Tuesday, January 30, 2007

AS harus tinggalkan bandar Iraq atau berdepan dengan bencana


AS harus tinggalkan bandar Iraq atau berdepan dengan bencana, kata pakar
(US must abandon Iraqi cities or face nightmare scenario, say experts )
oleh: Rupert Cornwell in Washington
Published: 30 January 2007
http://news.independent.co.uk/world/middle_east/article2198418.ece
Terjemahan – marhaintua-

AS mesti melakar rencana untuk berdepan dengan perang saudara yang menyeluruh Iraq, yang akan menyebabkan ratusan ribu yang terkorban, menyebabkan berjuta manusia merempat sebagai pelarian, dan berkemungkinan melimpah menjadi bencana rantau itu, sehingga menggugat bekalan minyak dan mencetuskan konfrontasi di mana Washington akan bersemuka dengan Iran.

Demikianlah ringkasan cadangan satu kajian yang dibuat oleh Brookings Institution di sini, berdasarkan andaian bahawa tindakan Presiden Bush untuk menambah askarnya sebagai usaha terakhir untuk menstabilkan keadaan di Iraq menemui kegagalan – tetapi berasaskan hakikat sebenar Washington tidak boleh berundur secara begitu sahaja melupakan penaklukan yang dibuatnya pada 2003 dulu. .

Walaupun AS bertahan untuk menyekat pertempuran itu, kata Kenneth Pollack, yang merupakan salah seorng penasihat lapuran itu, “ia tetap akan menghumban rakyat Iraq kepada nasib celaka itu. Kalaupun berjaya kita masih gagal memberikan orang Iraq masa depan yang cerah seperti yang telah kita janjikan.” Akan tetapi ini merupakan satu pilihan “yang paling kurang buruknya” yang ada pada AS untuk melindungi kepentingannya seandainya berlaku perang saudara yang menyeluruh.

Mengikut kajian tersebut, askar AS harus keluar meninggalkan bandar-bandar Iraq. Ini merupakan “satu-satunya tindakan yang rasional, walaupun ia kelihatan berbahaya,” sambil Amerika menumpukan ussaha menyekat perang saudara itu supaya tidak merebak lagi.

Dokumen yang sungguh menakutkan itu, mengambil kira pengalaman perang saudara di Lubnan, bekas Yugoslavia, Congo dan Afghanistan, telah menawarakn satu taksiran kemungkinan melimpahnya kegiatan perang saudara Iraq itu merebak kepada keseluruhan rantau Teluk Parsi.

Lapuran itu memberi amaran tentang radikalisasi dan kemungkinan gerakan pengunduran di negara berdekatan, aktiviti keganasan, dan campurtangan Iran, Turki dan Arab Saudi. Lapuran itu berkata, kuasa menamatkan satu perang saudara akan memerlukan satu angkatan tentera seramai 450,000 orang – tiga kali ganda angkatan tentera AS yang ada selepas ditambah 21,500 yang baru dihantar mengikut arahan Bush bulan lalu.

Di mana sahaja orang takut akan bayangan Iran. Dalam satu latihan perang menguji pilihan AS, Saban Centre for Midedle East Policy di Brookings Institution mendapati bahawa, semasa kegiatan perang saudara itu menjadi semakin rancak, konfrontasi antara AS dan Iran turut dipertingkat dan Ugutan Washington terhadap Iran semakin terhakis. Perang saudara di Iraq akan menjadikan Iran satu “seteru yang masih samar-samar” kepada AS.

Malahan sudah ada pertanda bahawa ini sudahpun bermula. Kajian itu muncul pada hari yang sama dengan kemunculan duta Iran di Iraq memberitahu The New York Times bahawa Tehran bercadang mengembangkan pengaruhnya kepada Iraq. Para komander AS kini sudahpun mendakwa bahawa ribuan penasihat Iran sudahpun melengkapkan diri dan melatih militia Shia.

Apapun, lapuran Brookings itu mendesak agar diwujudkan satu kumpulan serantau untuk membantu menyekat berlakunya perang saudara. Ini bererti akan terjalin hubungan dengan Iran dan Syria sedangkan itulah yang selama in cuha ditolak oleh pentadbiran Bush. Satu alternatif dalam lapuran itu mencadangkan “garisan merah” dan seandainya dilanggar oleh Tehran, bererti bermulalah serangan AS keatas Iran.
.
---------oOo---------

0 Comments:

Post a Comment

<< Home