Sunday, November 05, 2006

Pimpinlah Dengan Jujur Ataupun Undur!


Pimpinlah Dengan Jujur Ataupun Undur!
(Lead! Or get out of the way)
M. Bakri Musawww.bakrimusa.com3 November, 2006.

Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi harus hentikan perangai merungut dan merengek. Pimpinlah negara dengan jujur,jika tidak ,eloklah berundur. Dia sudah menghabiskan tiga tahun untuk menentukan pendiriannya. Kalau ada lagi kejantanan dalam UMNO, inilah satu mesej yang harus di perjelas secara terang kepada pemimpinnya
Memang mesti ada tempat untuk memberikan kesetiaan kepada seseorang permipin, tetapi bukan pada harga di mana para pengikut akan dicocok hidungnya.

Sang singa dalam UMNO sudah lama pergi, hanya anak-anak kucing yang masih tinggl lagi. Rengekan mereka jadi semakin lantang dan jelas hanya kerana ketiadaan susu untuk diminum. Tanaman berharga sudah lama dicabut daripada batas UMNO. Yang tinggal adalah cili yang sudah kering, keaslian pedasnya sudah tidak ada lagi.

Pada persidangan Tahunan UMNO yang menjelang tiba, kita dapat jangkakan laungan puji-pujian dan pendewaan pemimpin yang utama. Secara perbadingn itu tidak akan dapat menandingi majlis yang dilakukan oleh orang Korea Utara untuk ‘Pemimpin Kesayangan’ mereka. Akan tetapi keriangan dan kegemilangan serta kata-kata pujian yang dituturkan akan tetap berbunga sebagai gambaran betapa taat si pemida terhadap pemimpn besarnya.
Para pembodek Abdullah sudahpun memberikan gelaran “Bapa K-Ekonomi “. Apa sahajalah mkananya. Saya cadangkan dia diberikan gelaran yang lebih sesuai, “ “Bapa Tanah Kayangan”!
Wang politik yang berlimpah ruah dan naungan politik yang tak sudah telah mlumpuhkan UMNO dengan berkesan. Akan semakain ramai Putri yang berpakian indah menghadiri perjumpaan itu. Merekalah yang akan menyerikan suasana dan tidak lebih dari itu. Golongan Putra UMNO akan tidur berdengkur selepas menghabiskan sepanjang malam sebagai Mat Rempit mengganas di jalanraya dan taman perumahan dengan motorsikal mereka.

Saya menantikan tokoh yang berani semacam Arwah Sulaiman Palestin. Beliau tidak pernah terhgak-agak mencabar pemimpin yang paling dihormati. Kalaulah dia masih benyawa hari ini sudah tentu dia akan mengemukakan “Undi Tidak Percaya” di persidangan UMNO. Kalaupun usaha itu tidak akan berjaya, ia boleh menjadi satu kejutan yang diperlukan oleh Abdullah untuk bangun dari tidurnya. Dia sudah terlalu lama bermimpi di siang hari.

Pertemuan Dengan Mahathir Yang Tidak Berguna


Prestasi Adullah selepas (dan mungkin juga semasa) pertemuan empat mata dengan Mahathir adalah amat memalukan. Kalau Abdullah tidak boleh menangani Mahathir, bagaimana mugkin kita boteh mengharapkan Abdullah menjaga kepentingan negara yang turut membabitkan rundingan yang lebih sukar dengan pemimpin negara asing?

Mahathir telah berjaya mengkerdilkan Abdullah laksana seorang budak sekolah yang liat menyiapkan kajiannya di rumah dan kini terpaksa menulis kata-kata denda seratus kali,” “Saya mesti tumpukan pada kerja saya dan tidak tidor lagi.”

Mengikut cerita Abdullah, Mahathir yang kuat bercakap. Abdullah juga mengaku kerana menghormati Mahathir beliau tidak sanggup mencelah ataupun memotong cakap-cakap itu.
Mengikut kata Mahathir (dan diperakukan oleh Abdullah) dia pernah membangkitkan isu yang sama sejak beberapa bulan yang lalu. Abdullah tidak perlu mendengar segala perkara itu berulang-ulang kerana dia pernah mendengarnya dulu dan sudah tentu mempunyai segala jawapannya dan penafiannya. Rakyat Malaysia dan dunia sejagat sudah tentu puas mendengar segala aduan Mahathir. Apa yang dia perlukan seperti kita juga adalah jawapannya. Namun, kita selalu berdepan dengan alasan Abdullah yang meminta diberi masa lagi! Kalau Abdullah tidak menemui jawapannya sekarang dia tidak akan mendapatnya lagi.
Apa yang harus Abdullah lakukan sejurus Mahathir mengulang-ulang perkara yang pernah dikatakannya beberapa kali sebelum ini ialah menyuruh dia berhenti sejenak dan berkata: “Maafkan saya Tun, semua ini pernah saya dengar dulu dan terlalu banyak kali. Biarlah saya perbetulkan satu per satu!” Dengan itu beliau boleh menuguasai suasana pertemuan mereka. Kemudian kita baru tahu siapakah yang sesungguhnya berkuasa.

Selepas pertemuan itu sepatutnya Abdullah mengadakan sidang akhabar dan secara terbuka mengajak Mahathir turut sama. Sudah tentu ini memerlukan kualiti keyakinan dan kepimpinan, sedangkan inilah kualiti yang amat kurang pada Abdullah.

Sebaliknya Mahathir yang memberikan sidang akhbar, bukan sekali tetapi dua kali untuk memberitahu dunia apa yang telah berlaku antara mereka. Abdullah telah menjadi tukang rungut sambil mengadu bahawa Mahathir telah mengeluarkan kata-kata ‘berbisa’. Dia mencari ketenangan dan perlindugnn di sebalik lalakan para menteri dan tukang karutnya.

Abdullah terlupa bahawa segala isu yang dibangkitkan oleh Mahathir adalah perkara yang sama yang menghantui rakyat jelata. Dia berhutang kepada Malaysia dan bukan Mahathir sahaja untuk memberikan penjelasannya. Merungut dan diam membisu seolah-olah mencari ilham ataupun meminta wakilnya menjawah bagi pihak beliau mendedahkan watak Abdullah yang memang serba tidak sempurna. Abdullah tidak meyakinkan kita dengan watak seorang ketua ekskutif tetapi seorang sultan palsu, tanpa takhta dan mahkota pula. Malaysia sudahpun memilikki sembilan orang sultan, sudah tentu Malaysia tidak memerlukan sultan yang ke sepuluh..

Semasa Ramadan lalu, Abdullah telah sibuk mengimamkan solat, menyumbangkan sedakah dan membaca khutbah. Malaysia tidak ketandusan imam dan Khatib, apa yang amat diperluakanya ialah seorang ketua ekskutif.

Masalah Kepimpinan Abdullah

Mahathir sudah lama bersara sebagai seorang Perdana Menteri. Legasi beliau adalah untuk kajian para pengkaji sejarah. Yang menjadi isu sekarang ialah kepimpinan Abdullah, ataupun kepincangannnya. Dia menyurukkan kepincangan dalam mebuat keputusan yang sukar-sukar dengan alasan dia memimpin secara musawarah. Inilah satu helah yang lama digunakan oleh orang yang tidak berpendirian.

Mahathir telah menyebut Kalimullah Hassan dan Brendan Pereira kerana mencetuskan pengaruh songsang terhadap Abdullah. Mahathir memang cuba bermurah hati terhadap Abdullah. Mengikut pendapat saya, kelemahan Abdullah dan kesilapannya adalah salahnya sendiri. Kalau dia ada keberanian, memang sudah lama dia memecat dua orang wartawan itu, bukan kerana nasihat mereka yang dianggap tidak baik tetapi kerana komen mereka yang liar, sikap peniru tulisan orang lain (plagiarism) dan ketidakupayaan untuk menjana usaha melariskan akhbar The New Straits Times. Kalau mereka berdua tidak boleh menguruskan akhbar mereka, bagaimana mereka dikira dapat mentadbir negara ini.”

Apabila dibangkitkan isu konflik kepentingan membabitkan peniagaan keluarganya, pada mulanya Abdullah telah menafikannya. Apabila disogok dengan kata, dia tidak pula menafikan urusan dagang itu tetapi dia sengaja tidak tahu-menahu! Sepatutnya dia malu dengan kedunguannya. Sebaliknya dia gunakan perkara itu sebagai satu helah sahaja! Kini, Mahathir telah membangkitkan isu itu kepada dia, Abdullah memberi alasan yang terkini bahawa anak-anak Mahathir pun terlibat dengan perniagaan cara itu di masa dulu. Tidak lama lagi Abdullah akan ketandusan penjelasannya.

Dari mencari penyelesaian, Abdullah menggapai alasan. Sejak para penasihat dan mereka yang menghuni ‘tingkat empat’: tidak memberikan nasihat padanya, biarlah saya tawarkan satu penyelesaian cara mengelakkan ‘konflik kepentingan’ di masa depan.Selepas ini, mana-mana anggota keluarga (pasangan hidup, anak-anak, adik-beradik, dan ipar duai) perdana menteri, menteri ataupun pegawai kanan kerajaan yang menjalankan perniagaan dengan kerajaan mestilah mengemukakan kontrak dan bida mereka untuk diteliti oleh satu suruhanjaya yang bebas yang sepatutnya diketuai oleh seorang bekas hakim kanan. Badan ini mesti memilikki kuasa mahkamah untuk mengsabpina saksi dan mereka rakam penyelidikannya untuk pengetahuan umum. Butiran seperti keupayaan syarikat, dan prinsipal, serta bida pesaing lain, perlu diperiksa. Biarlah mentari memancar kerana itulah sahaja cara yang berkesan untuk mengubat kejlekan proses perolehan kerajaan.

Berkaitan dengan isu konflik kepentingan itu ialah kekerapan menggunakan aset awam oleh Abdullah dan pemimpin lain. Perdana Menteri kerap menggunakan je korperat kerajaan yang mewah itu seolah-olah itu adalah kereta limosin peribadinya. Sepatutnya ada seseorang dalam Parlimen yang bertanyakan apakah Perdana Menteri dan anak-anaknya yang dewasa serta anak menantunya membayar balik kepada kerajaan kos menggunakan jet itu untuk pergi mengerjakan umrah, baru-baru ini. Apabila Presiden Bush menggunakan Air Force One untuk kempen politik, partinya terpaksa membayar kerajaan kos menggunakan peswat itu kerana tugas tidak rasmi beliau.

Kalau kita biarkan isu semacam ini di peringkat awalnya, tidak lama lagi satu corak yang lebih rancak akan muncul. Tidak lama lagi akan ada suara oang politik yang suka membodek mencadangakan agar Sri Perdana dihadiahkan kepada Abdullah.

Abdullah kerap sangat merungut betapa rakyat Malaysia mempunyai kemudahan Dunia Pertama tetapi mereka mempunyai mentaliti Dunia Ketiga. Kumpulan jet korporat kerajaan memanglah lambang Dunia Pertama, tetapi para penggunanya masa kini tidak pula begitu.

Sepatutnya Abdullah wujudkan Aarahan yang jelas tentang peraturan dan syarat pada anggota keluargnya (dan juga pemimpn yang lain) yang mahu terlibat dengan urusan niaga dengan kerajaan, dan juga bila asset awam boleh digunakan untuk tujuan persendirian. Sudah tentu ini akan dapat melegakan hati Mahathir dan juga rakyat Malaysia yang lain.
----------

0 Comments:

Post a Comment

<< Home