Bermulakah Perang Dunia Ketiga? (Bahagian I)
The March to War: Naval build-up in the Persian Gulf and the Eastern Mediterranean.
Oleh: Mahdi Darius Nazimroaya
Terjemahan: Marhaintua
Kemungkinan meledaknya satu lagi peperangan di Timur Tengah memang amat tinggi. Hanya masa akan menentukan apakah akan berlakunya sengsara dan petaka peperangan itu. Apapun, bentuk perang itu masih belum ditentukan apakah kesannya nanti.
Seandainya perang akan dicetuskan terhadapa Iran dan Syria, masih ada penafian akan persedian dan susunatur pembangunannya yang memperakukan wujudnya proses ketenteraan dan persediaan untuk berperang.
Forum diplomasi turut menghala kepada kemungkinan meledaknya peperangan. Keputusan sudahpun diambil dan persediaan telah dibuat. Latihan ketenteraan yang kini dilaksanakan di papan catur geo–strategi sudah menonjolkan satu prognosis dan ramalan kearah penggembelingan satu bentuk konflik di Timur Tengah.
Manusia jarang sedar bahawasanya sesuatu peperangan itu tidak pernah dirancang, dicetus dan dijangka berlaku dalam beberapa minggu sahaja. Operasi ketenteraan mengambil masa berbulan-bulan dan ada yang sampai bertahun untuk disediakan. Contoh terbaik ialah Operasi Overloard (yang lebih dikenali sebagai ‘D-Day’), yang berakhir dengan Pertempuran Normandy (Battle of Normandy) dan penaklukan Peranchis. Operasi Overlord terjadi pada 6 Jun, 1944, tetapi persediaan operasi ketenteraan mengambil masa lapan belas bulan, secara rasminya untuk menentukan pendaratan di pantai Peranchis.
Sama ada mereka bertemu di Kasablanka, Marakesh pada Januari 1943, Persiden A.S F.D Roosevelt dan Perdana Menteri British, Winston Churcill, telah merancang strategi untuk menyerang Normandy.
Bila disebut perihal Iraq, risalah “Downing Street memo” telah memperakukan keputusan untuk melancarkan peperangan pada 2003 yang telah diputuskan pada 2002 oleh Amerika Syarikat dan Britain, dan ini bermakna persiapan untuk memerangi Iraq secara khususnya telah dimulakan pada 2002, satu tahun sebelum penaklukan sebenar dilakukan. Persiapan untuk menakluki Iraq telah dilancarkan sekurangnya satu tahun yang penuh.
Antara 1991 hingga 2003 terdapat beberapa operasi ketenteraan terhadap Iraq telah dilancarkan oleh pakatan Anglo-Amerikan. Tempoh operasi yang dijalankan lebih satu dekad itu telah diwarnai pelbagai bentuk pengeboman dan serangan udara yang besar-besar ke atas republik yang sudah lumpuh dan para penduduknya. Yang sebenarnya suasana persediaan dan kerja-kerja awal sebelum dilancarkan serangan yang berakhir dengan penaklukan Iraq telah memakan masa sepuluh tahun untuk dilancarkan. Iraq telah dihenyak dan dilumpuhkan dan kekuatannya terhakis dalam masa sepuluh tahun.
Sebelum bermulanya serangan bom Anglo-Amerika dan sekatan ekonomi PBB, Iraq sudah terjebak dalam satu peperangan selama lapan tahun dengan Iran pada 1980-an. Perang antara Iran dan Iraq telah dicetuskan dan direncana oleh Amerika Syarikat dengan tujuan untuk melumpuhkan kedua-dua negara. Sesungguhnya manipulasi perang antara Iraq dan Iran adalah untuk melemahkan kedua negara dan ini merupakan satu perancangan strategik sebagai persiapan kepada operasi ketenteraan di hari muka terhadap mereka juga. Pada waktu yang sama dilancarkan juga persiapan untuk menguasai wilayah Balkans untuk operasi ketenteraan Anglo-Amerika. Rantau Balkan adalah bersebelahan dengan Timur Tengah dan merupakan satu kesinambungan geografi rantau itu. Persidangan dibuat untuk meluaskan kuasa NATO, dengan mengubah pangkalan ketenteraan ke arah timur, dan mendapatkan laluan bahan-bakar. Menjahanamkan Yugoslavia adalah sebahagian objektif itu. Yugoslavia merupakan kuasa rantau Balkan dan Eropah Tenggara. Muslihat ini telah dilaksanakan melalui kordinasi yang rapat antara pakatan Anglo-Amerikan dan NATO.
Kini, semua perhatian tertumpu ke atas Iran dan Syria. Apakah akan ada lagi satu peperangan yang diilhamkan oleh Anglo-Amerika di Timur Tengah?
Konfrontasi Tentera Laut terhadap Iran
Pentagon telahpun merencana muslihat untuk menyerang Iran dan Syria. Walaupun wujud kepura-puraan diplomasi oleh Amerika Syarikat dan Britain, seperti yang terjadi sebelum Iraq ditakluki, Iran dan Syria

sudah sedar betapa perang dengan Anglo-Amerika sudah berada diambang pintunya. Itu sebabnya kedua-dua negara sudah bersap sedia dengan pertahanannya menantikan serangan pakatan Anglo-Amerika.
Seandainya berlaku juga konflik terhadap Iran dan Syria, kesannya nanti tidaklah seperti konflik tajaan Anglo-Amerikan yang dulu-dulu. Skopnya akan luas, lebih menakutkan dan akan membabitkan balapan angkasa dan laut.
Kekuatan tentera laut akan merupakan sesuatu yang lebih hebat berbanding di Yugoslavia, Afghanistan, Iraq dan Lubnan. Amerika Syarikat memang mahukan kemenangan yang cepat. Kemungkinan perkara semacam ini dapat dicapai adalah masih samar. Kalaulah ada konflik dengan Iran, Amerika Syarikat dan sekutunya tentu mahu menentukan Selat Hormuz akan terus dibuka untuk pengangkutan minyak. Selat Hormuz “memang dianggap laluan bahan-bakar terpenting di dunia.”
Tidak syak lagi Amerika Syarikat memang mengharapkan tumpasnya struktur ketenteraan Iran dan Syria. Harus diingat bahawa Angkatan Tentera Iran memang terkenal dengan organisasi ketenteraan yang mantap, dengan keupayaan ketenteraan yang maju, kalau dibandingkan dengan Yugoslavia, Afghanistan, Iraq dan Lubnan. Lagipun Iran sudah lama bersiap sedia dengan kemungkinan berperang melawan pakatan Anglo-Amerika hampir satu dekad lamanya. Persediaan ini telah ditingkatkan ekoran serangan Amerika-Nato terhadap Yugoslavia (1999)
Jenis ketumbukan ketenteraan dan senjata yang digembelingkan di Teluk Parsi dan Lautan Arab oleh Amerika Syarikat dianggap memang jenis yang terbaik untuk menyerang Iran, dengan tujuan untuk menentukan Selat Hormuz sentiasa dibiarkan terbuka untuk pergerakan kapal tangki minyak. Perancangan itu termasuk ketenteraan yang mampu menyambar pangkalan penting di persisiran pantai Iran. Segala kekuatan A.S itu mengandungi unit perang yang mampu memberikan amaran, mengenal pasti dan mempunyai unsur menyelam bawah permukaan laut, pasukan pencari dan penyelamat, penyapu periuk api, dan unit gerak khas.
Kumpulan Penyerang A.S. - Kargo yang bertujuan untuk Perang?
The U.S.S. Enterprise sedang digerakkan bertugas di Teluk Parsi dan Lautan Arabia. Ini termasuk kapal perang dan kapal angkut yang menganggotai Carrier Strike Group 12 (CSG 12) Destroyer Squadron 2 (DESRON 2), dan Carrier Air Wing 1 (CVW 1). Tujuan yang diisytiharkan untuk pengembelingan U.S.S. Enterprise, yang merupakan satu kapal induk pengangkutan pesawat perang dan kapal milik Tentera Laut Amerika yang lain ialah untuk menentukan keselamatan operasi laut dan misi angkasa di rantau itu. Penggembelingan itu tidak pun menyebut perkataan Iran, dan ini adalah sebahagian rencana 'Perang Mengganyang Keganasan(WOT)' di bawah “Operation Enduring Freedom.”
Pada asalnya nama “Operation Enduring Freedom” ialah ‘Operation Infinite Justice,” yang memberikan gambaran betapa luasnya hasrat melancarkan ‘War on Terror’ ataupun (WOT) . “Operation Iraqi Freedom” yang melibatkan penaklukan Anglo Amerikan dan penjajahan Iraq yang berterusan hingga kini adalah salah satu komponen operasi besar itu. Sebahagian besar kapal perang A.S sudahpun berada di Teluk Parsi, Teluk Oman dan Lautan Arab.
Penggembelingan angkatan tentera itu dikatakan ada hubung-kait dengan operasi ketenteraan di Iraq dan Afghanistan, semua kapal perang itu ada mengangkut peralatan yang sebenarnya mahu digunakan di dua medan perang. Penyapu periuk api dan penjejak periuk api memang tidak ada gunannya di kawasan darat Afghanistan dan tidak juga diperlukan di Iraq yang memiliki anjung maritim dan pelabuhan yang sudahpun dikuasai oleh pakatan Anglo-Amerika.
Kapal perang lain yang dikira sebagai anggota Strike Group termasuklah (destroyer) U.S.S. McFaul, frigate perang U.S.S. Nicholas, U.S.S. Leyte Gulf, kapal selam penyerang U.S.S. Alexandria, and the “kapal sokongan pantas” U.S.N.S. Supply. Kapal USNS Supply akan menjadi kapal yang berguna untuk berdepan dengan tentera Iran di Teluk Parsi seandainya berlaku kombat jarak dekat. Kelajuan adalah satu faktor penting sebagai menghadapi serangan missil Iran yang berbisa dan serangan misil anti-kapal perang.
The U.S.S. Enterprise mengangkut bersamanya pelbagai unit penyusupan, serangan udara dan psukan gerak khas. Ini termasuk Marine Strike Fighter Squadron 251, Electronic Attack Squadron 137, dan Airborne Early Warning Squadron 123. Seandainya perang meletus dengan Iran, Squadron 123 akan menjalankan peranan penting mengesan misil Iran dan mengirim amaran bahaya kepada ketumbukan tentera laut A.S. Skuadron helicopter adalah khusus untuk melindungi kapal selam yang turut serta dalam pasukan.
“Helicopter Anti-Submarine Squadron 11” berada atas kapal USS Enterprise . Teluk Parsi memang terkenal sebagai pengkalan pasukan kepal selam Iran, satu-satunya ketumbukan kapal selam di rantau itu.
Eisenhower Strike Group, berpangkalan di Norfolk, Virginia, sudahpun menerima arahan untuk digembelingkan di Timur Tengah. Kumpulan itu dikepalai U.S.S. Eisenhower, satu lagi kapal perang nuklear yang ditemani satu ‘cruiser’ (kapal biasa), satu kapal pemusnah, satu friget perang, satu pasukan kapal selam sebagai pengiring, beberapa kapal pembawa bekalan tentera laut. Salah satu daripada kumpulan penyerang tentera laut itu ditempatkan di Teluk Oman dan Lautan Arab dan satu pasukan lain ditempatkan di Teluk Parsi. Kedua-duanya tidak berapa jauh daripada persisiran pantai Iran.
Satu lagi Kumpulan Penyerang menjalankan latihan anti kapal selam dan belayar ke Teluk Parsi.
Satu lagi kumpulan penyerang kapalselam A.S., “Expeditionary Strike Group 5,” sedang bersiap untuk belayar juga. Kumpulan penyerang ini bersiap mahu belayar daripada pangkalannya di San Diego dan mempunyai jadual destinasinya di Teluk Parsi sebagai tujuan terakhir.
Lebih 6,000 askar marine (komando) dan kakitangan tentera laut akan digerakkan di Teluk Parsi dan Iraq yang sudahpun dikuasai oleh Anglo-Amerikan daripada San Diego. Sekitar 4,000 kelasi A.S. dan 2,200 komando A.S. daripada 15th Marine Expeditionary Unit di Camp Pendleton akan menganggotai pasukan itu. Kapal perang itu dan anggota tenteranya akan berkhidmat di Teluk Parsi dan berkemungkinan juga di Iraq selama setengah tahun. Mereka akan disusuli oleh beberapa kapal lain termasuk kapal Pasukan Coast Guard . Terdapat 38 helikopter milik Marines Air Wing yang akan turut serta di Teluk Parsi.
Kontinjen Marine itu tidakpun direncana untuk digembelingkan di Iraq. Harus diingat pasukan 15th Marine Expeditionary Unit, mudah digerakkan dengan menggunakan peralatan mendarat yang sudah siap dibawa dalam kapal perang mereka. Kalau diberikan arahan mengejut pasukan ini mudah menjadi satu pasukan yang perkasa sebagai sebahagian pasukan yang akan menyerang Iran di Teluk Parsi. Unit ini amat sesuai untuk melancarkan serangan dan mengusai pelabuhan Iran, sebagai pintu (beachheads) masuk untuk menakluki negara itu.
Expeditionary Strike Group 5 (ESG 5) pula dikepalai oleh kapal penyerang bernama U.S.S. Boxer sebagai pengawal panji-panjinya. Expeditionary Strike Group 5 (ESG 5) akan disertai oleh U.S.S. Dubuque, satu kapal untuk pembaik pulih. Satu kapal pengangkut U.S.S. Comstock, kapal perang U.S.S. Bunker Hill, kapal pemusnah menggunakan missil ; U.S.S. Benfold, dan kapal pemusnah menggunakan teknologi ‘guided-missile hauling’ U.S.S. Howard. Sekali lagi semua kapal ini akan digembelingkan di Teluk Parsi tidak berapa jauh daripada persisiran pantai Iran.
Harus diingat, untuk menentukan keperkasaan yang maksima, struktur arahan dan penguasaan kumpulan itu akan diasingkan daripada setiap kapal. Lagipun sebelum kumpulan penyerang tiba di Teluk Parsi mereka akan melancarkan “latihan anti-kapal selam dan operasinya”. Latihan ini akan dijalankan di perairan Hawaai, dan di Lautan Pasifik. Latihan ini bertujuan untuk melatih bagaimana berdepan dengan kapal selam Iran di Teluk Parsi dan Lautan Arabia. Kapal perang itu akan ditemani pula nanti oleh pasukan Coast Guard yang berpangkalan di Seattle dan oleh satu friget tentera laut Kanada, H.M.C.S. Ottawa.
Bersambung…pembabitan Kanada.

1 Comments:
Hello, i feel that i saw you visited my weblog thus i got
here to return the choose?.I'm trying to in finding things to improve my website!I suppose its ok to use a few of your ideas!!
Also visit my web site ... click here
Post a Comment
<< Home