Tuesday, January 09, 2007

Apakah Peperangan Bush Menurun Ataupun Memuncak?


January 8, 2007
Apakah Peperangan Bush Menurun ataupun Memuncak?
(Is Bush's War Winding Down or Heating Up?) The Coming Attack on Iran
by Paul Craig Roberts – Terjemahan –marhaintua-

Kebanyakan rakyat Amerika percaya bahawa cubaan lasak Bush di Iraq sudah pun beakhir. Penaklukan Iraq tidak lagi mendapat sokongan wakil rakyat, Kongres dan panglima tentera serta askar Amerika. Parti Democrats kini diam sambil menungu untuk Bush berdepan dengan kenyataan hidupnya, Mereka tidak mahu dituduh nanti kalah perang dengan cara memaksa Bush berundur daripada Iraq. Tidak ada askar yang perlu ditambah lagi dan kalaupun ‘penaingkatan’ (surge) gagal, Bush tidak ada peluang lain tetapi berundur. Tidak lama lagi, mengikut taksiran ramai, segala bunuh membunuh yang menggila akan tamat juga.
Lapuran berita terbaru menunjukkan bahawa penamat ini mungkin merupakan satu congakan yang lebih besr kesilapannya kalau dibandingkan dengan congakan awal untuk menyerang dan menakluk Iraq dulu.

Pada 7 Januari, akhbar ‘The London Times’ melapurkan ia dapat mengetahui daripada beberapa sumber tentera Israel bahawa “Israel telah merangka satu pelan rahsia mahu menghancurkan panekalan pengkayaan uranium Iran dengan menggunakan senjata taktikal nuklear.”

Kementeria Luar Israel telah menafikan lapuran itu.

Lapuran ‘The Times’ itu menyebut “pegawai Israel dan Amerika telah betemu beberapa kali untuk menimbangkan tindakan ketenteraan. Para analis tentera berkata pendedahan pelan itu mungkin bertujuan menekan Tehran agar menghentikan usaha pengkayaan uranium, menggugat Amerika agar bertindak, ataupun menghangatkan amarah dunia lebih awal lagi sebelum Israel menyerang.”

Dalam lapuran lain, General (Israel) Oded Tira telah disebut pernah memberitahu pengikutnya: “Presiden Bush tidak mempunyai kekuatan politik untuk menyerang Iran. Oleh kerana serangan Amerika keatas Iran adalah penting untuk menjamin kewujudan kita, kita mesti membantu beliau mencari jalan bagaimana melobi Parti Demokrat (yang bertindak sendirian) dan para editor akhbar AS. Kita perlu lakukan ini untuk membesarkan isu Iran menjadi isu yang tersendiri dan tidak ada kaitan dengan kegagalan di Iraq.”

General Tira telah memberikan tugas ini kepada Pelobi Israel: (1) “Beralih kepada Senator Hilary Clinton (isteri bekas presiden Clinton) dan bakal calon presiden yang lain dalam Parti Demokrat supaya mereka menyokong tindakan segera Bush terhadap Iran, “ (2) gunakan pengaruh keatas negara Eropah supaya “Bush tidak merasa beliau dipulaukan dalam arena antarabangsa sekali algi, “ dan (3) “Bekerjasama secara rahsia dengan Arab Saudi supaya ia turut memujuk AS agar menyerang Iran.”

Tugas Israel pula, kata General Tira ialah “menyiapkan satu pasukan serangan keteneraan yang bebas dengan menyediakan kordinasi penerbangan di ruang angkasa Iran bersama AS. Kita juga perlu membuat kordinat dengan Azerbaijan untuk menggunakan pangkalan udara mereka dan mendapatkan juga sokongan kaum minoriti Azeri di Iran.”

Para pengulas British melapurkan bahawa “media British nampaknya semakin mekar dengan isu serangan keatas Iran.” Ketika menulis dalam ‘The First Post, Robert Fox berkata “Secara tiba-tiba persiapan menyerang Iran yang dihidu oleh rakyat Beitian sudah semakin semerbak.”

Pada 7 Januari, ‘The Jerusalem Post” berkata Ketua Majoriti Dewan daripada Parti Democrat, Steny Hoyer telah memberitahu akhbar Israel itu bahawa “kita tidak boleh terima Iran yang memilikki senjata nuklear,” dan penggunaan kekerasan terhadap Tehran adalah satu pilihan yang terbuka. ‘The Post’ mencatatkan bahawa “Hoyer adalah dikira rapat dengan masyarakat Yahudi dan ramai penyokong Israel memuji beliau naik pangkat di Dewan itu.” Hoyer merupakan satu kemenangan pelobi Yahudi yang pertama keatas Speaker Dewan Nancy Pelosi yang lebih sukakan Rp. John Murtha untuk memegang jawatan yang kini dipegang oleh Hoyer. Murtha adalah pempimpin Demokrat yang pertama sekali mencadangkan agr ditarik balik askar AS di Iraq.

Pada 20 November, akhbar Israel ‘Haaretz’ melapurkan bahawa presiden Bush berkata dia akan faham kalau Isrel memilih untuk menyerang Iran.

Bush menunjukkan betapa dia sudah berada dalam kocek orang Israel ketika dia menyekat usaha dunia menghentikan Israel daripada mengebom masyarakat awam daa infrastruktur awam di Lubnan. .

Ramai pengulas percaya bahawa kegagalan neokonservatif dalam program ‘cakewalk war “ (perang mudah) telah menghancurkan pengaruh mereka. Ini adalah satu kesilapan congakan juga. Kumpulan neokon adalah sekutu Israel yang sungguh lama terutama Parti Likud yang berfahaman kanan dan merupakan sebahagian pasukan pelobi Israel di AS. Pelobi Israel merupakan pandangan hanya segelintir masyarakat Yahudi Amerika tetapi mereka sesungguhnya memilikki kedua-dua parti politik dan kebanyakan media AS. Oleh kerana golongan neokon itu merupakan sebahagian penting pelopi yang sungguh perkasa itu mereka tetap mempunyai pengaruh yang hebat.

Pelobi Israel berusaha menaikan pengaruh neokon. Untuk memahami pengaruh Pelobi itu, cubalah cari kolumnis media cetak yang utama dan para pengulas TV yang tidak merupakan apologis kepa a Israel dan tidak menyokong menyerang Iran, ataupun menyokong pengunduran askar AS daripda Iraq. Baru-baru ini Bill “one-note” Kristol seorang tukang karut dan ahli propaganda tentang memerangi umat Islam, telah diberikan satu kolum untuk diisinnya dalam majallah Time. Kenapakah Time berfikiran bahawa para pembacanya mahu membaca tulisan seorang tukang karut? Mungkinkah kerana Pelobi Israel membuat perundingan dengan Times sebagai tukaran mendapatkan kontrak iklan yang lumayan agar diwujudkan satu kolum untuk Kristol?

Puak neokonservatif telah melaungkan dicetuskan Perang Dunia Keempat menentang Islam. Dalam majallah ‘Commentary”, Norman Podhoretz telah mencadangkan diadakan kemusnahan budaya Islam. Peperangan itu sudahpun dibuka di empat balapan: Iraq, Aghanistan, Somalia dan Iran.

Pentadbiran Bush telah menggunakan proksinya -Ethiopia - untuk menjatuhkan masyarakat Islam Somalia yang telah berjaya menjatuhkan panglima perang yang pernah mengusir AS keluar daripada bumi Somalia. Tentera laut AS dan juga perisikan AS sedang cergas beroperasi bersama askar Ethiopia dalam usaha mencari dan menangkap ataupun membunuh orang Somali yang beragama Islam. Jurucakap AS di kedutaannya di Nairobi, Robert Kerr berkata bahawa AS mempunyai hak untuk menghambat Islamis Somali sebagai sebahagian peperangan mengganyang keganasan.

Selama sekurang-kurangnya satu tahun pentadbiran Bush telah menggalakkan dan mebiayai kumpulan keganasan di dalam Iran. Seymour Hersh dan beberapa bekas pegawi CIA telah mendedahkan usaha Bush menyokong beberapa kumpulan minoriti dalam Iran yang tidak tersenarai dalam penyata pertubuhan pengganas. April lalu Wakil Dewan AS Dennis Kucinich telah menulis satu surat panjang lebar kepada Presiden Bush mengenai campurtangan AS dengan urusan dalaman Iran. Dia tidak menerima sebarang jawwapannya.

Rencana Israel/neokon, dia mana Bush mungkin menjadi sebahagian rencananya ataupn hanya unsur yang dikotak-katikkan, ialah bertujuan mencetuskan satu krisis dengan Iran di mana Kongres AS terpaksa menyokong Israel. Kerana Israel dan neokon Amerika memang golongan fanatik. Adalah satu kesilapan untuk mempercayai bahawa salah satu pakatan itu akan dirangsang oleh kewajaran ataupun tahu menghormati dan menilai kesan malapetaka yang dicetuskan daripada serangan mereka keatas Iran.

Kapal induk AS yang berada di persirian pantai Iran adalah merupakan sasaran terbuka laksana itik terapung untuk diserang dengan missil buatan Russia. Neokons memang mengalu-alukan satu lagi peristiwa menyerupai “Pearl Harbour”

Media AS memang tidak boleh diharap. Ia tidak berani menentang Israel, dan ia akan terus mengungguli Israel dan bendera negara itu seperti yang dilakukannya semasa AS menyerang Iraq. Rakyat Amerika telah tertipu sekali lagi dan percaya bahawa Iran sudahpun sampai ke tahap pencapaian memilikki senjata nuklear untuk digunakan bagi menghapusksn Isreal daripada peta dunia. Hakikat bahawa orang Amerika adalah mduah dikelentong oleh propaganda menjadikan segala penentangan terhadap rencana neokon mahu mencetuskan PDK-4 itu sesuatu yang serba mungkin.

Masih terdapat peratusan besar rakyat Amerika yang percaya bahawa Saddam Hussein bertanggungjawab keatas serangan 9/11. Poll yang terkini menunjukkan 32% percaya bahawa Iraq memberikan sokongan kepada al-Qaeda, dan 18% percaya bahawa Saddam Hussein terlibat secara langsung dengan serangan 9/11. Rangkaian WXIA-TV di Atlanta telah menyiarkan beberapa komen penontonnya mengenai penggantungan Saddam di laman web. Alantan. Janet Weeselhoft menjadi yakin bahawa Saddam Huseein adalah “orang yang memulakan keganasan di negara ini, dia perlu dibunuh.”

Malahan The London Times sedang diselubungi propaganda Israel. Dalam lapurannya tentang rencana Israel mahu menyerang Iran dengan senjata nuklear, The Times berkata bahawa Presiden Iran “Mahmoud Ahmadinejad telah mengishtiharkan bahawa “Israel mesti dihapuskan daripada peta dunia,” Ini telah di sangkal oleh beberapa orang pakar yang berwibawa bahawa inlah fitnah yang sengaja diada-adakan, Ahmadinejad tidak pernah berkata demikian.

Dalam dunia yang dikuasai oleh propaganda, pembohongan menjadi kebenaran. Kuasa Pelobi Israel adalah begitu hebat sehingga ia berjaya mempengaruhi bekas presiden Jimmy Carter. Beliau mungkin meruapakan insan yang paling ikhlas menduduki Oval Office, dan semestinya seorang presiden yang melakukan yang paling banyak usaha membawa kedamaian di Timur Tengah, sehinga belaiu menjadi seroang yang anti-semit, seorang musuh Israel. Media Amerika baik daripada yang paling ‘konservatif’ hingga kepada yang paling ‘liberal’ telah cuba sebaik mungkin memburukkan Carter menjadi seorang pariah kerana menceritakan sedikti kebenaran tentang cara Israel melanyak orang Palestin dalam bukunya “Palestine: Peace Not Apartheid.”

Kalau kebenaran mahu didedahkan, tidak ada apa yang boleh menyekat Israel/neokon daripada meluaskan peperangan di Timur Tengah.

Seperti yang pernah saya lapurkan dulu, golongan neokon percaya bahawa penggunaan senjata nuklear terhadap Iran, akan memaksa dunia Islam sedar bahwa mereka tiak punyai pilihan lain kecuali sanggup akur kepada kuasa Israel/AS. Sekarang ini penggunaan senjata nuklear sedang diwajarkan sebagai penting untuk memusnahkan segala kelengkapan bawah tanah Iran, tetapi tujuan sebenarnya ialah untuk menakutkan dunia Islam agar tunduk menyembah kepada kuasa mereka.

Selagi AS tidak mempunyai keberanian untuk melakar dasarnya tersendiri di Timur Tengah, rakyat Amerika akan terus menuai segala hasil kesyaitanan yang disemai oleh Pelobi Israel.
.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home