Saddam Degil Ke Saat Akhir
Saddam Degil Hingga Ke Saat Akhir
Oleh: Sudarsan Raghavan.
-Laman M@RHAEN
Terjemahan: -marhaintua-
BAGHDAD, Iraq — Di subuh pagi pada Sabtu lalu, bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein berdiri dengan tenang di kamar tali gantung, merelakan seutas tali berwarna kuning melingkari lehernya. Dia sudah sedia mati secara teratur, berbeza dengan keadaan kematian di Iraq kini. Tiga orang algojo, berpakaian topeng ski warna hitam menutupi muka dan berbaju kulit, bediri di belakang Saddam. “Ya Allah” laungnya sambil bersedia berdiri di atas lantai pentas yang sedia terbuka.
Secara tiba-tiba kata beberapa orang saksi, bilik itu bergema dengan laungan ratib orang Shiah, kerana beberapa saksi kaum Shiah mengambil kesempatan. menyatakan sesuatu yang sudah lama mereka nantikan. Seorang lelaki menyebut “Muqtada, Muqtada, Muqtada.” Mendedahkan kesetiannya kepada seorang guru agama anti Amerika, Muqtada al-Sadr.
Saddam tersenyum, kata saksi itu dan dengan sinis bertanya: “Muqtada?”
Pada saat akhir itu, yang hanya beberapa minit sebelum azan subuh dilaungkan, Saddam telah berdepan dengan Iraq masa kini, yang tidak pernah dilihatnya, kerana sudah tiga tahun berada dalam penjara AS. Sejak dia ditangkap, kaum Shiah yang satu ketika dahulu telah ditekan oleh kerajaannya sudah pun naik berkuasa. Inilah orang –orang yang terakhir yang dilihat oleh Saddam sebelum kematiannya.
"Hidup Muhammad Bakr Sadr," menjerit satu suara lagi, seperti yang dirakamkan oleh satu videotape yang dibuat melalui selfon yang telah dipancarkan di jaringan TV pada malam Sabtu.
Bakr Sadr ialah bapa saudara kepada Muqtada al Sadr dan pengasas Parti Islamik Dawa, di mana Perdana Menteri Nouri al-Maliki adalah seorang pemimpin kanannya.
Kemudian Munqith Faroun, orang yang mendakwa Saddam, menjerit; “Orang ini menghadapi kematiannya. Tolong jangan ganggu.”
Bilik itu terus menjadi senyap.
Mengikut cerita lima orang saksi, termasuk pegawai Iraq dan AS, Saddam telah memakai seluar panjang yang bergosok (seterika), sehelai baju putih dan sahelai kot penutup.
Kasutnya kelihatan berkilat setelah digilap. Dia telah menginai rambutnya berwarna hitam dan janggutnya yang keputih-putihan telah dijaga rapi. Di menunggu dengan penuh martabat yang tinggi.
Saddam telah memulakan upacara itu dengan membaca doa.
Sejak hari Selasa, ketika mahkamah paling tinggi di Iraq menetapkan hukuman mati ke atas Saddam, memang jelas hukuman itu akan dilaksanakan dengan segera. Kerajaan al-Maliki mahu menggantung Saddam pada subuh Jumaat, kata pegawai Amerika dan Iraq. Tetapi masalah hukuman, dan keselamatan meragukan kemungkinan tercetus perpecahan politik telah menyebabkan rencana itu ditunda.
Pemimpin Shiah dan segelintir Arab Sunni mahu hukuman gantung itu dilaksanakan dengan pantas, kerana takutkan sebarang kelewatan akan mencetuskan keganasan dan menambah lagi keburukan jurang perbalahan.
Kaum Kurdis mahu Saddam digantung pada akhir perbicaraannya di mana Saddam telah didakwa merencana pembunuhan puluhan ribu kaum Kurdis di utara, kebanyakannya dengan menggunakan senjata kimia. Ahli politik lain merasa gusar kalau pembunuhan Saddam menjadikan dia seorang syahid seandainya dia dibunuh semasa percutian Eid-al-adha. Menjelang petang Jumaat, dokumen hukum mati sudah pun ditandatangani. Munir Haddad seorang hakim Mahkamah Rayuan Iraq telah menerima panggilan jam 1.30 pagi. Ada satu suara berkata “Sila berada di Pejabat Perdana Menteri pada 3.30 pagi untuk melaksanakan hukuman mati,” kata Haddah.
Kira-kira jam 5.00 pagi, 14 orang pegawai tinggi, termasuk Hadad dan Faroun telah menaiki dua buah helikopter tentera A.S dan dibebankan ke satu pangkalan tentera Iraq berhampiran Sungai Tigris di perkampungan Khadimiya, Baghdad. Haddad berkata, tempat itu satu ketika dahulu menempatkan tentera perisikan Saddam, di mana dia membunuh musuh-musuhnya.
Pada waktu yang sama pegawai tentera AS telah membawa Saddam keluar daripada bilik tahanannya di Camp Cropper berdekatan lapangan terbang Baghdad, dan menerbangkan beliau ke Zon Hijau, satu kawasan yang menempatkan kedutaan A.S dan pegawai tinggi Iraq. Di sana Saddam telah diserahkan kepada orang Iraq. Kata pegawai AS. Orang Iraq kemudiannya membawa Saddam dengan iringan konvoi keselamatan ke Khadimiya.
Haddad, Faroun, seorang pegawai Kementerian Perundangan dan beberapa pegawai lain telah menunggu ketibaan Saddam.
“Dia kelihatan normal, tidak kelam-kabut ataupun takut-takut.” Kata Haddad.
"Saddam duduk, dan keputusan mahkamah mengatakan dia bersalah terhadap manusiawi telah dibacakan dengan lantang.
“Hidup negara ini!” jerit Saddam. “Hidup rakyat jelata! Hidup Palestin!”
Dia terus menjerit begitu sehinggalah keputusan mahkamah selesai dibacakan dan dia bertenang semula.
Setelah tamat pembacaan hukuman, algojo pun tiba.
Mereka telah membawa Saddam ke sebuah bilik yang lebih besar tanpa jendela, dengan satu tangga yang membawa kepada tempat gantung di mana terletak satu lubang besar di bahagian bawah.
“Memang sejuk ketika itu,” kata Haddad. “Ia memang mempunyai bau kematian.”
Haddad dan Faroun berjalan bersama si algojo dan Saddam menaiki tangga ke tempat gantung. Kemudian, seorang lelaki bertopeng, kata Haddad berpaling kepada Saddam dan berkata:
“Kamu telah hancurkan Iraq, mempapa-kedanakan rakyatnya, dan membuatkan kami semua laksana pengemis sedangkan Iraq adalah salah satu negara terkaya di dunia.” Saddam menjawab, “Saya tidak hancurkan Iraq. Saya yang membuatkan Iraq satu negara kaya dan perkasa.”
Faroun masuk campur dan mengarahkan si algojo berundur ke belakang.
Pendakwaraya itu telah bertanyakan Saddam kepada siapakah nanti mahu diberikan Al –Quran (yang dipegangnya.). Saddam menjawab, Bandar, anak lelaki Awad al-bandar, bekas ketua hakim ‘Mahkamah Revolutionary’ yang akan dihukum gantung tidak lama lagi.
Saddam menanggalkan topinya. Si algojo melepaskan tangannya yang terikat dan meletakkannya di bahagian belakang, dan mengikatnya semula. Mereka juga telah mengikat kakinya sekali, kata beberapa orang saksi. Ada seorang pegawai Iraq bertanya apakah dia takut, kata Haddad.
“Saya tidak takut, sebab sudah memilih jalan ini,” jawab Saddam.
Ketua algojo telah menyerahkan sehelai kain sungkup kepada Saddam dan minta beliau menyungkup kepalanya, tetapi Saddam enggan berbuat demikian. Orang itu menjelaskan bahawa kematian dia akan menjadi lebih pedih. Sekali lagi Saddam menolak tawarannya. Jadi si algojo melilitkan kain sungkup itu di leher Saddam laksana satu pemanas leher.
Ada seorang saksi yang tidak mahu dikenali berkata: “Dia telah menggigil dan mukanya kelihatan pucat kerana takutkan keselamatannya. “Saya fikir ketika itu semasa mereka melingkarkan tali gantung ke lehernya, dia masih tidak mahu percaya apa yang sedang berlaku.”
Akan tetapi Faroun dapat melihat Saddam yang berbeza. “Dia kelihatan tegas. Dia sikit pun tidak gentar,” katanya.
Saddam melangkah ke atas platform. Semasa dia membaca doa untuk kali yang kedua, ketua algojo minta semua yang ada diam sahaja. Kemudian pintu lantai terbuka “Dia mati dalam satu persepuluh saat,” kata Faroun. “Dia tidak mengerakkan kaki ataupun tapaknya.”
Mayatnya terus tergantung untuk beberapa minit sambil yang hadir membaca doa, memuji Nabi dengan kematian seorang diktator.
Kemudian, mayat itu diturunkan dan ditutup dengan kain putih. Seorang doktor datang memeriksa mayat itu dan berpaling kepada semua yang ada:” Sudah selesai,” katanya, mengikut kata saksi.
Mayat Saddam telah dibawa dengan sebuah helikopter untuk diterbangkan ke Zon Hijau di mana sebuah ambulans membawanya pulang ke kampung halamannya di Tikrit.
Dia telah dikebumikan sejurus sebelum subuh hari ini di satu kawasan untuk upacara keagamaan di tengah-tengah Ouja, tempat kelahirannya. Tidak ramai yang hadir untuk pengkembumian itu, mengikut Gabenor wilayah Salahuddin.
Ouja adalah berdekatan Tikrit, pangkalan kuasa Saddam 80 batu ke timur Baghdad.
Adik tiri Saddam Barzan Ibrahim dan al-bandar bekas ketua hakim sepatutnya digantung mati juga dengan bekas ketua mereka.
Namun, pemimpin Iraq bertindak memberikan penghormatan upacara itu khusus untuk Saddam sahaja. .
Information from The New York Times, The Associated Press and Reuters is included in this report. Copyright © 2006 The Seattle Times Company

Kemudian si algojo membantu dia naik anak tangga ke atas.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home