Wednesday, December 20, 2006

Bergambus Ketika Roma Hampir Hangus

19/12:

Bergambus Ketika Roma Hampir Hangus
(Fiddling while Rome burns)
Raja Petra Kamarudin

Terjemahan - marhaintua-

Legenda purba mengisahkan Nero Claudius Caesar Augustus Germanicus, Maharajah Roma yang ke-lima daripada dinasti Julio-Claudia asyik memetik gambus, sedangkan Roma terus menyala hangus. Walaupun ini merupakan satu kepercayaan yang popular, ramai pengkaji sejarah berkata bahawa ini adalah fitnah semata-mata yang disebarkan oleh para seteru, seperti Suetonius, Cassius Do dan Tacitus, untuk ‘mengaibkan nama baiknya.’ Hmmmmm…nampaknya ini adalah laksana Malaysia di hari ini, bukan begitu?

Apapun juga yang akan jadi nanti, seperti yang selalunya berlaku dalam catatan sejarah, memang amat sukar untuk memisahkan fakta daripada fiksyen mengenai pemerintahan Nero . Namun demikian pada malam 18 Julai tahun 0064, keseluruhan kotaraya Roma telah terbakar dengan dahsyatnya dan terus menyala untuk lima hari lamanya, dan hampir separuh daripada 17 daerah Roma hampir musnah. Hakikat bahawa alat permainan gambus itu belum lagi dicipta pda tahuun 0064 bererti mungkin terdapat sedikit dongeng dalam kisah tadi. Akan tetapi tidak siapa yang boleh menyangkal bahawa Roma memang pernah terbakar, dan dalam masa lima hari ia menjadi hangus berdebu sahaja.

Sama ada ini satu legenda ataupun bukan, ‘bergambus ketika Roma hampir hangus’ adalah satu frasa yang bersesuain digunakan keatas mana-mana maharajah yang masih berada di atas katilnya (walaupun tidak semestinya dia tengah tidur) kalaulah anda tahu makna yang tersirat….) berparti, bergambus, menyanyi ataupun berpesta sedangkan negaranya hanyut ke arah kemuflisan. Bukankah Malaysia dan maharajahnya yang tidur lena, menepati apa yang kita katakan, laksana cincin dengan permata?

Setiap sesuatu berfungsi secara berputaran. Dunia ini pun mepunyai putarannya yang ditentukan oleh musim dan memakan 365 hari untuk menyudahkan setiap putarannya. Kuasa itu pun berbentuk putaran, Ada naik turunnya, Hidup kita ini pun kian berputar, ada hidup dan mati. Tidak ada sesuatu yang terlepas daripada pengaruh putaran itu, yang dilabel oleh ahli sains sebagai laluan biasa alam dan seperti yang disebut oleh kumpulan agamawan sebagai perancangan Tuhan. Malahan, al Quran penuh dihiasi pesanan Allah akan ketentuan putaran alam – kalaulah ada sesiapa yang sanggup membuat kajiannya.

Ada satu putaran yang menjadi tumpuan dan yang akan membawa banyak kesan kepada rakyat Malaysia ialah putaran ekonomi sepuluh tahun (ada pihak yang berkata putaran itu ialah untuk 12 ahun). Pada pertengahan 1970 (1974), pertengahan 1980 (1985) dan pertengahan 1990 (1997), kita telah mengalami kejatuhan ekonomi negara. Setiap dekad ataupun perekitarannya, kita melalui kelembapan ekonomi itu. Tempoh kebangkitan ekonomi pada pertengahan 1970-an tidaklah berapa lama, saya fikir dalam masa tiga tahun (pada 1977) kita telah pulih semula. Kelembapan 1980-an mengambil masa yang sedikit lama. Dan kelembapan pada pertengahan 1990-1n mengambil masa yang lebih lama lagi.

.Saya fikir episod pertengahan 1970-an adalah serangan jatuh kita yang pertama (setidak-tidaknya ia dirasai oleh generasi kita kerana memang terdapat fenomena yang serupa sebelum itu termsauk fenomena ‘Great depression’ sebelum meledakknya Perang Dunia Kedua).Kita masih muda ketika itu, jadi kita cepat pulih. Pada pertengahan 1980 kita sudah menjadi semakin matang, dan muncul pula serangan jantung yang kedua, jadi tempoh pemulihannya mengambil masa lama juga. Apabila muncul pertengahan 1990-an kita sudah semakin berusia namun bila diserang sakit jantung yang ketiga, kita semacam baru sangat pulih baru-baru ini.

Akan tetapi kalau kita diserang jantung lagi, kali keempat dalam satu generasi, berapa lama agaknya kita akan pulih semula ataupun kita tidak mungkin pulih lagi, terlantar di atas katil untuk satu tempoh yang lama? Orang Cina mempunyai kepercayaan mengenai angka empat (4) Mereka tidak suka angka itu kerana cara sebutnya itu dalam bahasa Cina mirip perkataan ‘mati’. Itu sebabnya tempat duduk kapal terbang bernombor 14 tidak wujud. Seperti juga denngan tingkat nombor 14 digantikan dengan nombor tingkat 13A dan diikuti dengan Tingkat 15. Mampukah kita pulih daripada henyakan ekonomi yang lembap nanti seperti tiga henyakan ekonmi pda pertengahan 12970, pertenghan 1980 dan pertengahan 1990? Apakah ia akan menjadi seroang lelaki yang hampir lemas yang dapat timbul hanya tiga kali, kerana pada kali yang keempat ia akan terus tenggelam tanpa dapat terapung lagi?

Saya tidak mahu berlagak segbagai Peramal Bencana tetapi segala pertandanya sudah pun kelihatan dan semuanya memang tidak menyelerakan. Pengurus pelaburan ada memberitahu bahawa belum tiba masa untuk kita menghadapi kelembapan ekonomi. Kelembapan itu akan datang kata mereka, tetapi hanya pada 2009. Sebelum itu akan berlaku kenaikkan harga pasaran yang dikatakan ‘Bull Run” yang pendek mendahului kejatuhan ekonomi kita. Perhataikan pasaran saham, kata pakar pelaburan. Jajarananya baru mencecah 1,100 mata. Kalau diambil kira tahun 1993 di mana nilai Dollar adalah bersamaan 2.4 Ringgit ini bererti --kalau diambil kira nilai tukaran ringgit kepada dollar adalah 3.7-3.8 bagi setiap dollar bererti jajaran 1,100 pada indeks kita adalah setakat 900 sahaja, sebagai perbandingan nya. Kerana itu kita masih ada banyak ruang lagi untuk memecah rekod 1993 itu kata mereka.

Memang itu satu berita yang hebat! Tetapi kenapa mereka tidak gembira? Kenapa berita ini tidak membuatkan saya ghairah membeli apa juga saham yang dianggap masih murah harganya? Kenapa agaknya saya merasakan mesti menjual semuanya untuk merasakan wang tunai dalam saku saya ? Inilah yang saya masih belum tahu. Mungkin ini perasaan naluri sahaja. Ataupun jangkaan semata-mata? Apapun yang akan jadi, ada sesuatu yang memberitahu betapa kesunyian itu membingit telinga dan kesunyian itu mungkin merupakan satu kelegaan sebelum taufan datang menggila. Sejak tiga puluh tahun yang lalu bermula pertengahan 1970 saya telah mangharungi tiga kali taufan. Kalau ada sesiapa memberitahu saya untuk membeli saham, ini membawa erti sudah tiba masanya untuk saya menjual segala pegangan yang ada- kerana mereka yang menyuruh saya membeli sebenaranya sedang menjual pegangan mereka dan mereka mahu saya membeli untuk memudahkan penjualan mereka (Kalau tidak ada orang membeli bagaimana mereka boleh menjual?).

Saya akui saya ini bukanlah pakar ekonomi (seperti rakai yang berakta saya ini bukannya seorang agamawan jadi mesti hentikan bercakap mengenai Islam). Saya pun bukannya seorang pengurus pelaburan,. Perasaan sahaja bukan mencukupi untuk membuat keputusan berunsur ekonomi. Kita perlu menggunakan fundamental dan kita mesti membuat keputusan berasaskan penylidikan yang bernas. Jadi, sebelum sesiapa menelefon broker saham mereka untuk memberi arahan menjual, lebih baik mereka mencari nasihat pakar. Lagipun bukankah anda merujuk kepada pakar jantung kalau mahu tahu anda perlu menjalani pembedahan ataupun tidak?

Namun demikian, saya dapat merasa tidak selesa dengan keaadaan ekonomi negara. Sebagai permulaan, seperti yang pernah saya katakan, mungkin kerana putaran sepuluh tahun dan jadual kelembapan ekonomi—walaupun ini adalah semacam mempercayai teori RAHMAN untuk membuat ramalan siapa yang akan menjadi perdana menteri Malaysia yang akan datang. Mungkin juga sama tidak masuk akal dengan teori purba dan dongeng bergambus ketika Roma semakin hangus. Saya rasa mana-mana negara yang dicengkam kuasa oleh seorang maharajah yang sentia bergambus (tidur_ adalah satu resipi untuk bencana).

Lihat sahaja pada Persidangan Tahunan UMNO. Betapa pihak atasan mengendos cakap-cakap mengutuk orang Cina, yang boleh diangaap sama dengan bergambus ketika Roma hangus. Bagaimana dengan Jambatan Pulau Pinang Kedua yang akan memakan belanja RM3 bilion. Begitu juga dengan hadiah Hari Raya Haji bernilai RM600 juta kepada 191 bahagain UMNO, begitu juga dengan peruntukan RM11 bilion untuk menyelamatkan agensi negeri yang muflis. Bagaimana pula dengan sumbangan bernilai RM1 bilion kepada Cambridge University dan pembinaan Kompleks Sukan di UK. Begitu juga dengan peruntukan RM1 bilion setahun bagi projek gajah putih dan ‘Taj Mahal’ di Terengganu yang termasuk RM200 juta setahun bagi Pesta Monsoon Cup. Aduhai…senarainya semakin panjang . Mungkin lebih mudah untuk saya menyenaraikan apa yang mereka tidak belanjakan berbanding apa yang mereka mahu bazirkan.

Kemudian kita dikejutkan oleh penggabungan media dan syarikat perladangan. Jumlah nilai wang yang akan terbabit adalah satu perkara baru kerana lebih RM30 bilion yang akan trrlibat, Upah kepada perunding yang bernasib baik tentunya dalam lingkungan RM100 juta hingga RM200 juta. Semua ini melibatkan wang kita semuanya. Bagaimana dengan penjualan satu syarikat motorsial yang bernilai RM700 jtua dijual dengan haraga satu Euro kepada satu syarikat yang tidak dikenali dan bermodalkan hanya dua dolar sahaja? Ini disusuli oleh kerugian Proton dan MAS. Baiklah, kita boleh berbangga dengan pencapaian Petronas. Tetapi bukankah semua syarikat minyak di merata dunia turut sama-sama mencapai kecermelangannya? Jadi apakah yang hendak dihairankan sangat: apa yang kita mahu dengar ialah prestasi dan pencapaian ribuan agensi kerajaan negeri dan kebangsaan. Semua syarikat dan agensi kerajaan sedang kemuflisan walaupun telah diwujudkan ‘creative accounting’ mereka masih tidak mampu menyorok segala bencana. Ini bukan sahaja disebabkan tindakan dan keputusan pengurusan yang tidak cekap tetapi juga kerana rasuah yang terlalu kerap dan galak. Sampai ke akar umbinya.

Memang sudah tiba masanya untuk Malaysia melalui satu ‘pembetulan’. Apa yang akan terjadi memang tidak akan menyelerakan. Ini mungkin melibatkan kisah menghisap darah, dan darah itu adalah darah rakyat juga. Ini akan berbentuk wang rakyat marhaen yang akan dihisap oleh kerajaan dalam bentuk cukai. Kini, kita membayar harga ang tinggi untuk petrol dan harganya akan naik tidak lama lagi. Kita kena bayar harga yang tinggi untuk bekalan air, letrik dan tol – semua ini akan naik lebih 50% dalam masa sedikti hari lagi. Tidak ada satu pun yang akan kita sentuh yang tidak dicukai. Dalam hal petrol, cukainya ialah tiga kali ganda dari kos sebenar petrol—jadi kalau kita isi minyak berharga RM100 cukainya ialah antara RM70 hingga RM80. Begitu juga dengan rokok dan segala barangan yang dianggap membawa dosa kalua kita lakukan.

Sejak dua hingga tiga tahun yang lalu para pelabur sudah meninggalkan negara ini secara berdikit-dikit. Mereka lari ke negara lain seperti Thailand, China dan Vietnam. Malaysia tidak lagi menjadi negara pilihan mereka untuk pelaburan. Saya bukan bercakap mengenai pelabur asing semata-mata tetapi pelabur Malaysia yang semakin tidak yakin dengan negaa ini. Malahan mereka yang tinggal di negara ini tidak menambahkan pelaburan mereka. Mereka lebih selesa mewujdukan perniagaan di negara asing walaupun mengekalkan operasi di Malaysia tanpa menyuntik wang pelaburan lagi di sini


Penghijrahan rakyat Malaysia mencari taman yang lebih menghijau sudah berlipat-kali ganda. Pelajar Malaysia yang sudah berada di luar negara lebih selesa menjadi pekerja di negara asing dari pulang ke tanah air untuk menghadapi zaman kegelapan. Kita sedang melihat penghijrahan cerdik pandai -‘brain drains’- mengikut skala yang belum pernah kita alami. Ini bukanlah lagi kisah ‘hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendir…eloklah lagi negeri sendiri. Kesedaran sekarang lebih menjurus rumput di taman orang lain yang lebih menghijau.

Sememangnya, maharajah sedang bergambus ketika Roma semakin hangus. Para pelahap sedang masuk untuk melahap segala-galanya. Merke sudah melihat Malaysia semakin sendat dan mahu mengutip segala yang berkecai. Salah seorang pelahap itu ialah Soros yang semacam ikan jerung sedang datang menghurung mangsa ketika terbau darahnya. Kenapakah Soros tiba di Malaysia pada minggu lalu? Sudah tentu bukan untuk bersantai dipanah mentari sambil mata melirik mengikuti pertandingan kapal layar dalam pesta Monsoon Cup di Terengganu. Soros mahu melihat dengan mata sendiri apakah keadaan pertahanan Malaysia seandainya dia serang Malaysia sekali lagi seperti yang dilakukannya satu dekad yang lalu. Dia mahu mencongak apakah dia akan berjaya lagi kali ini?


Soros mahu berjumpa Abdullah Ahmad Badawi tetapi anak menantunya Khairy Jamaluddin telah menasihatkan Abdulah tidak menunaikan permintaan itu. Jadi, Soros berjumpa musuh lamanya Tun Dr. Mahathir pula. Yang memeranjatkan, Mahthir bukan sahaja perkenan pertemuan itu malahan melepaskan Soros daripda tuduhan menyebabkan bencana 1997 dulu. Apakah Mahthir telah tersilap besar? Semua orang dan anjingnya tahu apa yang dilakukan oleh Soros dulu. Soros sendiri pun tidak pernah menafikannya. Dia hanya mewajarkannya tetapi tidak pula menafikannya. Dia mewajarkanya mengikut cara Edmund Hillary mewajarkan pendakiannya ke puncak Gunung Everest – kerana memang wujud puncak itu. Matawang Asia ketika itu memang sudah ranum untuk, dipetik dan setiap sesuatu yang ranum tentulah ada sahaja tukang petik yang sedia memetiknya.

Memang Mahathir tidak kalut. Dia tahu siapa Soros sebenarnnya. Lagipun bukankah Soros yang menjejaskan legasi Mahathir dan hampir menjahanamkan kerajaan pimpinannya? Sejak itu Malaysia tidak pulih seperti biasa. Kalaulah bukan kerana Soros Malaysia hari ini tentu berbeza daripada yang sepatutnya. Jadi, apakah yang dirancang oleh Mahathir?

.Mahathri hanya menunjukkan yang beliau adalah seorang pakar strategis yang unggulan. Beliau menunjukkan bahawa dialah seorang pangliam perang yang baik. Dia tahu Malaysia sudah mendekati masa untuk dihempuk dan sedar siapakah yang amat cekap melakukannya. Bukankah seorang pakar strategi yang baik dan panglima tentara yang bijaksana dapat mengetahui bahawa Soros adalah laksana Kuda Trojan yang mesti dihormati? Memanglah Soros bercakap mengenai keamanan dunia dan beliau mengongsi aspirasi Mahathir terhadap kedamaian dunia ini. Tetapi Soros mahu melihat kedamaian dunia mengiku acuan Amerika.
Malaysia adalah laksana sampan golek di antara ‘kapal supertanker' di samudera. Gelombang kecil yang berombak daripada laluan bahtera besar-besar itu sudah cukup untuk menenggelamkan smpan bernama Malaysia. Buat masa ini China dan Amerika sedang bertelagah antara satu sama lain. Apakah Menteri Kewangan kita merangkap Perdana Metneri sedar akan fenomena ini? Bacalah pelbagai lapuran yang ada kaitannnya dengan artikel ini.

Dalam satu tindakan yang amat pelik, pentadbiran Bush telah menghantar satu rombongan yang dianggotai oleh pasukan unggulan (A Team) melawat China untuk mengadakan ‘dialog strategi ekonomi’ di Beijing pada hari Khamis dan Jumaat. (ini kisah dua minggu yang lalu. (Sila baca terjemaahn marhaintua akan kisah ini yang siap satu minggu dulu).

China adalah sebuah negara yang banyak menyimpan dollar Amerika. Adalah dianggarkan China ada menyimpan kira-kira USD 1 trilikon dan kalau dana ini dilepaskan di pasaran, ekonomi AS akan jatuh menyembah bumi—dan ini sudah tentu akan diikuti oleh ekonomi dunia sejagat, khususnya negara seperti Malaysia yang aamt bergantung kepada pengeksportan ke Amerika. Perkara ini amat disedari oleh Amerika dan kerana itu ia menghantar satu pasukan untuk berdialog dengan orang China. Tetapi pegawai Chian suruh pegawai Amerika pergi main jauh-jauh. Amerika sedar apa yang perlu dilakukan seandainya China bertindak. Amerika perlu menggugurkan matawang dollar dan cipta satu lagi jenis matawang bernama AMERO. Ini akan menjadikana China serbasalah dan mengkucarkacirkan ekonominya pula. Seandainya dua gergasi ekonomi ini benar-benar berantakan, dan dijangkakan tidak akana lama perkara itu akan pasti berlaku juga,. Malaysia akan terhenyak kepada satu era yang menyerupai awalan abad yang lampau..

Abdullah Badawi sedang bergambus. Bukan dia bergambus sebenar-benarnya tseperti Nero ketika Roma hampir hangus. Dia sedang bergambus dengan wang ringgit kita. Ekonomi kita sudah semakin bocor sedangkan mereka masih merasakan keseronokan pesta Monsoon Cup di Terengganu dan membelanjakan berbilion ringgit wang rakyat yang tidak pun kita milikki. Janganlah ada sesiapa yang berkata saya tidak pernah memberi ingatan kepada anda. Ingatlah anda telah mula mendegar perkara itu dari sini dahulu. Pesta sakan itu akan berkahir juga tidak lama lagi. Seperti Roma yang hangus terbakar, begitulah juga Malaysia…… kecuali Abdullah hentikan segala sikap berfoya-foya dan mula mentadbir negara ini. Tidak lama lagi kita akan terhempas dan tersungkur dan juruterbang mash lagi lelap dn berdengkur dan pesawat masih terbang dengan alat –‘auto-pilot. Masanya akan tiba untuk mendaratkan pesawat dan anda tidak boleh gunakan –auto-pilot’. Pesawat itu terpaksa dipandu untuk mendarat dengan selamat. Masalahnya sekarang kita tidak tahu di mana kedudukan kita dan mana lapangan terbangnnya. Yang kelihatan hanyalah lautan di bawah sana dan kita mungkin tidak mempunyai minyak yang cukup untuk berpusing –pusing mencari tempat mendarat.

Apa jadi kalau AS menyerang Iran? AS telah menghantar satu rombongan delegasi kepada negara Timur Tengah yang pro-Amerika untuk membincang perkara ini dan mendapatkan sokongan mereka. Presiden Bush telah menelefon Abdullah secara peribadi dan kerana Abdullah adalah Pengerusi OIC, untuk mendapatkan sokongannya. Apa jadi nanti kalau China melepasakan USD 1 trillion ataupun sebahagian darinya? Apakah akan jadi kalau Amerika menggugurkan matawang dollar dan mewujduakn satu matawang baru ? Apa jadi kalau para pelabur mula menjual pegangan saham mereka di Bursa Kuala Lumpur menyebabkan Bursa terus lumpuh? Sebelum itu apakah dia sedar bahawa tsunami ekonomi semakin dekat akan melanda kita?Apakah anda sedar setakat mana Malaysia menghadapi masalah untuk melunaskan hutang yang tertangguh? Hartanah yang tidak terjual. Kereta yang tidak terjual, instalmen kereta yang tertangguh, kereta yang diambil balik, bayaran kad kredit yang tertangguh, dan banyak lagi kisah pembayaran tertunggak sehinggakan Bank Negara bertindak diam membisu takutkan akan berlaku pengambilan wang simpanan di bank kita yang menjadi awalan kepada jatuhnya ekonomi negara. Kalaulah dikuatkuasakan segala kelewatan melebehi 60 hari adalah diangap sebagai pinjaman yang tidak berbayar dan mentakfrifkannya sebagai hutang lapuk, bererti tamatlah pasaran kewangan Malaysia.

Kedaan semakin kritikal dan mereka yang sedang menyibuk di anjung kuasa sedang nyenyak tidur, tanpa menyedari apa yang sedang berlaku. Terlalu banyak soalan yang tidak terjawab seperti yang terdapat dalam perbicaraan Razak Baginda.


Kenapakah UMNO yang cuba menguasai perbicaraan itu dan kenapakah peguambela Razak telah dipecat? Bukankah pelik perkar a ini? Kenapakah Ketuga Peguam Negara membuat satu kenyataan mengatakan hanya tiga orang yang terlibat tanpa ada orna lain terbabit dalam pembunuhan itu? Bukankah ganjil perkara ini keana memag ada cakap-cakap bahawa lebih dari tiga orang yang terlibat? Semua kelentongan ini hanya meniggikan suhu faktor keyakinan dan meyakinkan pelabur asing bahwasanya memang ada yang tidak kena secara fundamentalnya dengan negara ini.

Semasa berucap di pembukaan Mesyuarat Agong UMO, Abdullah Badawi berkata bahawa para pelabur memang menantikan ucapatamanya. Kemudian dia menarik perhatian kita kepada pasaran saham yang naik melonjak disebabkan ucapan itu. Sebenarnya Dolah, pasaran saham memang naik pada setiap akhir tahun kerana mereka mahu menjual pegangan mereka. Ini sahaja caranya untuk buat duit dan mengyediakan dividen pada akhir tahun. Ia tidak ada kena mengena dengan ucapan Abdullah. Sekarang ini Paklah, setelah naik 15% selama dua bulan, pasaran akan jatuh merudum kerana pengambilan untung. Apakah anda mahu tahu yang difikirkan oleh para pelabur? Mereka kini sedang bercakap mengenai kapal layar bernilai RM30 juta yang sedang disiapkan di Turki. Mereka bincangkan kisah satu mahligai di Perth bernilai lima juta dollar, satu barisan kereta mewah di UK , satu jet peribadi di Australia dan banyak lagi. Mereka semua bertanya bagaimanakah seorang Perdana Menteri yang diberikan jolokan Mr. Clean boleh mampu mempunyai semua itu?

Demikianlah kisahnya kalau maharaja bergambus ketika Roma hangus. Bukankah orang ada berkata bahawa sejarah kerap berulang sendiri? Mereka beritahu saya 2009 adalah waktu ekonomi akan menjunam hingga ke tahap keraknya. Ada pihak lain yang sanggup bersumpah perkara itu akan terjadi pada 2008. Selepas globalisasi dan setelah kita tandtangani FTA dengan AS. Saya sanggup bertaruh perkara ini akan berlaku tahun depan. Ya, 2007 adalah tahunnya bila kita akan tahu bagaimana orang Indonesi menghadapinya beberap tahun yang lalu. Saya selau suka berkata; “Kan say sudah beritahu” Tetapi saya harap kali ini bila muncul Krismas 2007, anda akan beritahu saya:
“Hai, kamu sudah tersilap!!!!!!!!.”
.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home