Wednesday, December 06, 2006

Benarkah Altantuya Mengandung Tiga Bulan Semasa Mati?

Benarkah Altantuya Mengandung Tiga Bulan Semasa Mati?
- marhaintua-
7 Disember, 2006.


Kes Altantuya nampaknya menampakkan satu dimensi baru. Ia ekoran satu artikel yang tersiar di Laman M@rhaen dengan tajuk: “Kes Altantuya: Cerita sebenar”. Oleh Daniel Sanggong.

“Banyak cerita yang dibuat mengenai siapa dan macam mana kes pembunuhan model Monggolia, Altantuya Shaaribuu.

Ada yang kata anggota UTK Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar mendapat arahan untuk menembak Altantuya dan meletupkannya. Ada pula yang kata mereka sebenarnya mulanya mengiring Altantuya yang membawa duit selepas diberi Razak Baginda lalu kelabu mata lalu merogol dan membunuh Altantuya dan melarikan duitnya.

Semuanya ini tidak benar.

Memang UTK dibahagikan kepada beberapa unit dan tugas-tugas secara rahsia. Tugas-tugas ini tidak dinyatakan secara bertulis, tetapi di kalangan ahli UTK semua tahu soal ini.

Unit yang diketuai Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar ini adalah sebuah unit yang tugasnya hanya terhad untuk memusnahkan apa-apa saja bahan-bahan yang diarahkan. Jika ianya sebuah benda, bangunan atau kenderaan akan diletupkan benda itu, jika manusia juga begitu.

Antara contoh tugas Azilah ialah sepatutnya memusnahkan mayat wanita India mengandung, Alameloo Mangai yang mati ditembak oleh sebuah unit penembak UTK di Kelang pada tahun 1998.

Namun Azilah pernah bagitahu saya kerja itu tidak dilaksanakan kerana apabila dia pergi ketempat itu, didapati ada lima mayat, sedangkan arahan pemusnahan adalah hanya empat mayat. Begitulah sebuah contoh kerja unit ini.

Unit Azilah ini tidak membunuh, mereka sebaliknya hanya diarahkan untuk meletupkan mayat. Malah mereka tidak pernah tahu identiti mangsa mereka. Mereka juga tidak tahu siapa yang mengarahkan pembunuhanan dan kes apa yang melibatkan kes apa. Yang mereka tahu hanya diarah oleh ketua untuk memusnah.

Dalam kes ini, Altantuya telah dibunuh terlebih dahulu sama ada oleh sebuah unit UTK lain atau individu lain. Tugas unit pemusnah ini ialah mengambil mayat Altantuya dan memusnahkannya. Itu sebenarnya yang terjadi.

Sebab itu Altantuya sebenarnya dilihat dibawa oleh polis ke Bukit Aman (anggota boleh semak buku rekod, kalau tak percaya) malam sebelum pembunuhan yang berlaku esoknya. Beliau telah dibunuh lebih awal dari itu. Beliau ketika itu sedang memngandung tiga bulan... anak siapa?

--- Daniel Sanggong “


Alangkah dahsyat kisah ini? Pendedahan cerita ini akan mencetuskan impak yang amat besar dalam suasana keharmonian kerana ia mendedahkan tugas UTK itu di sebalik apa yang difahami oleh rakyat biasa.

Rakyat marhaen tentu tidak kisah berapa bulan kandungan yang berada dalam perut Altantuya. Yang lebih menakutkan ialah peranan UTK yang merangkumi pembunuhan dan pengeboman.
Bukankah Kumpulan UTK ini juga yang terlibat dengan memecah pintu rumah Anwar Ibrahim semasa mahu menangkap beliau untuk dibawa ke Bukit Aman dan dibalun oleh RAhim Noor?

Kita mengharapkan D. Sanggong akan memberi penjelasan sedikit lagi, bagaimaan Altantuya menemuai ajalnya dan di mana dia telah dibunuh. Kalau boleh ceritakan sedikit perihal Alamelu Mangai dan kenapa ia telah dibunuh. Siapa yang terlibat untuk mengarahkan pembunuhan itu?

Rakyat marhaen secara menyeluruh mengharapkan biarlah pembunuhan semcam itu berkahir dalam dua kes itu sahaja.

-marhaintua-

0 Comments:

Post a Comment

<< Home