Monday, October 09, 2006

Pedang Nabi Muhammad (Gara-gara Penghinaan Pope Jerman)

Oleh: Uri Avnery
(Uri Avnery, merupakan penulis Israel dan aktivis keamanan. Beliau menubuhkan pergerakan keamanan Gush Shalom. Beliau juga telah berkhidmat sebagai MP dalam Knesset)

Sejak zaman maharaja Rome menghumban orang Kristian menjadi makanan singa, hubungan antara para maharaja dan ketua gereja (Kristian) telah melalui pelbagai perubahan. Constantine the Great, yang menjadi ‘Emperor’ pada tahun 306 – bertepatan 1700 yang lalu menggalakkan amalan Kristianity di empayar itu, yang termasuk Palestin. Beberapa abad kemudiannya, Gereja Kristian berbelah dua kepada Orthodoks (Ketimuran) dan Katholik (kebaratan). Di Barat, Bishop of Rome yang kemudiannya menabalkan diri sebagai Pope, telah mendesak agar Mahraja menerima ketuanannya.

Pertelagahan antara Maharaja dan Pope (Paus) memainkan peranan penting dalam sejarah Eropah dan memecahbelahkan rakyat. Berlakulah pelbagai suka duka. Ada maharaja yang memecat ataupun menghumbankan Pope, ada segelintir Pope memecat ataupun memurtadkan seorang Maharaja. Salah seorang Maharaja itu Henry IV "telah berjalan ke Canossa" berdiri selama tiga hari berkaki ayam (tidak berkasut) di atas salji di hadapan mahligai Pope, sehinggalah Pope bertindak membatalkan kemurtadannya.

Akan tetapi ada masanya ketika mana Maharaja dan Pope hidup saling berdamai antara satu sama lain. Kita telah menyaksikan saat itu sekarang ini. Antara Pope yang ada Benedict XVI dan Maharaja yang sedia ada George Bush II memang wujud keharmonian yang menakjubkan. Ucapan Pope pada minggu yang lalu, yang mencetuskan satu taufan di merata dunia, nampaknya selari dengan crusade (perang sabil) Maharaja Bush terhadap apa yang disebutnya “Islamofasisme” dalam konteks Perselisihan Peradaban”. Ketika berucap di sebuah universiti Jerman, Pope yang ke-265 itu telah bercakap mengenai satu perbezaan besar antara Kristianiti dan Islam, sedangkan Kristianiti (mengikut fahamannya) berasaskan kewarasan, Islam menafikannya (konon). Kalau penganut Kristian nampak akan logik tindakan Tuhan, umat Islam menafikan wujudnya logik semacam itu dalam tindakan Allah. Sebagai seorang Yahudi yang berfahaman atheist, saya tidak berhasrat campur seronok dalam debat ini. Ini merupakan sesuatu yang lebih luas daripada keupayaan diri untuk memahami logik Pope tadi. Akan tetapi, saya tidak boleh membiarkan satu potongan cakapnya, yang turut mencuit naluri saya juga sebagai seorang warga Israel yang berada di garisan retak “peperangan peradaban” ini.

Untuk membuktikan wujudnya ketidakwarasan dalam Islam, Pope telah memberi penekanan kepada kisah Nabi Muhammad yang mengarahkan para pengikutnya untuk mengembangkan Islam denga kuasa pedang. Mengikut Pope, itu adalah satu kerajan yang tidak wajar, kerana kepercayaan beragama harus berputik daripada semangat dan bukan daripada diri. Bagaimana mungkin pedang menguasai semangat?

Untuk menguatkan hujahnya, Pope telah mengungkap kata-kata orang lain. Daripada banyak ungkapan yang boleh dipetiknya beliau telah mengambil kata-kata seorang Maharaja Byzantine yang mengikuti mazhab Gereja saingannya yakni Gereja ketimuran. Pada akhir abad ke -14 dulu, Mahraja Manuel II Palaeologus telah menceritakan kisah debat yang disertainya ataupun apa yang dikatakannya (kejadian itu sendiri memang bloeh disangsikan) - dengan seorang ilmuan Islam berbangsa Parsi. Ketika hangat berdebat itu, si Maharaja (mengikut ceritanya sendiri) telah melontar perkataan begini terhadap musuhnya:

"Tunjukkan pada saya apakah yang baru pernah dibawa oleh Muhammad, dan di sana akan anda dapati hanya kesyaitanan dan tidak insani, seperti arahannya untuk mengembangkan agama Islam melalui kuasa pedang.”

Perkataan ini menzahirkan tiga bentuk soalan
a) Kenapakah si Maharaja menyebutnya?
b) Benarkah perkara itu?
c)Kenapakah Pope yang ada ini mengambil ungkapan kata-kata itu?

KETIKA MANUEL II menulis ungkapan itu, dia merupakan seorang maharaja yang hampir kehilangan takhta yang semakin pupus. Beliau naik takhta pada 1391. Ketika itu hanya sedikit sahaja wilayah daripada satu empayar yang gah yang masih tinggal dalam kuasanya. Yang ada itu pun sudah terancam oleh kekuatan Turki.

Pada ketika itu, kerajaan Othmaniyah (Turki) sudah pun berada di tebing Sungai Danube. Mereka sudahpun menakluki Bulgaria dan Utara Greece (Yunani) dan telah berjaya sebanyak dua kali mengalahkan tentera yang dihantar oleh Eropah untuk menyelamatkan empayar Timur. Pada 29 Mei, 1453, hanya beberapa tahun selepas kematian Manuel, ibukotanya, Konstantinopel (yang kini bernama Istanbul) telah jatuh ke tangan orang Turki, menamatkan satu Empayar yang sudah lama bertahan lebih dari satu ribu tahun. Semasa pemerintahannya, Manuel telah menjelajah ibukota Eropah dalam usaha mendapatkan sokongan. Beliau berjanji menyatukan Gereja. Memang tidak diragukan bahawa dia telah menulis fatwa agamanya dengan niat untuk menyuntik semangat kebangkitan negara Kristian agar bangkit menentang Turki dan meyakinkan mereka memulakan satu perjuangan perang sabil yang baru. Tujuannnya amat praktikal, mempamerkan betapa teologi sudah menjadi alat politik.

Dalam konteks ini, ungkapan yang telah dibuat sesungguhnya menyelerakan nafsu-nafsi Maharaja zaman ini, George Bush II. Dia juga mahu menyatukan dunia Kristian untuk sama-sama bangkit menentang ‘Paksi Jahat Islam.’ Lagipun Turki sudah mula sekali lagi kali ini mengetuk pintu Eropah walaupun secara damai. Sudah menjadi pengetahuan umum bahawa Pope menyokong pihak-pihak yang berkuasa untuk menyekat kemasukan Turki menganggotai European Union (EU).

ADAKAH KEBENARAN DALAM HUJAH MANUEL?

Pope sendiri telah memberi ingatan agar berwaspada. Sebagai seorang pakar teologi yang terkenal, dia tidak mampu memalsukan teks yang tertulis: Kerana itu dia membuat pengakuan bahawa Quran telah menegah dengan jelas pengembangan agama secara paksa. Dia telah mengungkap Surah yang Kedua ayat 256: (amat ganjil apabila Pope pun boleh tersilap kerana yang dimaksudkannya ialah Ayat 257: yang berbunyi: “Tidak harus ada paksaan dalam urusan kepercayaan.”

Bagaimana mungkin seseorang melupakan kenyataan yang sungguh tidak berdolak-dalik itu? Pope ternyata berhujah dengan mudah bahawa arahan itu telah dinyatakan oleh Nabi (Muhamamd s.a.w.) di awal kerjayanya, masih lemah dan kurang kuasa, tetapi tidak lama kemudiannya Baginda telah memberi arahan agar digunakan kuasa pedang untuk menyebarkan agama. Arahan demikian tidak tertulis dalam Al-Quran. Memanglah, Nabi Muhammad mengesyorkan agar pedang digunakan dalam memerangi musuh yang menentang – Kristian, Yahudi dan lainnya di bumi Arab ketika dia baru menegakkan kuasanya. Tetapi itu adalah satu tindakan politik, dan bukannya tindakan agama; pada asasnya satu perjuangan untuk merangkul wilayah, bukan untuk mengembangkan agamanya.

Nabi Isa a.s. pernah berkata: “Anda kan mengenal mereka melalui buahnya.” Cara Islam melayan agama lain mesti dihakimi dengan satu ujian yang mudah sahaja. Bagaimanakah pemerintah Islam berkelakuan selama lebih satu ribu tahun, ketika mereka mempunyai kuasa untuk “mengembangkan agama dengan kuasa pedang mereka?”

Itulah yang mereka lakukan.

Selama beberapa abad yang lama, Islam telah memerintah Greece. Apakah orang Greece menjadi penganut agama Islam? Adakah sesiapa yang memaksa mereka menganut agama Islam? Sebaliknya, orang Krisitan warga Greece (Yunani Kristian) telah memegang jawatan yang tinggi-tinggi dalam pentadbiran Othmaniah. Orang Bulgaria, Serb, Romanian, Hungari dan banyak negara Eropah lain, telah hidup pada satu ketika di bawah pemerintahan Othamaniyah dan masih terpaut kepada agama Kristian mereka. Tidak siapa yang mengadu betapa mereka telah dipaksa untuk menjadi orang Islam dan kesemua mereka tetapi beragama Kristian.

Memang benar, orang Albania telah menganut agama Islam. Begitu juga orang Bosnia. Tetapi tidak ada sesiapa yang mengatakan mereka menganut Islam kerana dipaksa. Mereka menerima Islam kerana mahu mendapat kedudukan yang selesa dan disenangi oleh pemerintah dan menikmati habuannya.

Pada 1099, pejuangan Krused telah menakluk Jerusalem dan menyembelih umat Islam dan penduduk Yahudi secara rambang, dengan nama Nabi Isa. Ketika itu Islam sudah lama menduduki Palestin, tetapi Kristian masih merupakan majoriti di negara itu. Sepanjang masa yang panjang itu, tidak ada usaha yang dibuat untuk memaksa Islam ke atas mereka. Hanya selepas terhumbannya pejuang perang sabil daripada negara itu, barulah majoriti penduduk di situ mula menerima bahawa Arab dan agama Islam – dan mereka inilah nenek moyang orang Palestin di hari ini.

Tidak ada sebarang bukti dalam bentuk apa pun bahawa adanya usaha untuk memaksa agama Islam ke atas orang Yahudi. Seperti yang diketahui umum ketika Islam merajai Sepanyol orang Yahudi telah menikmati segala kemewahan yang tidak terperi tidak dapat ditandingi di mana juga sehingga waktu kita kini. Penyair seprti Yehuda Halvey menulis dalam bahawa Arab, seperti itu juga kaum Maimonid yang lain. Ketika Islam bertakhta di Sepanyol, ramai menteri adalah daripada bangsa Yahudi, ramai penyair, dan ahli sains daripada bangsa Yahudi juga. Di Toledo yang dikuasai oleh Islam ilmuan Kristian, Yahudi dan Islam telah sama-sama bertugas dan menterjemahkan kitab falsafah Yunani dan teks sains. Inilah sesungguhnya Zaman Keemasan. Bagaimana mungkin berlaku semua ini kalaulah Nabi Muhammad mengeluarkan fatwa agar “kembangkan agama melalui pedang?”

Apa yang berlaku kemudiannya lebih menyerlah. Ketika Katholiks merangkul semula Sepanyol daripada orang Islam, mereka telah melancarkan balas dendam keagamaan. Yahudi dan Islam telah diberikan pilihan yang sungguh kejam; menjadi penganut Kristian ataupun disembelih ataupun keluar daripada bumi Sepanyol. Di manakah ratusan ribu Yahudi yang enggan melepaskan pegangan agama mereka lari? Hampir semuanya telah disambut dengan tangan terbuka oleh negara Islam. Kumpulan Yahudi Sephardi (Sepanyol) telah menetap di merata dunia Islam, daripada Marakesh di Barat ke Iraq di Timur. Daripada Bulgaria (yang ketika itu sebahagian Empayar Othmania) di Utara kepada Sudan di Selatan. Tidak pun mereka dihukum bunuh. Mereka tidak pun tahu menahu akan keazaban di seksa semasa ‘Inquisition” api membara ‘auto- de-fa’ ataupun program di mana penghumbanan secara beramai-ramai dilakukan di hampir semua negara Kristian, sehinggalah berlakunya Holocaust

KENAPA?

Kerajaan Islam sesungguhnya menegah sebarang penyiksaan keatas “manusia al kitab”. Dalam masyarakat Islam, tempat yang istimewa adalah dikhaskan kepada orang Yahudi dan Kristian. Memanglah mereka tidak menikmati hak yang sama, tetapi hampir sama. Mereka terpaksa membayar cukai, tetapi telah dikecualikan untuk menganggotai pasukan tentera – kerana ini adalah satu tolak ansur yang amat disenangi oleh orang Yahudi. Memang ada kenyataan yang menyebut betapa pemimpin Islam tidak menyenangi sebarang usaha untuk memaksa Yahudi menganut Islam walaupun dengan cara memujuk rayu – kerana ini bermakna raja akan kehilangan cukai yang mereka sumbangkan.

Setiap Yahudi yang ikhlas dan berkata benar tahu akan sejarah bangsanya dan sudah tentu tidak akan lupa bersyukur dan berterima kasih kepada Islam, yang telah melindungi Yahudi selama lima puluh generasi, sedangkan dunia Kristian menyiksa orang Yahudi dan cuba banyak kali “menggunakan pedang” agar mereka meninggalkan agama mereka. KISAH mengenai “mengembangkan agama melalui pedang” adalah satu legenda kesyaitanan, satu mitos yang membiak di Eropah semasa berlakunya perang besar menentang Islam dan kisah ‘reconquista’ (rampasan semula ) Sepanyol oleh Kristian, Perang Sabil dan penyingkiran Turki yang hampir menakluki Viennna. Saya syak bahawa Pope Jerman yang ada ini, telah terpaut kepada dongeng ini. Ini bererti pemimpin dunia Kristian, yang merupakan seorang teologian Kristian dengan haknya tersendiri, tidak membuat satu cubaan untuk mengkaji sejarah agama lain.

Kenapakah dia menyebut segala perkataan itu?
Dan kenapa sekarang pula?

Kita tidak dapat mengenepikan kemungkinan pengaruh perang sabil yang dicetuskan oleh George Bush dan segala penyokong pendakwah Kristian di sekeliling pinggangnnya, dengan laungan slogan “Islamofascism” dan “Perang Global terhadap keganasan” sambil mengaitkan keganasan itu kepada Islam. Orang-orang yang bergayut kepda Bush ini merupakan satu cubaan untuk mewajarkan ketuanan mereka ke atas sumber minyak dunia. Bukanlah pertama kali dalam sejarah, satu gebar keagamaan digunakan untuk menutup kebogelan kepentingan ekonomi, dan bukanlah pertama kali satu gerakan si penyangak menjadi satu perang sabil.

Ucapan Pope Jerman itu memang meresap dalam usaha ini. Siapakah yang mampu meramalkan kesannya nanti?

Terjemahan -marhaintua-

Artikel diterbitkan oleh Gush Shalom.

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

manusia semakin bijak menilai dan memilih…

mana lebih dipercayai?, yesus yang tidak pernah melakukan dosa sepanjang hidupnya atau muhamad yang kawin ramai( tidak mampu mengawal nafsu), membunuh, mengajar umatnya berperang, membunuh yang murtad, pembohong dll… fikir2la..

Harus ingat, yesus telah bangkit dari kematian dan hingga kini dia masih lagi hidup oleh itu tiada siapa boleh menggantikan dia atau mengaku nabi selepas dia selagi dia hidup.. jika umat kalian percaya mohamad nabi terakhir maka dia perlu mempunyai sifat lebih baik daripada yesus?

4:28 PM  
Anonymous Anonymous said...

islam akan keluar taring jika mereka menjadi mejoriti...

35 sembahyang dlm seminggu pun tidak akan dapat menandingi 1 kali sembahyang dlm seminggu...

yesus adalah kebenaran.. tiada siapa boleh menghalang misi yesus untuk menyelamatkan manusia...

4:33 PM  

Post a Comment

<< Home