Wednesday, January 03, 2007

Ariel Sharon Telah Membunuh Yasser Arafat.

Ariel Sharon Yang Telah Membunuh Yasser Arafat
(Former Longtime Confidant Accuses Ariel Sharon Of Assassinating Yasser Arafat)
Oleh: Stephen Lendman. -Laman M@RHAEN
Terjemahan -marhaintua-

Uri Dan - seorang bekas orang kepercayaan mantan perdana menteri Israel, Ariel Sharon, telah menerbitkan satu buku di Peranchis pada tahun 2006 dengan judulnya: “Ariel Sharon: An Intimate Portrait” Dalam buku itu Uri Dan menuduh Ariel Sharon membunuh Yasser Arafat dengan meracuni Presiden Palestinian Authority itu.

Dan telah mendakwa bagaimana Sharon telah mendapat kebenaran George Bush melalui telefon seawal 2004 untuk meneruskan rencana beliau selepas dia memberitahu presiden AS itu bahawa dia tidak lagi mengekalkan janji ‘tidak’ menghapuskan Presiden Palestin itu. Ketika itu Yasser Arafat hidup terkepung dan terpenjara di rumah kediaman sendiri di Ramallah, sebahagian besar kawasan itu sudah pun dimusnahkan oleh tentera Israel dalam satu tindakan ganas untuk membalas dendam terhadap Arafat.

Berasaskan rekod George Bush semasa menjadi gabenor Texas, di mana dia telah merestui pembunuhan lebih banyak banduan yang menunggu giliran dihukum mati berbanding gabenor AS yang lain dalam sejarah negara, (sehingga orang memberikan gelaran kepada Bush dengan panggilan Texecutioner), pendedahanya tentu tidak menonjolkan kemarahan. Malahan ia menjadi semakin menyerlah apabila Ariel Sharon pernah bercakap besar dengan membayangkan hubungannya dengan Bush dengan berkata: “Presiden AS adalah di bawah kawalan kita.”

Arafat mati di Paris pada 11 November, 2005, pada usia 75 tahun. Beliau diterbangkan ke sana pada 29 Oktober dan dimasukkan hospital untuk menerima rawatan satu penyakit yang tidak dapat didiagnos dan mula melarat sejak April. Keadaan Arafat menjadi semakin serius selepas itu sehingga beliau memerlukan rawatan khas. Ketibaan beliau ketika itu mungkin sudah terlambat kerana dia mengalami koma pada 3 November dan terus berkeadaan demikian sehingga menghembuskan nafas terakhir lapan hari kemudiannya, khabarnya disebabkan masalah keracunan darahnya. . Memang betullah, kalau benar darahnya sudah diracuni, bisanya meresap secara perlahan sehingga tidak dapat dikesan dengan mudahnya sehinggalah beliau tiba di Paris.

Mereka yang mengetahui akan sejarah Israel sejak ia menjadi sebuah negara pada 1948 dan sebelumnya, pendedahan keadaan Arafat tentulah tidak memeranjatkan, kalau pun benar ceritanya. Semua kerajaan Israel memang mempunyai rekod panjang menghambat dan membunuh secara asasin di Israel dan juga di seberang laut sesiapa yang menjadi satu ancaman kepada negara Israel. Sejak zaman mudanya pada 1969 ketika menjadi Presiden Palestine Liberation Organization (PLO) dan Presiden, Arafat pernah bertukar daripada menjadi musuh kepada seorang sekutu dan bertukar balik menjadi musuh di bawah pelbagai kerajaan Israel dan semua itu bergantung kepada kesanggupan beliau menafikan hak rakyatnya kepada hak asasi mereka dan perkhidmatan serta taat kepada kerajaan Israel seperti yang dipersetujuinya dalam Perjanjian Oslo ataupun Declaration of People (DOP) yang ditandatangani di Rumah Putih pada September 1993.

Ini merupakan satu perjanjian yang semacam dirancang di neraka. Dengan sifat gila menyerah kalah, memberikan Israel apa yang diingininya dan Arafat berserta para kroni beliau mendapat izin apa yang dikatakan “ge-out-of-Tunis-free pass” (Arafat mendapat perlindungan diplomasi di Tunisia ketika dihalau keluar daripada Lubnan selepas Israel menakluk negara itu pada 1982) Perjanjian Oslo memberi kemudahan untuk Arafat pulang kepada Wilayah Palestin yang dikenali ketika itu sebagai Occupied Palestinian Territories (OPT) di mana dia bersetuju menjadi seorang penguatkuasa bagi pihak Israel ke atas kaumnya sendiri.

Seperti yang berlaku sebelum itu dan sejak itu, orang Palestin tidak mendapat apa-apa kecuali hak melihat tanah mereka dicuri dan nyawa mereka terancam selalu gara-gara bantuan dan kegilaan pemimpin mereka dan para kroni dalam kerajaan yang dipimpin oleh Fatah.

Mereka telah bersabar dengan nasib ini sehinggalah berlaku ancaman ke atas Masjid Al-Aqsa ( yang disusuli oleh gerakan Intifada Kedua pada 28 September 2000) ekoran lawatan Ariel Sharon ke satu tempat yang dianggap oleh umat Islam di sana sebagai perlindungan suci di bahagian Timur Jerusalem. Demikianlah keadaannya tanpa henti dan selepas kematian Arafat sehingga berlaku pilihan raya mum yang melonjakkan kerajaan Hamas pada Januari, 2006.

Gara-gara dicengkam Parti Fatah yang korup di bawah Arafat dahulu (dan kini diteruskan oleh Presiden Mahmoud Abbas yang juga menjadi boneka Israel), rakyat Palestin yang sudah merana begitu lama telah menendang keluar al-Fatah dalam satu pilihan raya umum yang pada mulanya difikirkan oleh Israel dan pentadbiran Bush bahawa parti boneka mereka akan terus menang dan terus berkuasa. Keputusan undi telah menghampakan mereka.

Keputusan itu tidak juga memenuhi harapan besar orang Palestin kerana pakatan Barat untuk berdiam diri membiarkan Israel dan AS melancarkan kempen Kemusnahan besar-besaran terhadap penduduk yang tidak bermaya. Setiap hari mereka telah diserang dengan menggunakan senjata canggih (yang dibekalkan oleh As dan pembayar cukainya) pembunuhan serangan assassin berlaku setiap hari, peningkatan beramai-ramai dan satu dasar penyiksaan yang bersistem, kemusnahan harta benda dan penafian hak asasi manusia dan perkhidmatan yang amat diperlukan untuk hidup. Itulah yang telah dilakukan oleh Israel Defense Forces (IDF) kepada orang Lubnan semasa musim panas dan akan memakan masa yang panjang untuk memulihkan keadaan.

Sepanjang tempoh itu rakyat Palestin terus berjuang setiap hari untuk mendapatkan kebebasan dan hak mereka dilayan sebagai manusia yang ada hak menetap di tanah air mereka sendiri - menentang segala tentangan yang hebat yang tidak ada sesiapa ambil peduli untuk membantu termasuklah dunia Arab.

Kalau betul Ariel Sharon telah membunuh Yasser Arafat, ia tidak harus menjadi satu kejutan kepada sesiapa. Lagi pun ia terbukti tanpa perlu disangkal lagi kisah ini tidak akan dilaporkan dalam media yang dikuasai oleh korporat di AS, walaupun ia mungkin menjadi tajuk berita di Israel sendiri. .

Kongres Amerika yang ke-110 akan mula bersidang pada 4 Januari. Jangan haraplah kisah ini akan dapat perhatian mereka.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home