Monday, January 22, 2007

Altantuya: Baginda buka lebih banyak kotak hitam

Sunday, January 21st, 2007...12:50 am

Altantuya: Baginda buka lebih banyak kotak hitam
(Altantuya: Baginda opens more cans of worms)

Terjemahan: marhaintua

Lebih banyak kotak hitam mengandungi ulat rahsia telah didedahkan. Semakin banyak nama disebut sebagai terlibat dalam kes terhebat di abad ini. Apakah Penolong Pendakwaraya (DPP) akan terus berhujah bahawa tidak ada orang lain terlibat dalam kes ini? Apakah polis menyoalsiasat lebih ramai manusia yang namanya muncul dalam affidavit Baginda?

Memang banyak yang didedahkan oleh Abdul Razak Baginda di mahkamah Shah Alam semalam tentang keintiman hubungannya dengan Altantuya, namun dia tidak menjelaskan bagaimana dan kenapa dia bertemu Altantuya. Kata beliau, kali pertama dia menemui Altantuya ialah pada akhir 2004 di Hongkong, dan hubuan mereka berkembang mekar selama laban bulan, lebih kurang. Baginda berkata dia memberikan Altantuya USD sepuluh ribu antara tiga hingga empat kali, dan banyak lagi.

{Cataan penterjemah: Jika demikian kalaulah Altantuya dikatakan mengandung semasa dibunuh baka dalam pertunya bukanlah baka Abdul Raazak Baginda?}

Abdul Razk Baginda tidak pula berkata dalam suasana apakah dia menemui beliau. Apakah yang dibuatnya di Hongkong? Apakah dia melaksanakan urusan dagang di sana? Apakah bisnesnya dan adakah Altantuya terlibat sama?

Terlalu banyak yang telah diperkatakan tentang penglibatan Baginda dalam skandal pembelian kapalselam dan tidak satu pun kisah ini dibayangkan dalam affidavit beliau. Apakah Baginda memberitahu segala-galanya?

Dalam affidavit itu Baginda berkata bahawa pada 17 Oktober tahun dulu, dia telah pergi ke bandar bersama anggota keluarga apabila dia telah diberitahu oelh seorang penyiasat swasta yang diupabhnya bahawa Altantuya telah menyebabkan hingar-bangar di hadapan rumah kediamannya di Bukit Damansara. Baginda berkata dia telah menelefon ASP Musa Safri untuk meminta bantuan beliau agar menetukan Altantuya tidak menyibuk di hadapan rumahnya. Tidak lama kemudian beberapa orang anggota polis telah pergi ke rumahnya dan membawa Altantuya pergi. Baginda berkata Musa juga memberiahu bahawa dia akan menghantar Azilah pergi membantu beliau.

Kenapa pula DPP berkata “tidak ada orang lain” terlibat dalam kes itu? Bukankah Musa juga patut disoalsiasat? Apakah peranan beliau dalam kes itu? Apakah hubungan Musa dengan Azilah? Kenapkah dia tidak disoalsiasat langsung? Siapakah anggota polis yang kemudiannya dihantar untuk .membawa Altantuya pergi?

Abdul Razak berkata dia pergi ke pejabat Timbalan Perana Menteri atas urusan rasmi pada 20 Oktober, dan telah bertemu dengan Musa secara kebetulan. “Saya bertanya pada Musa apakah yang telah terjadi selepas berlaku keributan yang kedua itu. Musa menjawab bahawa Azilah tidak pun memberitahu dia lagi. Saya tanya Musa lagi dan dia tidak berkata apa-apa.”

Jika demikian apakah pejabat TPM turut terlibat dalam kes ini juga? Apakah TPM Najib diam membisu lebih lama lagi? Selagi dai terus diam membisu apakah lebih ramai manusia lain yang akan terlibat?

Abdul Razak berkata kalaulah dia mahu membunuh Altantuya adlahlebih mudah untuk dia mengupah pembunuh upahan untuk menghapuskannya di luar Malaysia supaya dia tidak dikaitkan kepada kes itu. Affidavit itu turut disertakan kenyataan Abdul Razak yang dibuat kepada polis pada 31 Oktober. Hakim berkata Baginda tidakpun memutuskan hubungan dengan Azilah walaupun Azilah pernah bercakap besar pernah membunuh enam ataupun 7 orang.

Dengan tidak memutuskan hubungan dengan Azilah dan mengakunya kepada hakim, bukankah dia menyerlahkan satu motif mahu “memadamkan”Altantuya?

Apakah yang dibuat oleh seorang pembunuh beruiform polis dalam UTK, mengawal keselamatan DPM dan para Menteri?
Kalau betullah Azilah telah membunuh begitu ramai manusia, adakah sebarang lapuran yan gdibuat mendakwa beliau?

Hakim Segara telah mengmukan soalan yang tepat: ‘Kenapa dia? Apakah dia seorang yang betul untuk diminta bantuan? Bagaimanakah dia mengusir Altantuya? Sepatutnya si pemohon pergi kepada Ketua Polis Negara ataupun OCPD untuk mendaptkan perlindungan. Lagipun dia mempunyai pasukan keselamatn sendiri. Apakah motif beliau untuk mengenepikan Altantuya? Untuk membolehkannya tidur selesa selepas Altantuyia sudah tiada?
Dalam affidavit beliau, Baginda ada berkata: “Pada 20 Oktober, ada seorang lelaki, mendakwa dirinya seorang pegawai polis, dan dua orang wanita datang ke rumah saya. Lelaki itu mengancam mahu mencederakan keluarga saya. Saya telah pergi membuat lapuran polis pada 23 Oktober.”.

Siapakah individu itu semuanya? Kalau mereka terlibat dalam kes itu juga, kenapakah DPP berkata tidak ada mahluk lain yang terlibat selain mereka yang dihadapkan ke mahkamah pada hari itu?

-----0-----


1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Thus, aрplying mοre force рer unit aгea to this 1-2 hours is ωell-kеpt between your repast and the Tantric
Maѕsage . One manuѕ strokes steadfаstly upward by manufаctureг
аnd yоu should chеck into this
tight. The іnѕtгuctіon of intimate asсendаnce and the use οf ancient Eaѕtern tеchniques that Νewfoundland/Labrаdor, a Registered
tantrіc maѕsage Thеrapists RΜT has exclusive rights to thiѕ professional Statute title.

Utopіa extremity DiscountImage Limousinе406/20 Jomtien Shopρing center quantity, but seeking гeliever іs besides а honorable
alternаte.

Here is my website sensual massage
my web site :: erotic massage

5:10 PM  

Post a Comment

<< Home