Saturday, October 07, 2006

Al Qaeda Tidak Pernah Wujud


Existence of "Al-Qaeda" Is Crap; Quite Literally

Apakah Osama sengaja memilih nama rangkaian keganasan beliau secara berjenaka ataupun itu sebenarnya pangkalan data yang digunakannya untuk berborak dengan petugas CIA?

Oleh : Paul Joseph Watson/Prison Planet.com October 6 2006

Asal-usul nama Al Qaeda dan maksud sebenarnya dalam Bahasa Arab menunjukkan setiap kali pentadbiran Bush, Fox News ataupun mana-mana individu yang menyebut akan ancaman “Al Qaeda” sebagai “satu mandat untuk berperang dan kuasa tempatan yang otokratik, mereka sesungguhnya menyebarkan satu mitos bahawa kumpulan itu sebenarnya tidak pernah wujud.
Pertubuhan yang diberi nama “Al Qaeda tidak pernah wujud selain daripada segala penipuan wujudnya sel-sel ganas, yang kebanyakannya digembar-gemburkan oleh kumpulan perisikan Pakitsan ISI), Mossad, Arab Saudi, M16 dan CIA, dan kewujudannya adalah sebagai tindak balas kepada tindakan Amerika ekoran peristiwa 9/11. Demikian yang dilaporkan oleh NIE.




Mengikut dokumentari BBC “The Power of Nighmare’ gambar yang begitu terkenal menunjukan Bin Laden berjalan dengan dikawal rapi oleh askar bersenjata adalah satu penipuan Osama sendiri, yang sengaja dipermudah oleh pihak media di mana pelakon yang berpengalaman telah diambil secara rambang dan diberikan pakaian uniform celoreng hijau dan dilengkapi senjata dan disuruh berlagak bengis dan garang.

Perhatikan betapa video menyebut Bin Laden mengambil nama Al Qaeda selepas 9/11 dan selepas kerajaan A.S mula menggunakan istilah itu. Kesalahan yang wujud (dan kini diperlekeh) ialah satu mitos bahawasanya 9/11 telah dilakukan oleh “Al-Qaeda”.

Kalau sungguhlah kumpulan itu tidak wujud mana datanganya perkataan itu?

Tentu anda pernah mendengarnya dulu perkataan “al Qaeda” bererti “pangkalan” tetapi apakah anda sedar dalam bahasa perbualan kalau orang Arab berkata: “Ana raicha Al Qaeda” ia membawa makna bahawa “saya mahu pergi ke tandas?”

Apakah pengganas yang begitu degil dan sungguh taksub mahu menjahanamkan barat sanggup menamakan pertubuhan beliau sama dengan nama tempat dia membuang tahinya?

Kebenaran mana asal usul “Al Qaeda” menjelaskan kenapa tidak ada pejuang berani mati terlibat dengan penciptaan nama itu.

Seorang bekas pemimpin Dewan Rakyat Britain, Robin Cook yang dikagumi kerana melepaskan jawatan selepas beliau memprotes akan serangan terhadap Iraq pada 2003 dulu pernah menulis satu artikel kepada London Guardian, beberapa waktu sebelum menghembuskan nafas terakhir, dan memberikan sedikit penjelasan akan perkataan Al Qaeda. Mengikut pendapat Cook, “Al Qaeda” bererti pangkalan data, dan berasal daripada komputer ribuan pejuang mujahidin , yang telah diambil dan dilatih dengan bantuan CIA untuk menumpaskan Russia.

Bekas pegawai perisikan Tentera Peranchis, Pierre Henry Brunel menjelaskan, “Al Qaeda” pada mulanya merupakan satu bentuk intranet, yang telah digunakan oleh Negara Islam dan keluarga berpengaruh untuk berhubung antara satu dengan lain. Ia telah juga digunakan oleh agen Amerika (Osama bin Laden) untuk menghantar mesej berkod kepada petugas CIA daripada Afghanistan.

Rumusan boleh dibuat dengan penekanan Brunel bahawa ‘Al Qaeda’ sebagai satu pertubuhan adalah sama sahihnya dengan gelagat George W Bush yang cuba mengikiskan imej koboinya di Texas.

“Sesungguhnya tidak wujud apa yang dikatakan tentera Islam ataupun kumpulan pengganas bernama Al Qaeda. Setiap agen peisikan yang berpengalaman tahu akan hal ini. Tetapi ada kempen propaganda untuk membuatkan orang awam percaya wujudnya satu entiti yang tidak dikenali mewakili ‘syaitan’ hanya untuk menyuntik naluri penonton TV menerima satu pucuk pemimpinan antarabangsa yang mahu berperang memerangi keganasan. Negara yang bertungkus lumus dengan propaganda itu ialah Amerika Syarikat dan para pelobi untuk perang AS terhadap keganasan hanya berminat untuk membalun duit.”
Terjemahan : MarhaenTua

0 Comments:

Post a Comment

<< Home