Penggantungan Saddam Hussein Yang Amat Kejam

(The Barbaric Lynching of President Saddam Hussein)
Kenyataan Akhbar Tun Dr. Mahathir Mohamad.
-Laman M@RHAEN
Terjemahan -marhaintua-
Pada Hari Suci Aidil Adha, seluruh dunia telah dikejutkan kepada gambar penggantungan Presiden Saddam Hussein yang dilakukan dengan kejamnya, kononnya kerana jenayah terhadap kemanusiaan. Pembunuhan secara terbuka ini telah diizinkan oleh Penjenayah Perang, Presiden Bush dan Perdana Menteri Blair.
Perbuatan sungguh sadis yang telah disiarkan kepada seluruh dunia merupakan pengadilan yang mengejut dan tidak adil, dan bertujuan untuk menunjukkan betapa bagaknya kuasa imperial Amerika Syarikat dan bertujuan sebagai satu amaran kepada rakyat dunia sejagat yang cintakan keamanan bahawa kita mesti tunduk kepada arahan regim Bush ataupun menghadapi kesan digantung depan khalayak ramai.
Penggantungan itu adalah satu pengaiban kepada semua umat Islam, kerana dilakukan pada Hari Raya Aidil Adha, di mana umat Islam menghambakan diri kepada untuk memohon pengampunan dan bersolat. Terlalu amat jelas betapa penjenayah perang Bush memang tidak berhati perut langsung untuk menghormati umat Islam yang sedang menyempurnakan Haji di Makkah. Tindakan yang sungguh kejam ini adalah satu perubatan biadab!
Keseluruhan perbicaraan adalah satu ejekan terhadap keadilan, laksana Mahkamah Ungka. Peguambela telah dibunuh dengan dahsyat, saksi-saksi diugut dan para hakim silih berganti kerana bersikap tidak berbelah bagi dan diganti dengan hakim boneka. Namun, kita telah diberitahu bahawa Iraq telah diserang dan ditakluk oleh Amerika yang mahu menegakkan demokrasi, kebebasan dan keadilan.
Sebuah negara yang aman damai kini bertukar menjadi satu medan perang. Lebih 50,000 kanak-kanak telah mati disebabkan sekatan ekonomi yang dilaksanakan oleh penjenayah dan perangkaan terkini oleh jurnal perubatan ‘Lancet’ mendedahkan bahawa 650,000 orang Iraq telah terkorban sejak penaklukan haram pada 2003..
Penjenayah perang Bush telah membunuh lebih ramai orang Iraq berbanding Presiden Saddam, kalau pun dia benar-benar bersalah terhadap sebarang jenayah. Seandainya Presiden Saddam bersalah kerana jenayah perang, bererti dunia mesti menjatuhkan hukuman bersalah ke atas Bush, Blair dan Howard dan Mahkamah Jenayah Antarabangsa mestilah bertindak membicarakan mereka. Keengganan mahkamah jenayah antarabangsa setakat ini terhadap Bush, Blair dan Howard mendedahkan wujudnya dwi-standard. Sedangkan ia tidak pun berlengah untuk membuat dakwaan ke atas jenayah yang dilakukan di Dalfur, Rwanda dan Kosovo.
Seandainya kita menyokong hak asasi manusia dan keadilan, kita mesti kondem penggantungan yang kejam ke atas Presiden Saddam Hussein. Di bawah apa juga keadaannya sifat yang tidak adil ini tidak boleh dimaafkan. Penjenayah perang Bush dan regim boneka di Iraq telah mengaibkan Hukum Undang-undang.
Tun Dr. Mahathir Mohamad Member of the International Committee For the Defence of President Saddam Hussein 30th December 2006

0 Comments:
Post a Comment
<< Home