Syabas kepada sukarelawan bantuan banjir
01/01:
Syabas kepada sukarelawan bantuan banjir
(Syabas to flood relief volunteers)
THE STRAIGHT TIMES
Ibnu Hakeem
Tejemahan -marhaintua-
Keadaan banjir di Johor, Melaka dan Pahang dikatakan semakin beransur baik. Malangnya 13 orang telah diakui mati lemas dalam bah di Semenanjung dan seorang lagi dilapurkan mati di Sabah. Orang yang menjadi mangsa banjir masih memerlukan bantuan untuk pulih daripada kesengsaraan mereka.
Seorang mangsa banjir di Segamat berkata bahawa air bah tiba-tiba mucnul daripada sungai yang melimpah. Dia telah pergi ke kedai dengan berbasikal untuk membeli barang dan apabila pulang ke rumah secara tiba-tiba mendapati air sudah berada dalam rumahnya separas lutut. Tidak lama kemudiian, air sudah sampai ke tengkat atas. Orang ramai terkejut dengan kepantasan air naik. Ada yang terpaksa menggergaji jeriji (grill) di jendela untuk naik ke atas bumbung. Ramai manusia yang berada di malam hari di atas bumbung rumah mereka. Ketika inilah orang kampung yang ada sampan dan bot, sama ada Cina ataupun Melayu datang membantu untuk menyelamatkan mereka. Ada yang menuntut wang antara RM25 – RM 40 - untuk mengangkut orang ke Sekolah Tinggi Segamat yang berdekatan.
Pada keesokan harinya anggota tentera tiba. Mereka memang kerja bersistem, mula-mula mengagihkan air minuman dan biskut kepada mereka yang terkandaas di atas bumbung. Kemudian mereka tiba untuk menelamatakn orang-orang itu. Ketika itu ada anara mereka yang meminta bayarn juga. Orang tempatan berkta pihak tentera telah kehilangan empat orang askar dalam arus deras kerana cuba menyelamatakan orang yang terkandas.
Terdapat juga kecurian di Segamat. Ada orang yang mengankut barang curi daripada kedai. Ada yang datang dengan bot dan cuba memecah rumah yang ditenggelami air.
Saya bersama-sama kawan-kawan telah berada di Segamat pada Sabtu 30/12/06 beserta sukarelawan yang lain untuk membantu Persatuan Palang Merah Malaysia dengan kerja-kerja bantuan. Kesan bencana banjir itu memang sungguh dahsyat. Bandar Segamat tidak banjir lagi tetapi terdapat bertan-tan sampah sarap di merata tempat. Keadaaan yang sama didapati d pekan lain seperti Muar, Tangkak dan banyak pekan lain lagi. Ini menjadi punca penyakit yang menggugat kesihatan kalau tidak dikutip secepat mugnkin.
Segamat kini berbau busuk. Ini adalah kerana kebanyakan tangki najis dan saluran air kumbahan telah tersumbat dan ada yang melimpah. Kawasan bandar lain akan menghadapi masalah yang sama. Di kampung-kampung masalah begini semacam tidak berapa ketara.
Ajensi kerajaan seperti Jabatan Kastam telah menyumbang makanan dan keperluan yang mustahak kepada mangsa banjir. Polis telah menyediakan trak. GLC seperti MAS, Telekom dan lainnya telah memberikan bantuan bekalan. Apa yang diperlukan ialah Jabatan Bomba di tempat lain menghantar trak yang berlebihan ke Segamat dan kawasan pekan yang terjejas untuk menyimbah air ke atas jalan raya dan tepiannya. Ini mesti dilakukan dengan segera. Lumpur yang kering akan mengeras di mana sahaja. Apabila hujan, lumpur itu akan mengotori bahu jalan. Apabila kering ia mengeluarkan debu beterbangan dengan bakteria daripada tangki najis dan kolam kumbahan. Begitulah juga hendaknya dengan DBKL, MBPJ, Alam Flora dan syarikat utiliti dan perbandaran dan majlis daerah yang mempunyai trak angkut sampah yang berlebihan harus menghantarnya ke selatan Semenanjung untuk mengangkut sampah. Memang tidak cukup lori sampah di Segamat untuk mengangkut segala longgokan sampah dalam masa yang singkat. Orang ramai telah membuang segala barangn yang dikotori banjir seperti tilam, permidani dan perabut yang bersusun-susun di atas jalan. Tidak mengejutkan semua bencana kesihatan ini tidak pun disiarkan oleh akhbar media tempatan
PersatuanBulan Sabit Merah Malysia, yang dinaungi oleh Raja Zarith Sofia isteri kepad a Tengku Mahkota Johor, telah melaksanakan kerja kordinaasi yang amat cemerlang. Kerajaan BN tidak membenarkan kumpulan sukarelawan yang lain memasukki kawsan yang dilanda banjir kerana tidak mahu orang lain mencuri suluhan kecemerlangan darinya. Pada pandangan saya Persatuan Bulan Sabit Merah telah diberikan kebebasan bergerak dan bertugas tanpa henti sejak 20/12/06 kerana Raja Zartih Sofia.
Akan tetapi bantuan daripada sukarealwan BN memang kelihatan lembab. Perdana Menteri telah menjenguk sebentar dalam perjalanannya bersantai di Perth Australia. Tidak siapa pun yang mendengar apa-apa berita daripada beliau sejak pemergiannya. Sekumpulan kami telah memandu dengan membawa bekalan dalam kereta pacuan empat roda menuju satu pusat agihan Bulan Sabit Merah di Segamat. Raja Zarith telah berada di situ. Walaupuan ada sedikit upacara yang tidak diperlukan, Puter I itu telah menampilkan sifat seorang peniaga dan menunjukkan keazaman yang bagus dan bersalam dengan ikhlas. Dengan pantas dia telah mengagihkan bekalan dan pakaian kepada mangsa banjir – Melayu, cina dan juga India – sambil melawat pusat bantuan itu dan berundur untuk membiarkan para petugas sukarelawan meneruskan kerja mereka. Selain seorang eskot Polis, tidak ada wakil kerajaan semasa kehadiran beliau. Dato Samy Vellu ada membuat satu sumbangan peribadi sebanyak RM25,000 melalui ketua MIC tempatan.
Telah wajud satu kesefahaman ‘camraderie’ di kalangan para sukarerelawan yang tidak pun bernama – Melayu, China, India dan kaum lain semasa kami memunggah bekalan daripada beberapa trak penuh muatannya, menyusun mereka, mengisi kedalam trak yang lebih kecil dan kedalam kenderaan pacuan empat roda kami, dan kemudian masuk kampung berdekatan Sungi Chodan serta sepanjang jalan ke Bukit Kepong untuk mengagihkan bekalan.
Walalupun air sudah susut banjir itu ternyata serius. Masih ada rumah di kampung yang tenggelam sehingga paras bumbung. Untuk sejauh sepuluh kilometer daripada pekan (Segamat), jalan ke arah Bukit Kepong yang terkkenal itu, memang telah acup dik air sedalam sepuluh kaki. Setakat 30/12/06, Bukit Kepung masih ditenggelami air. Keadaan yang sama terjadi di Skudai dan Kota Tinggi.
Terdapat juga sukarelawan bersendirian – kebanyakannya Cina- yang datang dengan pacuan empat rod mengagihkan bekalan terus kepada orang kampung, termasuk makan bermasak. Mereka mempunyai dapur bergerak yang menyediakan minuman panas dan sejuk untuu sesiapa sahaja termasuk para sukarelawan. Selepas beberapa jam mengangkut bekalan, ramai antar a kami yang merupakan sukarelawan separuh umur memang menghargai the tarik dan kopi susu panas. Inimemang stu pengalaman yang amat menyeronokkan dalam memberikan bantuan kepada saudara senegara rakyat Malaysia yang memang memerlukannya. Ketika kami beredar, ucapan ‘terima kasih ‘ mereka memang dapat dirasakan keikhlasannya.
Persatuan Bulan Sabit Merrah masih memerlukan banyak bantuan dan sukarelawan. Sila hubungi Persatuan Bulan Sabit Merah. Atapun pergilah ke arah Selatan untuk membantu. Makan yang sudah bermasak memang amat dihargai kerana dapur mangsa banjir masih lagi dibanjiri.
…..
.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home