Bermulakah Perang Dunia Ketiga? (Bahagian III)
Tentera Laut Iran dan Missil Anti-kapal
Kekuatan tentera laut Iran terbahagi kepada dua tempat kuasa. Satu ialah tentera laut dalam angkatan Tentera yang biasa. Yang satu lagi ialah cabang tentera laut dalam Pasukan Pengawal Revolusi Iran. Kedua kekuatan ini telah dikemaskini selalu dengan pemilikan peralatan yang terkini sejak beberapa tahun yang lalu. Tujuan kedua-dua pasukan tentera itu adalah sebagai pencegah kepada ancaman penaklukan ataupun serangan Amerika Syarikat.
Iran mempunyai satu pasukan kapal selam buatan sendiri dan juga Russia, satu ketumbukan ‘hovercraft’ yang satu ketika dulu paling besar di dunia. Iran juga memilikki ROV (remotely operate vehicles) yakni kenderaan yang dikendalikan secara remote beberapa kapal permukaan laut yang berbagai-bagai saiz dan bentuk operasinya, unit angkasa tentera laut yang termasuk beberapa skuadron helikopter, penyapu periuk api, dan satu simpanan misil anti-kapal.
Kekuatan tentera laut Iran terbahagi kepada dua tempat kuasa. Satu ialah tentera laut dalam angkatan Tentera yang biasa. Yang satu lagi ialah cabang tentera laut dalam Pasukan Pengawal Revolusi Iran. Kedua kekuatan ini telah dikemaskini selalu dengan pemilikan peralatan yang terkini sejak beberapa tahun yang lalu. Tujuan kedua-dua pasukan tentera itu adalah sebagai pencegah kepada ancaman penaklukan ataupun serangan Amerika Syarikat.
Iran mempunyai satu pasukan kapal selam buatan sendiri dan juga Russia, satu ketumbukan ‘hovercraft’ yang satu ketika dulu paling besar di dunia. Iran juga memilikki ROV (remotely operate vehicles) yakni kenderaan yang dikendalikan secara remote beberapa kapal permukaan laut yang berbagai-bagai saiz dan bentuk operasinya, unit angkasa tentera laut yang termasuk beberapa skuadron helikopter, penyapu periuk api, dan satu simpanan misil anti-kapal.
Ketumbukan kapal selam Iran termasuklah kapal selam mini yang dicipta sendiri di Iran. Pembangunan tentera laut Iran sudah dimulakan sejak dekad yang lalu. Sebagai contoh, kisah latihan perang Iran pada Ogos 2006, tentera Iran telah mempamerkan kumpulan bot Patrol Torpedo (PT) yang terkini. Bot PT ini adalah kapal laut kecil yang telah digunakan secara berkesan menyerang kapal perang yang besar-besar.
Kapal kecil jenis ini adalah satu ancaman kepada kumpulan penyerang tentera laut Amerika yang digerakkan di Teluk Parsi dan Lautan Arabia. Komander tentera laut Kouchaki telah memberitahu Ras new Agency (FNA) bahawa “Joshan” nama baru kepada bot PT Iran, merupakan teknologi yang tercanggih di dunia, khususnya sistem eletrik dan elektroniknya, bingkai dan casis, dan ia mempunyai keupayaan untuk melancarkan missil yang perkasa.”
“Seperti dengan bot PT Iran yang pertama dahulu (Peykan) ‘Joshan’ mempunyai kelajuan lebih 45 knot yang membuatkan ia pantas berbanding generasi PT bot yang dikeluarkan oleh negara lain. Bot ini mampu menggunakan pelbagai misil dan roket yang mempunyai jangkauan melebihi 100 km (62.14 batu). Teknologi pengendaliannya mampu membolehkan ia mengendali serangan torpedo, dan boleh mengendalikan meriam yang termoden dunia yang bernama “Fajr”. Peluru berpandu Fajr berukuran 76 mm hanya dikeluarkan oleh Iran, Amerika Syarikat dan Itali. Bot PT Iran ini mempunyai banyak keupayaan ketenteraan dan boleh mengena sasaran di laut dan angkasa dalam lingkungan 19 km ataupun 23 ribu kaki jaraknya.
“Seperti dengan bot PT Iran yang pertama dahulu (Peykan) ‘Joshan’ mempunyai kelajuan lebih 45 knot yang membuatkan ia pantas berbanding generasi PT bot yang dikeluarkan oleh negara lain. Bot ini mampu menggunakan pelbagai misil dan roket yang mempunyai jangkauan melebihi 100 km (62.14 batu). Teknologi pengendaliannya mampu membolehkan ia mengendali serangan torpedo, dan boleh mengendalikan meriam yang termoden dunia yang bernama “Fajr”. Peluru berpandu Fajr berukuran 76 mm hanya dikeluarkan oleh Iran, Amerika Syarikat dan Itali. Bot PT Iran ini mempunyai banyak keupayaan ketenteraan dan boleh mengena sasaran di laut dan angkasa dalam lingkungan 19 km ataupun 23 ribu kaki jaraknya.
Iran telah juga menjalani ujian satu siri peluru berpandu anti kapal yang berfungsi daripada kapal selam semasa latihan perang Ogos 2006. Penemuan ini mengejutkan banyak pihak kerana Iran mampu menyekat aliran minyak melalui Teluk Parsi seandainya tercetus serangan Anglo-Amerikan.
Semasa latihan perang April 2006, Iran telah menguji missil anti-kapal, yang dilaporkan sebagai terpantas di dunia, dengan kelajuan tertinggi lebih kurang 362 kilometer sejam (km/h) ataupun 225 batu sejam (mph). Missil anti kapal adalah bertujuan utntuk menghancurkan kapal selam yang besar-besar dan dikatakan terlalu laju untuk membolehkan sistem amaran yang baru akan menjadi penting kepada AS dalam memerangi tentera Iran kebanyakkan kapal untuk menyelamatkan diri, walaupun sudah dikesan di radar. Kalau awan taufan akan berkumpul di Teluk Parsi, Amerika Syarikat terpaksa membiarkan Selat Hormuz dibuka, pengedaran minyak antarbangsa, dan sudah tentu berdepan dengan missil Iran daripada darat, laut dan udara. Ini termasuklah missil anti-kapal Iran yang berbahaya yang mahu dimajukan oleh Iran dengan bantuan Russia dan China.
Memang ramai analis telah memberikan amaran bahawa Teluk Parsi akan ditutup dan menjadi satu padang tembak oleh angkatan tentera Iran. Senjata ketenteraan Iran juga dikatakan boleh melepasi kesan radar dan meluncur dengan kelajuan yang tinggi. Antara nama yang disebut berkaitan missil anti-kapal adalah 'Silkworms’ bikinan Russia dan China dan ‘Sunburns’ bikinan China yang sesungguhnya daripada model Soviet pada asalnya.
Kelengkapan perang Iran termasuklah missil anti-kapal seperti C-802 dan Kowsar. C-802 berasal dariapda China, Kowsar adalah missil anti-kapal yang berunsurkan daripada darat ke laut yang mampu mengelak kesan sistem ‘electronic jamming’.
Pada tahap ini, adalah sukar untuk berkata bagaimana tentera laut A.S dan US Coast Guard akan bertarung terhadap missil anti-kapal Iran, dalam suasana ‘kombat sebenarnya.’
Pergerakan Tentera Laut di Timur Mediterranean
Memang banyak pergerakan tentera dan pertambahan angkatan bersekutu di Timur Meditteranean secara formal dan bertopengkan operasi mengekalkan kedamaian mengikut Rsolusi 1701 Majlis Keselamatan PBB.
Itali sudahpun mengerakkan askarnya daripada Iraq termasuk unit komando dan pasukan kereta kebal peninjau, ke Lubnan. Dua unit marin, satu milik tentera darat Itali dan satu lagi milik tentera laut Itali sudahpun dikerahkan ke Lubnan. Keduanya adalah unit berpengalaman yang telah berkhidmat secara berasingan di Iraq yang dijajah oleh anglo-Amerika. Tentera Itali telah menggerakkan “Lagunan” yakni infrantri marine yang berpangkalan di Venice yang merupakan anggota regimen ‘Serennissima’ sementara tentera laut Itali telah mengerakkan Regimen San Marco.
Pasukan Sepanyol telah digerakkan ke Tyre dan sempadan Israel di Selatan Lubnan. Dengan dua kapal perangnya berada di persisiran pantai Lubnan Sepanyol akan merupkan angkatan tentera yang ketiga terbesar daripada E.U selepas Itali dan Peranchis. Kontinjen besar askar Sepanyol sentiasa ditokok tambah jauh daripada pantai Mediteranean berdekatan Jdeiet-Marjayoun (Marjayoun) berdekatan sempadan Syria dan Sheba Farms serta Golan Heights yang ditakluki oleh Israel.
Kapal perang Jerman akan mengikuti ketumbukan kapal anggota NATO yang lain meronda di persisiran Timur Mediterranean. Jerman akan mengambl alih pucuk pemerintahan tentera laut daripada Itali. Kerajaan Jerman telah pun melancarkan kapal perang dan empat kapal jenis laju untuk meronda di Lubnan.
“Misi tentera laut, yang merupakan misi pertama Jerman ke Timur Tengah sejak berakhirnya Perang Dunia Kedua dulu telah disokong oleh 442 wakil rakyat, di mana 152 menentang dan lima orang berkecuali. Seramai 2,400 anggota tentera laut Jerman akan dikerahkan di rantau itu, mengikut mandat satu tahun yang berakhir pada Ogos 31, 2007. Misi ini menjadikan bilangan askar Jerman yang berkhidmat di seberang laut melebihi 10,000 untuk pertama kali selepas perang dunia kedua.
Kerajaan campuran Denmark yang mengandungi Danish Conservative People’s Party dan Liberal Party of Denmark, telah lama menjadi penyokong kuat objektif ketenteraan Anglo-Amerikan. Kerajaan Danish pimpinan Perdana Menteri Anders Fogh Ramussen telah menghantar tentera Denmark untuk bertugas di Iraq yang dijajah oleh Anglo-Amerikan dan menganggotai tentera NATO di Afghanistan. Tiga buah kapal perang Denmark telah belayar menuju Timur Mediterranean untuk menyertai armada NATO berkumpul di persisiran pantai Lubnan dan Syria, Kapal ‘The Peter Tordenskiold’, bersifat ‘a naval corvette’, dan dua ‘Danish missile cruisers, the Raven dan the Hawk, sudahpun bersiap siaga untuk dikerahkan ke Timur Mediteranean sejak tamatnya kepungan Anglo-Amerikan di Lubnan.
Angkatan tentera Denmark itu telah lama menunggu di Wilhelmshaven, satu pangkalan laut Jerman untuk menunggukan “go-ahead order” sudah dua minggu lamanya sejak September, 2006. Sejak kerajaan Denmark menghantar askarnya ke Afghanistan lebih banyak lagi askarnya akan menyertai 2,000 askar Romania dan Poland pada awal Oktober, 2006.
Di Lubnan, Peranchis memang terlibat dengan operasi ketenteraan di darat, sedangkan kapal perang Itali dan Jerman mengepalai misi di Timur Mediterranean. Sekitar 2,000 askar Peranchis sedang direncana untuk berkhidmat di Lubnan. Kereta kebal dan kereta perisai Peranchis telah membantu melengkapkan keperkasaan tentera PBB bertopengkan gerakan damai dalam sejarah.
Kapal perang Yunani (Greece) turut menjadi sebahagian armada laut di Timur Mediterranean. Sepuluh kapal perang Yunani, yang termasuk pasukan penyelam dan helikopter tentera laut, telah ditambah untuk memperkasakan angkatan laut NATO di Lubnan dengan arahan menggunakan kekerasan sekiranya perlu. Pembabitan Yunani itu dikatakan menelan belanja operasi sekitar 150,000 Euro setiap mingggu yang ditanggung oleh kerajaan Yunani. Kapal perang Yunani akan berlabuh di Larnaca yaag berada di bahagian selatan Pulau Cyprus. Mereka akan berada di sana sehingga kemudahan perkapalan di Beirut dianggap sudah selamat untuk digunakan oleh tentera laut.
Belanda juga mengirim kapal perang dengan disertai 150 kelasi kapal. Pasukan kapal perang Belanda itu akan mengandungi satu kapal friget dan satu kapal bekalan memberikan sokongan logistik kepada ketumbukan tentera laut yang berkumpul di Timur Mediterranean. Pasukan Belanda itu akan bergerak pada Oktober 2006 dan akan terus belayar ke Timur Mediteranean sehingga Ogos 2007. Menteri Pertahanan Belanda telah berkata bahawa pembabitan Belanda akan disambung selama 12 bulan.
Belgium akan menghantar 400 orang askar ke Selatan Lubnan. Menteri Pertahanan Belgium telah menganggotai satu rombongan yang melawat Lubnan untuk membuat persiapan operasi tentera di Lubnan. Pegawai pertahanan lain yang berhubungan dengan pegawai Lubnan telah pun dihantar oleh Itali dan Peranchis.
Tentera Turki belum lagi mengambil kedudukannya di Lubnan dan sedang menghadapi tentangan di negara sendiri. Turki merupakan sekutu Israel yang rapat dan anggota NATO, dijangka mengirim askarnya ke Lubnan pada akhir Oktober, 2006. Ini dijangka akan berlaku walaupun banyak tunjuk perasaan membantah pengiriman askar Turki ke Lubnan.
Seorang bekas pegawai awam Turki yang berpangkat tinggi mewakili NATO di Afghanistan, Hikmet Cetin telah muncul di TV mencuba memberikan jaminan kepada rakyat Turki bahawa askar Turki akan dikerahkan ke Afghanistan dan bukannya ke Lubnan dengan berkata:
“…..jumlah askar Turki (di Afghanistan) sudah naik dua kali ganda daripada 300 menjadi 700 orang sejak bulan lalu (September 2006). Ankara boleh menambahkan bilangan askarnya untuk menjaga keselamatan Kabul (Afghanistan) tetapi ia tidak akan menghantar askarnya ke selatan Lubnan"
Bulgaria adalah anggota NATO yang mempunyai askarnya di Afghanistan dan (sehingga 2005/2006) di Iraq, Bulgaria akan mengirim tentera laut dan darat ke Lubnan. Britain akan mengirim satu kontinjen kecil askarnya ke Selatan Lubnan. U.A.E, yang merupakan satu Negara Arab, telah diberikan mandat untuk membersihkan periuk api dan perangkap samar yang ditinggalkan oleh askar Israel di Selatan Sungai Litani, Sungai ini merupakan sumber air yang amat diimpikan oleh Israel. UAE telah menyerahkan kerja-kerja kontrak mencari periuk api itu kepada satu syarikat keselamatan Britain. Syarikat keselamatan British, “Armor Group International,” telah mendapat kontrak bernilai 5.6 juta dollar (bersamaan 2.9 juta pound sterling) setahun untuk kerja-kerja di Selatan Lubnan.
Armor Group memang telah lama memberikan bantuan keselamatan kepada tentera Amerika Syarikat di Iraq, Teluk Parsi dan Afghanistan, termasuk mengawal keselamatan pangkalan tentera laut AS di Bahrain. Di samping itu firma ini telah memberikan khidmat keselamatan kepada konsortium gas dan minyak di Arab Saudi, Jordan, Kuwait, Nigeria dan bekas Soviet Union, termasuk Khazakstan dan Republik Azarbaijan. Seperti yang terjadi di Afghanistan dan Iraq yang dijajah Anglo-Amerika, syarikat keselamatan awam sudah mula memasukki Lubnan bersama NATO.
NATO sudahpun secara tidak formal masuk mengisi kekosongan yang disebabkan tamatnya peperangan di Lubnan seperti yang dilakukannya secara rasmi di Afghanistan. NATO telah menandatangani perjanjian kerjasama ketenteraan dengan Israel pada 2005. Tentera NATO ini akan bertukar menjadi tentera penakluk seperti yang terjadi di Afghanistan.
Tentera darat Israel belum lagi berundur sepenuhnya daripada Selatan Lubnan seperti yang dikehendaki piagam gencatan senjata dan oleh piagam resolusi Majlis Keselamatan PBB.
Sementara itu kapal Israel sudahpun menyerahkan tanggungjawab penguatkuasaan sekatan ekonomi haram ke atas Lubnan kepada kapal tentera laut NATO dan kapal perangnnya.
Embargo tentera laut ini menghendaki diwujudkan satu zon ‘tidak boleh terbang’ ke atas Iraq yang dikuatkuasakan secara haram oleh Amerika Syarikat, Britain, dan Peranchis dan inilah sekatan yang melumpuhan Iraq pada beberapa tahun sebelum berlakunya penaklukan Anglo Amerikan pada 2003 dulu.
Soalan yang penting sekarang ini apakah embargo tentera laut dan ketenteraan Timur Mediterranean merupakan sebahagian persiapan operasi tentera di masa depan yang ditujukan keatas Syria. Embargo haram itu telah diperkenan oleh PBB kerana PBB menganggapnya penting untuk memantau perairan Lubnan sebagai satu cara menyekat kemasukan bekalan tentera dan senjata kepada Lubnan.
Russia dan China mengirim tentera ke Lubnan sebagai satu gerak strategi.
Persekutuan Russia dan republik Rakyat China turut menggerakkan tenteranya ke Lubnan, untuk tujuan kedamaian ataupun apakah ada objektif strategi yang lain? Satu batalion ‘sapper’ Russia (kejuruteraan kombat dan tentera) sedang diangkut ke Lubnan oleh tentera udara Russia. Batalion itu akan mula bertugas pada Oktober 2006. Yang diperlukan ialah satu perjanjian yang formal antara batalion kejuruteraan itu dengan kerajaan Lubnan.”
Askar Russia akan digerakkan ke Bandar Sidon (Saida) di Selatan Lubnan di pinggir pantai Mediterranean. Semasa tentera Russia mula bergerak memasuki Lubnan, terdapat pula pasukan. (Sila baca Russian Base in Syria, a Symmetrical Strategic Move, July, 2006)
Berbeza dengan sekutunya Russia, askar China memang berada di Lubnan sebelum berlakunya serangan Israel yang ditaja oleh Anglo-Amerika. Kehadiran tentera Amerika itu adalah dengan kebenaran PBB sebagai sebahagian pasukan pengaman yang kecil. Kira-kira 200 orang jurutera tentera China sudah menjalankan tugas di bawah PBB di selatan Lubnan membersihkan periuk api dan bom yang tidak meletup. Pasukan PBB yang kecil itu telah mengalami satu kematian apabila Israel menyerang mereka. Kira-kira 1,000 orang askar China akan ditambah dalam pasukan Cina yang akan berkhidmat di Lubnan.
Tentera China dan Russia akan berada dekat dengan Pelabuhan Ceyhan dan laluan bahan-bakar yang dibuka di Timur Mediterranean. Inilah tindakan simetrikal kalau diambil kira kehadiran tentera Amerika dan sokongannya kepada Taiwan sebagai satu cara untuk menguasai laluan minyak ke China dan Jepun daripada Timur Tengah.
Russia dan China adalah dua anggota besar dalam Shanghai Corporation Organization (SCO). Mereka merupakan anggota tetap Majlis Keselamatan PBB yang memang menentang inisiatif Anglo-Amerikan di Timur Tengah, Semenanjung Korea dan Sudan.
Tambahan lagi, Russia dan China bersama Iran sedang mencabar minat Anglo-Amerikan kepada minyak di Asia Tengah dan Lembah Lautan Casian. Israel merupakan kesinambungan pakatan Anglo-Amerikan dan juga NATO melalui pakatan ketenteraan dengan Turki dan “NATO-Mediterranean Dialogue,” termasuk Inisiatif Kerjasama Istanbul Jun 29, 2004.
Dengan perkembangan dan penggembelingan askar daripada anggota NATO, Russia dan China mungkin menghantar askarnya secara gerakan symetrikal yang disengajakan ke Lubnan untuk mewujudkan imbangan ketenteraan dalam imbangan kuasa puak Levant dan Timur Mediterranean.
5 Comments:
Perang Dunia Ketiga akan berlaku sekitar bulan MEI 2010. Bersiap sedialah dengan buloh runcing untuk menentang musuh Islam
Buloh runcing merupakan senjata yang power bagi menentang senjata nukler. Adakah anda setuju dengan cadangan ini
Buluh runcing?dengan bom tangan pun dah mampus.nak lawan nuklear? Kah kah kah
buluh runcing lah senjata paling moden dalam abad ini kah kah kah
buluh runcing adalah rudal paling ampuh bikinan anak bangsa indon...hahahaha..
malah rudal nuklear milik rusia dan amerika sekalipun akan melutuk bila ketemu ama rudal buluh runcing TNI INDON..fakta...
Post a Comment
<< Home