Thursday, February 22, 2007

Anak Emas Buat Orang Cemas

Raja Petra Kamarudin
Terjemahan: marhaintua
22 Februari 2007


Najib Tun Razak tidak sepatutnya dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Perdana Menteri Abdulalh Ahmad Badawi tidak pernah mengingini Najib tetapi Tun Dr. Mahathir telah memaksa beliau membuat pilihan itu tanpa membuat pilihan sendiri. Sesungguhnya di sebalik segala pulas tangan itu, Paklah masih berdegil dan buat bodoh sahaja.

Mahathir dapat mengagak betapa Paklah cuba melengahkan masa. Memanglah Paklah tidak bersuara menyatakan dia menolak Najib menjadi orang nombor dua. Dia sengaja melengahkan masa untuk membuat pengumuman sambil berharap Mahathir akan beralah ataupun hilang minat akan perkara itu. Tetapi Mahathir adalah laksana anjing yang menggongong tulang. Sebaik sahaja giginya menggit sesuatu memang susah untuk melepaskannya. Lihat sahajalah kisah Jambatan Bengkok, penjualan pasir kepada Singapura, perjanjian bekalan air Singapura-Malaysia, Proton, MV Agusta, dan segala isu lain yang dekat di hatinya. Walaupun dia mengahadapi risiko bergelagat laksana rekod lama yang tersangkut dalam putarannya, Mahathir tidak pernah mengalah dan terus menghentam sehingga pandangannya betapa berlaku penyelewangan dapat diperbetulkan.
Dengan semangat begitulah Mahathir tidak mudah membolehkan Paklah merencana sendirian tentang perlantikan seorang timbalannya. Mahathir mahukan Najib dan tidak ada orang lain lagi. Kerana itu Mahathir telah merencana satu rancangan yang memenuhi kehendaknya. Sebelum itu pegawai tinggi kerajaan telah menemui Mahathir dan mengajak beliau menghadiri satu jamuan perpisahan. Oleh kerana dia sudahpun bersara, dan Paklah sudah menjadi Perdana Menteri, Mahathir fikir apakah gunanya diadakan majlis jamuan perpisahan itu. Selalunya jamuan majlis perpisahan diadakan sama masanya dengan majlis menyambut ketibaan si pengganti orang yang pergi bersara, dan bukan diadakan apabila seorang itu sudahpun lama pergi. Itulah pandangan Mahathir yang dinyatakan kepada mereka. Tetapi para perwakilan masih bertegas mahu memberikan kehormatan kepada Mahathir dengan menjamunya dalam satu jamuan makan malam. .Mungkin ketika itu terpetik satu idea dalam kepala Mahathir. Sebagai orang yang sentiasa berfikir saya fikir Mahathir nampak peluang dalam cadangan jamuan perpisahan itu. Beliau bersetuju dengan bersyarat. Dia mahu mereka turut menjemput Paklah menghadiri jamuan itu. Lagipun Paklah sudah menjadi perdana metneri, tentulah tidak manis mengenepikan beliau daripada aturut serta. Demikialah syarat Mahathir, kalau mereka turut menjempaut Paklah, dan kalau Paklah sedia hadir, dia akan bersetuju menghadiri jamuan itu. Jika tidak dia tidak mahu menghadirinya.

Ini membuatkan para perwakilan menemui Paklah dan menjelaskan perkara itu kepad aPErdana Menteri syarat Mahathir mahu menghadiri jamuan perpisahan tersebut. Sandainya Paklah engan hadir, bereerti majlis itu ditamatkan begitu saha dan pegwai kanan kerajan tidak akan dapata memberikan penghormatan kepad a Mahathir dengan menjamu makan malam. Kerana itu Pakah bersetuju meghadiri amaunitu sebagai memenuhi syarat Mahathir turut menghadirinya.

Apabila berdepan dengan syarat seamcam itu takkanlah Paklah mahu menolak jemputan itu. Kerana dia tidak mahu menjadi penghalangnya dia bersetuju serta merta. Jadi Mahathir dan Paklah turut sama-sama hadir di majlis makan malam tersebut. Begitulah juga dengan anggota media. Apabila media bertanya Mahathir untuk membuat kenyataan akhbar, dia berkata betapa dia mahu mengucapkan terima kasih kepada Paklah kerana bersetuju melantik Najib sebagai orang nombor dua memimpin negara. Inilah yangmenjebak Paklah tanpa disedarinya. Dia menjadi kecut di dalam dan keluar serta merta dairipada majlis itu dan memberi arahan kepada para pembantu beliau agar media membisukan kenyataan Mahathiir. Media tidak boleh membuat lapuran akah perkara itu. Tetapi dia boleh mengawasi media arus perdana ataupun media cetak, dia tidak boleh mengawal media alternatif ataupun internet. Pada malam yang sama apa yang diistiharkan oleh Mahathir telah merebak laksana api ganas di internet. Pada keesokan harinya Paklah tidak ada pilihan tetapi membuat pengumuman, hampir 20 jam kemudian, bahawa Najib sudah pun dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Mmalaysia. Setakat itu Mahathir sudah menjadi curiga apakah dia telah tersilap besar kerana melantik Paklah sebagai pengantinya. Dia tidak mengambl masa yang lama untuk menyedari dia benar-benar telah berbuat satu kesilapan yang sama seriusnya apabila dia meminta Paklah melantik Najib sebagai timbalan beliau.
Seandainya Paklah adalah satu-satunya kesilapan beliau perkara itu masih boleh diperbetulkan, Dia boleh memaksa perletakan jawatan Paklah dan membenarkan Najib mengambil alih jawatan yang dikosongkan itu. Akan tetapi apabila Najib ternyata satu lagi kesilapannya ya gn lebih besar, bagaiman mungkin dia mahu perbetulkan kesilapan itu? Apabila berdepan dengan situasi itu bagaimana mungkin dia memaksa menyingkirkan orang nombor satu untuk memberti ruang kepada orang nombor dua? Ini adalah laksana keluar daripada mulut singa masuk ke rahang buaya? Sama ada anda dipecat ataupun terbakar. Ternyata bukan ada pilihan yang baik dalam hal ini.

Ramai orang berpendaoapt bahawa kebelakangan ini Mahathir nampak sudah lemah dalam serangan beliau keatas Paklah disebabkan penyakit lemah jantung. Sebenarnya itu bukanlah penyeababnya. Penyakit lemah jantung tidak akan melengahkan Mahathir. Dia sudah menjadi begitu terkenal untuk membenarkan perkara remeh temeh seperti itu menyekat serangannya. Sesungguhnya kemungkinan menggugurkan Paklah akan memungkinkan Najib naik untuk menjadi penganti, yang menyebabakn Mahathir seolah-olah lembab sikit, aktivitinya. Kepada Mahathir antara dua iblis itu Paklah adalh lebih baik sikit daraipada Najib. Mungkin Paklah kerap tertidur berdengkur ketika mengahadairi mesyuarat dan majlis. Malahan dia pernah tertidur semasa satu mesyuarat majlis perang yang mahukan satu keputusan bagaimana bertindak terhadap gelagat Indonesia yang mahu berperang setelah melanggar salah satu bot tentera Laut. Mahathir boleh bersabar dengan perkara begini. Dia masih boleh bersabar terhadap anak menantu yang tamak haloba yang berfikir bahawa Roma telah dibina dalam masa enam hari dan pada hari yang ketujuh semua dewa dianggpanya telah bercuti rehat. Mahathir masih dapata bersabar dengan gelagat anak lelaki Paklahyang suah memolot kontrak kerajan bernilai RM1.5 bilion Tetapi Mahathir tidak boeh bersabar dengan kerenah isteri Najib campurtangan urusan Najib, apalagi seteleh si isteri menganggap bahaa beliau adalah wanita pertama negara selepas kematian Kak Endon.
Sebenarya saya ada satu berita untuk pengetahuan Rosmah. Malaysia tidak mempunyai Wanita Petama, Kalau adapun, sudah tentu orang itu ialah Permaisuri Agong dan bukannya siteri Perdana Menteri. Selepas itu kita masih ada sembilan pemerintah (tujuh sultan, sorang raja Perlis dan Yam Tuan Negeri Sembilan) dan empat undang (Ngeri Sembilan) . Jadi, isteri Perdana Menteir adalah Wanita Kelima Belas dan isteri Timbalan Perdna Menteri adalah Wanita Keenam Belas, kalaulah Perdana Menteri masih belum kawin lagi.

Apapun, sambil kita menceritakan kisah isteri Perdana Menteri, ada orang mengatakan bahawa Paklah telah pun menikah Jean Danker pada 22 januari 2007, sedangkan ada pihak mengatakan beliau akan bernikah dengan beliau esok hari 22 Fberuari 2007. Mana satu yang betul adalah masih samar kepada kita tetapi Jean Danker sudah pun meneyertai Paklah dalam lawatannya keluar negara. Semasa belaiu berada di Perth untuk merasmikan restoran nasi Kandar adiknya, gamaknya anak beliau Nori, naik angin bila mendapati Jean berada di kamar Paklah. Hanya selepas Paklah menjealskan bahawa bperkara itu bukan pelik kerana mereka sudah pun bernikah, barulah Nori menjadi tenang dan suka ataupun tidak terpaksa menerima hakikat bahawa ayah beliau sudah pun berkahwin semula.

Ada desas desus yang sengaja dibisikkan laksana satu kempen senyap-senyap kononya, sebelum Kak Endon mengehembuskan nafas terakhir dia telah merestui kalau Paklah mengahwini Jean. Mengikut temberang itu, kononya Kak Endon telah memberitahu Paklah seandainya dia merasa kesunyian selepas Endon mati dia harus mengambl Jean sebgai seorang isteri. Mengikut mereka yang rapat dengan Kak Endon inilah satu pembohongan untuk menghalalkan perkahwian itu. Mereka telah menyanggah cerita itu dan menyatakan bahawa Paklah sudah pun menaruh hati terhadap Jean semasa Kak Endon masih bernyawa. Jean merupakan seorang janda kepada Osman Mahmud, yakni abang kepada Kak Endon dan sekaligus Jean merupakn kakak ipar Kak Endon. Malahan Kak Endon pernah merasa tertekan akan perkara itu dan itu sebabnya almarhumah berada di AS dan enggan pulang ke Malaysia. Untuk menjelaskan kenapa dia berada di Amerika dan tidak di Malaysia merke sibarkan pembohongan lagi megnatakan bahawa Kak Endon menerima rawatan , sedangakn itu adalah satu pembohongan besar. Malah yang sebenarnya doktor yang merawat Kak Endon sudah pun mencadangakan agar beliau pulang sahaja ke Malaysia kerana tidak lagi yang boleh mereka lakukan untuk beliau terus hidup lebih lama.

Apapun, Najb pernah berada di AS untuk menziarahi Kak Endon dan apabila beliau pulang ke Malaysia Najib telah menyangakal cakap-cakap yang mengatakan Kak Endon tidak punya peluang untuk terus hidup dan belaiu hanya menunggu hari untuk mati. Najib pula buka temberang mengatakan Kak Endon sedang beransur pulih. Tidak lama kemudian Kak Endon pulang dan menghembuskan nafas terakhir. Sekaligus prognosis Najib betapa Kak Endon sedang beransur pulih dan cakap-cakap yang dia sudah sedia untuk pergi adalah penipuan yang sengaja disebarkan di internet. Anda boleh berdebat dan menafikan serta menuduh internet kerana pembohongan itu, tetapi bagaimanakah anda dapat pertikaikan satu mayat yang sudah terkubur, dan siapakah yang berbohong sekarang ini?Kemataian Kak Endon adalah laksana satu rahmat yang menghampiri Rosmah, isteri Najib. Kak Endon amat membenci Rosmah dan enggan bercakap pada beliau bertentangan mukanya. Kini, Rosmah dan bukannya Kak Endon yang kononnya merupaakn Wanita Pertama di Malaysia. Hip, hip,hurayyyyyy!! Akan tetapi Rosmah terlupa satu perkara. Mengikut perlembagaan Malaysia tidak ada apa yang disebut sebagai Wanita Pertama dan kalau pun ada tentaulah Permaisurai Agong menjadi Wanita Pertama, dan bukannya isteri perdana menteri—sudah tentu tidak isteri timbalan perdana menteri.

Ada satu lagi perkara yang Rosmah tidak tahu ialah kemungkinan Paklah akan berkahwin lagi. Ini menurunkan maratabat beliau kepada peranan Wanita Kedua kalaupun anda mahu bertegas bahawa iseri Perdana Menteri adalah Wanita Pertama.

Supaya anda tidak tersilap, Jean Danker ialah manusia hebat dan seorang wanita yang amat baik. Saya tidak nampak cacat cela beliau dan kalau dia dapat menyekat nafsu serakah untuk campurtangan dalam pentadbiran negara ini, saya yakin Mahathir mungkin berubah menyukai Jean juga. Malahan, saya berpendapat dia akan menjadi Wanita Peratama yang sungguh anggun dan seandainya betul dia sudah berkahwin dengan Paklah saya mahu mejadi orang yang pertama mengucapkan ‘Selamat Pengantin Baru’. Saya juga berharap agar Nori dan Kamal membiarkan Jean sendirian dan memberi pelaung kepada ibu tiri mereka untuk melayari bahtera perkahwinannya dengan aman damai. Mungkin juga Malaysia memerlukan seorang wanita seperti Jean di samping Paklah untuk membantu beliau melihat segala kepincangan halatujunya dan mungkin menarik perhatiannya jauh daripada anak-anak dan menantunya. Paklah mungkin tidak merupakan insan yang sempurna tetapi masalahnya ialah anak anak dan menantu yang beranggapan bahawa keseluruhan keluargnya dan bukannya Paklah sendirin yang menjadi Perdana Menteri negara ini.apapun kalaulah betul Paklah sudah berkahwin semula, mana agaknya kedudukan Rosmah? Apabila Mahathir sendiri kini membuat pertimbangan bahawa Najib adalah satu bebanan kepada negara sebagai seorang perdana menteri yang akan datang, Kalaulah Rosmah sedar betapa Mahathir menganggap beliau sebagai salah satu penghalang Najib sudah tentu dia akan merasa tertekan lagi. Tetapi Rosmah sudah lama mengsyakki bahawa Mahathir tidak senang hari dengan tingkah laku beliau . Mahathir sudah dapat tahu betapa Rosmah menjerit kepada Najib dan melempang mukanya di hadapan beberapa orang tetamu. Ini adalah satu perangaI yang amat memalukan. Kerana itu Rosmah cuba ambll hati Mahathir dengan menghadiri Persidangan Damai di Putra World Trade Centre (PWTC) . Saya masih sangsi apakah gelagat Rosmah demikian berhasil ataupun kerana bukannya mudah memenangi hati Mahathir dan gelagt semudah itu mungkin tidak dapat menjadi penyelesaiannya.

Perbalahan Rosmah dengan Najib ialah mengenai Razak baginda. Rosmah mahukan Najib menjauhkan diri daripada Razak dan biarkan belaiu bersendirian. Akan tetapi apa juga kelemahan Najib, perbuatan melupakan sahabat yang memerlukan bantuan bukanlah salah satu kelemahannya. Dia mempunyai darah Bugis dan itu sudah amalan hidup orang Bugis. Kalau anda memusuhi seorang Bugis anda sebenarnya memusuhi keseluruhan bangsa bugis. ( Saya tahu hal itu kerana saya pun berdarah Bugis juga). Akan tetapi Rosmah sedar bahawa kes Razak Baginda adalah bom jangka yang bukan sahaja akan membahayakan peluang Najib naik menjadi Perdana Menteri tetapi ia mungkin menyingkirkan Najib daripada jawatananya sebagai Timbalan Perdana Menteri. Rosamah naik angin dan melolong semacam dirasuk polong. Rosmah telah melempang Najib yang dapat didengar tamparan itu di bilik sebelah di mana beberapa orang tetamu sedang menunggu untuk bertemu beliau. Mereka menjadi resah gelisah menunggu di kerusi masing-masing dan terfikir apakah mereka harus berundur secara senyap untuk menyelamatkan air muka Najib dari terus menanggung malu.

Sambil kita bercakap mengenai para tetamu, baru–baru ini empat orang tetamu telah muncul untuk bertemu Najib dan Rosmah telah keluar menemui mereka untuk mengetahui apakah tujuan mereka untuk bercakap politik ataupun perniagaan. Apabila salah seorang mereka bertanya apakah perbezaannya, Rosmah menjawab kalau mereka mahu bercakap mengenai politik mereka boleh bertemu dnegan Najib, tetapi kalau mengenai perniagaan eloklah mereka bercakap kepada beliau sahaja.

Para tetamu yang terkejut itu terus teringkan satu mesyuarat di Kementerian Pertahanan yang dipengerusikan oleh Rosmah sedangkan Najib duduk di sebelah beliau dengan senyap sahaja. Ketika itu Rosmah berlagak laksana seorang de facto Menteri Pwrtahanan. Pwrkara ini pernah diungkit oleh Rafidah Aziz dalam satu mesyuarat kabinet dan bertanya apakah Najib ataupun Rosmah yang menjadi Menteri Pertahanan. Mahathir tidak lagi yakin Najib boeh menjadi bakal Perdana Menteri. Walaupun dia mahukan Paklah undur daripada jawatannya, kemungkinan Najib menjadi seorang Perdana Menteri adalah satu igauan yang lebih ngeri. Paklah mungkin belum sedar lagi, tetapi dengan adanya Najib sebagai seorang timbalan perdana menteri mungkin dapat menyelamatkan kedudukan beliau. Mungkin satu ketika dulu Paklah mengganggap perlantikan beliau menjadikan Najib seorang timbalan adalah satu sumpahan. Klau difikirkannya semula, saya ykin Paklah dapat rasakan bahawa itu adalah tindakannya yang paling baik. Kalaulah dia telah pilih orang lain yang sesunguhnya lebih cekap daripada Najib, sebagai timbalannya, tentu sudah ada insentif untuk menyingkirkan beliau sebagai memberi ruang kepada orang nombor dua. Apabila Najiib menjadi orang nomor dua, Paklah masih dianggap pilihan yang lebih baik setelah dibuat perbandingan. aKali ini Mahathir mungkin telah terjebak di satu sudut. Menggugurkan Paklah mungkin merupakan satu cabaran, tetapi menyingkirkan orang nombor satu dan nombor dua pada waktu yang sama adalah satu perkara yang bukan calang-calang besar muslihatnya. Lagipun apa gunanya menggugurkan Paklah kalau ini akan bermakna Najib akan mengambil jawatan nombor satu itu dan sekaligus Rosmah akan naik tocang lagi?

Sememangnya Najib mempunyai banyak unsur negatif yang membebani dirinya. Satu, ialah kisah pembunuhan wanita Mongolia. Nafsu serakahnya ialah yang lagi satu. Semua itu masih boleh disungkup bwah tudung saji. Akan tetapi isteri belaiu itu adalah satu masalah maha besar. Mungkin Najib terpaksa amembuat pilihan yang amat berat. Tidak lama lagi. Apakah dia mahu terus berkahwin dengan Rosmah ataupun dia mahu menjadai bakal perdana menteri? Sudah tentu dia tidak boleh memilikki keduanya, jadi dia terpaksa membuat satu pilihan sahaja antara dua.

Menunggukan Najib membuat pilihannya, kita tangguhkan cerita itu di sini sahaja dan apabila kita sambung semula dalam episod yang lagi satu, kita akan dedahkan bagaimana Najib membelanjakan RM50 juta untuk mebeli sokongan daripada 25 bahagain UMNO di Sabah. Tungguuuuuuuuuuuuuuuu!!

Tuesday, January 30, 2007

AS harus tinggalkan bandar Iraq atau berdepan dengan bencana


AS harus tinggalkan bandar Iraq atau berdepan dengan bencana, kata pakar
(US must abandon Iraqi cities or face nightmare scenario, say experts )
oleh: Rupert Cornwell in Washington
Published: 30 January 2007
http://news.independent.co.uk/world/middle_east/article2198418.ece
Terjemahan – marhaintua-

AS mesti melakar rencana untuk berdepan dengan perang saudara yang menyeluruh Iraq, yang akan menyebabkan ratusan ribu yang terkorban, menyebabkan berjuta manusia merempat sebagai pelarian, dan berkemungkinan melimpah menjadi bencana rantau itu, sehingga menggugat bekalan minyak dan mencetuskan konfrontasi di mana Washington akan bersemuka dengan Iran.

Demikianlah ringkasan cadangan satu kajian yang dibuat oleh Brookings Institution di sini, berdasarkan andaian bahawa tindakan Presiden Bush untuk menambah askarnya sebagai usaha terakhir untuk menstabilkan keadaan di Iraq menemui kegagalan – tetapi berasaskan hakikat sebenar Washington tidak boleh berundur secara begitu sahaja melupakan penaklukan yang dibuatnya pada 2003 dulu. .

Walaupun AS bertahan untuk menyekat pertempuran itu, kata Kenneth Pollack, yang merupakan salah seorng penasihat lapuran itu, “ia tetap akan menghumban rakyat Iraq kepada nasib celaka itu. Kalaupun berjaya kita masih gagal memberikan orang Iraq masa depan yang cerah seperti yang telah kita janjikan.” Akan tetapi ini merupakan satu pilihan “yang paling kurang buruknya” yang ada pada AS untuk melindungi kepentingannya seandainya berlaku perang saudara yang menyeluruh.

Mengikut kajian tersebut, askar AS harus keluar meninggalkan bandar-bandar Iraq. Ini merupakan “satu-satunya tindakan yang rasional, walaupun ia kelihatan berbahaya,” sambil Amerika menumpukan ussaha menyekat perang saudara itu supaya tidak merebak lagi.

Dokumen yang sungguh menakutkan itu, mengambil kira pengalaman perang saudara di Lubnan, bekas Yugoslavia, Congo dan Afghanistan, telah menawarakn satu taksiran kemungkinan melimpahnya kegiatan perang saudara Iraq itu merebak kepada keseluruhan rantau Teluk Parsi.

Lapuran itu memberi amaran tentang radikalisasi dan kemungkinan gerakan pengunduran di negara berdekatan, aktiviti keganasan, dan campurtangan Iran, Turki dan Arab Saudi. Lapuran itu berkata, kuasa menamatkan satu perang saudara akan memerlukan satu angkatan tentera seramai 450,000 orang – tiga kali ganda angkatan tentera AS yang ada selepas ditambah 21,500 yang baru dihantar mengikut arahan Bush bulan lalu.

Di mana sahaja orang takut akan bayangan Iran. Dalam satu latihan perang menguji pilihan AS, Saban Centre for Midedle East Policy di Brookings Institution mendapati bahawa, semasa kegiatan perang saudara itu menjadi semakin rancak, konfrontasi antara AS dan Iran turut dipertingkat dan Ugutan Washington terhadap Iran semakin terhakis. Perang saudara di Iraq akan menjadikan Iran satu “seteru yang masih samar-samar” kepada AS.

Malahan sudah ada pertanda bahawa ini sudahpun bermula. Kajian itu muncul pada hari yang sama dengan kemunculan duta Iran di Iraq memberitahu The New York Times bahawa Tehran bercadang mengembangkan pengaruhnya kepada Iraq. Para komander AS kini sudahpun mendakwa bahawa ribuan penasihat Iran sudahpun melengkapkan diri dan melatih militia Shia.

Apapun, lapuran Brookings itu mendesak agar diwujudkan satu kumpulan serantau untuk membantu menyekat berlakunya perang saudara. Ini bererti akan terjalin hubungan dengan Iran dan Syria sedangkan itulah yang selama in cuha ditolak oleh pentadbiran Bush. Satu alternatif dalam lapuran itu mencadangkan “garisan merah” dan seandainya dilanggar oleh Tehran, bererti bermulalah serangan AS keatas Iran.
.
---------oOo---------

Napoleon Tengkak Yang Kerdil dan Maharajah Ming Yang Perkasaa

Napoleon Tengkak Yang Kerdil dan Maharaja Ming yang Perkasa
(Little Limp Napoleons and Mighty Ming Emperors)
M. Bakri Musa
Terjemahan -marhaintua-



Seandainya Perdana Meneri Abdullah tidak mampu menangani kerenah kumpulan yang semacam Napoleon tengkak dan kerdil yang kini mengaggotai birokrasi Malaysia, memang tidak ada jaminannya yang dia mampu menangani Maharajah Ming yang perkasa di alam sejagat yang mahu bersaing dengan kita.

Kita sudahpun nampak akan contohnya bila berlaku perundingan yang menghampakan dalam kes pembinaan jambatan bengkok untuk menggantikan tambak Johor.. Ini merupakan satu perisitwa yang memalukan kita betapa lemahnya pentadbiran negara. Kalau demikianlah prestasi Abdullah semasa berunding dengan wakil khas seorang Maharajah Ming yang kecil, bayangkanlah apa jadinya nanti kalau dia berdepan dengan Maharajah Ming yang besar pula?

Semasa berunding dengan Singapura mengenai jambatan yang dicadangkan, Abdullah hampir mengalah sahaja setelah mendengar kata pujian yang mendewakannya. Sekarang ini Malaysia sedang menimbangkan Perjanjian Dagangan Bebas (Free Trade Agreement) dengan Amerika yang akan membawa banyak perubahan dan kesan kepada bidang sosial, ekonomi, dan dasar laur negara.. Kalaulah peundingan dengan Singapura boleh dijadikan satu pertanda, saya fakir satu lawatan singkat oleh Abdullah menjejakkan kakinya ke Rumah Putih, tanpa jamuan makan negara, adalah sudah mencukupi untuk Amerika mendapat apa sahaja yang ia suka daripada Malaysia.

Memang tidaklah kena pada tempatnya kalau saya mencadangkan kepada Abdullah cara-cara menangani Maharajah Ming di dunia ini. Akan tetapi setelah berkhidmat sebagai pakar bedah dalam perkhidmatan perubatan Malaysia, saya ada beberapa idea cara mendisiplin Napoleon kerdil dalam perkhidmatan awam kita itu. Sememangnya mereka wujud dan menyibuk sahaja, walaupun sejak dulu lagi.

Berbalik kepada kumpulan yang kita andaikan sebagai Maharajah Ming itu, percayalah mereka tidak berjaya mendudukki jatwatan atasan itu kalau mereka tidak tegas, cekap dan dalam banyak hal mereka berhati perut. Kalau mereka tidak begitu mesra dan bertimbang rasa terhadap jenis mereka sendiri, masakan mereka boleh berlembut dengan puak lain. Menangani kumpulan lokal yang kita andaikana sebagai Napoleon kerdil tidak akan menjadi satu latihan yang bagus untuk Abdullah mengasah bakat berunding dengan kumpulan Maharajah Ming.
.
.


Masalahnya


Adalah satu ironis betapa Abdullah yang pernah merupakan pegawai perkhidmatan awam satu ketika dulu, tidak dapat mendisiplinkan mereka yang dianggap sebagai Napoleon kerdil. Kalau kita ikut kata-kata yang menyebut ‘kita memerlukan seorang pencuri untuk menangkap pencuri yang lain’, sepatutnya Abdullah merupakan orang yang paling terbaik untuk melakukan perubahan kepada perkhidmatan awam dan mengajar mereka yang dikatakan sebagai Napoleon kerdil. Malangnya orang yang pernah merupakan Napoleon kerdil sudah pun membesar menjadi Napoleon yang lebih besar, walaupun setakat membesar sahaja untuk menjadi seorang Perdana Menteri….

Dalam buku saya ‘Towards A Competitive Malaysia’, saya ada menulis bahawa orang Melayu mempunyai alasan khusus mahukan satu perkhidmatan awam yang betul-betul berkesan. Satu, ini dianggap perlu untuk melaksanakan pelbagai program DEB untuk membantu orang Melayu. Kedua, Sebagai satu pertubuhan yang semakin cenderung kalaupun tidak eksklusif kepada orang Melayu, segala kelemehannya adalah dianggap sebagai kegagalan Bangsa Melayu.

Perkhidmatan awam mempunyai sekurang-kurangnnya tiga masalah yang ketara: insulariti, ketandusan pengkhususan, dan tempoh singkat ketua jabatannya. Kenaikan pangkat adalah terhad kepada orang dalaman, tanpa ada kemasukan bakat segar di peringkat atasan. Rekrut dibawa masuk di peringkat paling bawah dan perlu bersabar meniti pangkat naik keatas. Pegawai ditukar-tukar merata perkhidmatan, degaan tidak banyak peluang untuk membina kecermelangan dalam bidang tertentu. Anda mungkin bertugas di Perbandaharaan pada tahun ini dan bertanggungjawab keatas bangunan lama pada tahun berikutnya. ….

Sambil menunggu giliran mereka untuk naik pangkat, para pegawai perlu bersabar merasa jawatan teratas hanya ketika usia menghampiri ambang persaraan. Selepas itu mereka akan dihantui persoalan apakah kontrak mereka akan diperbaharui lagi. Apabila diperbaharui, selalunya untuk satu tempoh yang pendek sahaja. Tentu sekali ketua agensi semacam itu akan menghabiskan masa merancang kerjaya pasca persaraan mereka. Secara lahiriahnya timbul perasaan untuk membodek orang atasan dengan harapan dapat dilanjutkan kontrak kerja ataupun mendapatkan habuan menjadi pengarah dalam GLC. (syarikat berkaitan dengan kerajaan). Justru, ketika mereka mencapai usia yang sepatutnya mereka dapat bergerak bebas dan menunjukkan kepakaran bertugas selepas mengharungi pengalaman sehingga mencapai puncak kerjaya mereka, mereka menjadi begitu lembut dan tidak berani mencabar ketua politik mereka. …

Kalaulah saya perlu membanci 100 pegawai perkhidmatan awam yang teratas, inilah yang akan saya dapati: Kebanyakan mereka adalah berbangsa Melayu, lulusan kajian sastera daripada institusi pengajian lokal, tidak arif dalam bidang sains, tidak memilikki kepakaran matametik, dan amat daif berbahass Inggeris. Bidang pembacaan buku mereka tidakpun mengatasi penerbitan tempatan. Janganlah harapkan mereka membaca ‘Economists’ ataupun ‘Wall Street Journal’. Mereka tidak memilikki komputer riba, bererti setiap kali mereka berada jauh daripada pejabat, mereka tidak mampu meneruskan kerja pejabat ataupun berkomunikasi dengan pejabat kecuali melalui telefon sahaja.

Almarhum Tun Razak pernah sedar di peringkat awal dulu akan kelemahan perkhidmatan awam. Dari menyatakan sesalan ataupun mengkritik keadaan yang ada, beliau telah mempelawa seorang perunding Amerika, Milton Esman, untuk menigkatkan perkhidmatan. Saya menganggap tugas Esman yang menonjol bukanlah terletak kepada lapuran rasmi beliau tetapi kepada buku yang ditulisnya merakam segala pengalaman beliau di Malaysia. Yang sungguh menarik ialah penelitian beliau tentang perangai dan budaya kerja pegawai tinggi perkhidmatan awam. Sebagai contoh, dia menjadi begitu meloya semasa menghadiri mesyuarat rasmi Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian, sebahagian besar agenda yang dibincangkan adalah perkara yang remeh temeh seperti siapa yang patut diberikan hak mendudukki ‘rumah gomen’. Tentulah mesyuarat semacam itu memberikan harapan akan ada perkara yang penting seperti dasar yang besar dibincangkan. Sejak ketika itu, masih belum ada perubahannya lagi.


Penyelesaiannya

Bukannya sukar sangat melakukan perubahan kepada budaya kerja perkhidmatan awam. Beberapa perlantikan di peringkat atasan daripada dunia luar akan pasti merungkai dengan cepatnya keadaan insulariti (kekebalan negatif) perkhidmatan itu. Bayangkan kemungkinan melantik seorang pegawai kanan daripada korporat multinasional untuk menjadai Ketua Setiausaha Negara yang akan datang, dia sudah pasti akan membubarkan budaya kerja secara serta merta. Ini akan membawa kesan yang amat sangat keatas pegawai kerajaan yang berada di peringkat atasan. Menyedari bahawa jawatan yang teratas itu tidak lagi menjadi habuan mereka secara otomatik, bermakna mereka terpaksa berusah untuk membuktikan kelayakan diri sendiri. Kalau dilakukan kemasukan tenaga atasan yang baru sudah pasti akan menggegarkan perkhidmatan awam dalam satu waktu yang singkat. ….

Selepas itu ialah pengambilan rekrut daripada kalangan lulusan daripada bidang luar dari kesusasteraan dan menggalakkan para professional (jurutera, peguam, dan doctor) menganggotai pekhidmatan awam dan mereka yang berminat dalam pengurusan digalakkan mengambil pengajian MBA. Saya tidak nampak sebab kenapa seorang doktor ataupun jurutera tidak boleh menjadi Ketua Setiausaha, istimewa sekali untuk kementerian yang mempunyai komponen professional yang tinggi seperti Kesihatan dan Kerjaraya….

Seperti yang dicadangkan oleh Esman, harus ada pengkhususan dalam peerkhidmatan awam, di mana para pegawai ditukar-tukar mengikut ruang lingkup kepintaran mereka yang teristimewa. Pelbagai kementerian seperti Perbendaharaan, Dagang dan Industri, Kastam dan Cukai yang melibatkan perakaunan dan ekonomi dalam tugasannya adalah satu kawasan yang perlu diambil kira. Yang lain ialah Pengangkutan, Persekitaran, dan Kementerian Kerjaraya yang sarat dengan keperluan teknologi tinggi. Ketiga adalah tempat yang ada kaitan dengan keselamatan dan keempat, halehwal luar negara. Akhir sekali, harus ada pertandingan yang lebih pesat bagi jawatan teratas. Apabila berlaku kekosongan, jawatan itu harus terbuka kepada calon luar dan juga dari perkhidmatan dalaman yang berada di tahap tiga ataupun empat lapisan di bahagian bawah untuk membolehkan pengambilan bakat yang ada.

Apabila pegawai naik pangakt ke atas, mereka seharusnya diberikan sekurang-kurangnya tempoh lima tahun walaupun mereka sudah hampir kepada tempoh waktu satu ataupun dua tahun patut dibersarakan kerana pencapaian umur untuk bersara wajib. Ini akan memberikan mereka masa secukupnya untuk menyerlahkan kepintaran kerja. Lagipun, dengan adanya keselesaan jawatan, mereka tidak akan mungkin malu untuk mencabar sebarang idea tolol yang dikemukakan oleh tetuan poltik mereka. Lantas negara akan mendapat satu perkhidmatan yang cemerlang daripada mereka…. …

Penglaksanaan reformasi semacam ini akan memerlukan perubahan yang minima dalam etika perkhidmatan awam ataupun dasar pengambilan kakitangan. Lagipun perubahan semacam ini tidak akan mencetuskan tambahan belanja….

Rintangan yang besar ialah untuk Perdana Menteri, yang pernah menjadi anggota perkhidmatan awam itu sendiri, menerima segala inovasi ini. Sindrom “bukan dilahirkan di sini” (not invented here syndrome) sudah lama terpahat dalam batu jemala (bahasa kasarnya ‘kepala otak’) para pegawai perkhidmatan awam kita. Untuk berlaku perubahan semacam itu, Perdana Menteri, para penasihat beliau dan pegawai tinggi perkhidmatan awam perlulah pada tahap awalnya melebarkan bidang keintelektualan mereka. Inilah cabarannya.
---------oOo--------



Friday, January 26, 2007

Kesediaan Iran melancarkan satelit mengejutkan dunia

Friday January 26, 12:07 PM

Kesediaan Iran melancarkan satelit mengejutkan dunia
(Iran ready to launch satellite, raising arms alarm: report)
Photo: AFP Click to enlarge

Terjemahan: - marhaintaua-


WASHINGTON (AFP) – Iran sedang bersiap melancarkan satu satelit ke angkasa lepas, satu takuk lagi dalam dimensi srategi baru Tehran. Demikian yang dilapurkan oleh ‘Aviation Week and Space Technology” di laman webnya.

Satu pelancar roket missil seberat 30 ton, yang baru siap dibina, boleh ditukarkan untuk berfungsi sebagai pelancar satelit ujian untuk jarak jauh. Demikian lapuran majalah mingguan keluaran 29 Januari.

Jabatan Pertahanan AS tidak pula menunjukkan reaksi sepenton keatas lapuran AFP itu.

Pelancar angkasa Iran itu akan ‘berfungsi tidak lama lagi” dengan satu satelit Iran, kata Boroujerdi, presiden Majlis Keselematan Parlimen Iran, merangkap Suruhanjaya Dasar Luar Negara. .

Borooujerdi telah membuat kenyataan itu semasa berucap kepada pelajar agama dan alim ulama di Qom. Di imana Iran telah melancarkan beberapa ujian missil. Kemampuan pelancaran Iran itu terdedah ketika kuasa Barat sedang rancak memantau sepakatan Iran dan Korea Utara mengenai program nuklearnya, Pelancaran Iran ini adalah satu susulan kepada beberapa ujian missil oleh China yang menghancurkan satu satelit di angkasa.

Pelancaran oleh Iran membuktikan betapa rapatnya hubungan Iran dan Korea Utara dalm bidang teknologi terutamanya dalam program missil. Inilah yang mengejutkan Baraat yang gusar akan kemungkinan Iran mencipta ICBM (Intercontinental ballistic missile) yakni missil antara benua yang mempunyai kuasa jangkauan jarak jauh hampir 4,000 kilometer (2,500 batu) justru mampu mencecah Eropah Tengah, Rusia, China dan India.

Majalah mingguan itu juga melapurkan betapa agensi perisikan AS percaya pelancar Iran itu adalah satu permbaharuan kepada missik Iran berjenama Shahab 3, yang mempunyai kemampuan jangkauan 1,300 hingga 1,600 kilometer (800-1,000 batu). Para analis di Global Security berkata bahawa besar kemungkinannya missil yang dipertingkat itu adalah laksana batu loncatan kepada Iran mengklon missil ‘Taepodong’ buatan Korea Utara yang gagal dilancarkan pada Julai dulu . Agensi perisik Pertahanan AS telah berkata bahwa Iran mempunya keupayaan membuat missil yang mempunyai kemampuan jarak jauh hingga 4,800 kilometer menjelang 2015.

“Akhirnya nanti mereka memunya keupayaan melancarakan satelit peninjau laksana “OFek” bikinan Israel dengnan menggunakan pelancar satelit Iran daripada wilayah Iran juga,” kata Uzi Rabin, bekas ketua Israelti Missile Defense Organisation.

Pelancaran satelit itu dilancarkan sebagai satu rencana menunjukkan keupayaan teknikal Iran, “

Dengan melepaskan satelit sendiri mengelilingi dunia akan menghantar satu mesej yang berkesan merata dunia Islam tentang kesungguhan regim Shiah di Tehran”

Lapuran pelancaran satelit Iran itu telah secara kebetulan sama tarikhnya dengan rencana Amerika Syarikat menubuhkan satu sistem pertahanan missil di Poland dan Cezch Republik yang bertujuan untuk memintas serangan missil daripada Iran dan Korea Utara.

Amerika Syarikat sudahpun mempunyai satu jaringan memantau satelit dan radar pengesan, serta penyekat missil di Alaska dan California. AS mahu mewujudkan satu radar dan 10 penyekat tambahan di Eropah menjelang 2011. Buat masa ini Iran sedang dicemuh oleh dunia sejagat yang mengatakan bahwa Iran sedang melancarkan satu program pembikinan nuklear. Sedangkan Iran bertegas ia mahu melancarkan program penjenaan eletrik.. .

Pada Disember dulu, Majlis Keselamatan PBB telah meluluskan satu resolusi mengenakan sekatan ekonomi kerana program nuclear Teheran dan juga progam missil balistiknya, selepas Republik Islam itu enggan menyahut tuntutan PBB agar ia menghentikan pengkayaan uranium.
----------000000---------


Thursday, January 25, 2007

Anak Lelaki Altantuya Bercakap Kepada Rakyat Malaysia

Thursday, January 25th, 2007...4:33 pm

Anak Lelaki Altantuya Bercakap Kepada Rakyat Malaysia
(Altantuya’s son speaks to Malaysians)

Artikel asal ada di http://sloone.wordpress.com

Terjemahan - marhaintua-

Di sini ada sepucuk surat yang ditulis khas oleh anak sulung Altantuya, berusia sembilan tahun. Surat itu telah diterjemahkan oleh satu pertubuhan NGO di Ulambatoo, Mongolia. Itulah surat yang menyusuli beberapa banyak lapuran negatif tentang Altantuya dalam media, khususnya lapuran terkini Baginda mendedahkan hubugan intimnya dengan mendiang. Surat itu ditujukan kepada rakyat Malaysia.

Orang panggil saya “Joohnoo”. Semasa saya kecil, badan saya memang amat kecil sehiggakan ibu memanggila saya dengan nama “Joohnoo”.

Ibu saya pun berbadan kecil juga, tetapi dia memang pintar dan bergeliga. Memang dia lebih dari seorang wanita.

Kepada abang dan kakak, kepada Polis Malaysia dan Kepada Baginda..

Kepada mereka yang pernah melihat ibu saya, bagaimanakah mereka tergamak membunuh ibu saya yang berbadan kecil itu? Apakah mereka tidak terfikirkan benda lain semasa mereka membunuh ibu saya?

Apakah anda kalian tidak mempunyai seorang ibu, kakak ataupun adik perempuan?

Saya bersekolah, sambil menjaga adik yang sakit dan menunggu kepulangan ibu.

Adik saya yang kecil tetapi sakit boleh bercakap. Dia kerap bertanya bila ibu akan pulang? Dia pergi terlau jauh dari kita, bila dia akan pulang?


Siapakah nanti yang akan saya dakap dan cium pada Tahun Baru? Kepada siapakah nanti saya boleh memberikan hadiah bunga?

Setiap kali rakan sedarjah bercakap mengenai ibu-ibu mereka, saya dapat rasakan air mata menitis di pipi. Walaupun saya kecil saya juga mempunyai perasaan.

Datuk saya pulang dari negara anda; dia berkata ibu telah mati kerana keracunan makanan. Tetapi saya tahu apa yang telah terjadi daripada media dan surat khabar.

Saya selalu mencium gambar ibu dan mengasihinya dalam jiwa raga. Saya sedih melihatkan nenek yang sering menangis, membaca Kitab Sutra Budha dan menyalakan lilin di hadapan gambar ibu saya.

Kadangkala, ada wanita lain yang wajahnya menyerupai ibu saya semasa saya berjalan-jalan.

Siapakah gerangan orang Malaysia yang telah membunuh ibu saya dan menjadikan saya bersama adik saya menjadi yatim piatu selama-lamanya.

Kami perlukan lebih banyak wang sekarang ini untuk keperluan perubatan adik saya!

Saya berharap akan ada rakyat, hakim dan pemimpin Malaysia yang baik hati. Saya berharap mereka akan bantu saya dan adik saya yang sakit.

Tolonglah siarkan surat terbuka saya dalam akhbar anda.

Daripada :Anak sulung Altantuya, “Joohnoo” dan adiknya , Mungunshagai.

Monday, January 22, 2007

Semua Hulubalang Perdana Menteri

Monday, January 22nd, 2007...2:21 am

Semua Hulubalang Perdana Menteri
(All the Prime Minister’s Men)
- http://sloone.wordpress.com

Terjemahan -marhaintua-

Antara mereka semua yang bergelar demikian hanya seorang sahaja yang akan berjaya di tangga teratas. Yang lain menyibuk melakar peristiwa menjadi bahan balangsengkawa untuk ditulis orang lain bagi diri mereka. Anwar Ibrahim telah mengalami peristiwa itu nun pada 1998 lagi, walaupun garisan penamat untuknya masih belum menyerlah lagi, menyanggah kehampaan ramai makhluk yang mengimpikannya.

Mereka yang suka menjadikan hobi (seperti menulis balasangkawa semacam ini) memang mempunyai masa yang sungguh menyeronokkan di zaman pemerintahan Mahathir. Selain dari Anwar, ada Musa Hitam, yang turut menghilang lebih awal lagi daripada sinario politik ketika masih berada di puncak kerjayanya.

Memang sungguh memedihkan sesiapa sahaja yang mengimpikan jawatan PM. Namun ada segelintir yang pernah mempertaruhkan “nyawa” hanya untuk mendapat kilasan puncak ‘ syurga dunia’.

Ketika pertama kali Abdul Razak dibawa ke penjara, isteri beliau pernah menjerit kerana amarah dan geram yang memang amat pelik dan menakutkan kita: Dia bukan ada niat mahu menjadi PM, kenapakah kamu buat dia begini?”

Kita tidak seharusnya mencemuh luahan perasaan yang begitu mendadak daripada aeorang isteri yang melihat suaminya seoalah-olah akan berdepan dengan tali-gantung. Walaupun kenyataannya itu nampak semacam tidak kena pada tempatnya, mungkin menjadi hubungan yang terselindung dalam keseluruhan kisah pembunuhan ini..

Namun, di sebalik segala keperitan itu, segala intrignya, segala muslihat dan balasangkawa awalan yang telah direncana, baut masa kini ada 3 orang yang ingin menjadia PM: : 1. Najib; 2. KJ dan 3. Anwar. Sipa gerangan yang akan menjadi PM akhirnya?

Tentu kita perlu membuka mata dan telinga mengamati yang menyerlah dan tidak terserlah. Buat masa ini apa juga yang akan berkisar dalam politik Malysia akan tertumpu kepada tiga orang individu ini. Seetiap berita, setiap pendedahan, setiap opera politik akan berakhir dengan mainan politik yang berhubung-kait, melibatkan strategi dan putarbelit antara mereka dan membabitkan mereka bersama juga.

Mungkin ada eloknya kita berterus terang daripada mula: hanya satu jalan terbuka untuk sesiapa yang mahu menjadi PM yaitu dengan menyingkirkan PM ataupun timbalannya. Dalam hal ini ialah Abdulalh ataupun najib. Nampaknya tidk ada caara lain lagi, kecuali PM mengundruakna diri seprti Mahathir dan melantik anda sebagai pengantinya. Jiiaka tidak ana perlumenunggu giliran juga. Kalua anda bermain politik, anda boleh tidur bersama musuh politik anda, dan anda merencana. Tetapi anda tidak akan dapat ke tempat itu dengan berreformasi ataupun revolusi.

Baru-baru ini terdapat terlalu banyak tohmahan bahawa Anwar terlibat dengan rencana menggulingkan Najib. Teapi Anwar menulis dalam blog beliau untuk menafikannya.

Ia bermla setelah Anwar dibebaskan daripada penjara, dan pertemuan beliau dengan Abdulalh semasa majlis rumah terbuka di Hari Raya. Kemudian muncul kisah adanya pergeseran beliau dengan pengarah kempen pembebasan Anwar yang bernama Raja Petra Kamaruddin yang kini menguruskan berita onlain Malaysia-Today. Kemudian ada pula desas-desus bahawa Anwar mahu rujuk kepada UMNO dan pengunduran pembantu Anwar, Ezam Mohd Noor daripada jawatannya sebagai ketua pemuda Keadilan.

Kini tersibar berita hangat mengatakan Abdullah memerlukan Anwar untuk melemahkan pengaruh Najib. Akan teatpi sejak Mahathri turut beria-ia mahu menjatuhkan Abdullah sejak beberapa bulan yang lalu, bukan sahaja Abdullah perlu mengawasi Najib, yang merupakan sekutu Mahthir yang paling rapat.

Jika demikain apakah bersalahan kalau ada tanggapan bahawa kerjaya Najib sudah pun tamat pada ketika Anwar keluar bebas daripd apintu penjara? Apakah salah beranggapan sudah wujud kini pintu perundingan di bahagian belakang untuk melancar pakatan yang paling dahsyat?

Wujudnya percaturan muslihat, tidak semestinya antara Anwar dan Abdullah ataupun UMNO. Tetapi pegolakan yang melibatkan UMNO sendiri. Bukannya mudah untuk mengenepikan aura seseorang seperti Anwar.

Terlalu banyak yang didebatkan mengenai kredibiliti Anwar, tetapi beliau masih memiliki barisan penyokongnya. Malahan DAP pun memeram dulu pandangan mereka mengenai PKR, dan menyatakan persahabatan dengan Anwar secara terbuka. Anwr mungkin memperlekeh Faktro Anwar dengan kelangsungan laungan bahawa Anwr bukan satu isu lagi. Akan tetapi dengan usaha menetukan dia tidak akan bertanding dalam politik, dan tidk mendapat liputan berita kahbar, tidaklah menjadi asas yang membantu dakwaan mereka bahw a Anwr sudah tidak relean lagi. Lagipun apakah yang amat menakutkan mereka seandainya Anwr benar-benar tidak begitu penting?..
Kini kita tidak akan mencadangkan agar Anwar rujuk semula menganggotai UMNO . Tetapi ada antara kita yang sudah menjadi naif selepas beberapa tahun ini selepas menyaksikan gelagat orang politik. Betapapun Anwar sudah menyebutnya berpuluh kali perkataan TIDAK, kita seharusnya memberikan peluang faedah keraguan kita. Soalnya apakah dia boleh jadi PM tanpa menganggotai UMNO semula?

Buat masa ini, nampaknya tidak ada jalan lain bagi salah seorang yang bertiga itu boleh menjadi PM kecuali berlaku satu peristiwa yang malang atuapun rampasan kuasa (tentera). Lainlah kalau ada satu jalan laternatif untuk menunjuk cara mana PM boleh keluar melepaskan tanggungjwabnya, mengucapkan selamat tinggal dan “selamat beristirehat” kepadanya.

Kita semua tahu betapa sukarnya untuk menyingkirkan seorang PM. Selama 22 tahun ramai yang mencuba mejatuhkan PM Mahthir, tetapi dia dapat bertahan juga. Akan tetapi buat kali ini keadaan sudah berubah. Untuk menyatakan perspektifnya, pada mula-mula dulu lagi Abdullah adalah dianggap sebagai PM sementara sahaja. Tugasnya ialah menentukan peralihan kuasa yang licin kepada Najib yang kini menunggu dengan cemas dan penuh kerisauan untuk mendapat peluangnnya.

Tidak ada sesiapa yang tahu dengan pastinya bilakah tempoh peralihan ini akan berakhir. Besar kemungkinannya Abdullah akan melepaskan jawatan bila-bila masa (memandangkan desas-desus yang ligat). Najib dijangka naik takhta menepati impian Mahathir semasa menyungkit Dollah naik – kononnya bagi martabat UMNO, bagi martabat perpaduan Melayu, untuk negara da.da. da…. ..kata mereka.

Akan tetapi semua itu adalah impian sebelum berakhirnya projek jembatan bengkok dan apa juga implikasi yang mengekorinya. Ketika itu belum menyerlah lagi ketokohan KJ, anak menantu PM yang turut mahukan habuan besar dalam setiap saham yang diagihkan. Ini bermakan kalau si anak menantu mahu terus memuaskan nafsu serakhnya dalam setiap agihan habuan termasuk menjadi PM di masa depan ataupun tempat sebagai timbalan perdana menteri – jalan yang paling menyenangkan ialah menentukan Najib tidak boleh naik ke atas. Mudah sangat congakan itu bukan?

Akan tetapi berapa banyakkah cara untuk mengnyahkan Najib? Satu, dengan mendedahkan ‘perangai rasuah” beliau yang berlaku setiap hari. Satu lagi ialah mengaitkan Najib kepada kematian Altantuya sehingga dia terhukum kerana membunuh adalah sstu cara lain – tetapi ini boleh merupakan satu fantasi ataupun kisah dongeng juga. Mengugut Najib agar berundur ataupun jika tidak biarkan dia gantung diri secara terbuka semacam apa yang terjadi kepada Anwar, mungkin lebih senang sikit.
Apapun kita amat berharap persekongkolan antara Abdullah dengan Anwar melalui KJ untuk ‘melaknat’ Najib tidak akan menjadi satu pilihan…. Anwar adalah seorang yang sungguh popular. Adalah tidak menghairankan seseorang yang ketiadaan populariti itu tetapi mempunyai impian tinggi untuk mencema kuasa teratas, memerlukan Anwar. Martabat KJ, walapun dia adalah anak menantu Perdana Menteir bukana seindah mana dlam UMNO . Anak muda ini dianggap angkuh dan bongkak, terlalu korup, menjalin hubungan intim dengan wanita lain dan sikap dia menuturkan kata-kata berbaur perkauman menjadikan dia seorang calon yang lemah untuk meniti titian kepimpinan ke atas.

Sebaliknya, walaupun Anwar telah dibelasah dengan dakwaan murahan melibatkan sodomi, korupsi, hukuman penjara, mata lebam, penghukuman watak dan politik, ternyata dapat menjadi lebih perkasa dan seolah-olah tidak berdosa. Setidak-tidaknya Anwar mampu menarik pengaruh dan daya tarikan, malahan kehormatan daripada pelbagai sektor baik di peringkat nasional mahupun antarabangsa. Dengan itu sekutunya dan para penyokongnya masa kini, adalah amat berharga dan memberikan peluang strategik untuk sesiapa yang masih meraba-raba mahu naik mengungguli puncak kuasa.

Malangnya dalam politik, bukan semuanya berkeadaan jelas sejelasnya. Setiap satu selalu berbentuk samar. Peraturan permainan, siapa yang melakarnya, dan siapa yang patut menang akhirnya, masih tetap satu misteri, sehiggalah keadaan terpantul di depan muka sendiri, barulah ketika itu timbul kesedaran kerana kehairanan dengan soalan: apakah yang menghentam aku?

Masa depan rakyat Malysia sentiasa berdepan dengan segala pembohongan ini. Inilah masanya semua pihak harus berwaspada. Inilah masanya semua pelabur (tidak semestinya orang perniagaan tetapi juga yang melabur untuk masa depan politik mereka) mula mengkaji semula pendirian politik dn kecenderungan mereka. Inilah masanya utnuk melakar kembali hubungan enan pihak yangpernah dipinggirkan, mepersoal kembali hubungan ‘politik’ masa silam, kalau masih ada lagi.

Kepada mereka yang mempunyai tetuan politik, inilah masanya untuk menjenguk muka sendiri di depan cermin untuk merenungnya dengan tapat dan bertanya dengan ikhlas, apakah kamu bertaruh pada kuda yang betul? Bila menyebut Anwar kita harap dia akan menjadi sejenis Melayu “yang tidak mudah lupa.”

-----MT-----

Altantuya: Baginda buka lebih banyak kotak hitam

Sunday, January 21st, 2007...12:50 am

Altantuya: Baginda buka lebih banyak kotak hitam
(Altantuya: Baginda opens more cans of worms)

Terjemahan: marhaintua

Lebih banyak kotak hitam mengandungi ulat rahsia telah didedahkan. Semakin banyak nama disebut sebagai terlibat dalam kes terhebat di abad ini. Apakah Penolong Pendakwaraya (DPP) akan terus berhujah bahawa tidak ada orang lain terlibat dalam kes ini? Apakah polis menyoalsiasat lebih ramai manusia yang namanya muncul dalam affidavit Baginda?

Memang banyak yang didedahkan oleh Abdul Razak Baginda di mahkamah Shah Alam semalam tentang keintiman hubungannya dengan Altantuya, namun dia tidak menjelaskan bagaimana dan kenapa dia bertemu Altantuya. Kata beliau, kali pertama dia menemui Altantuya ialah pada akhir 2004 di Hongkong, dan hubuan mereka berkembang mekar selama laban bulan, lebih kurang. Baginda berkata dia memberikan Altantuya USD sepuluh ribu antara tiga hingga empat kali, dan banyak lagi.

{Cataan penterjemah: Jika demikian kalaulah Altantuya dikatakan mengandung semasa dibunuh baka dalam pertunya bukanlah baka Abdul Raazak Baginda?}

Abdul Razk Baginda tidak pula berkata dalam suasana apakah dia menemui beliau. Apakah yang dibuatnya di Hongkong? Apakah dia melaksanakan urusan dagang di sana? Apakah bisnesnya dan adakah Altantuya terlibat sama?

Terlalu banyak yang telah diperkatakan tentang penglibatan Baginda dalam skandal pembelian kapalselam dan tidak satu pun kisah ini dibayangkan dalam affidavit beliau. Apakah Baginda memberitahu segala-galanya?

Dalam affidavit itu Baginda berkata bahawa pada 17 Oktober tahun dulu, dia telah pergi ke bandar bersama anggota keluarga apabila dia telah diberitahu oelh seorang penyiasat swasta yang diupabhnya bahawa Altantuya telah menyebabkan hingar-bangar di hadapan rumah kediamannya di Bukit Damansara. Baginda berkata dia telah menelefon ASP Musa Safri untuk meminta bantuan beliau agar menetukan Altantuya tidak menyibuk di hadapan rumahnya. Tidak lama kemudian beberapa orang anggota polis telah pergi ke rumahnya dan membawa Altantuya pergi. Baginda berkata Musa juga memberiahu bahawa dia akan menghantar Azilah pergi membantu beliau.

Kenapa pula DPP berkata “tidak ada orang lain” terlibat dalam kes itu? Bukankah Musa juga patut disoalsiasat? Apakah peranan beliau dalam kes itu? Apakah hubungan Musa dengan Azilah? Kenapkah dia tidak disoalsiasat langsung? Siapakah anggota polis yang kemudiannya dihantar untuk .membawa Altantuya pergi?

Abdul Razak berkata dia pergi ke pejabat Timbalan Perana Menteri atas urusan rasmi pada 20 Oktober, dan telah bertemu dengan Musa secara kebetulan. “Saya bertanya pada Musa apakah yang telah terjadi selepas berlaku keributan yang kedua itu. Musa menjawab bahawa Azilah tidak pun memberitahu dia lagi. Saya tanya Musa lagi dan dia tidak berkata apa-apa.”

Jika demikian apakah pejabat TPM turut terlibat dalam kes ini juga? Apakah TPM Najib diam membisu lebih lama lagi? Selagi dai terus diam membisu apakah lebih ramai manusia lain yang akan terlibat?

Abdul Razak berkata kalaulah dia mahu membunuh Altantuya adlahlebih mudah untuk dia mengupah pembunuh upahan untuk menghapuskannya di luar Malaysia supaya dia tidak dikaitkan kepada kes itu. Affidavit itu turut disertakan kenyataan Abdul Razak yang dibuat kepada polis pada 31 Oktober. Hakim berkata Baginda tidakpun memutuskan hubungan dengan Azilah walaupun Azilah pernah bercakap besar pernah membunuh enam ataupun 7 orang.

Dengan tidak memutuskan hubungan dengan Azilah dan mengakunya kepada hakim, bukankah dia menyerlahkan satu motif mahu “memadamkan”Altantuya?

Apakah yang dibuat oleh seorang pembunuh beruiform polis dalam UTK, mengawal keselamatan DPM dan para Menteri?
Kalau betullah Azilah telah membunuh begitu ramai manusia, adakah sebarang lapuran yan gdibuat mendakwa beliau?

Hakim Segara telah mengmukan soalan yang tepat: ‘Kenapa dia? Apakah dia seorang yang betul untuk diminta bantuan? Bagaimanakah dia mengusir Altantuya? Sepatutnya si pemohon pergi kepada Ketua Polis Negara ataupun OCPD untuk mendaptkan perlindungan. Lagipun dia mempunyai pasukan keselamatn sendiri. Apakah motif beliau untuk mengenepikan Altantuya? Untuk membolehkannya tidur selesa selepas Altantuyia sudah tiada?
Dalam affidavit beliau, Baginda ada berkata: “Pada 20 Oktober, ada seorang lelaki, mendakwa dirinya seorang pegawai polis, dan dua orang wanita datang ke rumah saya. Lelaki itu mengancam mahu mencederakan keluarga saya. Saya telah pergi membuat lapuran polis pada 23 Oktober.”.

Siapakah individu itu semuanya? Kalau mereka terlibat dalam kes itu juga, kenapakah DPP berkata tidak ada mahluk lain yang terlibat selain mereka yang dihadapkan ke mahkamah pada hari itu?

-----0-----


Pintu Yang Tidak Pernah Kita Buka

Pintu Yang Tidak Pernah Kita Buka
'The door we never opened ...'
By M K Bhadrakumar – AsiaTimes Online, 2007.

Terjemahan –marhaintua-
18.1.2007.

Hubungan antara Amerika Syarikat dan Iran adalah begitu rapuh sepanjang sejarahnya yang sentiasa melalui jalan sukar sejak awal 1950-an. Robert Fisk pencatat terhebat sejarah Timur Tengah di akhbar ‘The Independent’, baru-baru ini pernah menulis pengamatannya betapa pusingan terakhir dalam Perang Iraq antara AS dan ‘kuasa kesyaitanan’, masih berkesudahan dengan “seri”.


Namun, tidak siapa yang pasti apakah itu pusingan ‘seri’ yang terakhir. Mungkin ada ‘tambahan masa’ dan kalau satu kemenangan penentuan masih juga tidak muncul, ‘tendangan penalti’ pasti menjadi ketentuannya. Masalahnya sekarang, tidak siapa yang tahu apakah peraturan permainan itu sebenarnnya.

Yang pasti, pucuk kepimpinan Iran sudahpun bersatu kembali, seperti yang dilakukannya selalu setiap kali barisan revolusi digugat oleh AS. Malahan, kerana sebab-sebab keghairahan intelektual, sudah menjadi semakin sukar untuk merobah pemikiran pelbagai kumpulan dan klik serta cabang-cabangnya yang memang sentiasa berpengaruh di anjung kuasa di Tehran.

Iran sedar betapa resolusi Majlis Keselamatan PBB mengenakan sekatan (terhad) ekonomi gara-gara program nuklear yang mengandungi beberapa perkara mengancamnya, dengan fitnah “bahawa musuh-musuh Republik Islam mempunyai rencana menyagat negara,” mengikut kata bekas presiden Akhbar Hasehemi Rafsanjani.

Memang tidak ada kecenderungan dari sesiapa pun di kalangan kepiminan kolektif itu untuk mengekspolit resolusi Majlis Keselamatan untuk menghenyak sedikit masalah domestik, apalagi untuk memalukan kerajaan Presiden Mahmud Ahmedinijad. Masih ada masa untuk segala-galanya. Baru-baru ini sudah berlngsung pemilihan anggota Majlis Shurah. Tidak ada sesiapun yang peduli sangat, fraksi ataupun kumpulan mana yang menang, dan fraksi mana yang kalah. Sekali lagi ramalan dunia luar akan berlakunya huruhara sudah tersasar jauh.

Bekas Presiden Mohammad Khatami berkata: “Saya fikir Mr. (Ali) Lanjani {ketua perunding Iran mengenai isu nuklear} dan para pembantu beliau telah melakukan yang terbaik untuk meneruskan perundingan secara logik.” . Sama ada Rafsanjani mahupun Khatami tidak pun berlengah menegaskan bahawa adalah hak kedaulatan Iran untuk meneruskan program nuklearnya. Kedua-dua pemimpin menjelaskan bahawa resolusi Majlis Keselamatan PBB sesunguhnya adalah disebabkan motivsi politik dan atas gesaan Amerika Syarikat.

Rafsanjani dan Khatami telah memberi amaran kepada negara Barat supaya menghentikan sebarang tindakan terhadap Iran. Khatami berkata bahawa Barat seharusnya mengambil jalan kearah “perundingan dan perbincangan konsessus” dan bukannya memilih “keputusan terburu-buru dan pantas selalu” Rafsanjani memang telah bersikap terus terang. Beliau telah memberi amaran kepada “kuasa yang angkuh” (AS dan Britain) agar tidak mencetuskan krisis baru di Timur Tengah

“Mereka sedang mencetusakn masalah sendiri dan juga kepada rantau ini yang tidak terhad kepada Iran. Ini adalah laksana api yang akan membakar ramai yang lain…… Mereka sedang mencari alasan….. Mereka tidak patut memasuki pentas yang boleh membahayakan semua pihak. Adalah lebih baik mereka berfikir dan bertindak dengan bijak.” Demikian amaran Rafsanjani kepada AS.

Speaker Majlis (Parlimen) Iran yang berpengaruh, Gholam-Ali Haddad Ade, telah menyatakan pandangan yang sama. Beberapa pemimpin kanan agama turut bersetuju. Ketua Majlis Keselamatan Negara dan Suruhanjaya Dasar Luar Negara yang berpengaruh, Alaeddin Broujerdi, telah menjdelaskan pada saat awal lagi bahawa kerajaan Ahmedinejad akan memilikki kuasa sepenuhnya untuk menangani segala perundingan yang sukar-sukar untuk memelihara kepentingan dan kedaulatan Iran.

Pemimpin Ulung Ali Khamenei telah menghantar pesanan kepada ‘rombongan bakal haji’ Iran tahun ini betapa tahun ini merupakan tahun yang luarbiasa dari segi politik negara. Antara lainnya, Khamenei menegasakn betapa beliau mengendos sikap Ahmedinejad yang mempertikaikan kewujudan Israel dan peristiwa Holokos. Khamenie bertanya balik bagaimanakah persoalan semacm itu boleh dijadikan satu ‘kesalahan yang patut dihukum” sedangkan Paus (pope) dan beberapa pemimpn Barat boleh menyibuk dengan usaha “mencerca Islam secara terbuka.”

Namun demikian, di sebalik segala retorik, Iran telah memberi isyarat kesediaan bertolak ansur . Tidak ada tindakan melenting terhadap resolusi Majlis Keselamatan PBB yang memberi arahan kepada semua negara menghentikan pembekalan keperluan dan teknologi kepada Iran yang boleh menyumbang kepada program nuklear dan missilnya. Ia juga sudah membekukan asset dan syarikat Iran yang berkaitan dan juga aset individunya yang terlibat..

Iran tidakpun menghentikan keahliannya dalam Non-Proliferation Treaty (Perjanjian menyekat Perkembangan Nuklear) ataupun menamatkan usahasamanya dengan International Atomic Energy Agency (IAEA) . Pucuk kepimpinan Iran di pelbagai peringkat telahpun memberi isyarat untuk mengambil sikap terbuka dalam perundingan. {Larinji telah berlepas ke Beijing pada Khamis dulu ketika Javier Solana pegawai European Union bertanggungjawab keatas nuklear telah pergi ke Washington). Iran masih mengharapkan bahawa kuasa-kuasa di Eropah tidak mahu melihatkan ketegangan hubungan dan AS sudah menjadi semakin lemah di Iraq untuk cuba melibas Iran pula.

Teheran dapat melihat kesan beberapa tindakan AS yang terkini – penghantaran lebih banyak kapal perang ke Teluk Parsi dan pengumuman ujian ‘Selective Service System” yang memilih secara rawak askar-asakar untuk berkhidmat berasaskan tarikh lahir mereka – sebagai pertanda Washingtaon sedang bersiap sedia untuk memerangi Iran. Tindakan balas Iran dapat dilihat dengan pelbagai latihan ketenteraann sejak awal November menunjukkan bahawa Iran tidak mahu diperangkap oleh serangan mengejut, dan pada waktu yang sama Iran akan terus berhati-hati tidak mencetuskan sebarang penyebab provokasi.

Tangkal ajaib Iran di minggu-mingu mendatang adalah keupayaannya menjadi orang tengah antara pemimpin Shiah, Abdul Asis-alHakim dan Muqtada al-Sadr, dan lebih penting lagi keupayaan untuk masuk campur menyekat pemboikotan secara kelompok oleh Sadr terhadap sessi Parlimen dan Kabinet, yang telah pun melumpuhkan Perdana Menteri kerajaan Nori al-Maliki. Peranan Iran mungkin menjadi penting dalam menangani cabaran politik yang dianjurkan oleh pakatan taktikal yang luar biasa antara blok Sadr dan beberapa kumpulan tegas Sunni (yang dipimpin oleh Hareth al-Zari, Adnan al Dulaimi an Saleh al-Mutlak) yang sudahpun menerima bantuan kewangan daripada negara-negara Arab.

Muqtada sudah bertegas bahawa penyokongnya yang berjumlah 32 orang daripada sejumlah 128 pemegang kerusi UAI dalam Parlimen, akan rujuk semula untuk menghadiri Parlimen dan sessi Kabinet, hanya kalau ada satu jadual tentang pengunduran askar negara asing.

Akhbar harian berbahasa Arab di London, ‘Al-Hayat’ telah melapurkan semasa pertemuaan Presiden AS George W. Bush di Washington bulan lalu, Hakim telah membawa pesanan daripada pucuk kepimpinan Iran. Tehran telah mendapati bahawa hubungan akrabnya dengan kerajaan Iraq sudah semakin menampakkan kelemahan pengaruh Washington dalam arena politik Iraq. Secara logiknya, ini harus merangsang AS untuk menggunakan pengaruh Iran keatas Iraq. Tetapi, seperti yang dinyatakan oleh satu komentar seorang warga Iran beberapa minggu yang lalu; “Malahan, kalau dilihat akan keangkuhan regim Bush mereka boleh memilih untuk kembali kepada budaya puka-memuja.”

Di waktu yang sama sudah membuak kini amarah rakyat di Tehran tentang kemungkinan melonjaknya pengaruh sekutu Arab keatas AS (disokong oleh Timbalan Presiden Dick Cheney) keatas strategi Bush di Timru Tengah yang ternyata akan membawa kesan. Sekutu-sekutu Arab ini – Arab Saudi, Jordan, dan Mesir - baru-baru ini nampak ceria dengan pertanda bahawa mereka telah berjaya menyekat kemungkinan pentadbiran Bush memberiakn pelbagai kelonggaran kepada Iran.

Sesungguhnya, golongan konservatif Arab ini telah mendesak AS mengamabil satu sikap bercanggahan di Iraq, yang dilihat oleh Iran sebagai sesuatu yang tidak dapt bertahan. Setelah menubuhkan satu pentadbiran pro-kerajaan AS di Baghdad yang didominasi oleh puak Shiah. Washington telah teperangkap, kerana tidak mampu meneruskan strategi politiknya disebabkan keadaan geopolitik sebenar di rantau itu. Lantas tercetus kesangsian yang amat sangat di kalangan konservatif Arab dan ini dapat dilihat daripada kemarahan mereka yang diwarnai oleh kata-kata kesat yang penuh kebencian dan sering bercanggahan berbaur anti-Iran. Di satu tahap, mereka perlekeh keupayaan Iran yang sebenar untuk mempengaruhi keadaan di bumi Iraq (itulah sebabnya Bush bertindak menangani Tehran), sedangkan di sebaliknya pula mereka membesar-besarkan keupayaan Iran untuk mengkucar-kacirkan ketenteraman politik yang sudah lama bertapak di rantau itu dan menyalahkan Iran terhadap apa sahaja yang tidak kena di Timur Tengah.


Regim Arab yang konservatif begitu perihatin bahawa di sebalik segala hingar-bangar kemunculan ‘bulan sabit Shiah’ menyerlah di sebalik awan rantau itu sekarang, ramai pelakon Arab yang tidak bernegara (termasuk Hamas) telah terus terlibat di pihak Arab-Iran-Islamism dalam konfrontasi mereka terhadap AS-Israel-elitis kuasa Arab.

Malahan, ada satu tema utama dalam pesanan Khamenei kepada jemaah haji minggu lalu menyebut agar ‘wujudkan identiti ummah Islam.” Dalam satu perenggan pesanan itu yang mengulangi teologi kebebasan yang pernah Tehran gunakan satu ketika yang lama dulu, Khamenei berkata: “Penekanan pergerakan kebebasan di negara-negara Islam sepanjang abad yang lalu {sejak 1922 di mana penempatan Timur Tengah adalah atas lakaran kuasa Imperial Britain}, kejayaan kuasa colonial dalam mengekalkan dominasi mereka keatas semua negara itu, penciptaan dan pengukuhan regim otoritarian [di Timur Tengah dan Teluk Parsi], kerja-kerja membalun kekayaan hasil asli negara dan kemusnahan sumber insan, dan dengan itu menjadikan negara-negara Islam ditinggalkan oleh arus kemajuan sains dan teknologi – semua itu semakin menjadi-jadi hanya gara-gara bayangan perpecahan (Islam) yang dalam banyak hal mencaapi tahap perpecahan kaum dan bunuh membunuh sesama saudara mara.”

Jelas, Iran mengejek dan menyindir golongan elit Arab yang sedang mencengkam kuasa. Ada satu komentar terbaru yang berkata bahawa “pangkalan ideologi’ keganasan antarabangsa terletak pada “ sistem kabila yang secara tradisinya tertutup rapat yang wujud di negara Arab di rantau itu.” Komentar itu telah mengejek n konservatif Arab melakukan sesuatu untuk mengggugurkan pemikiran mereka yang ‘tidak bertamaddun dan ketinggalan zaman’ dan sebaliknya mencipta satu strategi yang praktikal untuk merobah sistem politik dengan tujuan agar mereka dapat berdaya saing dengan pembangunan masa kini “ bergerak dalam rangka kerja dan logika demokrasi liberal Barat,” dan tidak lagi terus kekal jumud dan memandang politik dari kacamata fahaman dogmatik (mesti diterima dan tidak boleh disangkal) hasil amalan kabilah atau sukukaum yang usang.”
I
Bahaya sebenar yang dihadapi oleh Iran akan muncul di tahun mendatang apabila Arab Saudi digesa bekerjsama dengan AS dan Israel untuk melancarkan serangan terhadap Iran. Pertelagahan sengit yang sedang terukir di Riyadah di kalangan pelbagai istana di kalangan putra-putra raja dan tarik tali tentang cara terbaik melancarkan dasar luar negara mengenepikan penggelonsoran hubungan Iran-Arab Saudi. Menteri Luar Saud al-Faisal sedang gering. Pertelagahan diraja tentang calon penggantinya semakin genting sekarang ini hingga menyentuh isu bagaimana menangani kemunculan pengaruh Iran di Timur Tengah.


Baru-baru ini ‘Washington Post’ telah mengutip sumber yang rapat dengan keluarga diraja Al Saud dan melapurkan bahawa kerjasama AS-Saudi tentang cara menangani Iran akan sama bentuknya dengan tindakan bersama dengan tindakan ‘yang membantu tentera anti-Soviet semasa Moskow menjajah Afghnistan pada 1979-1989.”

Akhbar itu telah mengaitkan kisah pengunduran tergesa-gesa Putera Turki al-Faisal (adik kepada menteri luar sekarang) selepas hanya 16 bulan memberikan khidmatnya sebagai duta Saudi di Washington. Akhbar itu juga memberi sindiran tentang’ pengaruh yang semakin terhakis daripada putera-putera Raja Faisal, yang telah berdekad-dekad mendominasi perkhidmatan diplomatik dan perisikan .” Apapun Khamenei telah memeram dulu bberapa pekataan berbisa dalam pesanan hajinya untuk pucuk kepimpinan Arab yang pro-Barat yang telah memihak kepada AS an Baritaian (serta Israel) untuk terus menekan Iran.

Khamenei berkata: “Hari ini sebarang tindakan yang memecah-belahkan dunia Islam adalah satu dosa bersejarah. Mereka yang secara niat jahat menggunakan konsep ‘takfir’ untuk mengishtiharkan begitu banyak kelompok manusia sebagai orang yang tidak beriman, mereka yang mengutuk kesucian pelbagai bahagian Islam, mereka yang belot dan menikam belakang pemuda Lubnan yang menjadi sumber kehormatan ummah, mereka yang bercakap tentang keliaran yang sengaja diada-adakan dan kehancuran undang-undang di Iraq untuk menewaskan kerajaan Islam yang popular dan mereka yang menekan kerajaan Hamas yang naik dengan sah di Palestin, sama ada dengan niat ataupun tidak, akan dianggap sebagai petualang, dibenci oleh sejarah dan generasi akan datang, dan akan dianggap sebagai askar upahan kepada musuh yang ganas.”

Iran sedang meneliti dengan sabar pakatan Arab Saudi, Jordan dan Mesir bersama Israe. Bagaimana mereka bergerak di Lubanan dan Palestin. Sesungguhnya Israel tidak pernah teragak-agak membocorkan dari satu masa ke satu masa segala agenda operasi gelap yang dilakukannya bersama Riyadh dan Kaherah. Kerana itu Iran mencemuh dengan lantang rombongan duta khas Liga Arab ke Beirut bulan lalu dan apa yang disebut formula empat unsur bagi penyelesaian di Lubnan bagi pertimbangan Hezbollah.

Pemimpin Ulung Iran, Imam Khamenie, pernah memberitahu Perdana Menteri Palestin dan pemimpin Hamas Ismail Haniya di Tehran pada 10 Disember lalu bahawa melalui ‘penentangan dan kecekalan” orang Palestin pasti akan berjaya menguasai semula tanah mereka yang dijajah dan Hamas boleh meyandarkan harapan kepada sokonga penuh Iran.
.
Sebalik pendirian demikian dan retoriknya, Iran mengharapkan pentadbiran Bush tidak lagi memilikki satu strategi yang jelas mengenai Iraq, dan Washington masih lagi menimbangkan pilihannya. Tehran sedar juga bahawa Washington hanya sudah ketiadaan kayu sakti untuk dimainkannya selain merujuk kepada taktik menekan dan mengacah Iran pada waktu ini.

Soalnya sekarang ketika Iran sudah mula bersikap terbuka menyanggah strategi Anglo-AS, ia sememangnya satu pengakuan wujudnya kesedaran bahawa Washington sudahpun mengalah untuk memulakan satu rundingan terbuka dan berterus terang dengan Tehran. Melampaui taktik penekanan di peringkat diplomatik, kemungkinan melancarkan serangan tentera terhadap Iran sudah menjadi isu terbuka. Pada waktu yang sama Washington semakin tertekan untuk menyekat Iran menjadi sebuah negara yang berpengaruh di rantau itu.

Sudah tentu, Iran mesti kekal berwaspada akan perdebatan di AS tentang kekalahannya di Iraq masih lagi dianggap berasaskan penggunaan strategi satu hala kuasa AS. Sebaliknya inilah yang memaksa Tehran mengkaji sebarang kemungkinan apa kesannya daripada setiap tindakan dan tindakbalas yang akan muncul. Tehran tidak boleh mempunyai kebebasan untuk menggantung keazamannya sesuka hati.

Saya teringatkan kata-kata T.S. Eliot ketika mengimbau perjalanan berliku hubungan AS-Iran ini yang pasti akan menyerlah pada tahun mendatang.: “Bunyi tapak manusia bergema dalam ingatan sepanjang laluan yang tidak kita lalui ke arah pintu yang tidak pernah kita buka untuk memasukki gerbang taman bunga………”

M K Bhadrakumar served as a career diplomat in the Indian Foreing Service for more than 29 years, with postings including ambassador to Uzbekistan (1995-98) and to Turkey (1998-2001).

(Copyright 2007 Asia Times Online Ltd. All rights reserved. Please contact us about sales, syndication and republishing.)

Sunday, January 21, 2007

Perdana Menteri Yanag Berserabut Fikirannya

  • 19/01:

    Perdana Menteri Yang Berserabut Fikirannya
    (Our mentally-challenged Prime Minister)
    THE STRAIGHT TIMES - Ibnu Hakeem

    Terjemahan – marhaintua-

    {Awalkata Penterjemah: Kalau diterjemah Bahasa Inggeris ‘mentally deranged’ secara kasarnya ia bermaksud ‘OTAK MERENG. Takkan kita mahu beri gelaran demikian kepada Perdana Menteri kita?}


    Minggu ini memang sungguh menarik. Lapuran menyebut ketika air bah membanjiri Johor pada pusingan pertama, Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi, telah melanjutkan percutian ke Australia untuk merasmikan pembukaan restoran “Nasi Kandar” milik adiknya.

    Pada hari Rabu, 17hb Januari, 2007, Perdana Menteri telah mengadakan pesta makan durian di rumah kediamannya di Sri Perdana. Ada gambar rakaman NST menunjukkan beliau membelah durian. Mereka tidak pula menunjukkan gambar durian mercik ke mukanya.

    Dalam lawatan singkat beliau ke kawasan banjir di Johor, Badawi berkata Kerajaan akan memeberikan suntikan ‘percuma’ menentang penyakit. Sepatutnya ada sesiapa yang memberitahu Badawi bahawa khidmat perubatan kerajaan di Hospital Besar memang sentiasa percuma ataupun hampir tidak dikenakan sebarang bayaran dan tidak ada kerajaan di mana-mana juga di dunia ini yang akan mengenakan bayaran keatas rakyatnya yang menjadi mangsa banjir. Semuanya diberikan percuma.

    Selepas selesainya Monsoon Cup di Terengganu, Badawi fikir adalah wajar untuk membazirkan lagi RM300 juta dengan mengatakan bahawa 1.4 bilion manusia di merata dunia telah menyaksikan perlumbaaan kapal layar secara lintas langsung di TV. Berita ini adalah semacam berita sensasi yang kerap kita dengar daripada Mufti Perak. Hakikatnya perlawanan bolasepak Piala Dunia yang ditontonkan di TV tidak pun mendapat liptuan penonton seramai itu. .

    Buku kamus memberikan definasi seseorang yang ‘bodoh’ sebagai seseorang yang sukar mengerti ataupun sukar mempelajari sesuatu. Seorang ‘moron’ adalah seorang yang ‘terlampau bodoh’ . Tentulah kurang beradab kalau kita katakan bahawa Abdullah Badawi, Perdana Menteri sebagai seorang moron yang bodoh. Akan tetapi ia mungkin lebih sesuai untuk kita katakan dia memang terlalu ‘kureng’ dalam bidang ilmu pengetahuan ataupun kurangan bijaksana. Kalau mahu menggunakan bahasa politik yang sesuai adalah wajar kita katakan bahawa Perdana Menteri kita sedang dihantui ‘fikiran berserabut’. ..Soalan yang sedang meraung mahukan jawapan ialah berapa lama lagi rakyat Malaysia mesti digugat oleh ketidakcekapan beliau?...

    Pada 17 Januari, NST telah melaporkan betapa Abdullah telah mencabar menteri-menterinya ‘menunaikan janji” mereka. NST telah berbangga mengumumkan cabaran Abdullah kepada Menteri Pendidikan Hishamuddin Hussein “agar menunaikan janji anda untuk mempertingkatkan sistem pendidikan negara” dan mencabar pula Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Mohamed dengan berkata: “Hisham telah berjanji akan menghasilkan pelajar cemerlang memasuki universiti anda. Bolehkah anda hasilkan graduan yagn terbaik?”…

    Akan tetapi Perdana Menteri........, mereka ini adalah menteri anda. Inilah Kabinet anda. Anda yang melantik mereka semua. Anda yang membelahkan Kementerian Pelajaran menjadi dua. Apakah lagi untuk dicabar: Beri sahaja arahan agar mereka menjalankan tugas. Jika tidak, nyahkan mereka. Lebih baik lagi kenapa anda sendiri yang tidak bersara dan pergi jauh?...

    Dalam satu artikel yang disiarkan di Internet bertajuk: “Ailing Nation with a flip flop Prime Minister” (Negara sakit dengan Perdana Menteri yang berdolak-dalik), kata sejarah terkenal Datuk Professor Khoo Kay Kim berkata bahawa betapa “kurangnya wawasan nasional ataupun halatuju” dan bahawasanya “ramai rakyat Malaysia sudah kehilangan panduan ke mana arah tuju negara.”… Artikel Prof. Khoo memperakukan bahawasanya Badawi memang ternyata ‘kekurangan bijaksana.’ Perkara ini sekali lagi telah diperakukan oleh tajuk berita NST yang merumuskan kajian terbaru dalam satu seminar mengenai tiga tahun pertama pemerintahan Badawi dengan menggunakan perkataan ‘bloopers’ (laksana cerdik si Pak Pandir) Inilah sahaja yang dapat dirumuskan oleh NST tentang tiga tahun pertama pentadbiran Badawi. ..

    Pada minggu ini, Anwar Ibrahim turut sama melalak di medan perang. Dia telah mendedahkan bagaimana Perdana Menteri Turki memberitahu beliau bahawasanya memang Abdullah pernah berada di Bodrum Turki untuk menerima satu bot kapal layar sebagai hadiah daripada Ananda Krishnan. Akhbar Turki Hurriyet enggan menarik balik cerita mereka menyatakan Abdullah sesungguhnya berada di Bodrum untuk melihat bot tersebut. Jika begitu kisah ini bererti Badawi sudah berbohong mengenai kapal layar tersebut…

    Anwar telah turut membuat satu kenyataan akhbar bahawa TPM kita, Najib Tun Razak, telah terlibat dalam pembunuhan yang melibatkan seorang wanita Mongolia, Altantuya Shariibuu. Beberapa dakwaan Anwar telah turut diulang oleh Ketua Pembangkang Lim Kit Siang dalam kenyataan akhbar beliau. ..

    Datuk Najib semakin menjadi isu basi. Dari seorang yang pintar berpidato, yang ternyata berkelipan dengan segala gemerlapan alter-ego yang mengkelamkan Abdullah Badawi yang ‘kureng’ tadi, Najib kita mendapati dirinya tersadai laksana sebilah pendayung sampan yang hanyut tidak keruan di tengah-tengah sungai Mongolia mengahala satu air lata dengan isterinya berpaut pada tengkuknya laksana bebanan batu yang sungguh berat. Tidak ada lagi ‘Maid of the Mist “ untuk menyelamatkan Najib.

    Selain kegawatan yang dicetuskan oleh Anwar dan Lim Kit Siang, serta satu analisis tajam mengenai pembunuhan Altantuya oleh Penulis Kim Quek, sikap Najib diam membisu suara semakin membingitkan. Dakwaan terhadap kematian altantuya semakin menjadi isu yang serius. Terdapat jurang pemisah yang amat nyata dalam cara kes itu dikendalikan di mana Peguam Negara turut sama diam membisu.

    Kenapakah jabatan Peguam Negara beria-ia mengistiharkan dengan pantas, ‘tidak ada orang lain terbabit ?” Ini adalah satu perkara ganjil dalam mahkamah undang-undang. Apakah kemungkinan ‘mens ria’ ataupun motif dua orang anggota UTK membunuh Altantuya? Apakah dendam kesumat pegawai UTK terhadap Altantuya sedang marak belum pernah bertemu sebelum kematiannya dulu ?

    Semua orang sedia maklum bahawa pegawai UTK adalah begitu terlatih dan cekap dalam menjalankan tugas - malahan melakukan kegiatan yang melanggar undang-undang - mengikut arahan seseorang yang berpangkat tinggi di atas. Masyarakat umum masih dapat mengimbau bagaimana Anwar pernah memberi arahan kepada Special Branch (Polis Khas) untuk menangkap secara tidak sah dan menyiksa Umi Hafilda dan Azizan Abu Bakar – satu jenayah yang menyebabkan Anwar terpenjara selama enam tahun. .

    Jadi siapa yang memberi arahan maut kepada pegawai UTK untuk membunuh Altantuya Shaariibuu? Kalau AG (Peguam Negara) berkata tidak ada orang lain memberikan arahan itu dan dua orang pegawai UTK telah bertindak secara sendiri, ini hanya memperakukan bahawa memang wujud perbuatan menutup rahsia keatas pembunuhan itu. ..

    Ini bermakna bahawa AG pihak Polis dan sesiapa sahaja dalam Kerajaan memang bersekongkol untuk menutup skandal itu – sama ada dengan niat ataupun tidak menyedarinya.

    Soalan yang menghantui ramai rakyat malaysia ialah apakah Najib dan isterinya Rosmah pernah menemui Altantuya Shariibuu sebelum itu, di mana sahaja di dunia ini seperti di Himalayas, di Amazon, di Peranchis atau pun di mana sahaja?..

    Apakah Najib tahu bahawa Altantuya pernah memberikan khidmat perundingan seperti penterjemahan dan alihbahasa kepada syarikat ataupun beberapa syarikat milik Razak baginda ataupun kepada Razak Baginda sendiri dalam perjanjian jualbeli kapal selam Peranchis? .

    Apakah sikap diam membisu Najib itu disebabkan dua orang pegawai UTK dalam kes pembunuhan adalah pengawal peribadi beliau dan polis wanita yang tidak pun dikenakan sebarang tuduhan adalah pengawal peribadi Rosmah, turut mengapikan pelbagai andaian dalam misteri kematian itu. .

    Anwar juga telah bersuara lantang menyindir Najib dengan mempersoal pembabitan beliau dalam pembelian jet pejuang Sukhoi bernilai RM3.2 bilion di mana komisennya ialah USD 100 juta. Orang lain yang terlibat dan disebut namanya oleh Anwar ialah Dato Seri Adib Adam dan adiknya Askiah Adam yang satu ketika dulu merupakan anggota Sisters in Islam.

    Anwar sedang menyerang Najib yang sedang goyah kedudukannya laksana seekor ‘hyena’ (serigala lapar) yang menghambat mangsa untuk dibahamnya. Anwar memang sedang berusaha sebaik mungkin untuk menganggotai UMNO semula. Kes Altantuya adalah laksana hadiah rahmat baginya. Anwar tidak akan melepaskan peluang ini. Najib dan orangnya sudahpun dilihat sebagai ‘berita basi” sahaja.

    Seandainya Najib tersingkir akan muncul nanti wajah baru sebagai TPM baru ataupun besar kemungkinan dua orang TPM yakni Khairy Jamaluddin dan Anwar Ibrahim? Apakah ini satu senario yang serba mungkin? Akan tetapi kalau Najib jatuh, apakah dia tidak akan meruntun sama keseluruhan sistem UMNO mengikutinya?

    Anwar telah juga mula menyagat Nor Mohamed Yakcop dengan mengulangi tuduhan bahawa Nur Mohamed telah melakukan perbuatan haram dan jenayah kerana menyekat saluran maklumat kepada Gaboner Bank Negara ketika dia terlibat dengan kegiatan haram perdagangan forex dan beliau telah dipecat daripada jawatannya. Ketika itu Anwar berkata bahawa Nor Mohamed tidak boleh memegang sebarang jawatan dalam industri kewangan negara. Namun, kini beliau ialah Menteri Kewangan Kedua Malaysia yang bertanggungjawab terus kepada Khairy Jamaluddin.

    Perdana Menteri sedang sibuk berurusan melihat bot beliau di Turki, membuka kedai nasi kandar, melihat hartanah di Australia dan menjadi tuan rumah kenduri durian. Kerja-kerja mentadbir negara diserahkan kepada budak-budak hingusan di Tingkat Empat.

    MIER (Malaysian Institute of Economi Research) telah diarah mengulangi tindakan kerajaan yang mengatakan bahawa ekonomi 2007 akan meleset. Taksiran awal mengatakan pertumbuhan 6% untuk tahun ini telah pun dikurangkan kepada 5.2%. Tahun sudah, gembar-gembur jangkaan 6.2% sudahpun akhirnya dikecutkan menjadi 5.8%

    Tun Dr. Mahathir tidak lagi mempercayai perangkaan Malaysia. Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9) telah meramalkan pertumbuhan ekonomi sebanyak 6%. Tetapi untuk dua tahun secara berturut-turut, kadar pertumbuhan itu telah menggelongsor kepada tahap 5%. RMK-9 turut meramalkan hasil minyak berasaskan harga USD 64 per tong. Kini minyak didagangkan pada kadar USD50 per tong. Analisis meramalkan minyak akan bertahan pada USD45 hingga USD48 per tong.

    Sebagai perbandingan, KLSE telahpun mencecah 1139 mata, dan masih naik mencanak. Nampaknya jajaran KLSE tidak ada kena mengena dengan fundamental ekonomi negara lagi. Banyak wang panas sudah masuk mengalir ke dalam pasaran rantau ini, dengan impian dapat membalun keuntungan daripada kadar tukaran dollar yang semakin lemah, sambil marak melonjakkan harga saham. Apabila wang panas ini mula berundur KLSE akan merudum. Soalnya sekarang bilakah ini akan terjadi?. Thailand sudahpun mengambil langkah tegas dan berani untuk menyekat gerakan ini dan mengenakan sekatan kepada para spekulator asing dengan mengenakan sekatan (pembekuan) 12 bulan kepada 30% dana yang dilaburkan dalam pasaran saham, hartanah, bon dan pinjaman matawang asing. Di Malaysia malangnya, kita dapati kerajaan Malaysia masih sibuk bermesyuarat dengan para pengurus dan pengendali wang haram asing yang turut memberikan cadangan agar kerajaan meminjam USD 50 bilion untuk membiayai RMP-9. Soalnya sekarang apa akan jadi kepada matawang kita?

    Seperti yang disebut oleh Prof Khoo Khay Kim, negara ini sudah hilang hala tujuannya. Ada seorang pemerhati mencadangkan agar kepimpinan negara diserahkan kepada Khairy Jamaluddin. Apakah ini satu idea yang celupar? Salah seorang perdana menteri Britian yang paling terkenal dalam sejarah negara itu ialah – Benjamin Disraeli - yang menjadi Perdana Menteri ketika dia baru mencapai usia 32 tahun semasa pemerintahan Ratu Queen Victoria. Seorang Perdana Menteri Malaysia yang berusia 32 tahun mungkin membawa kebaikan kepada negara ini. …

    Kalaulah Najib berundur daripada arena politik, Badawi boleh memberi laluan kepada anak menantunya, dengan cara ini kita akan dapat menjimatkan masa. Negara akan diselamatkan daripada masalah pertelagahan kerana mahukan kuasa. Akan berlaku kurang aktiviti rasuah dan pembinaan tabung dana perang. Inilah prasyarat untuk sesiapa mahu naik tahkta UMNO. Khairy boleh teruskan usaha mentadbir negara.

    Yang pasti Khairry perlu mendapatkan penasihat yang lebih baik. Negara ini memerlukan kerja-kerja pengolahan ekonominya semula. Kementerian Kewangan sedang berserabut sedangkan beberapa unit penting seperti Unit Perancang Ekonomi telah pun terpinggir. MITI sudah menjadi tidak berguna dan Kementerian Hal Ehwal Perdagangan Dalam Negeri sudah pun mengecut untuk menjalankan tugas menghambat lanun DVD .



    Apa yang diperlukan ialah Kementerian Pembangunan Ekonomi yang melibatkan MITI, Kementerian Dagang Dalam Negeri, EPU, institusi kewangan, KLSE dan Suruhanjaya Sekuriti.

    Kementerian Kewangan akan memainkan peranan sebagai tukang pembayar wang.

    Perhatian berat perlu ditumpukan kepada kerja-kerja menggerakkan ekonomi. Perdana Menteri tidak lagi mampu menguruskan tanggungjawabnya. Pertumbuhan 6.4% pada 2005, 5.8% dalam 2006, 5.2% dalam 2007 adalah gambaran jelas dan nyata bahawa PM yang ada memang sedang berdengkur dalam tugasnya.

    ....

C4-2

20/01:

C4-2

oleh: Petra Kamarudin
Terjemahan -marhaintua-

“Saya ada berita yang meletup macam dinamit untuk kamu,’ kata suara Tukang Karut. Dia ini adalah ‘pragn dalam’ kepercayaan saya yang bergesel bahu dengan mereka yang menyibuk ……yang saya masksudkan mereka yang mundar mandir di anjung kuasa.

“Dinamit?” Zaman sekarang kita tak main dinamit lagi brader. Sekarang kita cakap pasal C4,” sambut syaa dengan cara selamba. Nmapaknya Tukang Karut tidak perasaan seloroh saya, apapun dia bukannya tersenarai paling atas dalam carta kawan-kawan yang dianggap intelektual.

Tukang karut menoleh ke belakang untuk menentukan kami tidak diperhatikan oleh sesiapa. Dia memang kelihatant teruja. Memang dia tidak boleh duduk diam dan sentiasa resah di kerusinya. .Dia sudah samapi ke tahap tidak tahan lagi seolah-oleh seorang yang betul-betul teransang dan tidak dapat manahan apa yang mahu diberitahukan kepada saya..Saya percaya cerita ini akan pasti jatuhkan Najib,” kata Tukang karut sambil menyedut sebatang rokok yang tidak bertapis. “Kisah ini besar. Najib sudah bungkus.”.”Maksud kamu lebih besar dari kisah wanita Mongolia ataupun skandal kapal selam?”

”Takkan kamu nak kaitkan Najib kepda kisah pembunuhan itu atuapun kapal selam. Semua orang tahu mengneinya tetai bagaimana kamu boleh kaitkan Najib dengan cerita itu? Yang ini kamuboleh kaitkan Najib kerana ada orang yang sanggup bercakap. Inilah yang Najib tidak boleh lepas.”

”Baiklah, tetapi kenapa kita mahu jatuhkan Najib?” tanya saya, sambil menunjukkan kenaifan agar si Tukang Karut akan lebih tenang dan semakin berterus terang.

”Kalau Najib keluar bererti baguslah peluang untuk bos saya naik keatas.” Jawabnya dengan pandangan seolah-olah kenapa kamu tanya soalan bodoh?” terpancar di wajahnya.”O.K. saya faham, tetapi apa yang kamu mahu saya lakukan? Maksud saya, mengapa kamu cerita semua ini? Apa yang boleh saya buat? Apakah kamu mahu saya tulis cerita ini di Malaysia Today?”

””Tidak jangan dulu, kisahnya mesti dikeluarkan dulu. Saya mahu kamu cakap dengan Tun dulu.”“Tun? Maksud kamu Tun Dr Mahathir? Kenapa saya?”“Kamu boleh hubungi Tun bukan? Saya mahu kamu beritahu Tun perkara ini dan tanya Tun kalau dia setuju bertemu orang ini.”

“Tetapi, apakah yang Tun boleh buat? Dia bukan PM lagi?.”
“Perempuan ini tidak mahubertemu dengan orang lain. Dia hanya bersedia bertemu Tun. Dia tidak mahu bertemu orang lain. . Dia takut.”

“Perempuan?”
“Betul. Adik Adib Adam. Askiah.”

“Kenapa dia tidak pergi sendiri betemu Tun“

“Memang dia hendak sangat. Tetapi dia tidak ada di Malaysia. Dia bersembunyi di seberang laut. Dia terlalu takut. Adib mahu bunuh dia. Dia dah suruh orang mencari adiknya dan dari terlalu takut kalau dia akan dibunuh.”“Ish….! Takkan Adib sanggup membunuh adiknya sendiri! Kamu ni sengaja bermimpi di siang hari.”

“Kamu belum kenal siapa Adib. Dia memang ganas. Ini perkara wang banyak lah….Dia sanggup lakukan apa sahaja, termasuk membunuh adiknya sendiri….kerana wang..”

Tukang Karut keluarkan segulung kertas dan membentangnya di atas meja sambil melihat di belakang bahunya, untuk menentukan dia tidak menarik perhatian sesiapa.
Saya meliriknya. Ada satu berita dalam akhbar Utusan Malaysia bertarik 13 Mac 2006, brtajuk: “Kes Sukhoi. Permohonan Adib Adam ditolak.” Saya membacanya dengan pantas dan dapat memahami apa yang terkandung dalam artikel itu.

“Hmmm… memang menarik. C4-2” kata saya..“Ah? C4-2?”

“Yelah, skandal kapalselam itu ialah C4. Yang ini C4-2.”“C4-2? Tak paham.”

“ Tak mengapa ,” jawab saya. “Bergurau sajer.” Memang Tukang Karut memerlukan masa untuk memahami sindiran dan gurauan.
“OK, jadi kamu mahu saya ceritakan perkara ini degnan Tun?”

“Ya, tolong tanyakan apakah Tun sedia bertemu Askiah. Dia ada simpan segala dokumen dan bersedia serahkan dokumen itu kapada Tun.”

“Baiklah. Tetapi apakah isu nya?” tanya saya. “Saya masih tidak memhamai isu itu.”

“Ceritanya begini. Adib dan Askiah ada satu syarikat yang menguruskan pembelian Sukhoi. Harga kontrak adalah lebih dari RM3 bilion dan komisennya ialah RM450 juta. RM250 juta telah dibayar kepaa Najib. Ada bakinya ialah RM200 juta.“O.K.”“Tetapai Adib telah menubuhkan saut lagi syariakt yang namanya seakan-akan sama di Labuan dan dia bukan satu akaun bank yang baru dengan nama syarikat itu. Askiah bukannay menjadi pengarah syarikat di Labuan itu dan dia juga bukan seorang penandatangan cek syarikat tersebut. Kemudain Adib telah alihkan RM200 juta kepada akaun syarikat yang didaftarkannya di Labuan.”

“O.K..”
“ Pada satu hari Askiah dapati semua wang syarikat telah lesap dan dia telah menyaman abangnnya. Apabila abangnya mahu membunuh beliau dia lari dan kini sedang bersembunyi. Sekarang dia sudhabersedia keluar dari sembunyaiannya untuk bertemu Tun dan serahakan segala dokuman. Beliau juga memilikki segala kenyataan bank untuk menunjukkan RM250 juta telah dibayar kepada Najib dan RM200 juta telah dialihkan kepada syarikat di Labuan.”

“Apa yang kamu mahu Tun buat dengan maklumat semacam itu?””Dia mahu keseluruhan kisash itu menjdi pengetahun umum supaya dia merasa selamat. Apabila seluruh dunia mengetahui kisah itu maka Adib tidak boleh bunuh dia. Jika tidak semua orang tahu dia yang membunuh Askiah. Barulah dia berasa selamat.”

”Tetapi ini bermakna Najib akan tumbang.” Kata saya tetapi lebih merupakan satu soalan dan bukannya satu kenyataan.’Sudah pasti!”

”O.K., biar saya cakap kepaa Tun..” kata saya secara brbohong. Saya tidak fikir Tun Dr. Mahathir akan berminat untuk menjatuhkan Najib. Lagipun, bukankah dia yang memaksa Abdullah Ahmad Badawi mengambil Najib sebagai orang nombor dua? Kalu dibiarkan Abdullah membuat pilihan, Najib sudah lama berada dalam jel dan bukannay mengisi kerusi Timbalan Perdana Menteri.

Sudah tenau ini akan menjadia satu cerit yang bagus. Kalaulah Adib bersedia memmbunuh adiknya sendiri seperti yang dikatakan oelh Tukang Karut, saya yakin dia tidak akan teragak-agak melakukan lebih dahsyat dari itu kalau saya bocorkan ceirta ini dalam Malaysia Today. Mereka berkemungkiann menjumpai srpihan tulang saya berkecai meraata hutan dan melabelkannay C4-2, mangsa pembunuhan mengikut cara sama tidak sampai satu taun, selepas yang perama.

”No way Jose!!!!!!!! Klau setakat ditahan bawah ISA mungkin yang paling dahsyat yang sanggup saya tanggungi Saya tidak sanggup mengambil risiko lagi. Diledak hingga berkecai dengan C4 buanlah rencana mainan saya. Saya akan menyimpan kisah ini dalam fail “KIV” dan tidak abaut apa-apa emgnenainya lagi. Sayabercadang untkmnelefon Tukang Karut dan nyatakan saya sudahpun bercakap dengan Tun dan saya serahkan kepada Tun apa tindakan selanjutnya. Kisah ini terlalu panas dan ada beberapa aspek cerita itu yang tidak boleh diberitahu.

Saya tahu bahwa saya pernah berakta bahawa Malysia Todak adlaha stu forum yang bebas dan mempunyai bisnes mendeahakan kisah yang belum diberitahu. Mungkin, untuk pertama kali saya terpaksa emlanggar peraturan ini dan saya minta maaf kepad apara pembaca Malysia Today kran tidak menyiarkan kisah ini. Saya fikir pada kali ini satu kisah yang tidak dihebohkan akan terus tetapi menjadai kisah yang tidak diberitahu. Maaf yer….!

Tuesday, January 16, 2007

Surat Warga Amerika Kepada Dunia Sejagat

Surat Warga Amerika Kepada Dunia sejagat..

(Letter from an American citizen "addressed to the world")
Terjemahan -marhaintua-

Biarkan saya bercakap dulu kepada rakyat Iran.

Terdapat majoriti yang besar rakyat Amerika yang begitu takut akan ketidakupayaan kerajaan kami mendengar apa yang kami suarakan. Kami tidak mahu berperang. Bukan dengan kalian, bukan dengan sesiapa pun. Kami mengkagumi budaya purba kalian dan menghormati kepercayaan keagamaan kalian. Ketika kerajaan kami mengusahakan beberapa langkah kearah mencetuskan satu lagi peperangan haram, kali ini terhadap negara kalian yang besar, kami majoriti warga Amerika Syarikat, sedang melakukan apa sahaja dalam bidang kuasa kami untuk menyekatnya.

Baru-baru ini kemi telah melantik pegawai baru di Kongres, yang kami percaya dan harapkan mampu menyebelahi kami untuk menamatkan prancangana jahat pentadbiran yang ada kearah penjajahan global. Namun, demikian nampaknya kami sudah tidak punya banyak suara dalam perkara ini lagi. Kami mungkin melalak sepuas-puasnya tentang apa yang kami rasakan, menulis berjakang surat kepada para pegawai, menunjuk perasaan di jalanraya, menuntut adanya akauntabiliiti pada setiap tindakan para pemimpin, presiden kami tetap tidak ambil peduli dan meneruskan gelagatnya laksana seekor monyet sarkas.

Saya ingin memohon maaf kepada rakyat Iran sekarang, dan memberikan jaminan bahawa kami akan lakukan apa yang terdaya untuk menghalang pemimpin kerajaan kami daripada mengulangi kesilapan yang besar dalam dasar luar negara.

Sekarang biarkan rakyat Iraq mendengar saya pula.

Harap anda faham keperitan kami terhadap apa yang telah dilakukan oleh pemimpin kami keatas negara kalian. Walaupun sebilangan besar kami faham bahawa Saddam Hussein adalah seorang diktator yang zalim, kami juga faham bahawa selama beberapa tahun, negara kami telah memberikan sokongan kepada beliau dan beliau hanya digulingkang sebagi presiden Iraq apabila kerajaan kami mendapati perlu berbuat demikian. Pemimpin kami telah membohongi kami tentang wujudnya ancaman senjata pemusnah di Iraq.

Kebanyakan warga negara kami ketika itu memang merasa takut apa akan terjadi kepada dunia ini selepas berlakunya serangan pada September 11, 2001. Presiden kami telah mengambil kesempatan daripada ketakuan kami itu untuk meneruskan agenda peribadinya. Perbuatan itu memang SALAH. Itu bukanlah tempat kami menghumban seorang diktaotr, Itu adalah tempatnya untuk anda berbuat demikian kalau anda suka.

Apapun, negara anda kini sudah hancur musnah dan ramai manusia yang mati setiap hari. Presiden kami baru sahaja berkata bahawa fenomena itu “tidak boleh dierima” nuya. Seperti biasa nampaknya kata-katanya itu memang tidak mencukupi. “Tidak boleh dierima” bukan lah satu frasa untuk digunakan apabial puluhan ribu manusia telah terkorban dan banyak lagi akan terkorban dalam waktu yang terdekat. .

Kita tidak boleh selesaikan kekalutan ini, Kita hanya akan menjadikannya lebih teruk lagi. Majoriti rakyat Amerika mahukan askar Amerika diundurkan daripada negara anda dan membolehkan orang Iraq satu peluang untuk menguruskan diri sendiri. Semoga kalian faham bukannya kami mahu tinggalkan saja-saja negara anda. Kami berharap dapat memberikan sokongan kepada anda dari segi kewangan, kepakaran teknologi, sokongan moral apa sahaja keculai memberikan nyawa.

Saya sedar anda telah mananggung kesangsaraan melampaui apa yang pernah ditanggung oleh AS. Akan tetapi inilah masanya kita manghantar mesej kepada dunia bahawa anda tidak memerlukan Amerika Syarikat untuk terus menjajah negara anda yang berdaulat. Bagi pihak rakyat Amerika, kami memang amat sedih atas kecuaian kami itu.

Kepada rakyat Israel……...

Saya ingin katakan bahwa kami faham.

Kami hormati perjuangan anda di dunia ini. Kami faham bahawa anda tealh dihina selama beberapa tahun yang lama. Namun demikian, itu tidak memberikan anda hak melakukan keatas orang lain apa yang telah dilakukan keatas anda sekelian. Saya tidak mencadangkan agar anda memikul segala tanggungjawab kerana perjuangan di Asia Barat, tetapi anda tidak membantu untuk menyelesaikannya.

Anda bertarung untuk hartanah. Anda bertarung untuk dihormati. Anda bertarung untuk kedamaian.. Bolehkah saya caadangkan bahawa kalau selama 60 tahun tidak ada yang berubah, mungkin and telah melakukan pertarungn itu dengan jalan yang salah? Saya tahu anda anda akan bayangkan gambaran pengeboman dan keganasan untuk memperkasakan tindakan anda. Tetapi haraplah pertimbangkan, keganasan sebagai balasan kepada keganasan hanya akan menjurus kepada lebih banyak keganasan. .

Mesti ada jalan penyelesaian yang lebih baik. Terdapat banyak ruang untuk membenarkan dua negara yang berasingn dan berdaulat untuk sama-sama bernafas, Israel dan Palestin. Saya faham memang terdapat lebih banyak isu di sini, namun, kita perlu mulakannya juga pada stau hari.

Apakah kita benar-benar mahu menyalahkan segala kepincangan hidup ini kepada “si dia”? Pemikiran semacam ini memang cetek dan terlalu diwarnai keangkuhan. Tolonglah, sebelum menyalahkan saya sebagai soerang lagi yang anti-Semit, baca nama saya dan fahami bahawa kita sama-sama mengongsi satu warisan.
.
.
Kepada rakyat Amerika Syarikat?

Apakah anda takut?

Memang saya takut. Bukan takutkan Al-Qaeda, bukan militia Suni ataupun Shia, bukan pejuang ganas, bukan juga mereka yang disebut “Islamofasis”, bukan bom berangkai, ataupun kerana terpaksa “melawan mereka di sini”, bukan takutkan Iran dan nuklearnya, bukan takutkan pesawat yang akan meletup, bukan antrax dalam surat, bukan takut Hamas, ataupun Hezbollah, bukan senjata pemusnah massa (WMD), ataupun sel pengganas di laman belakang rumah.

Saya tidak takutkan siapa-siapa pun yang kerajaan kita pernah usahakan untuk menakutkan saya supaya percaya adanya bahaya di depan pintu rumah. Sebaliknya, saya takut akan kerajaan kita. Apakah kita boleh lupa kan segala pembohongan yang diulang-ulang semala ini oleh pemimpin kjita? Apakah kita boeh lupakan segala keganasan yang dilakukan atas nama kita? Bolehkah kita lupakan cara dunia luar melihat kehebatan negara kita sekarang ini?

Tidak,

Bolehkah kita diam membisu sedangkan peruindangan seperti Military Commission Act menghapurkan hak asasi kita? Bolehkah kita berdiam diri dan biarkan pemimpin kita mencuri-dengar bualan kita di telefon, membaca surat kita, menyiasat kad perpustakaan kita, ataupun menyelongkar emel kita? Saya fikir sudah tentu tidak..

Presiden kita telah menobatkan kuasa atas dirinya untuk menganggap sesiapa sahaja dan di mana sahaja sebagai seorang musuh bersenjata. Dengan lebel terbaru ini sesiapa sahaja boleh ditangkap, ditahan tanpa had tempohnya di Gitmo (Teluk Guantanamo, Cuba) ataupun mana-mana penjara tentera tanpa sebarang dakwan dan diseksa.

Kalau mereka bernasib baik, barulah mereka dihadapkan untuk pengadilan. Tetapi tidak dibenarkan melihat bahanbukti terhadap mereka kerana itu dianggap menjaga keselamatan negara.

Mungkin saya akan ditangkap kerana menulis surat ini. Mungkin juga anda yang akan ditangkap kerana membacanya. Apakah in negara kita? Apakah ini jadinya kepada Amerika Syarikat?

Tidak ada lagi kebebasan bersuara, kerana takut kita akan naikkan amarah presiden.

Tidak ada lagi kebebasan berkumpul, kerana kita akan menaikakn amarah presiden.

Tidak ada lagi hak dibicarakan oleh juri yang sebaya dengan kita, tidak adalah perlindungan terhadap kutukan-diri, keculai anda sanggup menahan penyiksaan. .

Sekarang ini nasib kita terletak pada keihsanannya. Kita telah melakukan yang betul semasa pilihanray November dulu dengan bertindak menamatkan kegilaan ini. Namum, ia tidak boleh terhenti di sana. Kita perlu melangkah setapak ke belakang. Samada Demokrat ataupun Republikan, untuk memeriksa kehancuran yang dahsyat yang telah dilakukan dan akan terus dilaksanakan, kepada kita dan atas nama kita. .

Perang ‘Revolutionary War’ telah diperjuangkan oleh orang yang berani kerana satu tujuan yang murni. Negara ini telah diasaskan oleh orang yang menolak keganasan dan penghambaan. Majorti sudah bersuara dan kini tindakannya amat diperlukan.

Ayuhlah…beridiri kerana kebenaran dengan menamatkan peperangan di Iraq, peperangan keatas rakyat Amerika, dan hasutan agar diadakan peperangan lagi keataas manusia yang tidak berdosa. Apakah kita benar-benar Amerika, ataupun bukan?
Kepada Askar Amerika

Harap faham betapa anda mendapat sokongan kami. Kami tahu anda mempunyai tugas dan memang serius melaksanakannya. Percayalah, kami akan bawa kamu pulang. Majoriti rakyat Amerika sedang mencuba apa sahaja untuk menamatkan perang ini. Harap faham betapa hati kami remuk setiap hari bila mendengar ada askar kita yang terkorban. Kebanyakan kita tidak menyokong perperangan ini. TEAPI KAMI AKAN SENtIASA MENYOKONG KAMU DAN KELUARGA KAMU.

Mr. Presiden, adakah kamu mendengar?

Saya tahu kamu tidak ambil peduli akan perasaan saya, ataupun perasaan rakyat Amerika yang lain. Tuan, saya telah mengundi kamu pada kali pertama. Saya begitu malu berbuat demikian dan tidak akan merelakan titisan darah ratusan ribu manusia melumuri tangan sendiri kerana itu. Hampir setiap manusia di dunia ini tahu kamu telah bersalah.

Hampir seluruh warga Amerika tahu bahawa kamu bersalah.

Kamu biarkan diri dikerumuni orang yang bersetuju dengan kamu, sehingga mereka tidak akan bersetuju lagi. Janganlah kamu berani berkata kamu menyebelahi saya dan majoriti rakyat Amerika. Kamu tidak pernah begitu. Kami bukannya begitu dungu seperti yang kamu mahu mempercayainya.

Jadi, habiskanlah masa mu di pejabat, Mr. Preisident. Kami tidak akan merelakan anda terus menghancurkan kami. Hanya yang pengecut merelakan orang mati dari berdiri denagan berani dan mengaku mereka telah tersilap. Fahamlah tuan, warisan yang kamu taksub mahu kekalkan akan terus tercemar disebabkan penipuan dan kematian.

Brian Bloom