Kemungkinan BA Menerajui Pentadbiran Kerajaan Selangor?
Kemungkinan Barisan Alternatif
Menerajui Pentadbiran Kerajaan Selangor?
Oleh: Marhaintua -
--------------------------------------------------------------------------------
Kerajaan Barisan Nasional Selangor semakin gelabah gara-gara perbuatan mungkar yang dilakukan oleh wakil rakyatnya baik mereka yang menganggotai Dewan Undangan Negeri mahupun yang menjadi ahli Parlimen bagi kawasannya.
Bayangkan inilah manusia yang pernah mengangkat sumpah setia kepada janji menjalankan tugas atas nama Allah dan apa juga ketua agama mereka.
Mereka inilah yang diamanahkan rakyat untuk menerajui kepimpinan pentadbiran negeri dan daerah serta kawasan undi masing-masing tanpa mengira apakah mereka dahulu seorang guru, doktor gigi ataupun tukang engsot get keretapi.
Akan tetapi apa yang disebut sebagai amanah rakyat itu sebenarnya satu istilah kata yang tidak tepat kerana kebanyakan mereka menang pilihan raya dahulu secara menipu dengan menggunakan undi tipu dan undi hantu.
Malahan semasa pilihan raya umum yang terakhir dahulu Selangor merupakan satu-satunya negeri di negara ini yang telah mencatatkan sejarah hitamnya di mana ada beberapa kawasan pilihan raya itu sengaja dilanjutkan masa mengundinya melebihi waktu yang ditetapkan. Daripada jam lima petang hingga kepada tujuh petang.
Gara-gara penipuan begini hampir semua wakil rakyat Barisan Nasional terutama sekali mereka yang naik atas tiket UMNO adalah wakil rakyat haram, kerana menerima gaji haram atas tipu muslihat yang dikira haram.
Nampaknya perkataan ‘haram’ sudah menjadi sinonim dengan kegiatan wakil rakyat demikian kerana serba-serbi yang mereka lakukan ada kaitan dengan perbuatan haram.
Cuba bayangkan beberapa perkara ini:
Apabila Zakaria Deros bekas tukang engsot get keretapi membina bangunan Satay House bernama ‘DZ Satay House’, dia telah menggunakan tanah milik kerajaan tanpa kelulusan. Apabila ada rakyat marhaen membangunkan gerai makan berdekatan DZ Satay House, gerai itu telah dimusnahkan.
Baru-baru ini Zakaria telah dipanggil oleh Sultan Selangor gara-gara kisah mahligainya yang dibina tanpa kelulusan Majlis Perbandaran Kelang. Mahligai itu merupakan tanah kerajaan yang satu ketika dahulu difaraidkannya kepada isterinya dengan harga yang rendah.
Bayangkan sejak mendapat tanah itu kira-kira dua belas tahun dahulu, Zakaria tidak pernah membayar cukai taksiran ke atas harta itu.
Apabila terdedah kisah mahligai itu barulah terbuka kisah bagaimana Ahli Lembaga Majlis Perbandaran telah dianggotai oleh ahli keluarga Zakaria selain dirinya, dan isteri ahli Exco yang lain dalam kerajaan Selangor.
Kemudian muncul kisah Sivalingam Karrupiah seorang wakil rakyat daripada MIC yang begelar datuk dan membina sebuah restoran tanpa kelulusan Majlis Bandaran Shah Alam.
Kerana rakyat menjadi marah dengan perbuatan terkutuk wakil rakyat itu Kerajaan Selangor telah bertindak mengarahkan Majlis Perbandaran Ampang Jaya merobohkan perkampungan dan surau Kampung Berembang. Bayangkan inilah perkampungan yang telah wujud pada asalnya sejak 35 tahun dahulu lagi, tetapi telah dirobohkan dengan menggunakan penguatkuasa dan polis tanpa mengambil kira penderitaan rakyat marhaen.
Sebagaimana yang kita ketahui penguatkuasa majlis bandaran di mana-mana negeri Barisan Nasional adalah anggota UMNO dan BN. Mereka ini bukanlah ada kelulusan sekolah yang baik, tetapi diberikan pekerjaan (sebagai kaki gedebeh) kerana mereka boleh mengikut arahan termasuk sebagai ‘pengundi hantu’ di waktu pilihan raya umum. Malahan ada kalanya rumah di perkampungan setinggan yang dirobohkan dahulu merupakan rumah yang dibina oleh penguatkuasa ini dengan harga murah dan dijual kepada orang yang tidak mampu membeli rumah kos rendah dengan harga yang memberikan keuntungan berlipat kali ganda kepada pembina asalnya. Ada kalanya penjualan tapak rumah setinggan ini mereka jual secara bayaran ansuran untuk memudahkan penjualannya. Sebaik sahaja selesai bayaran ansuran tapak dan rumah setinggan itu, rakan mereka yang bertugas sebagai penguatkuasa dan tidak pernah dikenali oleh penduduk di situ akan muncul sebagai penguatkuasa untuk merobohkan perkampungan itu semuanya.
Hukum Karma Mula Menjelma
Kerajaan BN pimpinan Khir Toyo ternyata semakin rapuh. Banyak salahlaku kerajaan ini mula terdedah satu persatu sebaik sahaja Khir Toyo mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar. Selain kes pembahagian tanah kepada para kroninya dan kontrak-kontrak kerajaan yang tidak munasabah harganya Khir Toyo juga terkenal dengan pembinaan projek yang membazirkan wang rakyat.
Contoh terbaik antara projek membazir ini ialah pembinaan Perkampungan EXCO di Seksyen 7 Shah Alam.
Khir Toyo telah membina banglo mewah untuk kemudahan Exco negerinya dengan belanja RM20 juta. Tujuannya untuk memudahkan Exco ini berjumpa dan melicinkan tugas mereka (Kononnya) “kalau hidup berjiran” Perkampungan Exco (Exco Village) itu mengandungi 10 unit bangunan dua setengah tingkat berukuran 360 meter persegi setiap satu, di satu kawasan seluas 2.6 hektar.

Selepas dua tahun projek itu siap, hanya empat orang Exco yang menetap di banglo mewah itu Ada satu banglo yang diduduki oleh saudara mara seorang Exco yang tidak menetap di situ.
Projek banglo mewah ini adalah hasil cadangan Sivalingam yang menjadikan banglo beliau sebagai tempat mengadakan rumah terbuka di lebaran Deepavali. Sivalingam yang terkenal kerana membina restoran tanpa kelulusan daripada MBSA, telah mencadangkan projek ini kepada Khir Toyo dengan alasan projek yang sama ada dibuat di Tamil Nadu (India) dan didapati berjaya.
Akan tetapi bukan semua ahli Exco setuju menduduki banglo mewah itu. Antara mereka Mokhtar Ahmad Dahlan, Ahmad Nawawi Mohd Zin dan Thng Toh Eng enggan berpindah ke situ kerana selesa dengan kediaman yang sedia ada. Lantas banglo mereka telah ditawarkan kepada pegawai tinggi kerajaan, Speaker Onn Ismail, yang juga merupakan ayah kepada Senator Nor Hayati. Banglo lain telah diduduki oleh Badariah Hassan (ketika itu Penasihat Undang-undang Negeri), dan Mansur Ramli (ketika itu menjadi Setiausaha Kewangan Negeri)
Pembinaan banglo mewah itu telah ditentang dengan kerasnya oleh wakil DAP Teh Chang Khim kerana kata beliau setiap anggota Exco menerima elaun kediaman sebanyak RM2,000 setiap bulan. Sehingga hari ini tidak sesiapa yang tahu siapakah yang patut membayar bil elektrik dan air di banglo mewah itu?
Oleh kerana kerajaan Selangor asyik membina projek yang mahal-mahal tanpa mendapatkan pulangan daripada pelaburannya, beberapa tindakan telah dibuat untuk mencekik rakyat marhaen agar menyumbang lebih banyak lagi dalam bentuk cukai. Salah-satu contohnya ialah kadar bayaran air yang dikenakan oleh SYABAS (Syarikat Bekalan Air Selangor) yang antara tertinggi di negara ini.
Baru-baru ini pemilik kondominium dikenakan RM1.28 sen setiap meter persegi. Kemudian kadar tarif dinaikkan di mana mereka dikenakan bayaran lebih daripada 40% kepada 141% --- lebih lagi daripada kadar domestik yang berharga 0.57sen setiap meter padu.
Ini bererti penghuni kondominium dikenakan kadar tarif yang sama harganya dengan syarikat swasta, sedangkan mereka adalah rakyat marhaen yang sepatutnya dikenakan kadar domestik sahaja.
Pemimpin BN Pembelot Rakyat
Semakin jelas kini betapa wakil rakyat yang diamanahkan untuk menjalankan tugas memelihara kepentingan rakyat, semakin lupa daratan. Undang-undang negara sudah menjadi bahan perlekeh mereka. Penderitaan rakyat tidak lagi menjadi kepentingan tugas mereka Hampir semuanya sudah lupa daratan akan tugas mereka sebenarnya.
Akhbar arus perdana tidak banyak menunjukkan kesengsaraan rakyat kerana dada akhbar asyik dengan kisah skandal pemimpin rakyat. Kes skandal itu pula diputarbelit untuk menjadi lebih sensasi daripada kisah sebenarnya. Contoh yang terbaik ialah kes wanita Mongolia yang dikatakan telah dibunuh oleh anggota polis UTK . Sebelum tibanya ayah Altantuya, pelbagai kisah telah dipaparkan perihal wanita ini yang berjoli sakan kononnya dengan tertutudah utama Razak Baginda, cukup dengan kisah mereka mempunyai anak yang berusia satu tahun. Apabila ayah si mati tiba dia mengatakan si mati tidak ada anak yang sebesar itu, tidak ada satu akhbar pun yang meminta maaf kepada Razak Baginda.
Malahan, bagaimana mungkin Razak Baginda boleh menjadi tertuduh yang utama sedangkan dia tidak membunuh wanita itu. Yang membuatkan akhbar menuduh beliau secara terbuka ialah berasaskan keterangan Konsul Kehormat (Honorary Consul General) Mongolia yang pernah membuat kenyataan akhbar yang dirakamkan oleh TV mengatakan dia mempunyai pelbagai keterangan bagaimana Razak Baginda bercuti sakan dengan wanita itu dan mereka mempunyai anak berusia sekitar satu tahun. Media perdana membuat spekulasi lagi tentang si anak yang mengidap penyakit ganjil dan simati telah datang untuk mendapat bantuan kewangan bagi mengubati penyakit anak “mereka”. Apabila ayah si mati mengesahkan dia tidak pernah kenal Razak Baginda dan anak si mati yang paling kecil sudah pun berusia sepuluh tahun, ternyata siaran TV dan akhbar adalah palsu. Adakah TV meminta maaf kepada Razak Baginda dan keluarganya?
Kebebasan Media Untuk Siapa?
Kalau kita lihat media sekarang ini, tidak banyak isu ekonomi dan sosial marhaen yang dibincangkan. Akhbar perdana lebih menumpukan kepada isu sensasi yang boleh melariskan penjualan produk mereka. Lebih banyak cerita sensasi yang melibatkan rakyat sengaja diketengahkan sehingga tenggelam isu ekonomi, sosial dan pengangguran.
Kadar pengangguran semakin menjadi-jadi kerana kerajaan BN tidak mengambil langkah wajar bagaimana mencetuskan peluang pekerjaan kepada rakyatnya. InsyaAllah ada masa kita akan bincangkan perkara ini dengan lebih lebar.
Dunia politik Melayu di bawah kepimpinan Paklah lebih menjurus kepada persoalan bagaimana mahu memberi makan sehingga kenyang semua ketua bahagian UMNO, kerana mereka ini yang akan menentukan siapa akan kekal dalam Majlis Tertinggi UMNO dan siapa yang akan kekal sebagai Presiden UMNO serta pucuk kepimpinan tertinggi parti itu.
Disebabkan unsur pemikiran begini makanya baru-baru ini Presiden UMNO telah mengumumkan peruntukan RM600 juta kepada ketua bahagian UMNO sebagai kos pembangunan luar bandar. Bayangkan kos sebanyak ini diumumkan oleh Presiden UMNO sedangkan jumlah ini mesti diluluskan terlebih dahulu oleh Parlimen dan Kabinet. Bukankah perbuatan Paklah dalam hal ini sama dengan pembiakan rasuah? Jika Paklah boleh menyogok wang sebanyak itu kepada ketua bahagian UMNO apakah sangat penglibatan ‘rasuah’ yang dilakukan oleh Tan Sri Isa Samad semasa pemilihan pemimpin UMNO tahun lalu?
Disebabkan tidak ada agenda yang jelas mengenai halataju negara ini oleh kerajaan pimpinan Paklah, nampak sangat ekonomi negara terumbang-ambing dan kita semakin kekurangan pelaburan. Banyak kilang milik pelabur asing yang ditutup dan ini bermakna semakin ramai pekerja yang menganggur. Oleh kerana pucuk kepimpinan negara tidak kisah dengan kemajuan dan halatuju negara ini, disebabkan selalu tertidur dalam majlis perbincangan dan konvensyen penting, apakah yang boleh diharapkan oleh rakyat negara ini?
Banyak negara lain di dunia ini sedang membincangkan secara serius kemungkinan ekonomi mereka akan merudum tahun hadapan gara-gara penjualan secara pukal pegangan mata wang (Amerika) dollar dan simpanan bon serta nota akujanji (promissory notes) dalam nilai dollar, tetapi kita di negara ini semacam tidak kisah dengan perkara itu. Ini adalah disebabkan pucuk kepimpinan negara ini tidak tahu langsung ataupun ambil kisah akan seriusnya perkara itu. Sebaliknya kita sedang berdepan dengan penggabungan beberapa syarikat perladangan menjadi satu syarikat gergasi yang besar. Salah satu tujuan utamanya ialah mahu menjual saham syarikat gergasi baru itu di pasaran luar negara.
Soalnya sekarang apakah penggabungan itu akan membawa faedah besar kepada rakyat negara ini kalau lambat laun kira-kira tiga puluh peratus pekerja yang bergabung akan digugurkan melalui Skim Persaraan Sukarela? Adakah sesiapa memikirkan berapa ramai pekerja yang menganggur? Kalau penggabungan itu akan melibatkan lebih 100,000 pekerja, pengurangan 30% pekerja akan melibatkan tiga puluh ribu pekerja menghadapi ancaman pengangguran.
Kumpulan yang akan meraih keuntungan besar ialah syarikat yang menjadi pengurus penjualan saham di luar negara. Siapakah yang akan menjadi ‘underwriter’ penjualan saham itu nanti? Apakah itu diberikan kepada ECM Libra milik Khairy Jamaluddin? Apabila sebahagian besar saham gagasan itu dimiliki oleh syarikat asing, apakah kemungkinan campur tangan orang asing dalam perjalanan syarikat itu nanti?
Soalan semacam ini tidak dibincangkan oleh media kita. Yang dipentingkan ialah cerita remeh temeh mengenai kebangkitan semula pertubuhan Al Arqam dan tohmahan kononnya gambar seorang Ahli Parlimen UMNO dan seorang Senator yang merupakan Ketua Wanita Kelang bergambar dalam sebuah bilik mandi di hotel, yang menjadi perbincangan media kita. Sekali gus inilah isu yang dibincang bersama oleh para pemimpin politik kita.
Apabila skandal semacam ini menjadi liputan utama dalam kehidupan orang Melayu, apakah bangsa Melayu boleh mengimpikan kemajuan mengharungi millennium baru ini? Apakah rakyat marhaen masih mahu menyandarkan harapan mereka kepada kepimpinan Barisan Nasional dan UMNO?.
- marhaintua -
0 Comments:
Post a Comment
<< Home