Penjelasan Terkini "Isu Artikel Ciplak"
PENJELASAN TERKINI "ISU ARTIKEL CIPLAK"..
ALHAMDULILLAH - Dikutip dari:Laman M@RHAEN
(Sial lihat komen marhaintua di bahagian bawah sekali)
As-Sarawaki, 18 Disember 2006:
: saya baru dapat tahu isu ini. Tak ada kena mengena dengan saya. Muhtar kenal saya, adakah munasabah saya sedemikian teruk tak boleh menulis lalu menciplak karya Mukhtar? Nordin Kardi.
: Salam Datuk Dr. Nordin Kardi.. Apa khabar Datuk yg saya hormati? Didoakan sihat sejahtera dan berada dlm hidayah dan iman yang baik serta terus diberi kekuatan ber'amal liridhalLah.. : Alhamdulillah, sy syukur stlh Datuk sendiri mngatakn Datuk tidak ada kena mengena dgn isu ini dan itulah yg saya harapkn. Saya pernah cuba menghubungi Datuk utk mdptkn maklumbalas ttp gagal.. Alhamdulillah, terima kasih sudi memaklumkn melalui laman ini.. : Sepertimana yang telah saya maklumkan di dalam laman KampusNegara, saya telah memohon penjelasan dari laman IslamHadhari.net lebih dari lima kali tetapi sehingga ke saat ini tiada sebarang penjelasan diberikan.. : Once again, thank you very much Datuk and appology is offered for any inconvenience caused. Saya boleh dihubungi di al_akhyar81 @ yahoo.com. Semoga segalanya khair dunia dan Akhirat. Jazakallahu khairan kathira. Shukran 'alaik. Wallahu a'la wa a'lam bissawab.
Berikut merupakan "Penjelasan Isu Muhtar B. Hj. Suhaili" oleh laman web IslamHadhari.net yang boleh didapati di link berikut http://www.islamhadhari.net/v4/seminar/detail.php?nkid=21:
Perkara ini seharusnya, tidak perlu diperbesarkan atau dipermainkan lagi di peringkat yang lebih tinggi untuk mendapatkan publisiti dengan menjatuhkan maruah tokoh akademik yang disegani, dikagumi serta telah banyak berjasa kepada masyarakat dan negara, seperti Y Bahagia Dato’ Dr. Nordin Kardi. Memandangkan isu ini telah menjadi isu yang sensasi dan kontrovesi maka pihak islamhadhari.net memohon maaf secara terbuka kepada Dato’ Dr. Nordin Kardi dan Saudara Muhtar B. Hj. Suhaili.
Sehubungan dengan isu ini, dan bermula pada hari ini, kami menyeru semua pembentang-pembentang kertas kerja dalam mana-mana pembentangan seminar samaada dalam negara mahupun luar negara di harus untuk menghantar surat persetujuan untuk memaparkan bahan bercetak untuk mengelakkan sebarang kontrovesi berlaku pada masa mendatang. Malahan kami juga memohon semua rakyat Malaysia yang beragama Islam untuk menghantar artikel ke laman web kami dan menegur sekirannya didapati ada unsur – unsur tidak sesuai untuk tatapan umum. Sekiranya, semua rakyat Malaysia yang beragama Islam memainkan peranan ini insya-Allah maklumat akan dapat dikongsi bersama agar mendatangkan kebaikkan sama ada di dunia mahupun di akhirat. Niat kami adalah untuk memastikan semua umat Islam mendapat manfaat daripada semua artikel di dalam laman web ini. Tetapi, pihak kami amat kecewa sekiranya niat murni kami ini dijadikan agenda untuk menjatuhkan sesama insan yang beragama Islam. ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ALHAMDULILLAH - Dikutip dari:Laman M@RHAEN
(Sial lihat komen marhaintua di bahagian bawah sekali)
As-Sarawaki, 18 Disember 2006:
Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, akhirnya maklumbalas dan duduk sebenar berkenaan isu artikel ciplak ini telah diperjelaskan. Dato’ Dr. Nordin Kardi memaklumkan bahawa beliau tidak ada kena mengena dengan isu artikel atau kertas kerja ciplak tersebut. Alhamdulillah, terima kasih juga kepada IslamHadhari.net di atas "Penjelasan Isu Muhtar B. Hj. Suhaili" yang boleh didapati di http://www.islamhadhari.net/v4/seminar/detail.php?nkid=21. Mudah-mudahan ianya akan memberi penjelasan yang sebaiknya dan sekaligus membersihkan nama Dato’ Dr. Nordin Kardi.
Berikut adalah suntingan dari Chatter Box laman http://muhtarsuhaili.tripod.com untuk makluman lanjut:
Berikut merupakan "Penjelasan Isu Muhtar B. Hj. Suhaili" oleh laman web IslamHadhari.net yang boleh didapati di link berikut http://www.islamhadhari.net/v4/seminar/detail.php?nkid=21:
Pihak islamhadhari.net ingin memaklumkan kepada Saudara Muhtar B. Hj. Suhaili, Bekas Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa UIAM sesi 2003/2004, bahawa sebaik sahaja kami menerima email daripada pihak beliau, pihak islamhadhari.net telah memohon maaf kepada beliau akibat dari kesilapan teknikal yang tidak disengajakan dilakukan oleh pihak islamhadhari.net berkaitan kertas kerja seminar yang dipaparkan bertajuk “Mengurus Kejayaan: Isu dan Cabaran.”. Malahan, pihak islamhadhari.net telah mengeluarkan kertas kerja seminar tersebut daripada laman web islamhadhari.net.
Perkara ini seharusnya, tidak perlu diperbesarkan atau dipermainkan lagi di peringkat yang lebih tinggi untuk mendapatkan publisiti dengan menjatuhkan maruah tokoh akademik yang disegani, dikagumi serta telah banyak berjasa kepada masyarakat dan negara, seperti Y Bahagia Dato’ Dr. Nordin Kardi. Memandangkan isu ini telah menjadi isu yang sensasi dan kontrovesi maka pihak islamhadhari.net memohon maaf secara terbuka kepada Dato’ Dr. Nordin Kardi dan Saudara Muhtar B. Hj. Suhaili.
Sehubungan dengan isu ini, dan bermula pada hari ini, kami menyeru semua pembentang-pembentang kertas kerja dalam mana-mana pembentangan seminar samaada dalam negara mahupun luar negara di harus untuk menghantar surat persetujuan untuk memaparkan bahan bercetak untuk mengelakkan sebarang kontrovesi berlaku pada masa mendatang. Malahan kami juga memohon semua rakyat Malaysia yang beragama Islam untuk menghantar artikel ke laman web kami dan menegur sekirannya didapati ada unsur – unsur tidak sesuai untuk tatapan umum. Sekiranya, semua rakyat Malaysia yang beragama Islam memainkan peranan ini insya-Allah maklumat akan dapat dikongsi bersama agar mendatangkan kebaikkan sama ada di dunia mahupun di akhirat. Niat kami adalah untuk memastikan semua umat Islam mendapat manfaat daripada semua artikel di dalam laman web ini. Tetapi, pihak kami amat kecewa sekiranya niat murni kami ini dijadikan agenda untuk menjatuhkan sesama insan yang beragama Islam. ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Berikut merupakan Surat Permohonan Maaf yang telah dihantar kepada Dato' Dr. Nordin Kardi melalui email dan pos laju bertarikh 18 Disember 2006:
Muhtar Suhaili Lot 741, Jalan Pujut 9 98000 Miri, Sarawak
Dato’ Dr. Nordin Kardi
Naib Canselor Universiti Utara Malaysia
06010 UUM Sintok
Kedah Darul Aman
Tarikh: 18 Disember 2006
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
dan Salam Kemuliaan
Yang Berbahagia Dato’ Dr.;
PERMOHONAN MAAF ATAS ISU “ARTIKEL CIPLAK”
Perkara di atas adalah dengan segala hormatnya dirujuk.
Artikel saya di http://muhtarsuhaili.tripod.com/ciplak/ adalah dirujuk.
Setelah mendapat maklumbalas dari Dato' melalui laman web saya, saya dengan ini merasa wajar untuk memohon maaf kepada Dato' di dalam isu "Artikel Ciplak" yang disiarkan secara tidak berhemah di laman http://www.islamhadhari.net/v4/seminar/detail.php?nkid=21.
Alhamdulillah, saya amat bersyukur setelah Dato' sendiri memaklumkan bahawa Dato' tidak ada kena mengena langsung dengan isu ini dan itulah yang saya harapkan.
Maknanya kini, jelas bahawa pihak laman IslamHadhari.net bertanggungjawab sepenuhnya di atas penerbitan dan penyiaran kertas kerja yang tidak professional serta melanggar hak cipta dan hak harta intelek ini.
Sekali lagi saya memohon maaf kepada Dato' di atas kekhilafan dalam perkara ini. Insya Allah semoga segalanya akan memberi kebaikan dan pengajaran.
Selamat maju jaya. Semoga Dato' sentiasa dirahmati Allah SWT atas urusan dunia dan Akhirat. Amiin.
Yang Benar;
___________________________
MUHTAR BIN SUHAILI
19.12.2006.
19.12.2006.
Komen marhaintua
Saya ada mencadangkan agar Dr. Nordin Kardi meletakkan jawatan kalau betul dia menciplak.
Semoga Dr. Nordin Kardi tidak menyimpan dendam dengan permintaan itu. Saya minta maaf kalau tersentuh perasaan beliau.
Ternyata dia tidak menciplak. Ini akan menjadi satu piawaian dalam persuratan Melayu. Sesiapa yang menciplak dan didapati sah menciplak, harus bertanggungjawab.
Saya berpendirian sedemikian kerana terlalu ramai orang yang menciplak artikel saya dan mengaku itu adalah tulisan mereka. Sehingga ada yang membuat majallah dan buku dan menjualnya.!!!!!
0 Comments:
Post a Comment
<< Home