Saturday, September 30, 2006

Waspadalah Malaysia - Ugutan Lee Kuan Yew (Bahagian II)

Apakah objektif jangka panjang Singapura terhadap Malaya/Malaysia? Renungkan kenyataan Lee Kuan Yew mengenai objektif jangka panjang parti Pemerintah Singapura:

"We have clearly stated that we stand for an independent, democratic,
Non-Communist, socialist, Malaya. We have never said that we stood for
an independent, democratic, Non-Communist, socialist Singapore. First
because an ' independent Singapore' was never our objective. Second
because we realize that a socialist Singapore is an economic
impossibility." – The Battle For Merger- pg- 166.

(Terjemahan: Kami telah menyatakan dengan jelas bahawa pendirian ialah untuk Malaya yang merdeka, demokratik, bukan komunis dan sosialis. Kita tidak pernah mengatakan bahawa pendirian kita adalah Singapura yang merdeka, demokratik, bukan komunis dan sosialis. Pertama kerana ‘Singapura yang merdeka' tidak pernah menjadi objektif kami. Kedua kerana kami menyedari bahawa Singapura yang sosialis, dari segi ekonominya, adalah mustahil.)

Inilah objektif politik tetap parti pemerintah Singapura yang dijelaskan, iaitu

"THE FIXED POLITICAL OBJECTIVES OF OUR PARTY."
"A policy statement by the Central Executive Committee of the People's
Action Party – 1960." – The Battle For Merger – pg 163.

(Terjemahan: OBJEKTIF POLITIK TETAP PARTI KITA. Satu pernyataan dasar oleh Jawatankuasa Eksekutif Pusat Parti Tindakan Rakyat – 1960)

Oleh yang demikian, tidak hairanlah kenapa partai pemerintah Singapura beriya-iya berkempen dengan sungguh-sungguh untuk bercantum dengan Malaya sehingga memberi penjelasan kenapa Singapura mesti bercantum dengan Malaya dan apa akan terjadi kepada Singapura, jika percantuman itu tidak berlakudengan persetujuan rakyatnya.

Referendum

Pada 1 September 1962 parti pemerintah Singapura telah mengadakan satu pungutan suara rakyatnya untuk mendapatkan persetujuan bagi Singapura bercantum dengan Malaya. Tiga usul telah dikemukakan kepada rakyatnya untuk mengundi iaitu
  • Usul A – Bahawa Singapura akan menjadi satu negeri dalam Malaysia tetapi bersyarat kepada Singapura mempunyai kuasa autonomi dalam pendidikan dan perburuhan dan mempunyai lebih besar kuasa autonomi di beberapa lapangan lain. Semua rakyat Singapura akan jadi rakyat
    Malaysia.
  • Usul B – Bahawa Singapura akan menjadi satu negeri dalam Malaysia disertai dengan polisi Kuala Lumpur dalam pendidikan dan perburuhan dilaraskan dengan Singapura. Hanya penduduk yang lahir di Singapura akan dengan secara automatik akan menjadi rakyat Malaysia.
  • Usul C – Bahawa hanya penduduk yang lahir di Singapura diberi kerakyatan Malaysia. pendidikan, perburuhan, pelabuhan dan percukaian akan berada di bawah kuasa Persekutuan.

Hasil pengundian rakyat Singapura ialah :
  • Usul A mendapat 70.8%
  • Usul B mendapat 1.67%
  • Usul C mendapat 1.4%
Rakyat Singapura melalui referendum itu telah bersetuju Singapura bercantum dengan Malaya dan membentuk Malaysia di mana Singapura menjadi satu unit yang merdeka.

Singapura Isytihar Kemerdekaan

Walaupun persetujuan bercantum dengan Malaya telah dipersetujui oleh rakyatnya, Singapura telah membuat keputusan untuk mengisytiharkan kemerdekaannya lebih awal lagi atas sebab-sebab yang tertentu. Pada 31hb Ogos 1963, dalam satu rapat umum yang beristiadat di tangga City Hall Singapura, Lee Kuan Yew bagi pihak Singapura, tanpa persetujuan dari Malaya dan pihak British, telah mengisytiharkan kemerdekaan Singapura. Pihak British yang telah cuba menegah Lee Kuan Yew daripada berbuat sedemikian, tidak hadir dalam istiadat ini, begitu juga Tun Abdul Razak Hussein dari Malaya. Pengisytiharan ini tidak mendapat restu dari pihak
British dan Malaya.

Pada 4 September 1963, Lee Kuan Yew memberitahu Lord Selkirk, Pesuruhjaya UK di Singapura, jika beberapa perkara yang telah dipersetujuinya dengan Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri Malaya, tidak ditunaikan, beliau akan bertanding dalam pilihanraya Singapura atas platform Singapura merdeka dan serta-merta akan meminta beberapa negara mengiktiraf kemerdekaan Singapurapada 16 September 1963.

Renungkan kenyataan beliau :

"For any further invasion would only mean that the Malay leaders
intended to crush Singapore and I would be ashamed to accept
responsibility for entering Malaysia on such terms." - Memoir's of Lee
Kuan Yew. Pg 499

(Terjemahan: Sebarang pencerobohan yang berterusan akan hanya bermakna pemimpin Melayu berniat untuk menghancurkan Singapura dan saya akan merasa malu untuk menerima tanggungjawab menyertai Malaysia atas syarat-syarat seumpama itu.)

Jelaslah pengisytiharan Singapura lebih awal dari pengishtiharan percantuman Singapura dengan Malaya disebabkan beberapa undertaking atau akujanji yang dibuat oleh Tengku dengan Lee Kuan Yew semasa di London dalam rundingan 'Malaysia Agreement' dimasukkan dalam perlembagaan dalam bentuk dokumen yang teratur.

Prof. Mohammed Yacob
_____________________________________________________________

Prof Mohammed Hj Yacob dilahirkan di Pontian, Johor pada 1918. Beliau terbabit secara aktif dalam politik Singapura ketika menjadi Penolong Setiausaha Agung Parti Perikatan Singapura pada 1950-an dan 1960-an. Beliau juga merupakan rakan karib pengasas parti PAPS, Dr Burhanuddin Helmi. Beliau kini merupakan juruperunding homeopatik dan menulis buku-buku mengenai agama.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home