Wednesday, January 10, 2007

Percikan Api beterbangan apabila China mengangkut minyak melalui Mekong

Percikan api berterbangan apabila China mengangkut minyak melalui Mekong
(Sparks fly as China moves oil up Mekong)
By Marwaan Macan-Markar
Terjemahan: - marhaintua-
9 Januari, 2007.


BANGKOK – China yang sentiasa dahagakan tenaga bahan bakar telah mula menggunakan Sungai Mekong sebagai satu lalauan baru mengangkut minyak dengan menggunakan kapal. Ini mencetuskan kerisauan beberapa pencinta alam seandaianya berlaku kemalangan menyebabkan berlaku tumpahan minyak yang pasti akan menjejas rezeki hampir 60 juta manusia di kawsan hulu sungai dan tentunya akan mencetuskan masalah diplomatik antara negara ASEAN dan China.

Pelayaran pertama kapal minyak dilakukan pada 29 Disember oleh dua buah kapal China yang membawa minyak menongkah arus Sungai Mekong. Sekaligus ini menyerlahkan keazaman Beijing mencari laluan alternatif untuk mengangkut minyak dan gas daripada Timur Tengah. Dua kapal itu tiba di pelabuhan di bahagain Baratdaya China di wilayah Yunnan membawa sejumlah 400 ton minyak bertapis, yang telah dikirim daripada pelabuhan Thailand di wilayah utara Chiang Rai, inilah yang dilapurkan oleh Xinhua, agensi berita China.

Pelayaran sepanjang Mekong merupakan pelayaran awal “sebagi satu percubaan dalam program pengangkutan minyak dengan kapal yang dirancang dengan rakan niaganya di Asia Tengggara.” Demikian lapuran Xinhua. “Pakar berkata bahawa laluan sungai akan menjadi satu alternatif kepada Selat Melaka sebagai satu laluan untuk pengangkutan minyak dan menentukan bekalan minyak tetap sedia ada untuk Yunnan dan Baratdaya China.”

Sekitar 75% bekalan bahan bakar China sekarang ini mengalir melalui Selat Melaka yang begitu berbahaya oleh kerana ramainya perompak dan lanun, yang menempatkan diri antara Semenanjung Tanah Melayu dengan kepulauan berdekatan Sumatra. Dari segi strategi, China memang telah menyatakan secara berulangkali keraguan seandainya tercetus konflik, kapal tentera laut AS boleh bertindak untuk mencekik bekalan minyak China melalui laluan perairan.


Sungai Mekong bermula daripada wilayah China, dan telah lama menjadi bahan perbalahan antara China dan Asia Tenggara. Dulu, China mempunyai rencana untuk membina beberapa dozen ampangan haidro di sepanjang bahagian atas sungai (hulu) dan inilah yang menakutkan banyak pihak sehingga mereka membuat kritikan tentang impak kepada msayrakat sungi di bahagian menghala muara (hilir). Baru-baru ini Beijing telah mengecilkan rencaana itu, tetapi dua ampangan sudahpun beroperasi dan ada kalanya ampangan itu telah menyebabkan kekeringan di bahgian hulu sungai di utara Thailand.


Sungai Mekong baru sahaja dibuka untuk laluan kapal kargo pada 2004, apahila beberapa bahagian sungai yang mempunyai lata (airterjun) yang laju aliran airnya di Laos telah diperbetulkan oleh jurutera China. Sejak itu perdagangan telah meningkat di sepanjang sungai terutama sekali dalam perdangangan hasil tani dan barang pembuatan. Ia mengalir daripada selatan China memasukki daerah utara Thailand. Memang wujud keraguan bahawa laluan itu telah memudahkan pergerakan manusia di mana rakyat China dapat datang dengan mudah memasuki Laos dan Thailand dan kepada beberapa destinasi di rantau itu.


Kumpulan pencinta alam mula-mula sekali mencetuskan amaran pada 2004 apabila Beijing mendedahkan rencana kasar untuk menggunakan laluan dagang baru bagi pengangkutan minyak. Kumpulan yang sama menyatakan keperihatinan mereka pada pertengahan 2006 apabila China bertindak mendapatkan peningkatan kuota minyak yang mahu diangkutnya melalui Sungai Mekong. Mengikut perjanjian awal yang ditandatangani bulan Mac lalu dengan Myanmar, Laos, Tahiland, dan China, kelulusan telah diberikan bagi kuota mengangkut minyak bertapis sekitar 1,200 ton. Apabila dua buah kapal China berjaya belajar dengan pelayaran pertamanya bulan lalu, Beijing telah membuat sasaran baru mahu mengangkut hampir 70,000 ton minyak bertapis setiap tahun daripada Thailand sahaja melalui Sungai Mekong. “ kata Qiao Xinmin, seorang pegawai urusan maritim China yang dipetik oleh Xinhua.

Mengeruhkan Perairan

Pengangkutan minyak melalui Mekong memang menaikkan amarah kumpulan pencinta alam. “Keseluruhan dagang itu telah dilakukan dengan penuh rahsia tanpa ada maklumat yang disibarkan kepada orang awam, ataupun sebarang usaha untuk mendapatkan pandangan umum terutamanya mereka yang hidup di sepanjang Sungai Mekong,”: kata Premrudee Daoroung, pengarah (bersekutu) bersama “Towards Ecological Revovery and Regional Alliance (TERRA), yang berpusat di Bangkok. Ini mengesahkan siapa yang menguasai Mekong.”

Ketika membentangakan pelan asal menyekat Mekong bagi pembinaan ampangannya, Beijing telah berjaya memenangi keizinan kerajaan Asia Tenggara apabila ia menukar haluan dan menawarkan usaha mendalamkan Mekong dengan meletupkan beberapa lata yang terdapat di Myanmar dan Laos dan membuka laluan baru untuk kapal yang lebih besar melalui sungai itu. “China telah mengepalai usaha ini dan yang mula-mula sekali memberikan wang untuknya kerana ia akan menjadi penikmat yang paling utama.” Kata Premrude
.
Pencinta alam risau kemungkinan tumpahan minyak daripada kapal milik China yang berulang alik laluan Chiang Rai Yunnan “semua kapal kargo ini sudah lama mencemar sungai, dan inilah yang menjejaskan mata pencarian penduduk di tebing sungai, “ kata Pianporn Deetes tukang kempen bagi ‘Southeast Asia Rivers Network’, yang berpangkalan di bandar Chiang Mai di utara Thailand. .

Sungai Mekong ialah 4,800 kilometer panjangnnya dan mulakan alirarannya pada Dataran Tibet, melingkari wilayah Yunnan, dan turun sepanjang sempadan Myanmar, Laos, Thaialnd sebelum memasukki Kemboja dan Vietnam dan melambakkan takungannya ke Lautan China Selatan. Kira-kira 60 juta manusia di Asia Tenggara hdiup di sepanjang tebing berlumpur Sungai Mekong dan berganutng padanya untuk sumber makanan, pengangkutan dan air minum.

Masyarakat yang hidup di bahagian paya sepanjang sungai itu bergantung kepada perairannya untuk bekalan ikan. Demikian lapuran ‘Mekong River Commission’ (MRC) - satu badan antara kerajaan yang mengongsi kawasan paya di Thailand, Laos, Vietnam dan Kemboja. Bekalan tahunan ikan daripada bahagian bawah Sungai Mekong adalah sekitar 2% daripada jumlah tangkapan ikan dunia dan 20% daripada jumlah tangkapan ikan sungai di dunia.” Kata MRC, yang berpangkalan di Vientianne, ibukota Laos.

Lantas, keputuan China menggunakan Sungai Mekong sebagai laluan minyak muncul gara-gara kehendak bahan tenaga yang meninggi, di mana jumlah pengimportan China setiap tahun mencapai 140 jtua tan setahun, mengikut lapuran yang disediakan. Lagipun, laluan minyak China di sepangajan Sungai Mekong merupakan salah satu antara dua pelan yang didedahkannya dalam usaha menggalakkan penggunaan Selat Melaka. Bulan April lalu, China telah menandatangani satu perjanjian dengan Myanmar untuk membina satu saluran paip minyak menyambungkan pelabuhan lautan dalam Myanmar di Sittwe kepada ibukota wilayah Yunnan di Kunming.
.
Salah satu saluran paip yang dirancang itu bermula di pelabuhan Myanmar di Teluk Bengal , menuju ke ararh Timur di wilayah Arkan menyusuri banjaran gunung Arakan Yoma, melalui bahagian Magway dan Mandalay. Dari situ memasukki wilayah Shan dan memasukki selatan China. Perjanjian yang diongkosi dana China telah membantu menyokong regim tentera Myanmar yang sebelum itu memang kekurangan wang tunai dan mengharungi sekatan ekonomi yang dikepalai oleh AS.

Saluran paip itu mencetuskan keraguan mungkin meledakknya gelombang baru yang berupa salahguna kuasa oleh kerajaan tentera Myanmar yang mahu membersihkan kawasan untuk pembangunan sedangkan kawasan itu sekarng ini dihuni oleh kumpulan minoriti etnik. “Akan berlaku perpindahan secara paksa, kerana saluran paip itu akan melalui kawaan yang padat dengan penghuninya.“ kata Woung Aung. Beliau ialah jurucakap kepada Pergerakan Shwe Gas Movement, satu kumpulan yang menuntut hak masyarakat minoriti Arakan di Myanmar. “China bukannya ambil peduli tentang kemusnahan alam sekitar kerana mereka mahukan bekalan minyak.”
.
(Inter Press Service with additional reporting by Asia Times Online)


0 Comments:

Post a Comment

<< Home