Bermulakah Perang Dunia Ketiga ? (Bahagian IV)
Bahagian 4
Perang Lubnan dan Pertarungan Menguasai Minyak: Pangkalan Baku-Tblisi-Cehyan.
Memang terdapat persaingan sengit untuk menguasai sumber bahan-bakar dunia: Terminal Minyak Baku-Tblisi-Cehyan (BTC) (yang turut dikenali sebgai Terminal Minyak Caspian-Mediterranean mempunyai saluran keluar di pantai Turki di Timur Mediterranean berdekatan dengan Syria dan Lubnan. Dengan terbukanya saluran paip ini ia memberikan satu kemenangan geo-strategi yang amat penting. Inilah kemenangan geo-strategi kepada pakatan Anglo-Amerika, Israel, syarikat minyak yang besar-besar, dan rakan kongsi mereka. Sekaligus ia menjadi satu kerugian geo-strategi yang amat bermakna kepada Russia, China dan Iran, di satu pihak. Nampaknya kedaulatan Lubnan terjerumus ke lembah bahaya dengan terbukanya terminal minyak yang strategik itu.

Penaklukan Afghanistan (2001) dan Iraq (2003) telah diikuti oleh usaha menjadikan Timur Mediterranean satu kawasan ketenteraan. Pengepongan Lubnan oleh Israel pada Julai 2006 sesungguhnya satu helah yang ada kaitan dengan majlis pembukaan Terminal Minyak Baku-Tbilisi-Cehyan (BTC), termasuk pengembelingan kapal tentera laut di Teluk Parsi-Lautan Arabia, dan jangkaan akan meledaknya perang terhadap Iran dan Syria.
Syria sedang mengambil langkah memperkasakan ketenteraannya. Russia sedang membantu Syria membina dan meningkatkan system pertahanannya. Tentera Syria telah membuat pesanan tambahan untuk mendapatkan pesawat juang dan missil Russia dan bikinan Iran. Belarus dan China turut membantu tentera Syria.
Professor Michel Chossudovsky telah memberikan butiran terperinci tentang perang Israel ke atas Lubnan, proses menjadikan rantau Timur Mediterranean sebagai rantau ketenteraan dan saingan untuk sumber bahan bakar di peringkat antarabangsa.
Apakah wujud hubungkait antara pengeboman Lubnan dengan pelancaran saluran paip minyak yang terbesar di dunia, yang akan menyalurkan lebih satu juta tong minyak setiap hari ke pasaran Barat?
Inilah peristiwa yang tidak disedari. Bahawasanya pelancaran saluran minyak BTC yang menghubungkan Lautan Kaspian kepada Mediterranean, berlangsung pada 13 Julai, 2006, bertepatan dengan hari Israel melancarkan pengeboman bertubi ke atas Lubnan.
Pengeboman Lubnan adalah sebahagian satu rencana yang begitu rapi perancangannya dengan koordinasi tentera yang canggih. Kemungkinan perang itu merebak melibatkan Syria dan Iran sudahpun dijangka oleh A.S dan para perancang tentera Israel. Agenda tentera yang lebih besar ini adalah begitu rapat hubungkaitnya dengan minyak dan saluran paipnya yang strategik. Ia disokong penuh oleh syarikat gergasi minyak dunia Barat yang menguasai saluran paip itu.
Peperangan ke atas Lubnan itu sebenarnya satu helah untuk mereka mahukan Israel menguasai persisiran pantai Timur Mediterranean.
( Sila baca: The War on Lebanon and the Battle for Oil, July 26, 2006)
Adalah penting agar Syria dan Lubnan tunduk kepada kemahuan Amerika Syarikat dan sekutunya untuk menentukan mereka dapat menguasai persisiran pantai Timur Mediterranean dengan tujuan menguasai terminal minyak daripada Ceyhan, Turki ke Israel sambil menyisihkan Russia dan China daripada mendapat sumber bahan bakar antarabangsa, dan dengan demikian barat terus menguasai sumber bahan bakar dunia itu secara monopoli.

Timur Mediterranean, sebagai Balapan Kedua yang dijaga oleh NATO?
Terdapat beberapa usaha untuk meningkatkan kekuatan tentera TERMASUK kekuatan tentera laut di Lubnan, dan perairan Timur Mediterranean. Kekuatan itu mengandungi askar dan kapal tentera laut daripada beberapa negara NATO, termasuk Itali, Sepanyol, Peranchis, Turki, Jerman, dan Belanda.
“Operation Active Endeavor,” yang dikendalikan oleh NATO telah digembelingkannya ekoran peristiwa 9/11 dan dirangkumkan dengan agenda WOT tajaan Amerika Syarikat. Operasi ini telah dikawal selia oleh Komander “NATO Allied Naval Forces, Southern Europe” yang berpangkalan di Naples.
Inilah sebabnya pasukan gerak khas yang mengandungi kapal perang NATO telah memantau Timur Mediterranean sejak akhir 2001, beberapa tahun sebelum Israel melancarkan serangan udara ke atas Lubnan (2006). Pasukan khas NATO itu telah diberikan latihan dan asuhan untuk satu operasi berpanjangan di Timur Mediterranean sejak 2001.”
Mengikut sumber Israel, kehadiran tentera NATO di Timur Mediterranean adalah sebahagian rencana peperangan yang ada kaitan dengan Syria dan Iran:
“Jangkaan meledakanya perang terhadap Iran dan Syria telah menyatukan satu armada lautan dan pasukan tentera udara Eropah (NATO) yang pernah digembeling di dunia ini sejak berakhirnya Perang Dunia Kedua dulu. Terdapat dua kapal induk yang membawa 75 pesawat pengebom, pesawat risikan dan helikopter di atas dek kapal; 15 kapal perang daripada pelbagai jenis – 7 milik Peranchis, 5 Itali, 2-3, Yunani, 3-5 Jerman, dan 5 Amerika; beribu-ribu komando – Peranchis, Itali dan Jerman termasuk 1,800 komando A.S. Semua ini silap disebut sebagai memberi sokongan kepada hanya 7,000 orang askar Eropah yang digerakkan di Lubnan untuk menyekat kemerosotan tenaga tentera Israel seramai 4-5,000 orang dan kira-kria 15-16,000 pejuang Hezbollah dariapada terus berantakan disamping melakukan tugas manusiawi di Lubnan.
Oleh itu, kalaulah tidak kerana Lubnan, apakah tujuan utama dikumpulkan kekuatan tentera sehebat itu? Pertama, mengikut sumber tentera (Israel) anggota NATO merasakan perlunya ditonjolkan kehadiran kekuatan tentera laut di Timur Mediterranean untuk menyekat kemungkinan perang Iran-AS-Israel mengerakkan Iran menggunakan missil Shahab untuk menyerang pangkalan tentera AS yang akan digunakan untuk menyerang Iran. Kedua, Ketumbukan itu dianggap perlu untuk menyekat kemungkinan Syria dan Hezbollah membuka satu medan perang kedua terhadap Amerika dan Israel daripada persisiran pantai Timur Mediterranean.”
Dalam kes peperangan terhadap Syria dan Iran, tentera NATO di Timur Mediterranean sudah tentu akan memainkan peranan yang penting. Timur Mediterranean akan menjadi beberapa medan perang, yang termasuk Iraq, Turki, Pakistan, Afghanistan dan Teluk Parsi.
Pembesaran NATO dan Kokus.
Seperti yang dilakukannya di Afghanistan, NATO sudahpun berpindah memasuki Lubnan. Di bawah panji-panji pasukan pendamai, NATO sudah menjadi satu kuasa penakluk de fakto yang menjadi sebahagian agenda Anglo-Amerika.
Terdapat dua lagi faktor yang menjadi percaturan NATO. Pertama ialah menyuntik ketenteraan Georgia dan Republik Azerbaijan dua bekas republik Soviet Union yang kini begitu rapat dengan NATO. Georgia menduduki satu kedudukan strategi dari sudut menguasai dan melindungi saluran paip yang keluar daripada Lembah Lautan Kaspian. Ia juga merupakan satu baji antara Russia, Armenia, dan Iran. Azerbaijan secara asasnya merupakan sumber minyak di lembah Lautan Kaspian itu yang menjadi punca saluran paip Baku-Tbilisi-Cehyan.
Georgia sudahpun diperkasakan untuk menentang pengaruh Russia, Iran, dan sekutu mereka Armenia.
Satu tiga segi strategik ditubuhkan oleh Afghanistan di bahagian Timur, Kaokakus di bahagian Utara, dan Levant di bahagain Barat, di mana Iraq dan Iran berada sekitar di tengah-tengah.
Georgia adalah dianggap penting untuk menguasai kawasan ini daripada utara. Wilayah Kokus memang merupakan medan yang berhubungkait dengan Timur Tengah dan Asia Tengah yang akan menjadi lebih aktif pabila ‘roadmap’ Anglo-Amerika terus dimajukan.
Nampaknya ketegangan yang semakin memuncak antara Russia dan Georgia adalah sebahagian proses itu. Ketegangan awam dan konflik di Kokus adalah berhubungkait kepada perjuangan merembat sumber bahan-bakar Timur Tengah dan Asia Tengah.
Rantau Balkans yang merupakan jantung Asia Tengah, dan Sudan adalah satu lagi tiga segi strategik dalam roadmap tentera Anglo-Amerikan. Susun atur semula Yugoslavia dan kemasukan negara lain seperti Bulgaria, Albania, Montenegro, dan Macedonia menganggotai NATO adalah langkah penting dalam pembikinan roadmap Anglo-Amerikan.
Russia sudah lama marah dengan kehadiran pejuangan Chechen di Georgia dan kerajaan Georgia yang bersekongkolan dengn Amerika Syarikat untuk melumpuhkan pengaruh Russia di rantau Kokasus. Russia sudah melawan balik dan membuat tindak balas terhadap Georgia dan pengaruh Anglo-Amerikan di Kokasus secara menyokong pergerakan kemerdekaan Abhkasian dan Selatan Ossetian. Sementara itu masalah sempadan sudah muncul sebagi satu isu perbalahan antara Russia dan Georgia. Ini sudah berakhir dengan satu gencatan yang tidak disenangi, walaupun keadaan semacam semakin berubah. Askar Russia sudah mula meninggalkan pangkalan mereka di Georgia dan keadaan semakin tegang antara Russia di satu pihak dan Georgia berserta NATO di satu pihak yang lain.
September 2006 telah melihat betapa hubungan semakin menjurus ke kancah kemusnahan. Kerajaan Georgia telah menuduh tentera Russia kerana melakukan risikan di Georgia dan menuduh Persekutuan Russia cuba menggulingkan kerajaan Georgia untuk diganti dengan pentadbiran yang pro-Russia, dan anti-NATO. Di samping itu tentera Selatan Ossetian telah menembak jatuh sebuah helikopter yang membawa Menteri Pertahanan Georgia dan beberapa hari kemudiannya, pentadbiran Georgia telah menumpaskan usaha yang dikatakan sebagai satu rampasan kuasa yang disokong oleh Russia, sedangkan itulah perkara yang dinafikan oleh kerajaan Russia.
Terdapat semacam satu persamaan antara “operasi pengaman” di Georgia dan Lubnan. Kedua-dua operasi itu penuh dengan tipu helah dan mempunyai agenda yang tersembunyi. Di Georgia askar Russia yang digembeling sebagai pasukan pengaman dan di Lubnan secara tidak rasmi pasukan pengaman dimonopoli oleh NATO. Menteri Pertahanan Georgia pernah berkata: “kalaulah kita teruskan situasi begini (Georgia)…dengan kuasa berada di tangan Russian…. Kita akan mencetuskan satu peperangan…..” Beliau telah mendesak agar askar Russia yang bertempat di Georgia ditarik keluar dan telah menuduh Moscow sengaja mensabotaj kerajaan Georgia.
Faktor yang kedua ialah kepantasan perkembangan dasar NATO
NATO memang telah lama berkembang arah ke Timur. Kini ia cuba mengusahakan kemasukan Georgia, Republik Azerbaijan, Ukraine, dan beberapa negara lain.
Menteri luar Russia telah memberitahu Setiausaha Agong NATO bahawa “ Ubahsuaian tentera NATO di Eropah, dan juga keinginan Amerika Syarikat menggembelingkan missil tertentu di pangkalan missil di Eropah Timur adalah isu yang menjadi penelitian Persekutuan Russia.”
Dalam hal ini, Associated Press telah membesarkan ketegangan yang semakin memuncak antara Persekutuan Russia dan NATO, yang ada hubungkait dengan keahlian Georgia menganggotai NATO.
Moskow (kerajaan Russia) telah menolak usaha utnuk membolehkan Georgia menganggotai NATO senang anggapan bahawa ini adalah semacam satu Perang Dingin yang menjejaskan kepentingan Russia dan boleh menggoyahkan kestabilan wilayah Kokasus. Menteri Pertahanan Russia Sergei Ivanoc telah mengancam untuk menghantar dua divisyen askar Russia ke sempadan dengan Georgia sebagai jaminan bahawa keselamatan Russia tidak terjejas seandainya Georgia menganggotai NATO.”
Hubungan tegang antara Russia dan Georgia menjadi semakin buruk pada Khamis dulu apabila Moskow memanggil balik dutanya dan mengumumkan penarikan anggota diplomatnya sambil mengadu kepada PBB akan penahanan lima orang pegawai Russia oleh Georgia atas tuduhan merisik. Mr. Ivanov telah memanggil Georgia sebagai satu “negara penganas.”
Jumaat lalu, Georgia telah menuduh empat orang pegawai Russia itu dengan tuduhan merisik dan membicarakan mereka pada hari yang sama, demikian kata Shota Khizanishvili, seorang jurucakap kepada menteri dalam negeri. Pegawai yang kelima telah dibebaskan pada Jumaat itu (September, 2006).
Pembentukan Pakatan Tentera Eurasian
Sejak Ogos 21006, Russia, China, Kazakstan, Uzbekstan, Tajikistan, dan Kyrgyztan sudah melaksanakan latihan ketenteraan dan latihan anti-pengganas. Operasi semua itu telah dianjurkan di bawah tajaan SCO dan/atau Collective Security Treaty Organization (CSTO) (dengan pembabitan Commenwealth of Independent States – (CIS) yakni komanwel Negara bebas.) Semua latihan perang ini telah dilaksanakan semasa Iran terlibat dengan beberapa latihan perang yang besar.
-Russia dan Belarus teleh mengadakan latihan perang bersama pada 2006 (June 17-25)
-Operasi tentera A.S dan latihan perang dengan Bulgaria dan Romania, di Balkans (July-August, 2006)
-Latihan perang Iran bermula pada Ogos 19, 2006
- Latihan- anti-keganasan oleh Negara Collective Security Treaty Organization (CSTO) termasuk Russia, Kazakhstan, Kyrgyzstan and Tajikistan pada akhir Ogos 2006
-China dan Kazakhstan mengadakan latihan anti-keganasan pada akhir Ogos (mula Ogos 23/24, 2006)
-Russia, Uzbekistan, dan Kazakhstan adakan latihan bersama (September 19-23, 2006)
-China dan Tajikistan pertama kali mengadakan latihan perang bersama (September 22-23, 2006)
-CIS and Collective Security Treaty Organization (CSTO) mengadakan latihan perang di Armenia (September 26-28, 2006)
Pelancaran “Eurasian Energy Club” pada September 15, 2006 untuk SCO semasa persidangan di Dushanbe, Tajikistan. Matlamat tidak boleh dicapai selagi Iran tidak menganggotai penuh SCO.
IRNA menyebut Timbalan Perdana Menteri Uzbek, Rustam Azimov, berkata: “Projek ekonomi di mana perjanjian [SCO] telah dimeterai semasa persidangan International Shanghai Conference [SCO], tidak boleh dilaksanakan kecuali ada kerjasama Iran.
Mongolia dijangka menjadi anggota penuh SCO. Mongolia, Iran, India, dan Pakistan adalah anggota pemerhati SCO. Armenia, sebagai anggota Collective Security Treaty Organization (CSTO) dan CIS, dan Serbia, sebagai sekutu bersejarah Russia, adalah calon untuk SCO. Armenia telah menjelaskan tidak mempunyai hasrat menganggotai E.U. ataupun NATO.
Belarus juga berhasrat mahu menganggotai SCO sebagai anggota Negara penuh. Pembesaran SCO dan kemasukan Iran sebagai anggota penuh telah mencabar Helsinki Commission (yakni Suruhanjaya terhadap keselamatan dan kerjasama di Eropah ) semasa diadakan siasatan September 26, 2006) terhadap kesan SCO keatas oobjektif Anglo-American dan pengaruh A.S. di Asia Tengah.
Perkembangan SCO pernah dianggap tidak mungkin kerana kisis ekonomi SCO yang tidak jelas” dan pertubuhan itu tidak mungkin dapat menarik anggota baru yang mungkin bersaing dengan Russia dan China untuk menguasai Asia Tengah. Semasa persidangan Suruhanjaya Helsinki itu ada yang menyebut “Mereka (anggota SCO) bersatu teguh disebabkan kepentingan keselamatan dan dan tanggapan risiko yang mereka kongsi bersama.”
“Kepentingan keselamatan dan tanggapan risiko” adalah tafsiran terhadap ancaman disebabkan kemasukan pengaruh Anglo-Amerikan kepada bekas republic Soviet di Asia Tengah.
Latihan perang yang diadakan di bekas Soviet Union dan Asia Tengah telah didominasi oleh Russia dan China. Mereka dilancarkan dengan bertopengkan memerangi “keganasan, ekstremisme dan pemisahan”. Ini merupakan unsur penting terhadap kerjasama semua negara anggota.
Apakah agenda yang tersembunyi: Apakah latihan perang ini ada kaitannya dengan persediaan Amerika untuk melancarkan perang?
Keganasan, ekstremisme, dan pemisahan adalah laungan Anglo Amerika dalam perisikan rahsia mereka. Operasi ini menyeluruh sabotaj dan serangan penganas oleh Pasukan Gerak Khas. Kerja-kerja menghasut etnik, ideology dan keengganan perkauman serta pergerakan pemisah sudah lama menjadi mainan Anglo-Amerikan diTimur Tengah, Balkan, India, Asia Tenggara, bekas Soviet Union dan Afrika.
Dalam kerja-kerja manipulasi dan pencetusan ekstrimism, contoh yang terbaik terdapat di Afghanistan di mana pasukan ISI Pakistan dan Amerika Syarikat bersekongkolan mewujudkan Taliban untuk memerangi Soviet Union. Amerika Syarikat, Pakistan, Arab Saudi telah sama-sama berkerja menyokong pergerakan ekstremisme di bekas Soviet Union. Inilah salah satu sebab kenapa kerajaan Iran telah lama diam membisu dalam memberikan bantuan dan memperakukan ideology yang berasaskan agama ataupun pergerakan pemisah di Kaukasus dan bekas Soviet Union termasuk Chechnya.
Bersambung Bahagian 5..

0 Comments:
Post a Comment
<< Home