Wednesday, December 20, 2006

Peluang Perubahan Yang Dilepaskan oleh Malaysia

Peluang Perubahan Yang Dilepaskan oleh Malaysia
(Malaysia's squandered reform chance)
By Ooi Kee Beng - Asia Times Online
20 Disember, 2006

Terjemahan: -marhaintua-

Sejurus Perdana Menteri Malaysia, Abdullah Aham Badawi mengambil- -alih puncak kuasa pada Oktober 2003, beliau telah mengumumkan betapa negara itu amat memerlukan satu perubahan ekonomi yang menyeluruh,. Sejak pengumuman tersebut pemimpin yang bersuara lembut itu tidak menikmati ketenteraman.

Stail kepimpinan beliau yang tertunggu-tunggu dan berhati-hati menyebabkan ramai rakyat Malaysia bukan sahaja hilang sabar dengan rentak dan halatuju kerajaannya yang satu ketika dulu mempunyai program perubahan yang amat dibanggakan. Sebaliknya rakyat semakin gusar betapa ekonomi negara yang banyak bersandar kepada eksport negara semakin menjunam di belakang pesaingnya di rantau itu dalam perlumbaan untuk menjuarai saham pasaran global.

Secara lahiriah, ekonomi Malaysia dikatakan sedang membangun secara berpada, mengembang pda kadar 5.8% dalam suku tahun yag ketiga berbanding satu tahun dulu, dan ini dikatakan membawa kesan untuk mendorong perjalanan ekonomi di landasan yang betul untuk mencapai ramalan pertumbuhan kerajaan bagi 2006 pada sekitar 6%. Namun, kejatuhan ekonomi global yang dijangkakan, teramasuk kelembapan keonomi yang diramalkan di Amerika Syarikat, akan mencabar reformasi Abdullah kepada satu ujian penting – adalah satu perkara yang nampaknya dia gagal untuk mengatasinya.

Secara purata, pertumbuhan ekonomi global adalah dijangka menjunam daripada 5.3% pada 2006 kepada paling minima 4.6% pada 2007, mengikut projeksi yang disediakan oleh Unit Perisikan Ekonomi.

Eksport negara menyumbang kepada 130% Keluaran Kasar Negara (KKN) dan apabila pertumbuhan global menjadi lembap ia akan menghenyak para pengeluar barangan elektronik negara itu dengan dahsyatnya. Para ekonomis berkata bahawa pelbagai reformasi struktur untuk mengetatkan belanja adalah amat diperlukan setiap kali ekonomi merudum, walaupun secara khususnya itulah masa mengadakan perubahan kasar yang mencetuskan risiko besar kepada dunia politik.
.
Demikianlah halnya di Malaysia di mana perubahan yang amat menyeluruh berkemungkinan merobah infrastrutktur Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilaksanakan sejak 1971 bagi tujuan meningkatkan taraf ekonomi masyarakat Melayu. Sejak itu dasar DEB yang penuh kontroversi itu adalah bertujuan untuk mengagihkan kembal peluang ekonomi dan kekayaan negara dalam konteks ekonomi yang berkembang secara pantas.

Itulah sebabnya kerajaan yang dipimpin oleh UMNO telah memberikan keutamaan sejak 1970 kepada pertumbuhan ekonomi yang pantas, selalunya disangga oleh perbelanjaan kerajaan yang besar keatas infrastruktur dan projek mega. Salah satu cabaran terbesar Abdullah semasa menggantikan bekas perdana menteri yang kuat berbelanja, (Mahathir Mohamed), ialah mengecutkan defisit negara yang sungguh besar sedangkan pada waktu yang sama mengekalkan kadar pertumbuhan yang sihat.

Sebelum itu, Abdullah bertindak menggantung pelbagai projek yang diilhamkan semasa pemerintahan Mahthir, termasuk menamatkan pembikinan satu jembatan indah bernilai US$170 juta yang bertujuan menyambung Johor di selatan semenanjung dengan republik kepulauan Singapura. Tindakan menjimatkaan belanja yang lain tertmasuklah menunda projek landasan kereta (berkembar) yang bernilai $4 bilion. Sejak mengambil alih pucuk kepimpinan defisit negara secara peratusan kepada KKN telah mengecut daripada sekitar 8% kepada 4%.

Namun demikian, beberapa pertanda sudahpun menyerlah bahawa para penggubal dasar di bawah pentadbiran beliau meungkin tersilap menangani imbangan makroekonmi negara. Inflasi dijangka akan naik kepada kira-kira 3.6%, dan ini merupakan tahap yang paling tinggi sejak berlakunya krisis kewangan Asia pada 1997-1998. Para ekonomis meramalkan keadaan akan terus begitu di tahap yang tinggi untuk dua tahun yang mendatang.

Peramal yang kurang optimis percaya pertumbuhan akan merapati tahap 5.5% dan tidak 6% . Ini adalah lebih rendah daripada kadar pertumbuhan tahunan yang disasarkan pada 7% dan dianggap perlu untuk mencapai sasaran jangka panjang kerajaan agar negara mencapai status negara maju menjelang 2020. Matlamat besar wawasan itu telah mula sekali dilancarkan dengan penuh gah semasa pemerintahan Mahathir, dan sedang diteruskan juga oleh Abdullah. Seandainya tercapai impian kerajaan yang dinamakan ‘Wawasan 2020’ itu, ia dapat menyediakan penampan ekonomi yang akhirnya dapat menamatkan dasar DEB, yang setakat ini telah dikritik secara meluas sebagai satu pembaziran dan selama ini dikatakan menjadi penyebab berlakunya ketegangan di kalangan pelbagai kaum dan penganut kumpulan agama di Malaysia.

Rencana Lemah, Kos Bertambah

Sementara itu, perancangan DEB yang kelamkabut, penglaksanaannya yang longgar dan ketiadaan mekanisma pemantauan, telah dipersalahkan kerana melahirkan budaya tiada akauntabiliti dan kronisme yang sudah begitu lama membarah. Baru-baru in kerajaan telah mengaku di Perlimen bahawa sebanyak kira-kira RM3 bilion telah digunakan oleh Kerajaan untuk menyelamatkan tujuh projek penswastaan yang ada kaitan dengan DEB, termasuklah Sistem Keretapi Ringan Putra, Sistem Keretapi Transit Starlight, dan bekas pengangkutan udara nasional - MAS.

Lapuran Pelaburan Dunia yang baru sahaja di terbitkan oleh UNCTAD menunjukkan betapa Malaysia telah menurun statusnya daripada negara nombor empat palng menarik untuk pelaburan terus asing pada 1990 kepada kedudukan (tempat) nombor ke-62 pada 2005. Citigroup (gergsi kewangan AS) baru-baru ini telah menulis satu lapuran kajian bahawa “Malaysia semakin menjunam jauh daripada skrin radar pelabur global.”

Pengurusan kerajaan yang lemah, tentunya menjadi lebih bergelora politiknya apabila ekonmi yang luas itu mula terencat – seperti yang mungkin berlaku pada tahun hadapan. Lagipun ketegangan inter-etnik dan inter-agama, yang dulunya, semasa pemerintahan Mahathir, dapat dikekang, sudah semakin aktif di bawah pemerintahan Abdullah yang lebih terbuka pentadbirannya. Pelbagai isu percanggahan sedang dibincangkan lebih berhemah dan terbuka dalam satu masyarakat Malaysia yang secara teradisinya masih terkongkong.

Sebagai contoh, bantahan kepada lanjutan dasar DEB sedang meningkat, khususnya ekoran tersiarnya satu lapuran kajian yang bebas yang menunjukkan bahawa orang Melayu sduah mencapai sasaran DEB sebanyak 30% keseluruhan ekuiti negara. Lapuran itu telh mencetuskan satu debat yang dikipas oleh orang politik mepertikaikan kaedah teknikal dan pendekatannya. Yang lebih merisaukan ialah konflik inter-agama yang semakin terbuka, melibatkan pelbagai kes yang panas-panas di mana keluarga bukan-Islam semakin digugat untuk diambil kira dan dipengaruhi oleh hukum-hakam mahkamah Syaria.

Nampaknya Abdullah boleh dipuji kerana sedar akan keadaan yang tegang dan berkemungkinan mengkucar-kacirkan kestabilan maslaah dalam negara dan antarabangsa yang kini menghantui Malaysia. .Dalam beberapa ucapan beliau dia telah mengulangi nsihat agar orang Melayu mengenepikan sikap bergantung kepada ‘tongkat’ untuk menyara hidup mereka. Namun, setakat ini, retorik beliau tidakpun disokong oleh tindakan keras yang berpadan. Kerajaannya telah melanjutkan DEB tanpa ketentuan tamatnya dalam perancangan ekonomi lima tahun (RMK9).

Apabila ekonomi global mula tahun depan dengan lembapnya, ada penganalis politik dan ekonomi percaya bahawa peluang untuk Abdullah melaksanakan reformasi ekonomi yang tidak diminati rakyat sudah pun tertutup. Ini memang begitu tepat kalau dilihat akan pertelagahan terbuka beliau dengan bekas ketuanya Dr. Mahathir yang begitu galak merungut dan mengkritik stail kepimpinan Abdullah dan dakwaan wujudnya kronisme serta nepotisme di kalangan lapisan atasan di peringkat pentadbiran.

Selagi Abdullah berdolak-dalik, para saingan poltiknya, termasuk mantan timbalan perdana meneri dan bekas banduan politik, Anwar Ibrahim sedang menggapai konsep perubahan itu. Baru-baru ini Anwar telah menyatakan hasratnya mahu menamatkan sebahagian besar DEB itu, walaupun kebanyakan analis percaya kemungkinan beliau untuk menumpaskan UMNO dalm pilihanraya yang akan datang bolehlah dikatakan tidak wujud langsung.

Dari melancarkan satu putaran reforamasi yang berunsurkan pertumbuhan ekonomi, pentadbiran Abdulalh nampaknya sanggup menunggu lonjakan hayunan ekonomi global ataupun perkembangan dagang melalui perjanjian dagangan bebas yang baru, termasuk bakal perjanjian baru dengan AS, China, dan India. Semua perundigan itu sedang berjalan dengan lembapnya kerana orang asing amat gusar akan segala sekatan serta hambatan yang akan muncul daripada DEB serta pelbagai dasar perlindungan yang lain.

Ooi Kee Beng is a fellow at Singapore's Institute of Southeast Asian Studies.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home