Saturday, December 23, 2006

Banjir Di Bahagian Selatan

BANJIR DI BAHAGIAN SELATAN
(Floods in the South)
IBNU HAKEEM - Malaysia Today.
23.12.2006
Saudaraku Rakyat Malaysia,

Terjemahan -marhaintua-

Bahagian Selatan semenanjung Tanah Melayu, - Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan sebahagian selatan Pahang sudahpun dihenyak teruk oleh banjir. Mungkin tidak ramai rakyat Malaysia yang sebenarnya sedar betapa seriusnya masalah ini. Kita hidup di satu kawasan yang begitu banyak bencananya memang tidak menakutkan kita. Memang tidak terfikirkan ketika kita menonton Astro di Kuala Lumpur, kira-kira 150 kilometer jauhnya di Johor ramai penduduknya yang terpaksa memanjat bumbung rumah dan mengutip air hujan untuk diminum.

Sesungguhnya sebahagain besar Segamat sudah pun ditenggelami air sehinga paras dada sejak tiga hari. Air Sungai Segamat yang mengalir di tengah-tengah bandar itu belum lagi surut. Semua jalan menghubungi Segamat masih tenggelam. Orang segamat tidak mempunyai bekalan air bersih dan letirik dan ramai yang meminum air hujan sejak dua hari lalu. Jalan masuk ke Tampin pun sudah terputus. Sebaik sahaja anda keluar daripada Lebuhraya Utara Selatan jalan menghala ke Tampin sudah pun ternggelam.

Usaha bantuan kerajaan memang jelas tidak mencukupi kerana tidak ada persediaan yang secukupnya untukmenghadapi bencana sebesar ini. Mengikut lapuran Kerajaan bahagian selatan semenanjung telah mencatatkan rakaman hujan yang paling lebat sejak 100 tahun. Kita mempunyai bekalan air bersih yang secukupnya, begitu juga makanan, perubatan dan bekalan lain yang diperlukan tetapi kita tidak mempunyai cara yang secukupnya untuk mengangkut perbekalan itu dengan berkesan kepada kawasan yang dilanda banjir. Terlalu banyak kawsan yang banjir dan terlalu kurang sampan dan trak untuk digunakan.

Lapan puluh bot telah dihantar kepada enam negeri. Ini ternyata tidak mencukupi. Eloklah kita tidak menyalahkan Kerajaan dengan kelemahan ini kerana tidak siapa yang sudah bersiap sedia untuk menghadapi hujan lebat yang seperti ini sekali dalam satu ratus tahun.
Kita perlukan pasukan tentera darat, tentera laut dan tentera udara untuk meningkatkan bantuan.

Angkatan tentera darat mempunyai ‘Handalan’ dan trak tanah lasak, ‘Condors’ dan Kereta pengankut yang lain.- kebanyakan pengangkutan jenis ini memang mampu meredah banjir yang kebanyakannya setakat dada manusia. . Kita perlukan semua pengangkutan jenis ini secepat mungkin. Pasukan tentera udara perlu mengeluarkan semua helikopternya dan tentera laut perlu menggembeling bot kecil, pelampung dan bot-gempur secepat mungkin Semua ini perlu dilakukan sekarang.

Saya bersama kawan-kawan telah bersiap dengan rencana bantuan kami untuk berkonvoi ke Johor tetapi telah diberitahu bahawa semua jalan ke kawasna berkaitn telah terputus. Sebaik anda keluar daripada lebuhraya Utara Selatan anda akan dapati jalan kampung sudah pun tenggelam. Semua itu adalah pekan besar. Kami tidak tahu apa agaknya keadaan di pekan-pekan kecil dan perkampungan yang meminggirinya.
Eloklah gunakan media ini untuk saling bermaklumat. Apa yang kita perlukan ialah maklumat yang cepat disalurkan melalui pon selular, dan internet supaya kita mudah dapt tahu siapa yang amat memerlukan air bersih dan makanan ataupun perubatan untuk para pesakit.

Kita tidak perlukan bantuan asing. Insyaallah air akan surut juga dan banjir akan mengehilang dalam bberapa hari sahaja. Akan tetapi air minum yang bersih, dan bekalan makanan yang segar mungkin tidak mudah diperolehi sebegitu cepat. Penduduk yang menjadi mangsa banjir masih memerlukan bantuan. Johor dan Melaka bukannya jauh sangat. Pengusaha warong, pekerja am, peniaga runcit, rakyat marhaen dan orang lain tidak akan dapat menyambung hidup normal daam waktu yang singkat.

Sudara-saudara rakyat Malaysia sekelian,

Marilah kita usahakan bantuan kita bersama. Bukannya mahal sangat untuk mendapatakn air minuman berbotol, mihun, ikan bilis ataupun ikan sardin dalam kereta anda ataupun 4WD (pacuan empat roda) untuk membolehkan anda memandu ke Melaka dan Johor dan serahkan bantuan kepada rakyat di sana. Saya yakin mereka memang menghargai bantuan anda.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home