ANTARA KUCING DAN MERPATI
02/01:
ANTARA KUCING DAN MERPATI
(Throwing the cat amongst the pigeons)
Raja Petra Kamarudin - Malasia-Today.net
Terjemahan -marhaintua-
Namun demikian kebanyakan orang, mungkin 80%, adalah tergolong dalam ketegori yang tengah-tengah. Inilah golongan yang tidak peduli. Sudah tentu ini memang menepati sesiapa sahaja di Malaysia. Mereka tidak peduli langsung apa yang akan jadi pada negara ini, selagi mereka merasa selesa. Mereka tidak peduli apakah orang lain sedang merana, asalkan mereka hidup selesa. Mereka tidak ambIl peduli akan korupsi, selagi ia tidak membabitkan wang sendiri. Mereka tidak peduli berapa ramai manusia mati terkorban di jalan raya, selagi itu tidak terjadi kepada anggota keluarga mereka. Begitulah seterusnya - mengikut senarai yang memang tidak ada penamatnya.
Kemudian ada golongn manusia yang baik-bak. Mereka ini mengambil tahu akan orang lain dan berusha membantu mereka. Orang yang baik perihatin dengan anak anjing yang sakit, kucing yang berkeliaran, kanak-kanak yang kelaparan, persekitaran, mayarakat awam, hak asasi dan keadilan wanita, sistem pendidikan, kelunturan moral, kos sara hidup, kualiti kehidupan, perkhidmatan kesihatan, malahan, apa sahaja dan apa juga termasuk menyelamtkan ikan paus.
Satu hari seorang pengikut bertanya kepada Nabi Mohamad (saw) siapakah yang akan masuk syurga, Baginda menjawab bahawa mereka yang percaya kepada keesaan Allah, mereka yang tidak mensekutukan seuatu denganNya, dan mereka yang berbuat baik dan menentang kemungkaran. Yang peliknya Nabi tidak pula menyebut mereka adalah golongan yang paling banyak bersolat yang akan masuk syurga (teapi ini adalah satu isu yang kita akAn bincangkan di lain waktu). Malahan baginda ada berkata bahawa mereka yang dikira baik bukanlah mereka yang menghalakan muka ke arah timur mahupun barat (maksudnya ketika bersolat).
Akhirnya, kita ada manusia yang tergolong sebagai tidak baik – dan saya fikir kita tidak perlu mentafsir istilah ‘tidak baik’ itu, bukan?.Ada pihak yang berkata bahawa perbezaan antara orang baik dan tidak baik boleh dirumuskan seperti berikut: orang yang jahat mulakan kebakaran dan orang yang baik memadamkannya. Sebaliknya Marylin Monroe pernah berkata betapa gadis yang baik-baik pergi ke syurga , yang tidak baik menikmati segala keseronokannya. (Dia juga berkata bahawa intan permaa adalah sahabat baik seseorang wanita). Saya fikir menjadi tidak baik adalah lebih menyeronokkan dari menjadi baik dan itu sebabnya wujud syurga dan neraka – kerana manusia suka berseronok. Saya tidak tahu mana satu yang lebih besar antara syurga dan neraka? Mungkin neraka, sebab sudah pasti lebih ramai manusia kesana kan?
Saya pernah bertanya seorang kawan yang bekerja sebagai doktor, secara berseloroh: “Saya tidak minum (alkohol), tidak mengambil dadah, tidak gila wanita, selalu menjaga makan, selalu bersenam, dan tidur awal. Kamu ingat saya boleh hidup berapa lama?” Doktor itu menjawab, “Dengan gaya hidup semacam itu, apa lagi gunanya untuk terus hidup? Bukan ada keseronokannya lagi? “ Hmmmm..saya fikir dia cakap perkara yang betul. Ia semacam hidup tanpa sebarang keseronokan.
Apapun, berbalik kepada isu mula-mula tadi. Saya fikir saya ini mungkin dikategorikan sebagai orang yang tidak baik.. Mugkin juga saya digolongkan dalam kelompok yang suka mulakan pembakaran. Yang pasti . Malaysia-Today dikira sebagai tempat bermulanya api itu. Lihatlah bagaimana api itu sudah semakin marak sukar dibendung lagi. Kisah Angpau RM600 juta kepada 191 bahagian UMNO adalah satu contoh kebakaran yang masih menyala dengan menggila. Kemudian kita ada kisah skandal “Minyak untuk Makanan” -- yang nampaknya membakar semacam api dalam sekam dan saya semacam tidak dapat menyemarakkannya (ini adalah contoh sindrom tidak ambil peduli orang Malaysia) Saya harus mengaku bahawa memang seronok memulakan kebakaran, dan melihatkan orang lari lintang pukang menutup lubang mereka, membuatkan saya gelak ketawa. Salah satu hari nanti mereka mungkin meletakkan peledak C4 kepada pinggang saya bersaiz 39 dan gelak ketawa pula. Memang saya selalu kata saya mudah seronok dengan seloroh itu dan mereka mungkin mengaitkan makna baru kepada frasa itu.
Saya pernah mengatakan dulu, dan akan mengulanginya lagi. Malaysia-Today adalah laman web politik. Tetapi apakah yang berbaur politik dan apakah yang berbaur peribadi? Manakah garis pemisahnya? Seseoang ahli politik adalah seorang pegawai awam dan itu sebabnya dia bergelar ‘Wakil Rakyat’ kerana itu dia tidak masa untuk hidup sendirian. Orang ramai yang memilikki wakil rakyat. Seseorang wakil rakyat menjadi hak rakyat dan kehilangan segala hak untuk hdiup bersendirian. Apa juga yang dilakukannya termasuk di bilik tidurnya adalah menjadi hak penelitian rakyat.. Apakah ini sesuatu yang menyulitkan? Nasiblah, kalau begitu eloklah berundur daripada dunia politik.
Saya juga pernah berkata dulu dan ingin ulang sekali lagi, di MalAysia anda tidak boleh asiNgkan bangsa dan agama daripada politik. Politik Malaysia adalah tertumpu kepada bangsa dan agama. Parti-parti politik adalah berteraskan agama ataupun bangsa (kaum) Inilah hakikat yang sebenar yang sukar dielakkan. UMNO ialah sebuah parti Melayu. Umno adalah sebuah parti yang sedang mencengkam kuasa, menjadi tiang utama gagasan yang bernama Barisan Nasional. PAS ialah satu parti Melayu (walaupun ada beberapa orang Cina Islam menganggotainya, tetapi terlalu kecil untuk membawa perubahan).. PAS juga boleh dianggap sebagai ketua utama pihak pembangakng—mengambilkira ia memrintah di sebuah negeri (dan dua negeri sebelum itu). Lagipun buat masa ini ia adalah pencabar UMNO.
Akan tetapi antara UMNO dan PAS, UMNO mempunyai peluang yang lebih baik menubuhkan kerajaan, terutama sekali kerana ia dilihat sebagai ketua kepada satu gagasan pelbagai kaum (walaupun UMNO mungkin merupakan satu parti Melayu) sedangkan PAS dilihat sebagai anti-non-Islam dan dengan itu satu ancaman kepada mererka yang tidak beragama Islam (yang bermakna setiap bukan Islam di Malaysia). AS mempunyai masalah tidak memahami bahawa ia mempunyai satu barangan yang baik untk dijual, teapi PAS kekurangan ilmu pengetahuan macam mana menjual (salesmanship). PAS tidak tahu bagaimana mahu membungkus barangannya dengan baik untuk menyelerakan para pengundi. Ini belum lagi kita bercerita tentang pengundi bukan Melayu. Ini pun satu usaha yang tidak kesampaian, satu usaha yang tidak ada kejayaannnya dari ia dimulakan lagi. PAS tidak pun mampu mendapatkan orang Melayu, maksudanya orang Islam menyokongnya. Kalaulah PAS tidak menyelerakan orang Melayu, bagaimana mungkin ia boleh menyelerakan orang bukan-Melayu?
Memang saya semacam angkuh dalam hal ini. Seperti yang saya katakan, saya memang suka mulakan pembakaran. Saya suka mencampakkan kucing di kalangan merpati dan melihatkan bulu-bulu burung yang berterbangan. Kemudian saya duduk bersanar dan melihat manusia berantakan antara satu sama lain. Ia semacam melihat kumpulan ‘Keystone Cops’ tembak menembak sedangkan perompak bank lari keluar, ketawa sakan menuju bank.
Orang Islam mudah terjebak dengan tahayul dan tersentak sejurus mendengar perkataan ‘Islam’. Laksana seekor anjing di taman yang terbau sesautu yang luarbiasa. Pada mulanya si anjing tadi mula berperangai mengeluarkan suara dari kerongkongnya. Kemudian telinganya akan menegak, selepas itu ia akan melompat dan menyalak tidak henti-henti. Tetapi kalau ia seekor anjing yang bukan terlatih, anda campakkan seketul daging yang beracun, ia akan melahapnya dalam sekelip mata –dan menjadi kekejangan untuk berdengus dan mati serta merta.
Saya seronok ‘membaling’ ketulan daging beracun itu (satu andaian sahaja) kepada anjing anjing yang menyalak itu dan melihat mereka membunuh diri sendiri. Mereka berantakan dan menjerit, dan mengancam serta ‘mengeji’ agama mereka dengan kematian, dan mebunuh diri sendiri dalam proses itu. Saya tahu dan sedar adalah zalim untuk menyakat orang-orang ini. Saya sedar mereak adalah jujur dalam usaha mempertahankan Islam dan mereka sememangnnya mencintai Islam dan Nabi. Mereka berdepan dengan pengkritik agama mereka dengan niat yang baik. Akan tetapi ada satu berita untuk anda semua. Niat yang baik sahaja adalah tidak mencukupi. Laluan ke neraka memang dihiasi dengan niat yang baik-baik(dan saya yakin saya juga sedang melalui jalan yang sama, agaknya…)
Saya akan terus menyakat golongan Islamis ini, Mujahidin ataupun apa sahaja yang mereka gambarkan diri mereka, selagi perlu. Mereka harus idheret, terjerit-jerit dan tendang-menendang memasukki Milinium yang baru. Mereka mahu Malaysia-Today menghentikan keritikan terhadap orang Islam ataupun perango orang Islam?. Masakan mungkin. Malaysia Today tidak akan berhenti dengan apa yang mereka dakwa sebagai ‘menyerang Islam’ kerana pertamanya, kita tidak menyerang Islam. Kita menyerang orang Islam. Lagipun, apa yang kita sibarkan ialah hanya hak untuk bersuara dengan bebas. Jadi, kita akan gunakan hak itu untuk menyerang orang Islam seandainya kelakuan mereka memerlukannya.
Seandainya tidak siapa yang perihatin, Islam sebenarnya sedang diserang. Inilah hakikatnya,. Islam sedang diserang di Iraq, Palestin, Afghanistan, dan tidak lama lagi di Iran. Ia sedang di serang di Barat, dalam media, dalam gambar filem, di internet, di mana sahaja yang boleh anda fikirkan di Malaysia. Malaysia Today bukanlah masalahnya. Masalahnya ada di merata dunia, di setiap ceruk dan sudut. Malaysia-Today tidak boleh mencemar imej Islam lebih dari kerosakan yang sedang ditanggungnya.
Apakah mereka akan protes seandainya Malaysia-Today merupakan satu laman web orang Amerika? Apakah mereka akan memprotes seandainya Malysia-Today tidak dikendalikan oleh rakyat Malysia yang bukan beragama Islam? Sudah tentu tidak. Mereka tidak akan protes kerana mereka tidak akan mampu membuat sesuatu mengenainya. Mereka membuat protes kerana mereka menganggap Malaysia-Today sedang menyerang Islam. Mereka memprotes kerana tanggapan bahawa seorang warga Malaysia yang beragama Islam membenarkan laman ini digunakan sebagai pentas untuk menyerang Islam. .Kepada mereka ini adalah satu pendehakaan. Malaysia-Today seharusnya menyerang Yahudi, Kristian,, Hindu, Budhis, Amerika, Britaian, Eropah, Barat dan sesiapa sahaja yang bukan beragama Islam.
Bukan begitu caranya yang baik. Orang Islam mesti digalakkan melihat apa yang difikirkan oleh bukan-Islam mengenai Islam. Orang Islam mesti disedarkan bahawa imej Islam sudah tercemar. Orang Islam mesti sedar betapa perkataan ‘Islam’ merupakan perkatan yang kotor kepada orang bukan Islam. Orang Islam mesti diketuk dengan kuat di atas kepala supaya dapat dirasakannya menembusi tengkorak kepala yang tebal, bahawasanya sejak kejatuhan dan perpecahan USSR, Islam adalah satu bentuk baru Komunisme.
Islam sudah diheret ke medan terbuka. Orang bukan-Islam tidak melakukannya. Orang Islam yang melakukannya sendiri. Sejurs anda memasarkan PAS sebagai satu parti Islam dan melalak mahu menubuhkan satu negara Islam makanya Islam sekaligus menjadi harta rakyat dan orang ramai. Sesiapa dan setiap orang menjadi perihatin tentang Islam kerana kalau PAS memrintah negara ini dan mewujudkan satu negara Islam maka sesipa asahaja akan terasa kesannnya. Kalau anda mahukan orang bukan-Islam tidak memperdulikan Islam makanya PAS mestilah terlebih dahulu keluar daripada ruang-lingkup awam..Apabila anda mengheret PAS kepada ruang-lingkup awam sekaligus ia menjadi hak awam. Anda tidak boleh memilikkinya samasekali. Jadi, anda mahu mengambilalih pentadbiran negara. Jadi, anda mahu menjadikan Malaysia sebuah negara Islam. Anda mahu menubuhkan kerajaan yang akan datang, sebagai sebuah negara. Jika demikian eloklah anda belajar macam mana mahu memasarkan diri anda sebagai seorang Islam. Jika anda tidak tahu caranya, itu adalah kesilapan sendiri dan bukan salah orang lain.
Belajarlah hidup dengan kritikan. Tunjukan bahawa Islam itu amat bersesuai dengan demokrasi. Tunjukkan bahawa Islam mempunyai daya bertoleransi dengan pandangan berbeza dan bertentangan. Tunjukan kesedian Islam untuk mendengar. Tetapi, jangan, saya ulangi lagi, janganlah menjerit bahawa Islam tidak akan membenarkan kebebasan bersuara dan apa juga yang dianggap sebagai satu penghinaan terhadap Islam ataupun Nabi akan ditangani dengan berat, dengan pertumpahan darah, kalau perlu. Caci-mencaci itu sesungguhnya adalah mengikut tanggapan seseorang dan selalunya sesuatu yang merupakan makanan kepada seseorang boleh merupakan racun berbisa kepada orang lain.
Setakat ini, tidak ada seorang Islamis yang mampu berdebat secara matang dan bijaksana. Menyebut ungkapan al Quraan sebagai bukti bahawa seseorang yang mencaci Islam harus dihukum bukanlah satu perdebatan. Mengungkit Hadis nabi untuk membuktikan bahwa orang Islam yang menghina Islam adalah murtad yang mesti dihukum mati adalah bukan perdebatan. Ia hanya membuktikan bahawa Islam begitu tidak toleran dan ganas dan kalau Malaysia memang mahu menjadi satu negara Islam di bawah PAS bererti akan berakhirlah cara kehidupan yang kita kenali hari ini.
Kalau anda seorang Islam apakah anda mahu mendengar seorang Kristian menyebut ungakapan kitab Injil (Bible)? Kenapa pula? Anda tidak percayakan kitab Injil. Malahan anda percaya bahwa Injil yang sebenar dan asal sudah tidak ada lagi dan apa yang dipercayai oleh Kristian hari ini adalah ungkapan palsu yang telah disalah-tafsir sejak berzaman. Jika demikian apa sebabnya orang buan-Islam mesti berminat untuk membaca surah Quran ataupun ungkapan kata-kata Nabi Mohammad? Jika anda enggan mendengar seorang beragama Kristtian menyebut ungkapan dalam kitab sucinya, tetapi anda pula mahukan bikan Islam mendengar ungkapan Quran anda? Adakah boleh dianggap masuk akal? Apakah kuasa anda untuk mempunyai hak memaksa orang bukan-Islam mendengar intipati Quan sedangkan anda tidak ada toleransi kalau bukan Islam menyebut ungkapan kitab Injil? Malahan, kalau ada orang Kristian menyerahkan satu kitab Injil, khususnya dalam Bahasa Melayu, anda akan pergi membuat lapuran polis dan minta dia ditangkap. Tetapi anda anggap adalah satu perkara yang mesti dibenarkan kalau anda menyerahkan kepada orang ukan Islam al Quran dalam bahasa Cina, Inggeris, Urdu ataupun apa juga bahasanya?
Kalaulah anda si Kristian tadi apakah anda tidak rasa tertekan? Apakah anda tidak membenci Islam? Apakah anda tidak gusar bahawasanya agama yang cuba diperkenalkan oleh PAS pada negara ini sebagai undang-undang negara? Janganlah anda jawab tidak, kerana anda akan berdiam diri. Orang Islam harus diajar untuk tidak berdiam bersahaja apa yang tidak mererka suka dengar. Belajarlah bagaimana mempromosi Islam mengikut cara yang baik. Belajarlah bagaimana meyakinkan orang bukan-Islam bahawa Islam adalah ugama suci dan kedamaian. Belajarlah bagaimana memenangi hati dan minda bukan-Islam. Setakat ini yang bertentangan sedang terjadi. Lagi kerap anda membuka mulut lagi cepat anda meyakinkan bahawa Islam itu berbahaya, ganas, tidak toleran, tidak bertolak ansur dan banyak lagi.
Seandainya anda gagal berbincang dengan bukan Islam di Malysia Today, bagaimana anda baoleh berjaya di pasaran yang lebih besar? Kebanykan pembaca Malyasia Today adalah orang yang boleh berfikir. Mereka boleh mencari sebab musababnya dan menganalisa. Mereka juga boleh bertolak ansur kalau diperlukan. Tetapi mereka tidak boleh ditolak ataupun dihenyak ataupun diperbodoh dengan retorik. Kalau anda betul mereka akan kata anda betul. Kalau bagus mereka akan kata begitu. Kalau boleh dijayakan mereka akan kata begitu juga. Kalau masuk akal mereka akan kata boleh masuk akal. Tetapi mereka tidak akan boleh dipaksa dengan hujung pedang untuk menerima apa sahaja yang tidak menyelerakan mereka. Inilah ciri-ciri pembaca Malaysia Today.
Oleh itu cuba tunjukkan bagaimana anda menjual Islam. Cuba kita sama-sama tengok bagaimana anda meyakinkan bukan-Islam bahawa Islam itu adalah segala yang anda perkatakan. Kalau anda boleh berjaya dalam Malaysia Today anda akan mungkin, saya sebut MUNGKIN sekali lagi dengan hurf besar, anda boleh menjual Islam kepada para pengundi di luar sana yang tidakpun pernah mendengar Malaysia Today.
Oh ya ada satu lagi….orang bukan Islam akan mengadili anda bukan dengan apa yang anda katakan (orang Islam pun memnag banyak mahu bercakap sehingga mereka memang cakap banyak) tetapi dengan apa yang anda lakukan. Tindakan anda dan bukannya perkataan anda yang akan menjadi ujiannya. Setakat ini apa yang anda lakukan tidak seiras dengan apa yang anda katakan. Cakap anda tidak serupa dengan bikinan anda (cakap tidak serupa bikin!!!) Inilah kesilapan utama dalam memperomosi Islam. Toleran, agama kedamaian dan banyak lagi frasa dan kata-kata telah digunakan oleh golongan Islamis. Tetapi orang akan tertekan mencari semua ini dalam Islam yang ditonjolkan. Ini baru melihat pada Malaysia Today, bukan pada Pakistan, Arab Saudi, Iraq, Iran, Afghanistan ataupun apa sahajalah.
………

Ada tiga jenis manusia. Ada orang jahat. Ada orang baik. Ada orang yang jenis tidak peduli. Saya tidak kisah sangat kalau orang tidak jahat. Cuma mereka tidak begitu baik pun, itu sahajalah kerana macam itulah dengan orang baik pun.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home