Monday, January 15, 2007

Kematian Warga Mongolia: Satu Bom Jangka?

Kematian Warga Mongolia: Satu Bom Jangka?
(MONGOLIAN MURDER A POTENTIAL TIME BOMB?)

14.01.2007

Kim Quek
Terjemahan -marhaintua-


Gesaan terbaru Anwar Ibrahim agar ada ketelusan dan dilakukan siasatan meluas keatas pembunuhan seorang warga Monngolia adalah satu ingatan yang nyata bahawa banyak yang tidak kena dengan cara kerajaan Malaysia menangani kes siasatan pembunuhan ini. Malahan piawaian ketelusan dan akauntabiliti sudah jatuh merudum tidak setanding amalan sebuah negara demokrasi; lantas mengingatkan kita kepada pencemaran keadilan yang sengaja diadakan lapan tahun dulu ketika dalam pendakwaan Anwar Ibrahim Yang tidak adilnya ketika itu ialah bagaimana seorang insan yang tidak berdosa boleh terhumban dan didakwa. Kali ini mungkin, perbicaraan adalah dibuat sebagai satu helah melindungi seseorang yang bersalah kerana membunuh.


Dalam kes Anwar dahulu, institusi tempatan – polis, jabatan peguam negara, sisem keadilan dan midia – nampaknya telah digembeling untuk bergerak serentak dalam usaha mengawal kecemaran, kerana di situlah tergantungnya nasib struktur kuasa negara. Namun, sebelum menyingkap segala butirannya, eloklah kita mengimbau perspektif kes itu dulu.


Yang menjadi tumpuan skandal ialah seorang wanita cantik warga Mongolia bernama Altantuya Sharibuu, yang telah sengaja dikatakan bertugas sebagai seorang model. Sebenarnya beliau ialah seorang yang pakar banyak bahasa dan bertugas sebagai seorang penterjemah di peringkat antarabangsa. Dia fasih bertutur dlaam bahasa Russia, Inggeris China dan Peranchis – dan kerana itu dia kerap berterbangan selalu. Ada dakwaan bahawa Altantuya adalah kekasih Abdul Razak Baginda, seorang analis politik dan orang kepercayaan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Najib Tun Razak. Abdul Razak memang kerap terbang juga dan kerap mengiringi Naib dalam lawatan beliau kelur negara.


Pembunuhan keatas Atlantuya adalah sungguh dahsyat kerana dia telah diledakkan dengan bom sehinga berkecai. Inilah peristiwa yang terus dikaitkan kononnya kepada Najib, keran dua orang pengawal peribadi beliau telah didakwa kerana pembunuhan itu dan Razak Baginda dituduh kerana bersubahat; dan peledak yang digunakan bukan calang-calang senjata tetapi jenis C4 yang hanya berada dalam simpanan kementerian pertahanan. Kes ini menjadi semakin hebat kedahsyatannya apabila muncul satu lagi skandal yang mengaitkan Najib keran satu sayrikat milik Razak baginda dikatakan menjadi penerima sau komisen yang amat besar gara-gara pembelian kapal selam oleh Kementerian Pertahana.

Justru, Najib yang sesunguhnya dalam banyak hal berlagak laksana pemimpin ‘de fakto’ negara ini sudah menjadi tumpuan utama yang ada hubungannya dengan dua skandal hebat, yang sekaligus melibatkannya secara langsung.




Inilah skandal yang sedang menggugat heiraki pucuk kepimpinan negara dan iani semakin nyata dari cara kes itu ditangani oleh pihak polis, jabatan peguam negara, pihak keadilan dan media tempatan. Persekongkolan media tempatan nampak menyerlah apabila berlaku kes tutup mulut dan tutup berita terhadap sidang akhbar yang diadakan oleh Anwar pada 10 Januari. Selain mendesak agar diadakan siasatan yang lebih meluas Anwar telah bertanya pihak berkuasa beberapa persoalan yang pasti mendapat liputan meluas seandainya Malaysia mengamalkan kebebasan surat akhbar.

Polis Malaysia


Kalau kita mahu persoalkan polis, kenapakah Najib tidak ditemubual? (Reuters pada 10 Januari telah -memetik sumber kerajaan yang berkata tidak ada lagi yang telah disoalsiasat selain tiga orang tertuduh) Polis tidak mempunyai sebarang kewajaran untuk menyoal Najib, walaupun orang yang dituduh membunuh dan peledak adalah di bawah tanggungjawabnya.

Harus diingat pengawal peribadi adalah anggota pasukan Unit Tindakan Khas yang memang terlatih untuk tugas berat dan taat setia yang tidak berbelah bagi dan mereka tidak mempunyai sebarang motif untuk membunuh wanita itu. Harus diingat juga Razak Baginda tidak pun dikenakan tuduhan memberi arahan keatas pembunuhan tetapi bersubahat degan pembunuhan. (Dia memang tidak boleh didakwa kerana memberi arahan kepada mereka). Jika demikian siapakah yang memberikan arahan kepada pengawal peribadi itu untuk menculik wanita itu ketika dia sedang berusaha memasukki rumah Razak dan kemudinnya membunuh beliau? Kenapakah polis tidak mahu mencari jawapannya daripada bos pengawal peribadi itu (Najib) tentang kenapa dan bagaimaana mereka melancarkan tindakan ganas itu? Apakah andaian yang boleh kita buat apabila polis gagal bertindak seperti yang sepatutnya terhadap Najib? Ataupun polis sudah lama tahu apa yang orang awam meamng tidak tahu?

Kenapakah polis begitu membisu mengenai butiran kes ini, dengan ketua jabatan siasatan jenyaah (Chirstopher Wan) begitu senyap dan sunyi?

Kenapakah Ketua Polis Negaara (Musa Hassan) betindak paling luarbiasa dengan mengambil kepimpinan siasatan polis?

Adakah patut polis menyembunyikan beberapa fakta penting dalam kes ini sedangkan semua fakta itu sudah diketahui secara luas oleh media antarabangsa, hingga menjejaskan martabat kerajaan Malaysia?

Sebagai Menteri Keselamatan Negara yang bertanggungjawb dengan perilaku polis menjalankan siasaatan mereka, Perdana Menteri Abdullah Badawi turut betnggungjawab dengan tingkah laku polis yan gmenjalankan siasatan mereka. Walaupun dia cepat mengatakan agar tidak ada sebarang pilih kasih dalam siasatan dan menentukan sesiapa yang berslah di bwa ke muka pengadilan, kata-kata beliau tidakpun terbukti membawa kesan.

Pendakwaraya dan Pengadilan

Pembunuhan adalah satu kesalahan yang tidak boleh diberikan ikatjamin Apabila Razak dibenarkan ikatjamin dengan bayran bon (tanpa jaminan keselamatan) paa Nov. 23 dan sekali dilanjutkan ikatjamin itu pada 14 Disember berasaskan alasan yang boleh dipertikai kerana mengidap menyakit kerongkong bengkak, pihak pendakwaraya dan juga hakim sebenarnya telah dilihat sebagai bertinak berat sebelah memihak kepada tertuduh, kerana ikat jamin semacam itu amt jarang dibenarkan, biarpun atas alasan kesihatan yang terganggu.

Pada 5 Januari, permohonan Razak agar dilanjutkan ikatjamin telah ditolak dan ini mengejutkan ramai orang. Akan tetapi penolakan itu baukanlah hanya permohonan itu semata-mata, ia adalah kerana permohonan itu dibuat secara lisan. Kemudian hakim telah menetapkan 19 Januari untuk mendengar permohonan bertulis.


Namun demikian, kerana tidak sabar menunggukan 19 Januari, Razak telah mearayau dan telah dibenarkan satu traikh mendengarnya pad a 11 Januari oleh Mahkamah Rayuan. Mahkamat Rayuan telah menolak rayuan beliau kerana tidak ada asas untuk mahkamah menimbangkannya kerna mahakamah tinggi akan hanya bersidang pada 19 Januari untk kes beliau. .

Selain gagal menjalankan tugas menentang ikatjamin itu, timbalan pendakwa raya (Salehuddin Saidin) daripada Jabatan Peguam Negara telah terlibat dengan tingkah laku yang tidak senonoh apabila dia menyatakan kemungkinan adanya pembabitan pihak lain selain tiga orang yang tertuduh sedangkan siasatan ternyata belum lagi selesai dan motif diri para pembunuh masih belum jelas.

Keghairahan beliau mahu dirumuskan andaian itu lebih awal dari yang sepatutnya meniupkan lagi spekulasi wujudnya tekong besar selain tiga orang yang tertuduh.

Mungkin apa yang paling mengecewakan orang ramai ialah tarikh yang telalu lama ditetapkan untuk mendengar perbicaraan – Mac 10, 2008. Penjelasan Hakim (K.N. Segar) bahawa penetapan berasaskan berkonsepkan siapa-dulu-dapat-dulu memang tidak boleh masuk akal. Bagi satu kes yang penting seperti ini, di mana martabat paling teratas dalam kerajaan sedang dipertikai di negara ini dan juga di luar negara, sepatutnya mahkamah mempunyai justifikasi memberikan keutamaannya, kerana ia adalah bagi kepentingan negara dan juga keadilan untuk mempercepatkan perbicaraan. Sekali lagi kita diingatkan betapa berbezanya layanan mahkamah semasa perbicaraan Anwar Ibrahim atas sebab rasuah kononnya, dan kes pembunuhan sekarang ini. Kalau kes Anwar boleh dibicarakan hanya lebih satu bulan selepas beliau ditangkap, kenapakah kes pembunuhan Altantuya yang merupakan satu kesalahan yang lebih serius tidak diibicarakan dengan pantas? Apakah ini tidak memperaku tuduhan yang kerap ditujukan bahawasanya sistem keadilan negara ini bertindak mengikut telunjuk Ketua Ekskutif – dimana tuduhan yang tidak bermakna boleh dibicarakan secara ekspres, sedangkan perbicaraan keatas tuduhan yang berat-berat boleh ditangguh-tangguh, seandainya susunatur pengadilan boleh menyesuaikan kepentingan politik pihak yang berkuasa?

Skandal Kapalselam

Dalam setiap pembunuhan, kunci utama ialah apakah motifnya. Di sinilah kita perlu menyungkit skandal pembelian kapalselam (oleh kerajaan Malaysia) di mana Altantuya mempunyai peranan yang memberikan petunjuk kepada motif pembunuhan. Beberapa lapuran daripada Mongolia telah mendedahakn hubungan kerja antara Altantuya dengan Razak Baginda. Berdasarkan temubual dengan ayah Altantuya, Professor Shharibuu, ada satu lapuran mengatakan bahawa Professor itu telah mendapati beberapa dokumen milik Altantuya yang membuktikan bahawa Altantuya pernah memberikan khidmat penterjemahan dan kerja-kerja khidmat setiausaha untk Razak di mesyuarat dan majlis perundingan di peringkat tertinggi. Yang lebih khusus Altantuya pernah memberikan khidmat khas dalm rundigan pembelian kapalselam. Professor itu turut menambah dengan menyatakn bahawa tujuan utama permergian Altantuya ke Malaysia adalah untuk menuntut pemnyaaran upah perkhidmatan yang belum tertunai.


Tuntutan mendapatakna saki baki bayaran adlah perkara biasa, kalulah tidak kerana wujudnya babak kelam dalam perjanjian jual beli kapalselam itu.

Kementerian Pertahanan Malaysia membayar satu bilikon euro (RM4.5 bilion) kepada vendor Amaris (Syarikat Peranchis-Sepanyol)untuk membeli tiga kapalselam (termasuk satu buah yang sudah terpakai) di mana syarikat milik Razak –Perimekar- mendapat komisen sebanyak 114 juta euros (RM 510 juta). Komisenini berupa 11% daripa da harga jualan, dan merupakna satu angka tidak terfikirkan oleh otak yang waras sekaligus memberi gambaran wujudnya perbuatan yang tidak senonoh.

Bukan sahaja angka komisen itu terlalu tinggi, hakikat sebenar yang dibocorkan adalah lebih besar lagi kalau diambil kira kenyataan bahawa pembelian tiu tidak dibuat secara tender terbuka.

Sebagai seorang penterjemah yang juga berketrampialn dan canti, Altantuya mungkin telah memainakn satu peranan yang amat besar dalam mendaptakan projek tersebut. Kalau diambil kira betapa wang mengalir laksana air, adalah tidak sukar untuk mengandaikan bahawa besar kemungkinan Altantuya diberikan janji besar yag lebih hebat daripada bayaran yang lumayan, sebagai pampasan untuk merahsiakan maklumat yang tidak boleh dibocorkan kerana mungkin mencetuskan bencana kepada orang lain.

Dengan demikian, Altantuya mungkin telah dilihat sebagai tetamu yang tidak diundang dan berbahaya seandainya wujud pertelingkahan antara beliau dengan beberapa pelanggannya di Malaysia, sama ada yang berpunca daripada kesan hubungan konflik habuan wang ataupun masalah seksual seperti yang disebarkan sebagai berita angin.

Memang jelas bahawa siasatan terhadap pembunuhan itu tidak boleh dilaksanakan dengan penuh makna tanpa menyiasat sama skandal jual-beli kapalselam itu. Dalam hal ini pembabitan Badan Pencegah Rasuah yang meamng terekanl terlalu lemah sepautnya sudah lama dimulakan.
.
Inilah masanya Perdana Menteri menunjukkan kecemerlangan kepimpinan beliu dengan bertindak sendiri menentukan bahawa dua badan penguatkuasa undang-undang di bawah jagaannya - BPR dan Polis – berganding bahu mempercepatkan satu siasatan yang menyeluruh dalam kes pembunuhan dan juga menahan mereka yang terlibat dalam skandal pembelian kapalselam. Seterusnya beliau harus menentukan agar pihak mahkamah dan jabatan peguam negara dibenarkan menentukan keadailan tanpa campurtangan daripad pihak Ekskutif.



Kim Quek


0 Comments:

Post a Comment

<< Home