Wednesday, November 08, 2006

Penganalisa politik ditahan kes bunuh wanita Mongolia

07/11: Penganalisa politik ditahan kes bunuh wanita Mongolia

Sumber: mStar Online

Polis pagi tadi menahan seorang penganalisa politik terkemuka (Abdul Razak Baginda), yang juga ketua sebuah badan pemikir politik, bagi membantu siasatan membabitkan kes pembunuhan seorang wanita warga Mongolia bulan lepas.Lelaki berkenaan yang berumur dalam lingkungan 40-an ditahan polis di pejabatnya di Ampang pada kira-kira jam 10 pagi dan dibawa ke Bukit Aman untuk disoal siasat oleh satu pasukan petugas khas yang dibentuk khusus untuk menyiasat kes ini.Penahanan lelaki berkenaan dibuat berikutan penemuan cebisan mayat wanita Mongolia berkenaan yang dijumpai berselerak berdekatan Empangan Subang di Puncak Alam, semalam.

Wanita berkenaan dipercayai telah ditembak mati sebelum mayatnya diletupkan menggunakan bahan ledakan C4 bagi mengelak ia dikenal pasti. C4 adalah bahan letupan berkuasa tinggi yang kerap digunakan dalam kerja-kerja meruntuhkan struktur binaan.

Tiga anggota polis, termasuk seorang wanita, yang dipercayai terbabit dengan pembunuhan wanita itu telah ditahan.Mereka adalah seorang cif inspektor, seorang detektif wanita dan seorang korporal yang bertugas di Unit Tindakan Khas (UTK), satu unit komando yang dibentuk khas untuk mengawal VVIP. Dua daripada mereka ditahan minggu lalu, sementara anggota UTK itu ditahan di lapangan terbang semalam setelah diarah pulang lebih awal daripada tugas rasmi bersempena lawatan Perdana Menteri ke Pakistan.

Penganalisa politik itu yang telah menulis sebuah buku mengenai politik dalam dan luar negara dan isu pertahanan dikatakan salah seorang intelektual termuda di negara ini. Dia juga dikatakan sangat rapat dengan beberapa pemimpin tertinggi politik negara di samping mengajar di universiti tempatan. Dipercayai, antara perkara yang menjadi tumpuan siasatan polis ialah hubungan antara lelaki berkenaan dengan mangsa, Anna Ana Ang.

Wanita berumur 28 tahun itu dipercayai telah pergi ke rumah lelaki berkenaan di Damansara Heights, bulan lalu untuk bersemuka dengannya bulan lalu.Polis juga sedang menyiasat kemungkinan wujud unsur ugutan dalam kes itu.Anna dikatakan menginap di Hotal Malaysia sebelum dia dilaporkan hilang oleh dua orang rakannya yang datang ke negara ini bersama-sama dengannya.

Bernama semalam melaporkan bahawa Anna dipercayai menjalin hubungan seks dengan lelaki berkenaan ketika lelaki terbabit melawat Mongolia tahun lepas.Hubungan itu membawa kepada kelahiran seorang bayi di Mongolia tahun ini.

Difahamkan bahawa Anna dan dua rakan wanitanya dari negara itu datang ke Malaysia awal bulan lepas untuk berjumpa dengan lelaki berkenaan, yang sudahpun berkahwin dan mempunyai anak.Mereka mengunjungi rumah lelaki terbabit di Damansara Heights pada 9 Okt untuk membincangkan perkara itu. Bagaimanapun, segala-galanya tidak berjalan lancar dan lelaki itu menghubungi tiga polis untuk "mengiringi" Anna pergi dari situ.Rakan-rakannya kemudian diberitahu supaya beredar sementara perkara itu "diselesaikan".

Bagaimanapun, apabila Anna tidak kembali ke hotel mereka selepas beberapa hari, rakan-rakannya menjadi bimbang. Mereka melaporkan perkara itu kepada Konsulat Mongolia di Thailand.Mereka turut membuat laporan di balai polis Brickfields dekat sini. Berikutan laporan itu, Konsulat Mongolia di Thailand menghubungi polis Malaysia bagi mendapatkan bantuan mencari rakyatnya yang hilang.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home