghasut, mengebom dan menyalahkan kuasa keatas umat Islam. Barulah kita sedar kenapa demokrasi tidak ‘universal’ Kita semua tahu betapa demokrasi itu memang ada cacatnya. Ia sudah menggagalkan Amerika kerana orang yang bukan berkulit putih tidak boleh menjadi presiden. Ia juga sudah menggagalkan rakyat Amerika hari ini apabila G.W. Bush telah dilantik menjadi presiden disebabkan silap teknikal yang besamaan dengan rasuah dan undi palsu dalam demokrasi yang lain tetapi tidak di Amerika, yang disebut sebagai tunggak demokrasi, konon. Amerika mungkin merupakan demokrasi yang paling bangsat di dunia hari ini, sejak ia mengamalkan dasar dan prinsip yang pernah diamalkan di Malaysia yang menjadikan Anwar sendiri menjadi mangsa salahguna kuasa. Beribu penganut Islam yang didera dalam penjara rahsia, tanpa sebarang peluang dibicarakan dan dituduh tanpa bukti. Guantanamo ialah satu contoh terbaik. ‘Home Security Act’ dan ‘Patriot Act’ di AS adalah sama sahaja dengan Internal Security Act yang digunakan untuk memangsakan Anwar.

Di AS, media adalah merupakan satu fotopamograna (mirage) tentang apa yang sepatutnya merupakan kebebsan akhbar gara-gara ditekan oleh kumpulan neokon agar mematuhi arahan regim Republikan yang punyai perancangan iblis terhadap Islam. Orang Amerika tidak lagi bebas mempertikaikan presiden mereka, bidang kuasa dan penjelasan rasmi regim itu. Jika mereka buat juga, mereka akan disanggah oleh FBI dan mungkin dikenakan penjara ataupun keduanya sekali ataupun bualan telefon mereka akan dipintas dan pergerakan mereka akan diawasi setiap hari oleh Gestapo baru di Amerika. Apakah ini Barat yang mahu dirapati oleh Anwar untuk Islam? Soalnya sekarang barat mesti faham bahawa Islam hari ini menyediakan lebih banyak kebebsan, lebih menghormati hak asasi manusia dan lebih memberikan kesucian rohani berbanding demokrasi – yang dengan apa cara pun bertukar kepada satu bentuk kapitalisme yang ekstrim gara-gara hasil kerja bedebah –tiga musibat serangkai -- - Bush-Blair-Olmert.

Demokrasi sedang membunuh ratusan ribu manusia di Iraq dan sedang terus membunuh ribuan lagi di Afghanistan dan tidak lama lagi di Sudan dan Syria dan Iran. Di Iraq sahaja, jambatan demokrasi yang mahu dihubungkan oleh Anwar Ibrahim dengan Islam sudahpun membunuh ataupun membantu pembunuhan 665,000 orang umat Ialam yang miskin dan tidak berdosa yang hanya mahu hidup tanpa Barat menyibuk di negara mereka. Ini tidak memerlukan sebarang jambatan. Tamaddun yang ada sudah begitu jauh berbeza dan Anwar adalah terlalu lemah untuk mencantumkan titik-titiknya.

Barat tahu apa yang dihadapinya. Ia tahu apakah Islam sebenarnya dan adalah keanak-anakan untuk kita percaya bahawa Barat tidak faham mengenai Islam dan apa agama itu sebenarnya. Mungkin para pemimpin Islam tidak arif tentang apa yang Barat tahu mengenai Islam. Lantas, kedua-dua pihak serba tidak tahu. Kata-kata wasiat Nabi Mohammad semakin menyerlah seperti yang tersurat dalam Hadith, baginda berkata : Akan tiba masanya nanti apabila yang keliru akan memerintah dunia. Inlah masanya nanti apabila yang jahil dan ‘dungu’ akan memerintah golongan yang cerdik. Selagi Barat berlakon sebagai jahil terhadap Islam dan pemimpin Islam termakan lakonan pemimpin Barat, jambatan apakah yang mahu dihubungkan?


Kalau Paus boleh berkata bahawa Islam ialah agama kedamaian –dan dia telah berkata demikian banyak kali sebelum serangan terakhirnya terhadap Islam; dan kalau Bush boleh berbuka puasa bersama orang Islam di Rumah Putih dalam satu rangka usaha kejayaannya memutar minda segelintir orang Islam –kenapa pula kita mahu mendakwa bahawa Barat memang jahil mengenai Islam? Kepalsuan ini mesti dihentikan dan untuk ia ditamatkan, orang Islam perlukan insan seperti Anwar untuk menyindir Barat bahawa dunia Islam amat arif akan lakonan kejahilan yang dimainkan oleh pemimpin Barat.

Dunia Islam tidak perlukan Anwar sebagai duta kedamaian untuk mencelikkan Barat mengenai Islam. Apa yang diperlukan oleh Dunia Islam ialah seorang pemimpin yang kuat yang berani menutup mulut Barat dan menyedarkan mereka menerima hakikat bahawa demokrasi sedang menggagalkan mereka dan merka tidak seharusnya berselindung di belakang tabir apa yang mereka sebut kebebasan bersuara dan media untuk menyerang Islam.

Mereka harus difahamkan bahawa Islam ialah kebebasan besuara dan Islam itu adalah demokrasi secara tersendiri dan Islam juga berbentuk komunis dalam banyak cara dan sosialis dalam fundamentalnya. Itu sebabnya Islam itu satu agama yang lengkap dan adalah satu penyelesaian kepada banyak masalah dan bukannya penyebab masalah yang dicipta oleh Barat.

Anwar bekata bahawa demokrsi itu universal bentuknya sedangkan Rasullullah berkata Islam itu universal dan Mao bekata komunisme itu universal sedangkan Carl Marx dan Engel berkata Kapitalisme dan demokrasi ialah momok. Yang mana satu? Apakah Anwar benar-benar yakin bahawa demokrasi ala Bush-Blair-Olmert benar-benar universal? Untuk bekata benar, nampaknya Anwar cuba memperkenalkan satu bentuk Amerikanisme yang membawa padah kepada prinsip demokrasi dan merupakan musuh kepada Islam.

Ini bukan Anwar Ibrahim yang sama membuat kita bersatu di jalanraya Kuala Lumpur, di lebuhraya internet dengan segala bahayanya, dan laman perbincangan - berkonfrontasi secara langsung dengan anti-reformis di Malaysia. Ramai umat Islam yang berprinsip telah kehilangan pekerjaan, perniagan mereka, kenaikan pangkat, isteri ataupun suami yang tinggalkan mereka kerana mereka telah menyokong Anwar Ibrahim. Ramai yang lain kehilangan peluang untuk mendapatkan kerakyatan Malaysia ataupun memperolehi status penduduk tetap kerana lapuran polis cawangan khas (SB) kepada Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri mengatakan mereka “Orang DSAI” Inilah orang-orang yang tidak mahu melihat Anwar Ibrahim menjadi bidak dalam percaturan Barat yang berlakon seolah-olah jahil akan fitnah mereka. Mereka mahu Anwar Ibrahim yang mampu bercakap mengenai Islam dan berdiri teguh di sisi Islam kerana keluhuran yang terpancar sebenarnya daripada Islam dan apa makna semuanya..

Terjemahan -marhaintua-

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

DSAI seorang yang konsisten dalam usahanya membela Islam. Pendekatannya yang paling efektif - secara dialog. Orang lain terpekik terlolong tapi Barat tak dengar.

Cuba baca artikel terbaru dia 'Barat Perlu Hayati Islam':
http://anwaribrahimblog.com/?p=281

11:32 PM  

Post a Comment

<< Home