Wednesday, November 08, 2006

Operasi 'Deep throat' (Talibarut)


OperasiDeep Throat(Tali barut)
Oleh Raja Petra Kamarudin - Malaysia Today -
07.11.2006.
Terjemahan -marhaintua-

“Hello. Raja Petra?”

“Ya. Siapa di sana?”

“Tak kisahlah. Saya ni daripada ibu pejabat UMNO”.

“Oh. Ok.”

“Pertama, biarlah saya katakan, kalian di Malaysia-Today, memang bagus. Cara anda membuat pendedahan buat saya membaca Malaysia Today setiap hari..”

“Terima kasih banyak, semoga anda akan terus menatap laman kami setiap hari.”

“Sudah tentu. Tidak pernah tinggal pun..... Sekarang saya nak beritahu laporan terkini. Dolahget belum lagi selesai. Ada beberapa maklumat yang tercicir.”

“Oh. O.K. Saya dapat maklumat itu daripada orang. Ada kalanya mereka tidak bagi tahu segala-galanya. Ini adalah dengan tujuan untuk melindungi diri mereka ataupun ada kalanya mereka tidak mempunyai maklumat yang lengkap.

“Saya faham.”

“Ada kalanya mereka berikan saya cerita penuh, tetapi mereka beritahu pada saya bahagian mana saya mesti ketepikan untuk mengelak orang mengesan siapa yang memberitahu saya.”

“Ya, saya faham. Tak mengapalah. Tetapi anda tidak sebut dua perkara dalam kisah Dolahget. Pertama, ialah kehadiran Johari di mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO. Dia bukannya anggota Majlis Tertinggi...jadi macam mana dia boleh menghadirinya? Dan MB pun hadir juga. Majlis Tertinggi telah memberikan arahan kepada Johari dan MB untuk mensabotaj Dr. Mahathir.

“Oh. Begitu......”

“Anda tidak melaporkannya. Mereka berdua memang hadir bersama.. “

“OK. Saya akan ingat perkara itu. Mungkin saya akan buat sambungan kisah itu..”

“Ya...perkara ini mesti anda sebutkan. Ini penting. Ia membuktikan wujudnya konspirasi di mana MT mensabotaj Tun. Kedua, ialah kisah lima orang anggota Kubang Pasu yang telah mengemukakan aduan rasmi kepada ibu pejabat. Mereka turut mengepilkan Affidavit yang telah mereka tandatangani dan meterai. Mereka tiba dengan seorang peguam.”

“Ah, menarik cerita tu....”

“Memang, pada mulanya kami telah menolak aduan mereka. Tetapi oleh kerana mereka datang dengan seorang peguam kami tidak boleh buat apa-apa. Kami terpaksa menerima aduan itu. Kemudian kami minta mereka mengisi borang. Ada kalangan mereka tersilap mengisi borang itu dan kami boleh kesan dari segi teknikalnya. Tetapi peguam mereka memberitahu supaya merka hanya isi nama dan segala butiran aduan mereka disenaraikan sebagai kepilan. Peguam mereka bijak. Dia tentukan tidak seorang pun membuat sebarang kesilapan dalam kenyataan mereka.

“OK Sungguh menarik....”

“Kami cuba tolak laporan mereka tetapi kerana semua itu bertandatangan sebagai Affidavit kami tidak boleh buat begitu. Kemudian kami umumkan mahu menyiasat dan umumkan keputusannya dalam masa dua minggu. Ketika itu ialah bulan September. Setakat ini belum ada berita lagi. Kami akan lenyapkan aduan ini dengan melengahkan dan melecehkannya. Jadi anda mesti dedahkan perkara ini.”

“Gitu.. Anda ada salinan semua Affidavit ?”

“Ada. Memang saya simpan salinan kerana takut mereka akan musnahkan yang asal”

“Bagus tu....Adakah anda boleh bagi saya salinannya?”

“Berapa selamat agaknya? Apa kata kalau polis panggil anda dan mula menyoal? Apa anda akan kata?”

“Beginilah. Saya tak kenal awak pun ataupun apa yang boleh saya dedahkan? Tiada satu pun! Mereka akan tahu bahawa saya dapat maklumat itu daripada Ibu pejabat UMNO, walaupun saya tak beritahu mereka. Jadi? Bagaimana mereka boleh tahu orangnya sedangkan saya pun tidak tahu awak siapa?”

“Baiklah... boleh kita berjumpa pada pukul sebelas malam nanti di............... saya akan serahkan dokumen itu kepada anda. Tetapi.....harap datang seorang diri ya?”

“O.K. Tak ada masalah. Kita jumpa malam nanti..... (Aduhai.........jangan satu perangkap sudahlah. Habis pulak nanti. Saya tahu Paklah memang bencikan saya.)

"Hati-hati...O.K?"

“OK. Terima kasih. Anda sudah pun menjadi sasaran.”

“Hm... Apakah saya harus rasa takut-takut?”

“Ha.....ha.....Ha...... jangan risau. Mereka yang takut kepada anda. Bukit Aman dah bagitau, anda seorang 'gila babi’. Tak guna buat sesuatu ke atas anda. Tiada kesannya"

“Ha.....Ha.....Ha......Ok. Jumpa nanti....”

AFFIDAVIT (Sila lihat di laman Laman M@rhaen)

Noor Mohamad Bin Darus (Affidavit menerima RM200 dalam sampul warna coklat)

Ismail Bin Taib: Page 1 Page 2 Page 3
Ibrahim Bin Ariffin: Page 1 Page 2 Page 3 Page 4
Aminuddin Bin Omar: Page 1 Page 2 Page 3 Page 4
Rodzi Bin Ab Razak: Page 1 Page 2 Page 3 Page 4 Page 5

0 Comments:

Post a Comment

<< Home