Kemuliaan Pengorbanan
Kemuliaan Pengorbanan
(The Charity of Sacrifice)
M. Bakri Musa
(The Charity of Sacrifice)
M. Bakri Musa
Terjemahan -marhaintua-
(Inilah ucapan kepada ahli anggoa ‘South Valley Islamic Commmunity, Morgan Hill, California, sempena majlis Eidul Adha, Ahad, Disember 21, 2006 di GAvilan College, Gilroy, California).
Syukur Alhamdulillah, kita dapat berkumpul pada pagi Ahad yang shahdu, sempena hari terakhir tahun ini, untuk menyambut Eidhul Adha, Hari Raya Korban, secara aman dan kesenangan! Kita begitu sedar bahawa terdapat berjuta-juta di tempat lain yang tidak begitu bernasib baik.
Kita mampu menikmati kebebasan, kedamaian dan kemewahan hari ini kerana mereka yang mendahului kita telah melakukan perngorbanannya. Ketika Nabi Mohammad (saw) menerima wahyu pertama kali daripada Allah, dia sudah sedar akan tanggungjawab besar dan pengorbanan yang perlu dibuat oleh Baginda untuk melaksanakan kehendak Allah. Kita banyak berhutang budi kepada umat Islam yang telah berkorban dan melalui suka dan duka untuk mengembangkan mesej Allah.
Satu mesej utama Islam ialah perihal Allah menganggap kita sama sahaja. Ini dapat dilihat semasa umat Islam yang mengerjakan haji berpakaian ihram serba putih sambil melakukan segala amalan di mana orang yang bergelar raja berada sebaris dengan orang biasa, yang kaya berada sebelahan yang miskin dan ulama duduk sebelah menyebelah umat biasa.
Golongan yang mendahului kita turut mengorbankan diri membebaskan Amerika daripada cengkaman ganas penjajahan, dan sekali gus mengalu-alukan kebebasn. Kemudian, pemimpin seperti Martin Luther King telah melakukan kemuncak pengorbanan dengan menekankan kepentingannya dalam “Declaration of Independence; “Kami percaya bahwa segala kebenaran ini adalah nyata, bahawa semua manusia di cipta sama rata, bahawa mereka dikurniakan oleh Maha Pencipta dengan Hak tertentu yang tidak berbelahbagi, bahawasnya antara semua itu ada Kehidupan, Kebenasan dan pencarian Kebahagiaan
Hari ini kita menikmati kebebasan ini.
Memang, datuk moyang kita telah banyak berkorban. Ia memerlukan lebih dari keberanian untuk mereka keluar meninggalkan kemesraan ahli keluarga, sehabat handai, dan persekitaraan yang selesa dalam pencaraian mereka untuk masa depan yang lebih baik di negara perantauan. Mereka mempunyai keyakinan diri dan juga pada Illahi bahawa pengorbanan mereka akan membawa makna dan kesannya. Inilah yang mengekalkan mereka dalam pencarian yang penuh ketidaktentuan.
Mereka seperti saya bukanlah lahir di negara ini tetapi memilih ntuk menetap di sini mengongsi dan memahami sentiment ini. Ini adalah satu tribut kepada kehebatan negara ini yang mengalu-alukan para imigran. Kalau ada pun perbezaannya bahawa anak cucu saya dapat mengakuinya beberapa dekad selepas ini nanti betapa nenek moyang mereka telah tiba di negara yang hebat ini dengan Boeing 747 dan bukannya dengan kapal laut yang dijana wap ataupun kapal layar.
Hari ini kita menyambut kedatangan Eidul Adha dengan saudara seagama di Mekah yang sedang menyudahkan rukun Haji. Syukur Alhamdulillah, tahun ini tiga orang ahli jemaah kita, saudara Amir, Sohair, dan Merchan, besama ahli keluarga mereka telah pergi menyemurnakan Haji. Semoga Alalh memberkati pemergian mereka dengan Haji Mabrur dan merestui kepulangan mereka dengan selamat.
Sebahagian amalan haji, para jemaah akan mengulangi pengorbanan terunggul yang diminta oleh Allah daripada Nabi Ibrahim. Yang membuatkan nabi Ibrahim menahan emosi yang sungguh menyayat hati dengan megorbankan anak lelakinya adalah kerana keyakinan beliau kepada kuasa Allah, dengan keadilan suruhannya, dan tentu ada iktibar di sebalik pengorbanan yang dipinta. Kepercayaan inilah yang menyelamatkan beliau daripada kerunsingannya.
Selepas solat berjemaah nanti kita akan mengulangi contoh amalan perngorbanan yang dibuat oleh Nabi Ibrahim atas kehendak Allah dengan mengorbankan seekor haiwan dan berkongsi sama dagingnya dengan sahabat, keluarga dan mereka yang memerlukannya. Tindakan pengorbanan ini adalah satu bentuk derma, satu tiang utama agama kita, bersama amalan lain seperti solat, berpuasa dan mengerjakan Haji.
Dari sudut fisikal pengorbanan ini adalah memang nyata dan perlu dihargai. Turut sama penting ialah pengorbanan dalam bentuk bersedekah dalam semangat, amalan dan perkataan. Kalau kita sukar untuk berkorban kepada dan bermurah hati kepada mereka yang kita suka dan setujui, pengorbanan yang lebih besar adalah melakukan perkara yang sama kepada saingan kita dan kepada mereka yang kita tidak setujui.
Berkata baik dan berbuat jasa keatas mereka yang kita tidak suka ataupun seteru kita memerlukan pengorbanan yang lebih besar kerana ini adalah sesuatu yang memang sukar untuk dilaksanakan. Namun, inilah jasa yang paling murni yang boleh kita lakukan. Pahalanya bukan sahaja terhimpun keatas kita bahkan juga kepada penerima kemurahan hati kita dan kepada masyarakat kariah kita juga.
Kesan keatas masyarakat akan tindakan individu bersedekah dan berkorban memang besar pahala dan keberkatannya. Pepatah bahawa hubungan yang baik sentiasa berkembang, adalah amat tepat sekali.
Kebebasan dan kemewahan yang kita nikmati hari ini adalah hasil pengorbanan orang yang mendahului kita, demikianlah juga yang harus kita sumbangkan pengorbanan kita pula supaya mereka yang akan berada di belakang nanti dapat terus menikmati hasilnya.
Hari ini kita malakukan solat Eid dalam satu dewan yang disewa. Insya Allah satu hari nanti kita akan memilikki sebuah masjid sendiri termasuk kemudahan untuk mendidik anak-anak dan menempatkan golongan yang sudah berusia. Masyarakat kita sudahpun melancarkan Projek Cordoba di atas satu tapak tanah 16 ekar di San Martin. Kita harap dapat mendirikan satu pusat masyarakat yang lengkap, ada tempat untuk belajar, untuk kita bersolat, ada tempat untuk menjaga golongan yang sudah tua dan ada pusat untuk aktiviti masyarakat.
Memang sungguh tinggi matlamat kita itu. Cabarannya pun tentulah besar juga. Ini memerlukan iltizam dan pengorbanan kita. Marilah sama-sama kita melaksanakannya. Saya ucapkan Eid Mubarak dan Selamt menyambut Tahun Baru!

...
0 Comments:
Post a Comment
<< Home