Wednesday, October 04, 2006

Bermulakah Perang Dunia Ketiga? (Bahagian II)

Barisan Ke Medan Perang; Persiapan Tentera Laut di Teluk Parsi dan Timur Mediterranean.

Bahagian 2:

Oleh: Mahdi Darius Nazemroaya
Terjemahan: Marhaintua

Sumbangan Kanada kepada persiapan tentera pimpinan Amerika di Teluk Parsi

Sesungguhnya kerajaan Konservatif Perdana Menteri Stephen Harper memang aktif bersekongkol dengan gerakan tentera. Dasar luar Kanada sudah pun diberi suntikan unsur-unsur ketenteraan secara berurutan oleh dua pentadbiran kerajaan dengan jayanya.
Kerajaan pimpinan Perdana Metneri Paul martin (Liberal) telah melaksanakan dasar tiga dimensi “The 3-Ds” (Diplomacy, Development dan Defense) sambil menambah komponen ketenteraan kepada bantuan luar Kanada dan bantuan pembangunan.

Unsur 3-D itu membawa Kanada memainkan peranan yang lebih aktif dalam operasi NATO pimpinan A.S di Afghanistan. Walaupun rakyat membantah, Kanada telah menjadi satu anggota penting pakatan ketenteraan Anglo-Amerika. Pembabitan Kanada tidak terhad kepada Afghanistan seperti yang dicadangkan oleh laporan akhbar dan kenyatan rasmi negara.



The H.M.C.S. Ottawa telahpun dikerahkan ke Teluk Parsi pada bulan September, daripada British Columbia. Secara rasmi H.M.C.S. Ottawa dikerahkan sebagai sebahagian sumbangan Kanada kepada tugas “Perang Mengganyang Keganasan (WOT). Kapal Kanada itu merupakan kapal yang pertama kali diketahui umum yang telah digerakkan di perairan Timur Tengah dalam masa kira-kira satu tahun. Kapal Kanada itu dikatakan menjadi sebahagian ketumbukan "Expeditionary Strike Group 5 (ESG 5), yang akan bertarung di Teluk Parsi dan Teluk Oman, tidak jauh daripada persisiran pantai Iran.

H.M.C.S Ottawa merupakan kapal rasmi tentera laut Kanada yang keduabelas digerakkan secara rasminya untuk memberi sokongan kepada Amerika Syarikat dan Britain dalam WOT. Seramai 225 askar berada atas kapal termasuk satu pasukan ‘Sea King helikopter’. Di waktu yang sama, H.M.C.S. Ottawa dijangka turut serta dalam latihan anti-kapalselam yang berjalan di perairan Hawaii.

Apakah tujuan latihan itu semua? Berapa banyak Negara di Timur Tengah ataupun Teluk Parsi yang memilikki kapal selam? Hanya Iran, satut-satunya Negara yang memilikki kapal selam dan tidak bersekutu dengan Amerika Syarikat.

Penglibatan US Coast Guard dalam konflik dengan Iran.

“The U.S. Coast Guard” semakin menyerlahkan kehadirannya dengan memberikan khidmat kepada tentera laut A.S. Mereka sedang digembeling untuk cergas dalam operasi di Teluk Parsi dan Lautan Arabia. Walaupun perkara ini bukanlah sesuatu yang dianggap tidak pelik, ia merupakan satu perkara penting dalam hubungkaitnya dengan pergerakan ketenteraan yang sedang beroperasi. U.S. Coast Guard ternyata berguna kalau konflik tercetus dengan Iran. Pasukan ini boleh menyusup “kawasan pelabuhan yang tidak mudah diresapi oleh kapal perang,” sambil menawan ruang masuk untuk membolehkan penaklukan rantau Iran. ‘The U.S. Coast Guard’ memang terlatih dalam kerja-kerja pencarian maritim dan operasi penyelamat, jauh bezanya dengan peranan tentera Laut dan Marines. Ini adalah satu perkara penting kerana ada penganalis Amerika yang menelaah kemungkinan kapal perang A.S yang akan dimusnahkan dan teruk kena bencana di Teluk Parsi oleh asakan tentera bersenjata Iran, apabila tercetusnya konflik antara Amerika dan Iran nanti. U.S. Coast Guard akan memainkan peranan penting dalam operasi penyelamat, selain melancarkan operasi kilat, melindungi kapal-kapal laut Amerika dan menyusup masuk kawasan pelabuhan dan persisiran pantai yang tidak dapat dilaksankan oleh kapal perang tentera laut Amerika.

“Kami mempunyai keupayaan untuk melancarkan pintasan dan operasi penyelamat maritim,” dan “segala peralatan yang digunakan untuk melawan jenayah dan menyelamatkan nyawa di Amerika Syarikat adalah amat penting dalam zon peperangan (Teluk Parsi). Demikian dijelaskan oleh Lee Alexander, komander U.S.S. Midgett

Laporan Media Mengenai Serangan Terancang ke atas Iran dan Syria.

Memang terdapat beberapa laporan dalam media antarabangsa, yang memberikan butiran terperinci mengenai rencana ketenteraan untuk menyerang Iran dan Syria. Ini termasuk laporan daripada sumber di Israel mengenai serangan yang dirancang ke atas Syria, Iran dan Lubnan. Antara laporan ini telah menyebut anggota Dewan Rakyat Israel (Knesset). Media Jerman dan Eropah telah menerbitkan pelbagai artikel mengenai kemungkinan terlibatnya NATO dan Turki dalam rencana serangan AS keatas Iran. Majalah The Times (U.K.) telah melaporkan pada March, 2006 bahawa:


Apabila Major General Axel Tuttelman, Ketua NATO’s Airborne Early Warning and Control Force, menunjukkan sebuah pesawat perisikan AWACs early warning surveillance plane’ di Israel dua minggu lalu, telah mencetuskankeributan di Ibu Pejabat NATO di Brussels. Bukannya demonstrasi beliau itu yang mencetuskan keributan, tetapi apa yang disebutnya tentang kemungkinan NATO turut terlibat dalam serangan Anglo-Amerika di masa
hadapan ke atas Iran. “ Kamilah nanti yang mula-mula sekali digerakkan - kalau majlis NATO bertindak itu yang mesti kami lakukan. NATO memang berharap status ‘seandainya’ itu terus kekal. Tetapi, hujah Tuttelman mendedahkan betapa NATO (sebagai pakatan ketenteraan) boleh memainkan peranan menyokong serangan udara Amerika ke
atas sasaran nuklear Iran (termasuk pangkalan tentera, lokasi industri dan infrastruktur).”

United Press International (UPI) pada Disember , 2005, melaporkan bahawa Pentadiran Bush sedang bersiap menyedarkan sekutu NATO tentang kemungkinan melancarkan serangan ketenteraan terhadap lokasi yang disyaki pangkalan nuklear Iran pada tahun baru 2006. Demikian laporan media Jerman, memperkukuhkan berita yang sama yang muncul dalam media Turki.

Akhbar Harian Berlin Der Tagesspiegel minggu ini melaporkan "sumber risikan NATO " yang mendakwa bahawa sekutu NATO telah diberitahu bahawa Amerika Syarikat sedang menyiasat segala kemungkinan untuk membuatkan regim yang dipimpin Mullah di Iran agar tunduk dan akur, melalui pilihan ketenteraan. Hujah "all options are open" sudah lama menjadi dasar amalan George W. Bush yang dicanangnya sejak 18 bulan yang lalu.

Namun, terbitan mingguan Jerman Der Spiegel mencatatkan “Yang terbaru, Washington sedang bersiap mengutus pegawai tinggi untuk menyediakan sekutunya akan kemungkinan melakukan serangan berbanding gerakan yang serba mungkin sahaja seperti yang selalu diulang-ulang sepanjang tahun lalu (2005)

Agensi berita Jerman DDP ada menyebut “sumber keselamatan barat” mendakwa bahawa pengarah CIA Porter Goss telah meminta perdana menteri Turki Recep Tayyip Erdogan, untuk memberikan sokongan logistik dan politik untuk persiapan serangan udara ke atas sasaran nuklear dan ketenteraan Iran. Goss yang pernah melawat Ankara dan bertemu Erdogan pada 12 Disember 2005, telah juga dilaporkan pernah meminta kerjasama istimewa daripada pasukan perisikan Turki untuk membantu menyedia dan memantau operasi itu.

DDP telah menyebut betapa sumber keselamatan Jerman yang menyebut bahawa Turki sudah pun diberikan jaminan untuk diberitahu awal dulu lagi seandainya serangan tentera akan dilaksanakan dan telah juga diberikan isyarat ‘lampu hijau’ untuk melancarkan serangan sendiri ke atas pangkalan PKK (Parti Buruh Kurdish) yang terletak di Iran, yang dianggap oleh Turki sebagai golongan pemisah yang bertanggungjawab melakukan serangan keganasan di dalam Turki.

Isyarat ‘lampu hijau’ yang diberikan oleh Amerika Syarikat kepada Turki melancarkan serangan ketenteraanya itu berkemungkinan membabitkan Kurdistan, termasuk di satu tahap Iraqi-Kurdistan dan wilayah Kurdis di Syria.

Majalah Time dan Arahan “Prepare to Deploy Order” daripada Eisenhower Strike Group

Laporan terkini A.S. memberikan butiran akan persiapan untuk memerangi Iran dan Syria. Akhbar Time memperakukan laporan itu betapa arahan sudah pun diberikan untuk menggerakkan satu kapal selam, satu kapal perang, dua kapal penyapu periuk api dan dua penghambat periuk api di Teluk Parsi menjelang Oktober 2006. Tidak banyak tempat di dunia ini di mana penyapu periuk api diperlukan ataupun digunakan selain di Teluk Parsi. Memang tidak banyak tempat di dunia ini di mana latihan anti-kapal selam diperlukan, selain di Teluk Parsi.

Latihan anti-kapal selam sedang dijalani oleh U.S. Expeditionary Strike Group 5 (EST 5) di rantau Pasifik sebelum ia bergerak arah Teluk Parsi, bersama-sama H.M.C.S Ottawa milik Kanada dan pasukan Coast Guard.

Artikel Time Magazine meramalkan operasi itu akan mencetuskan bencana besar kepada Amerika.

“ Mesej yang pertama memang dianggap biasa sahaja: Arahan ‘Prepare to Deploy Order’ (Siap sedia untuk bergerak) yang dihantar melalui saluran komunikasi tentera laut kepada satu kapal selam, jenis Aegis-class cruiser, dua penyapu periuk api dan dua penghambat periuk api. Arahan ini tidak bermaksud satu arahan agar kapal tersebut keluar daripada pelabuhan . Ini adalah arahan bersiap untuk bergerak menjelang 1 Oktober 2006. Pengembelingan kapal penyapu periuk api kepada persisiran pantai Iran memberi andaian yang satu ketika dulu hanya berbentuk teori sahaja, bahawa perkara yang serba mungkin akan berlaku juga: bahawasanya A.S memang bersiap untuk berperang dengan Iran”

Dave Lindorff seorang wartawan siasatan yang pernah diberikan hadiah dan gelaran telah menulis:

Colonel (Bersara) Gardiner, yang pernah mengajar stategi ketenteraan di National War College [of the United States], berkata bahawa pengembelingan pengangkut Tentera Laut Amerika dan jadual ketibaan mereka pada 21 Oktober 2006 di Teluk Parsi adalah satu bukti sahih adanya perancangan peperangan. Beliau berkata: “ Saya tahu akan beberapa pasukan tentera laut yang sudah pun menerima arahan 'prepare to deploy orders’ [PTDOs], yang menyebut tarikh mereka mesti bersiap untuk belepas pada Oktober 1 [2006]. Kalau kita jangkakan bahawa masa antara 2 Oktober hingga 21 Oktober adalah tempoh untuk angkatan tentera sampai di rantau Teluk Parsi, ini memberi andaian kemungkinan berlakunya tindakan ketenteraan terhadap Iran. Arahan PTDO bermakna semua anak kapal mesti bersiap sedia di tempat mereka dan kapal serta pesawat terbang sudah siap untk bergerak, pada tarikh yang khusus, dijangka pada 1 Oktober).

Gardiner merakamkan: “Arahan PTDO tidak boleh dikeluarkan dan membiarkan keadaan tenang untuk satu waktu yang lama. Ini adalah satu arahan yang penting dan tidak diberikan semasa dilakukan latihan perang.” Perkara ini telah disebutkan juga dalam artikel di (majalah) Time.

“Saya fikir mereka sudahpun merancangnya: gugurkan bom keatas pangkalan nuklear Iran,” kata Kolonel (B) Gardiner. “Ini adalah satu idea yang dahsyat, ia amat bertentangan dengan undang-undang A.S dan undang undang antarabangsa, Tetapi saya fikir mereka sudah membuat keputusannya. Gardiner berkata walaupun Amerika Syarikat mempunyai keupayaan menyerang pangkalan nuklear itu dengan misil jarak jauhnya, “Iran juga mempunyai banyak pilihan berbanding yang ada pada kita (Amerika Syarikat).

Gardiner bersetuju bahawa pergerakan kapal perang dan segala petanda persiapan ketenteraan boleh menjadi satu temberang yang sengaja mahu menunjukkan kebesaran dan keperkasaan dalam urusan berunding dengan Iran keatas program nuklearnya. Akan tetapi kalau dilihat betapa persisiran pantai Iran sudah pun dilengkapi dengan misil anti-kapal jenis ‘Chinese Silk Worm’, dan kemungkinan juga dengan senjata anti-kapal yang lebih canggih buatan Russia, di mana kapal perang AS masih tidak mampu mempertahankan diri, adalah tidak mungkin pasukan tentera laut Amerika berani mempertaruhkan kelengkapan perang mereka dengan taktik semacam itu. Lagipun setakat ini pentadbiran Bush belum pernah menggunakan helah sedemikian sebagai taktik ketenteraannya.

Pentagon telah bertindak terhadap laporan majalah Time dengan menyatakan bahawa Ketua Operasi laut hanya meminta Tentera Laut Amerika “mengkaji semula rencana lama A.S. untuk melakukan sekatan ekonomi ke atas dua pelabuhan minyak di Teluk Parsi.” Respons begini memang boleh dipertikai oleh para analis. Kenapa perlunya Amerika Syarikat menyekat aliran minyak daripada Iran, sedangkan itu adalah negara pengeksport minyak, yang boleh menyulitkan sekutu A.S dan ekonomi dunia?


Bersambung: Tentera Laut Iran dan Missil Anti-Kapal…

1 Comments:

Blogger My Jurnal said...

bagus.....
saya kagum dengan semangat awak.

10:13 AM  

Post a Comment

<< Home