Iktibar Untuk Malaysia
Iktibar Untuk Malaysia
(The Lesson For Malaysia)
M. Bakri Musa
Terjemahan -marhaintua-
17 Disember 2006.
(The Lesson For Malaysia)
M. Bakri Musa
Terjemahan -marhaintua-
17 Disember 2006.
Pejabat Presiden Amerika Syarikat adalah yang paling perkasa. Kuasa, martabat dan pengaruh yang ditunjukkan oleh penghuni pejabat itu memang tidak ada tolok bandingnya. Namun ada satu peristiwa menarik bulan ini di mana satu jawatankuasa yang tidak berat sebelah yang dianggotai oleh sepuluh orang warga Amerika menyuarakan pendapat secara terusterang kepada Presiden bahawa dasar beliau di Iraq memang amat pincang .
Memang ada satu dua pengajaran untuk Malaysia daripada episod ini. Satu, pemimpin yang paling perkasa di dunia pun boleh dikenakan penelitian oleh rakyat jelata. Dua, kritikan semacam itu walaupun ketika musim perang tidak pula melunturkan kuasa ataupun martabat jawatannya.
Tidak ada seorang pun warga Amerika walaupun dia seorang Presiden yang menjadi sasaran kritik, yang menyalahkan jawatankuasa itu menghenyak usaha perang di Iraq dengan kritikan itu semua.
Seperti ramai orang lain, saya dapat merasakan dengan yakin sekali bahawa Malaysia sedang mengharung laluan yang songsang. Masyarakat kita semakin berpecahbelah menjurus perkauman, keagamaan, dan kedaerahan sedangkan segala institusi kita semakin kehilangan martabat dan keberkesanan disebabkan korupsi dan ketidakcekapan.
Rakyat Malaysia semakin melihat diri mereka dengan pandangan “kita” berbanding “mereka” . Istilah “kita” itu boleh merujuk kepada orang Melayu dan “mereka” merujuk kepada golongan bukan-Melayu. Istilah “kita” kepada orang Melayu mungkin dikaitkan kepada mereka yang taat kepda ajaran Islam yang “tulen” kononnya, dan “mereka” adalah golongan yang sudah terpesong.
Kepada orang China istilah “kita” boleh jadi mereka yang telah menyesuaikan diri kepada hakikat hidup di Malaysia dan dengan bangganya menayang gelaran Tan Sri dan Datuk; sedangkan “mereka” adalah golongan yang merasakan bahawa kesinambungan budaya besar China dan bahasanya adalah tanggungjawab di bahu mereka.
Bagi masyarakat India pula, istilah “kita” boleh jadi mereka yang telah menggugurkan “anak lelaki” ataupun “anak perempuan” dalam sijil kelahiran mereka untuk digantikan dengan “bin” ataupun “binte”, sambil pandai bercakap dengan loghat Kedah, dan justru sekilas aksi menjadi penyokong kuat segala hak keistimewaan Melayu.
Sekolah kebangsaan kita tidak lagi menarik sebahagian besar rakyat negara ini sendiri, dan universiti kita telah gagal menyediakan tenaga kerja mahir yang diperlukan. Beribu lulusan universiti kita masih menganggur ataupun lebih tepat lagi memang tidak layak untuk kita ambil sebagai pekerja.
Dari sudut ekonomi, Malaysia tidak lagi menjadi tarikan kepada pelaburan asing. Pelabur - baik dari negara sendiri mahupun dari luar, menganggap negara ini sebagai terlalu kuat korupsinya. Tuntutan terbaru pegawai kerajaan agar diberikan kenaikan gaji sebanyak 40% menggambarkan kos yang meninggi dan penurunan gaya hidup. Demikianlah hakikatnya, tetapi kita tidak akan tahu berdasarkan kenyataan rasmi sahaja. Memang boleh dijangka pihak yang mencengkam kuasa tidak akan mudah mendedahkan segala kesilapan dan kekurangan mereka.
Apa yang mengejutkan ialah sikap membisu pihak lain. Semasa saya melihat senarai nama-nama cerdik pandai Malaysia yang sudah bersara dari bidang akademi, professional dan perkhidmatan awam, saya memang kagum dengan martabat mereka, kebijaksanaan dan sumbangan. Saya kehairanan bagaimanakah perasaan mereka melihatkan segala legasi yang mereka tinggalkan kini terungkai sedikit demi sedikiat dan dalam banyak kes sengaja dicabul dan ternoda.
Kebisuan mereka itu yang menjadi tekateki. Kalaulah mereka rasakan negara ini sedang menuju kearah yang betul dan legasi mereka berada di tangan yang layak menanganinya, mereka harus menyuarakan sokongan mereka. Mereka seharusya menggalakkan pemimpin yang ada lebih berusaha lagi. Seandainya mereka tidak bersetuju, maka mereka harus maju ke depan dan menyuarakan kepada rakyat jelata kenapa mereka merasa tidak selesa.
Hanya Tun Mahthir yang sanggup maju ke depan untuk bersuara. Cara pihak kerajaan memberikan layanan kepada beliau mendedahkan kehaprakan pemikiran mereka dan tanggapan yang kerdil wawasannya. Kisah Mahathir yang telah ditumpaskan dalam usaha mahu menganggotai perwakilan bahagian UMNO kawasan lamanya ternyata satu pengaiban bukan pada dirinya sahaja tetapi kepada keseluruhan anggota parti.
Kalaulah ditabur intan permata kepada mereka sudah tentu mereka susun di laluan masuk rumah sendiri kerana memikirkan semua itu adalah serpihan batu, gara-gara mereka tidak dapat membezakan antara kaca dan permata.
Tidak kiralah apa nanti kesan segala kritikannya, Mahathir sudahpun memberikan sumbangan besar dengan menghancurkan satu petua lama yang mangaggap satu dosa besar untuk mengkritik para pemimpin. Ini sudah pasti membawa kebaikan kepada negara. Saya merupkan salah seorang pengkritik pedas Mahathir walaupun ketika beliau berada di puncak kemasyhurannya. Namun saya tabik hormat kepadanya kerana sumbangan yang sungguh hebat ini. Ia menjadi lebih bermakna kerana ia dilakukan semasa dia sudah bersara. Kerana ramai yang menganggap, persaraan adalah penamat kepada sebarang sumbangan.
Kesetiaan bererti akur kepada hukum undang-undang dan institusi kita, bukan kepada individu, tidak kira apa kedudukan dan jawatan yang mereka pegang. Sepuluh orang warga Amerika yang ternama dalam ‘Iran Study Group” mengamalkan tradisi yang baik ini. Saya mengharapkan akan ada sumbangan yang serupa daripada kumpulan cerdik pandai kita warga Malaysia yang sudah pun bersara.
Terjemahan -marhaintua-
0 Comments:
Post a Comment
<< Home