Apa Yang Anda Lihat Mungkin Bukan Yang Sebenarnya
Bahagian 5
Apa Yang Anda Lihat Mungkin Bukan Yang Sebenarnnya
(Mongolian-X-File Murder Series: What you see may NOT be what it is)
December 16, 2006
Oleh Susan Loone. Terjemahan –marhaintua-
Saya telah lama memikirkan apa yang sebenarnya terjadi dalam kes membabitkan Abdul Razak Baginda dan dua orang anggota polis yang telah dituduh membunuh seorang wanita Mongolia dan meledakkan mayatnya dengan bom.
Apa Yang Anda Lihat Mungkin Bukan Yang Sebenarnnya
(Mongolian-X-File Murder Series: What you see may NOT be what it is)
December 16, 2006
Oleh Susan Loone. Terjemahan –marhaintua-
Saya telah lama memikirkan apa yang sebenarnya terjadi dalam kes membabitkan Abdul Razak Baginda dan dua orang anggota polis yang telah dituduh membunuh seorang wanita Mongolia dan meledakkan mayatnya dengan bom.
Terdapat beberapa isu yang menghambat saya dalam kes 14 Disember itu, tetapi selepas membaca berita mengenainya saya mempunyai tanggapan yang berbeza dari pelbagai komen dan sepkulasi yang terbang merata.
Sebagai contoh:
1. Pendakwaraya dalam kes pembunuhan model Mongolia itu telah bertanya kepada seorang Hakim Mahkamah Tinggi, agar ditetapkan satu tarikh yang awal untuk mengelak desas-desus bahawa ada orang lain selain tiga orang yang tertuduh (The Straits Times 14 Disember).
Penolong Pendakawaraya itu berkata begini selepas perbicaraan ditangguhkan, tetapi dia mahu tentukan kata-katanya itu mendapat liputan juga, jadi diulanginya semula perkara itu di luar mahkamah. Kenapa agaknya?
Kenapakah Penolong Pendakwaraya amat perihatin akan perkara ini sedangkan itu bukan bidang kuasanya? Ini adalah kuasa mahkamah dan sudah tentu menjadi masalah peguambela. akan tetapi kalau anda fikir Penolng Pendakwaraya berfikiran sealiran dengan fikiran peguambela dan mahu “melindungi yang tertuduh, eloklah kamu fikirkan baik-baik lagi.”
Dengan bertegas yang dia telah bercakap terus terang, dengan mengulangi kenyataan itu dua kali, apakah anda tidak terfikir “bahawa dia cuba meyakinkan bahawa tanpa satu perbicaraan pun, orang yang tertuduh, ataupun siapa sahaja yang diwakilinya, ataupun “menerima arahan darinya,” adalah “bersalah seperti yang didakwa?”
2. Mereka duduk bersebelahan di kandang yang sama, tanpa menganggukkan kepala antara satu sama lain.
Seolah-olah mereka “tidak mengenali antara satu sama lain. Apakah kemungkinannya yang seorang itu adalah kambing korban, dan yang seorang lagi hanya mengikut arahan? Akan tetapi, kambing korban siapa, dan arahan siapa yang dipatuhinya?
3. Peguam Mr. Shariibuu (ayah Atantuya), Mr Bayar Budragchaa, telah memberitahu para wartawan bahawa selain mahukan keadilan dilaksanakan, keutamaan keluarga si mangsa ialah mengutip semua serpihan tulang Ms Shaariibuu yang masih dalam simpanan pihak polis. Pendakwaraya Salehudin telah membritahu mahkamah kelmarin bahawa polis memerlukan serpihan tulang itu untuk sekurang-kurangnya satu minggu lagi
Kenapakah mereka masih mahu menyimpan serpihan tulang itu?
Kalaulah keputusan kajian DNA itu memang betul dan boleh dipercayai, bukankah sudah tiba masanya untuk dipulangkan serpihan tulang itu kepada keluarga si mati? Lainlah apabila tulang itu dipulangkan ataupun satu lagi ujian dilaksanakan, memberikan hasil yang berbeza pula? Bukankah ini nanti melepaskan yang dituduh, ataupun siapa juga yang mereka wakili” terhadap segala tuduhan keatas mereka?
Apakah betul nanti polis akan menyerahkan serpihan tulang itu kepada keluarga Altantuya dalam satu minggu seperti yang mereka janjikan? Jika tidak, bolehkah ktia cadangkan agar keluarga Altantuya mengambil tindakan terhadap polis?
4. Cubalah Berfikir Panjang.
Saya fikir kita perlu berfikir panjang. Selalunya dalam situasi yang kontrobersi melibatkan politik, apa yang anda lihat tidak semesinya serupa dengan keadaan sebenarnyua.
Cuba ingatkan satu lagi kes penuh kontroversi yang melibatkan Anwar Ibrahim. Cuba buat perbandingan tentang perbezaan dan kesamaaannya. Tetnu ada dapat lihat cahaya di hujung terowong.
Bayangkan pada akhir perbicaraan nanti, tidak ada seorang pun yang tertuduh itu didapati bersalah. Semua mereka itu adalah kambing korban.
Fikirkan bagaimana nanti selepas berakhir perbicaraan itu semua, maruah siapa dan kedudukan siapa yang akan terhumban dalam longkang, dan siapa yang akan kekal di atas, di sebalik segala kelemahannya.
Jangan pula lupa akan kisah peledak C4. Berapa mudah mendapatkannya dan betapa mudah pula bahan bukti sengaja dibiarkan tertinggal. Kemudian fikirkan bagaimana mudahnya kita mengsyakki sesuatu, dan siapa pembunuh itu. Alangkah mudahnya kita dan sesiapa sahaja “berfikir bahawa yang tertuduh dan sesiapa sahaja yang mereka wakili adalah bersalah seperti yang didakwa.
Terjemahan -marhaintua-
0 Comments:
Post a Comment
<< Home