Saturday, December 09, 2006

Harga Tol Naik Lagi?

Harga Tol Naik Lagi?
-marhaintua-
9.12.06


Tidak berapa hari lagi PLUS (Pemegang Konsesi Lebuhraya Utara Selatan) akan menaikkan harga tol yang pasti akan menaikkan barang-barang konsumer yang lain. Sekaligus kos hidup rakyat Malaysia akan terjejas melambung tinggi mulai tahun 2007 nanti. Apabila serba-serbi naik tidak sejajar dengan kenaikan gaji dan pendapatan bulanan, cara hidup kita akan berubah untuk selama-lamanya.

Tidak menghairankan kalau ada rumahtangga yang porak peranda dan anak-anak hidup tidak keruan apabila ibu-bapa hidup berpisah dan bercerai-berai. Semua itu gara-gara kos keperluan hidup naik melambung tinggi.

Saya tidak dengar apa-apa reaksi positif daripada pihak-pihak yang sepatutnya menentang kenaikan harga tol ini? Orang UMNO dan BN sudah pukul canang, “kita perlu terima kenaikan ini kerana sudah dimasukkan dalam perjanjian asal dengan kerajaan.”

Amboi sedapnya....... sehinggakan semua pihak yang akan dihimpit kenaikan ini diam membisu. Pihak parti pembangkang yang sepatutnya menyerlahkan bantahan rakyat terus diam membatu.

Apakah kita sedar apabila harga tol jalanraya di naikkan, harga kos pengngkutan akan terjejas? Tambang bas akan naik, tambang teksi akan naik dan sekaligus semua harga barangan akan naik? Impaknya aamt serius. Orang bandar kurangkan amalan balik ke kampung kerana tidak mampu balik selalu, dan orang tua di kampuang semakin terpinggir kerana anak cucu yang jarang datang menziarahai walaupun musim buah menjanjikan keselesaan untuk bersantai.

Apakah benar PLUS menanggung kerugian kalau harga tol tidak naik? Adakah sesiapa yang mengesahkan bahawa PLUS akan benar-benar rugi?

Saya sudah mengambil masa lebih satu tahun mencari maklumat apakah benar PLUS akan rugi kalau hrga tol tidak naik dan saya telah mendapat beberapa maklumat daripada orang ‘dalam’ kenapa harga tol mesti dinaikkan. Saya amat berterima kasih kepada mereka dengan maklumat yang saya periksa semula akan kesahihannya. Ada sesetengah pemberi maklumat adalah penuntut di pusat pengajian tinggi yang dapat kerja sambilan di musim lebaran.

Ada maklumat yang diberikan itu saya selidik dengan pergi sendiri ke tempat (lokasi) yang dinyatakan. Seperti pengalaman di pintu tol Jambatan Pulau Pianang, Juru ke Bukti Kayu Hitram, Senai, di Cangkat Jering, di Seremban, Simpang Renggam dan lain lain lagi seperti laluan KESAS. . Dengan kata lain saya telah menjelajahi sepanjang lebuhraya Utara Selatan untuk mengesahkan maklumat yang saya terima dan menemubual pekerja PLUS sendiri dar kalangan yang masih berkhidmat atuapun yang sudah lari kerana ketakutan dirasuk syaitan membalun wang rakyat secara haram.


1. Pihak pengurusan PLUS sengaja menuntut kenaikan harga tol setiap tahun kerana muslihat mahu perjanjian menyelenggarakan laluan lebuhraya itu akan terus kekal di tangan PLUS. Kerana itu sudah terjadi di masa dulu, kerajaan cegah kenaikkan harga tol dengan menggantikannya lanjutan tempoh masa perjanjian. Kini konsesi PLUS yang bermula pada Mei 1988 akan tamat hanya pada Mei 2018. Inilah konsessi untuk mengurusakan lebuhraya sepanjang 848 km dan persimpangan bertingkat sebanyak 75 buah, melalui kutipan tol daripada 66 buah Tol Plaza.

Ini bermakna orang yang sama akan menguruskan Lebuhraya Utara Selatan di Semenanjung ini, dan semua pihak yang kini terlibat dengan kerja-kerja menyelenggara lebuhraya itu akan terus menjadi kaya-raya. Sedangkan rakyat marhaen keseluruhannya akan terus menjadi mangsa.

PLUS adalah syarikat yang dimilikki oleh UMNO. Tetapi, sejak ditubuhkan cuba lihat semua kerja-kerja menyelenggara dan membina laluan baru (membesarkan jalan) adakah kita lihat pekerja mahir berbangsa Melayu? Kebanyakan pekerja buruh adalah pendatang asing. Mereka ini naik dan diberi ruang belajar pekerjaan daripada tukang lambai bendera sehingga boleh naik sampai mejadi ‘foreman’ ataupun drebar penggelek (steam roller) dan jentolak dan kerja-kerja teknikal, sedangkan ramai anak-anak bangsa yang punyai latihan teknikal duduk menganggur.

Kalau kita lihat carta organisasi PLUS yang berteraskan Akta Parlimen 231, memang PLUS merupakan satu oraganisasi yang canggih dengan pelbagai jenis bahagian menyerupai satu pertubuhan multinasional lengkap dengan pejabat-pejabat wilayah ( Utara, Tengah, Selatan dan Timur) Begitu juga dengan pelbagai bahagian operasinya yang meliputi Kawalselia, Pembangunan dan Perlaksanan Projek, Khidmat Pakar dan Kerjasama Teknikal, Perancangan, Ukur Bahan dan Pengurusan Kontrak, Kewangan, Pentadbiran, Urusan Tanah, Undang-Undang, Audit Dalam, dan Teknologi Maklumat.

Semua bahagian itu memang canggih namanya. Tetapi kenapa tidak ada bahagian pembinaan usahawan kecil dan sederhana? Apa salahnya diwujdukan bahagian itu untuk menampung lulusan Giat Mara dan institusi MLVK. Kalau betul PLUS adalah anak syarikat milik UMNO, kenapa tidak ada perancangan untuk melatih anak-anak Bumiputra daripada luar bandar (termasuk perkampungan masyarakat orang asli) untuk dilatih dalam bidang teknikal? Apa salahnya GIAT MARA mempunyai satu bengkel khas di tepi lebuhraya PLUS untuk mengambil kontrak membaikpulih jentolak dan kenderaan ringan milik PLUS seperti kenderaan pacuan empat roda yang digunakan untuk meronda?

Apa salahnya pihak teknikal angkatan tentera mempunyai bengkel khas semacam itu di sebelah lebuhraya PLUS untuk membaikpulih kenderaan yang berat-berat dengan menggunakan bengkel yang sama sebagai tempat latihan bagi askar yang menjalani kurus peralihan?


2. Cuba perhatikan mesin-mesin yang digunakan adalah (kebanyakannya) mesin yang rekon (dibaikpulih) yang pastinya dibawa masuk melalui Singapura. Kalau mesin baru pun hampir semuanya dibeli daripada syarikat Singapura. Kenapa tidak dibawa masuk terus dariapda negara yang menjualnya? Jawapannya ialah kerana mesin yang dipakai itu hampir semuanya adalah mesin rekon yang kebanyakannya telah digunakan di negara Timur Tengah dan dibeli secara pukal dengan kadar sebagai besi buruk sahaja. Mesin ini dibawa masuk ke Singapura dan dibaikpulih seacara ‘canibalising’ (ambil bahan ganti dari sesuatu mesin untuk dipasang di mesin yang lain)

Kerja-kerja ini sengaja dibuat untuk menentukan harga sebenar (yang pasti rendah) dinaikkan bila dibawa masuk ke negara ini.

Kerja kerja membawa masuk mesin luar negara memerlukan permit ataupun lesen import. Kalau kita tengok longgokan mesen dan alat-alat serta jentera canggih yang terkumpul di beberapa tempat di negara ini seperti di Keluang, Johor Baru, Ipoh dan Pulau Pinang tentu kita kagum dan bertanya sendiri bagaimana peniaga-peniaga ini dapat memperolehi begitu banyak lesen import? Salah satu jawapannya terletak kepada taktik membuat fotokopi lesen tersebut dan membawa masuk melalui pelabuhan yang berbeza. Yakni satu permit yang dibuat salinan lima kali boleh digunakan untuk membawa mesin melalui lima pelabuhan yang berbeza.

Ada kalanya satu permit membawa masuk mesin terpakai digunakan sebanyak tiga kali dalam satu hari mengikut pertukaran masa kerja ‘shift’ pegawai kastam. Kerja begini selalunya dibuat melalui Tambak Johor. Tujuannya ialah untuk menipu pihak kasatam. Inilah taktik yang digunakan oleh penyeludup kereta sudah terpakai yang disahkan oleh Jabatan Jalan Singapura untuk diremukkan kerana melebehi lima tahun. Di Singapura kereta yang melebehi usia lima tahun sudah diangap tidak boeh digunakan lagi di jalan raya. (Itu usia peraturan asal, mungkin sekarang usia itu dipanjangkan lagi, saya belum dapat pengesahannya) Sehingga hari ini belum terdedah lagi skandal penipuan ini.

Apabila mesen jenis berat diperlukan bagi projek PLUS, khabarnya potongan harga cukai ataupun pengecualian telah diperkenankan . Ini bererti mesen tertentu dikecualikan daripada cukai, tetapi mesen itu tidak digunakan untuk kerja-kerja pembinaan lebuhraya. Sebaliknya ia digunakan untuk projek perumahan ataupun kerja-kerja lain oleh syarikat yang tidak ada kena mengena dengan PLUS. .Patutalah pemaju perumahan cepat jadi kaya-raya.

Kalau kita lihat kerja-kerja baikpulih pusat “Rehat dan Rawat” (R&R) ada sahaja kerja baik-pulih dan ubah-suai dilakukan terhadap bangunan yang sebenarnya tidak lagi perlu dilakukan, kerana bangunan itu belum sampai sepuluh tahun pembinaannya. . Lihat apa yang berlaku di Seremban, Tapah, dan beberapa perhentian yang besar-besar. Lihat pula kepada projek hotel dan rumah persinggahan yang sememangnnya tidak mendapat sambutan para pengguna lebuhraya. Banyak hotel yang dibina tidak dapat dibuka dan tidak lama lagi akan memerlukan belanja untuk diselenggara. Ternyata pembinannya dibuat tanpa kajian kesan kos yang menyeluruh.

Pembinaan dan baikpulih yang tidak perlu itu sebenanrya menggunakan belanja yang besar dan sudah pasti mengikis keuntungan PLUS. Semua kerja-kerja itu sengaja diada-adakan untuk membolehkan PLUS menunjuk satu penyata kepada kerajaan yang ia tidak mendapat keuntungan yang dijangkakannya pada tahap awal.

Yang sebenarnya pengguna tol yang teraniaya, kerana setiap tahun harga tol dinaikkan.

Oleh kerana lumayannya projek seperti ini makanya PLUS tetap menyagat rakyat marhaen (melalui kerajaan) agar harga tol dinaikkan setiap tahun.

Kakitangan PLUS pun Balun Duit Haram Juga


Apabila orang di pihak atasan makan duit, para pekerja di bahagian bawah pun nampak dan sedar. Sudah tentu ada segelintir yang akan makan duit juga. Itu sebabnya kakitangan yang ada berhati-nurani dan tidak kiralah apa pegangan agamannya sanggup berhenti kerja daripada melihatkan kerja-kerja ‘mencuri wang’ oleh kakitangan PLUS yang lain. .

Khabarnya kerja-kerja mencuri wang haram ini dilakukan dari pada kaunter megutip duit tol sehinggalah ke bahagian pejabat akaun. Oleh kerana urusan penjualan teket dibuat secara tunai dan dirakamkan melalui komputer, adalah amat mudah untuk pekerja di bahagian kutipan wang membuat penipuan.

Kira-kira empat tahun dulu saya ada mendedahkan bagaimana pengutip duit tol di Seremban menipu. Taktik yang sama masih diamalkan lagi. Duit kutipan daripada tiket yang mahal harganya diganti oleh si pengutip tol dengan mengeluarkan resit bagi perjalanan yang terdekat, dan wang yang berlebihan daripada kutipan yang tinggi dimasukkan dalam saku sendiri. Kemudian, tiket tol yang berharga tinggi itu dimusnahakan untuk melupuskan bahan bukti.

Mencuri wang kutipan harian adalah menjadi amalan sebahagian besar petugas tol. Hanya segelintir sahaja yang tidak mahu meniru perbuatan buruk itu. Sehinggakan ada yang sanggup berhenti kerja kerana selalu sangat diejek oleh kawan-kawan yang membuat kerja buruk itu.

Bayangkan ada pekerja yang mencuri kutipan itu berpakaian bertudung lingkup dan berkopiah setiap hari.

Apabila wang kutipan di bawa masuk ke pejabat untuk dikira dan disimpan, sekali lagi proses mencuri dilakukan. Disini lagi besar jumlah yang dicuri sehinggakan kalau waktu lebaran, seseorang “pencuri” itu mampu mengaut jumlah yang sama besarnya dengan gaji bulanannya dalam sekali curi setiap hari.

Oleh kerana terlalu besar wang yang dicuri, si pegawai yang mencuri tadi menghadapi tekanan di mana mahu disimpan wang curiannya.

Selalunya wang itu disimpan dalam akaun pekerja di bawah seliaannya seperti pengutip duit dan pegawai penyelia (supervisor). Ada pegwai yang membuat helah bahawa wang itu adalah daripada perniagaan kedai makan yang dikongsi dengan orang lain dan tidak diketahui oleh isterinya.

Oleh kerana kerja-kerja membalun wang kutipan tol dilakukan setiap hari di merata lebuhraya PLUS (dan juga KESAS) apakah kita mesti hairan kenapa PLUS tidak mendapat keuntungan yang sepatutnya? Apakah benar kata-kata “orang dalam” bahawasanya bagi setiap dua ringgit yang sepatutnya diterima oleh PLUS, satu ringgit masuk ke dalam saku pegawainya sendiri adalah satu kenyatan yang benar-benar ada kesahihannya?

Kerana itulah kita tengok banyak kali stesen kutipan PLUS terutama sekali di Seremban dan Cangkat Jering, Gurun dan Juru akan mengalamai “gangguan teknikal” selepas tengah malam. Komputer itu boleh rosak kerana penyonglap malam hari nak buat projek mereka.Yang peliknya komputer itu boleh pulih sendiri menjelang pukul lapan pagi.

Khabarnya mereka boleh kaut lebih satu ribu ringgit setiap malam kalau di musim lebaran. Bayangkan kalau malam raya mereka mencuri pada siangnya mereka bermaaf-maafan sesama sendiri sedangkan wang yang meraka curi adalah wang rakyat marhaen dan pengguna jalanraya yang tidak pun mereka kenali. Yang lucunya kita kerap berfikir dan merasa simpati apabila melihat petugas ini bekerja di hari raya sedangkan sanak saudara menikmati santapan raya. Sesungguhnya mereka lagi seronok membalun ‘duit raya’.

Petugas PLUS Semakin Sombong dan Angkuh

Saya menerima banyak maklumat mengenai perangai petugas PLUS yang semakin angkuh. Kalau berlaku ‘kerosakan komputer’ penerima wang tol tidak mengeluarkan resit sebab ‘komputer rosak. Sepatutnya PLUS perlu menyiapkan resit yang boleh ditulis tangan, sebab ada pengguna tol itu yang perlu menuntut balik bayaran yang dibuat dari sakunya.

Kalau kita pakai kad ‘Touch & Go’ kita boleh tambah nilai seperti yang diaturkan oleh PLUS dengan bayaran paling minima RM20 ataupun RM35 ataupun RM50 dan seterusnya. Tetapi peraturan itu nampkanya tidak diamalkan oleh PLUS di Tol Jambatan Pulau Pinang. Saya sendiri pernah melalui pengalaman pahit pada awal pagi (kira-kira 7.30 pagi) pada 7 Disember, 2006. Saya minta agar ditambah nilai kad saya sebanyak RM35, tetapi tukang kutip wang di situ enggan menerima bayaran tambah nilai sebanyak itu. Dia berkata setiap tambah niali mestilah tidak kruang daripada RM50.

Kenapakah ada dua jenis peraturan? Dan kenapa pengguna PLUS tidak tahu akan perkara ini? Malahan kalau kita tengok pintu masuk tol yang besar-besar, papan tanda ‘Tambah Nilai’ dibuat dengan terang dan digantung tinggi untuk jelas kelihatan. Tetapi di pintu tol Pulau Pinang papan tanda ini tersorok di bahagian bawah yang tidak dapat di lihat dengan mudah oleh pemandu dari jauh sehinggalah sudah menghampiri pintu masuk. Bayangkan kalau di waktu sesak, kita mahu menambah nilai dan diberitahu hanya lima puluh ringgit bayaran paling minima? Apa jadi kepada pemandu yang tidak mempunyai wang tunai sebanyak itu pada waktu itu?


Saya telah melalui pengalaman pahit itu hanya kerana kekurangn empat puluh sen (0.40 sen) untuk melengkapkan bayaran tol saya kerana kekurangan kredit pada Kad Touch n Go. . Kalau di setesn tol lain, kekurangan pada kad ‘Touch and Go ‘ diselesaikan dengan mudah di mana petugas tol mengutip wang baki daripada ‘shortfall’ yang timbul dalam bentuk tunai sahaja. . Tetapi dalam kes saya, dia (seorang perempuan Melayu) suruh saya berundur dulu dan masuk lorong bayar tunai dengan menahan kereta di belakang saya untuk berundur juga dan memberi ruang kepada kereta saya beralih daripada laluan itu. Apa salahnya dia kutip empat puluh sen daripada saya dan naikkan palang penyekat get tol untuk biarkan saya teruskan perjalanan tanpa menganggu kereta yang banyak beratur di belakang saya?

Kenapakah ada perbezaan dengan cara bertugas di kalangan petugas tol? Apakah kerana petugas itu orang baru? Apakah kerana petugas di sana jenis yang malas untuk mengikut cara kerja petugas stesen tol di tanah besar makanya mereka membuat peraturan kerja sendiri?

Oleh kerana berleluasanya kerja-kerja merompak kutipan tol ini, semangat mencuri wang rakyat marhaen menular ke segenap lapisan petugas yang ada kaitan dengan lebuhraya tol. Ini termasuk polis peronda lebuhraya, begitu juga dengan bahagian penyelamat (recovery) yang “menolong” pengguna lebuhraya yang menghadapi masalah dengan kenderaan mereka.

Sesungguhnya banyak maklumat yang saya terima mengenai segala kerja jelek ini. Biarlah kita tengok wartawan TV Tiga seperti ‘999’ ataupun ‘investigatve reporter’ daripada ‘Metro’ ataupun ‘The Sun’ dan sebagainya mendedahkan cerita yang banyak lagi. Mungkin mereka akan dapat tahu, apakah kad mangetik yang digunakan oleh setiap tol itu masih diimport daripada Amerika dengan berharga berjuta-juta? Sedangkan mesin membuatnya boleh dibeli tidak sampai seratus ribu daripada Taiwan?


Pembabitan UMNO dan BN


Mungkin juga Pemuda UMNO boleh buat kajian dan berikan jawapannya kenapakah tidak ada kontraktor melayu yang bekerja dalam kontrak membuat laluan baru ataupun membaikpulih jalan yang sedia ada? Kalau projek pembangunan kerajaan yang lain ada papan tanda “INILAH PROJEK KERAJAN BN”, kenapakah tidak ditulis di sana nama kontraktor yang membuat kerja projek itu? Nyatakan sekali jumlah pekerja asing yang digunakan di situ?

Pergerakan Puteri UMNO boleh buat kajian dan cari berapa ramaikah ibu tunggal yang diberikan pekerjaan mengutip duit tol? Kenapakah pengutip perempuan terdiri darigadis-gadis muda yang berkelulusan diploma dan ijazah sedangkan ibu tunggal yang perlu menyara anak hidup merempat kerana tidak ada pekerjaan? Apa salahnya kerja-kerja menyerahkan tiket dikhususkan kepada penganggur warga emas dan ibu tunggal? Pembayar cukai di negara ini rasa tertipu apabila anak-anak muda menghabiskan berjuta ringgit untuk belajar sehingga dapat diploma dan ijazah dan apabila lulus menjadi pekerja plaza tol. Sepatutnya ada satu peraturan di mana kerja mengutip tol dan mengeluarkan tiket tidak boleh diberikan kepada anak-anak muda yang ada kelulusan SPM keatas.

Apa salahnya kerja itu menjadi sebahagian kerja yang diperuntukkan kepada warga emas dan keluarga ibu tunggal ataupun mereka yang cacat anggota? Tentu kita hairan bagaimana anak-anak muda lulusan kolej dan IPT sanggup mengambil kerja yang memberikan gaji bulanan sekitar RM750 sahaja. Teapi apabila kita fikirkan wang yang mereka rembat setiap hari, gaji itu hanya sekadar hiasan sahaja.

Pergerakan Putera UMNO boleh buat kajian kenapakah kerja-kerja penggoyang bendera boleh dibuat oleh pendatang asing sedangkan itu kerja yang boeh dibuat oleh warga negara ini? Kenapakah pembantu mekanik dibeikan kepada pendatang asing yang pada asalnya tidak pernah melihat isi perut enjin sehingga boleh pandai membuat kerja yang berbentuk teknikal? Sedangkan anak-anak Malaysia yang lulusan MLVK dalam jurusan otomatif masih menganggur di merata negara?

Apakah salahnya kalau kerja-kerja ‘artisan’ (pertukangan) yang dibuat oleh pendatang asing diberikan kepada pelatih PLKN supaya mereka tahu awal mula kerja dalam industri berat?

Adakah wakil rakyat Melayu baik dalam BN ataupun dalam pihak pembangkang memikirkan betapa PLUS sudah menyedut wang rakyat marhaen selama ini tanpa membayar balik khidmat yang berbaloi kepada para penggunanya? Sepatutnya pemimpin parti pemabangkang harus melakukan tindakan menyeluruh Malaysia mengajak rakyat bangkit membantah kenaikan harga tol. PLUS harus diganti dengan satu pemegang konsesi baru.

Jabatan Hasil Dalam Negeri harus menyelidik setiap petugas tol dan menilai apa yang mereka milikki itu sejajar dengan pendapatan mereka bertugas dengan PLUS. Lihat kenderaan petugas PLUS adakah setanding dengan pendapatan gaji mereka? Selidik akaun bank mereka dan tanya mana mereka dapat simpanan wang yang lumayan?

Pihak Kastam harus adakan satu jawatankuasa khas yang turut diertai oleh JHDN dan JPJ untuk menyiasat asal-usul jentera berat yang digunakan oleh setiap kontraktor PLUS dan tentukan apakah mereka benar-benar membayar cukai import dan menepati permit yang dikeluarkan. Si musibat ini adalah golongan yang sudah menjadi kaya raya di negara ini dan bila-bila masa akan melarikan anak-bini mereka apabila keadaan ekonomi negara ini merudum.


Yang nyata, kerajaan harus mengadakan satu badan penyiasat dan menyemak dulu segala aktibiti PLUS sebelum bersetuju menaikkan harga tol. Kalau boleh bekukan kenaikan harga tol dan ambil balik sebahagian lebuhraya itu dan serahkan kepada unit teknikal angkatan tentera untuk mereka selia dan baikpulih untuk mengkaji apakah kos sebenar kerja-kerja menyelia lebihraya itu dan periksa sistem komputer PLUS untuk menentukan kutipan wang tidak diseleweng oleh para pekerja PLUS.

-marhaintua-

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

saya bersetuju dgn nukilan saudara. sesungguhnya saya pernah melalui pengalaman bekerja dgn pihak PLUS itu sendiri sebagai juruwang. mmg terdapat pekerja PLUS terutamanya yg telah lama berkhidmat dan faham selok belok wang kutipan diselenggarakan. tanpa segan silu, golongan ini menurunkan ilmu didada kepada pekerja yg baru berkhidmat. walaupun sempat menimba pengalaman sebagai pekerja sambilan hanya selama kurang dr 2 bulan termasuklah berkerja semasa musim perayaan berganda, sememangnya betul segala kejelekkan yg berlaku.
seperkara lagi, mengenai petugas di pondok-pondok tol itu sendiri. sememangnya ramai dikalangan mereka yg berpendidikan tidak setinggi mana.. tetapi, perlu diingatkan mereka inilah yg merupakan wajah PLUS: buruknya mereka maka terserlahlah buruknya perkhidmatan PLUS itu sendiri.
mungkin para pekerja ini perlu diberikan pendidikan tentang bidang kuasa mereka spt hal2 yg berkaitan tentang jarak perjalanan ataupun perkhidmatan yg disediakan oleh pihak PLUS yg lebih dr sekadar mengutip wang.

9:13 AM  

Post a Comment

<< Home