Monday, October 16, 2006

Ujian Besar Di Palestin

Ujian Besar di Palestin
(The Great Experiment)
Uri Avnery. 10-14-6


Bolehkah kita memaksa sekumpulan manusia agar akur kepada penaklukan orang asing dengan cara memaksa mereka kebuluran?

Ini adalah satu soalan yang amat menarik. Ia menjadi begitu menarik sehinggakan kerajaan Israel dan Amerika Syarikat dengan kerjasama Eropah, kini cuba berganding bahu melaksanakan satu kajian saintifik yang berpadu dengan harapan dapat jawapan yang berkesan.


Makmal penyelidikan itu ialah Tebing Gaza dan bahan kajian adalah satu juta suku rakyat Palestin yang menghuni di sana.

Untuk memenuhi standard piawan saintifik, adalah penting untuk tahap mula menyediakan makmalnya.

Program itu telah dilakukan dengan cara ini: Pertama, Ariel Sharon telah menaik keluar perkampungan Israel yang telah lama berada di sana. Lagipun mana mugkin untuk membuat kajian kalau masih ada ternakan yang jinak berkeliaran di makmal. Kajian itu dilakukan dengan “keazamanan dan penuh perihatin”, air mata mengalir laksana air, askar-askar mendakap dan memeluk peneroka yang telah diarah keluar, dan sekali lagi askar Israel ditontonkan sebagai pasukan yang paling unggulan didunia ini.


Setelah dicuci bersih makmal ujian itu, fasa seterusnya dimulakan: semua pintu masuk dan pintu keluar telah ditutup dengan rapi, untuk menentukan tidak ada sebarang pengaruh luar yang dapat menyusup masuk. Kerajaan Israel yang munnul berurutan telah disekat daripada membina pelabuhan di Gaza, dan tentera laut Israel menentukan tidak ada kapal yang mendekati persisiran pantai. Lapangan terbang antarabangsa yang kelihatan indah selepas dibina, semasa selesai perjanjian Oslo, telah dibom dan ditutup. Keseluruhan kawasan Tebing Gaza telah ditutup dengan satu pagar besi sebagai temboknya dan hanya persimpangan jalan yang dibiarkan terbuka. Kecuali satu laluan, yang lainya semua adalah di bawah kawalan tentera Israel.


Namun masih ada satu ruang untuk menyambungkan kepada dunia luar. Ini terletak di persimpangan sempadan Rafah di Mesir. Simpang ini tidak boleh ditutup rapat, kerana ini akan mendedahakn regim Mesir sebagai sama bersekongkol dengan Israel. Mereka telah dapat selesaikan masalah itu: Mereka adakan satu majlis penyerahan persimangan itu oleh tentera Israel kepada satu pasukan penyelia antarabangsa. Anggota kumpulan itu nampak baik-baik, mempunyai niat yang bagus, tetapi dari segi amalannya mereka terlalu bergantung kepada tentea Israel yang mengawas proses ulang alik daripada sebuah kamar kawalan yang berdekatan. Pengawas antarabangsa itu menetap di sebuah kibbutz Isaeli dan dan dapat memasukki kawasan persimpangan itu hanya dengan izin Israel.

Kemudian, segala-galanya sudah bersedia untuk penyelidikan.

Isyarat memulakan ujian itu telah diberikan sejurus orang Palestin mengadakan satu pilihanraya umum pertama secara demokatik, di bawah pemantauan satu pasukan yang dipimpin oleh bekas presiden Jimmy Carter. George Bush turut ghairah: wawasan beliau untuk membawa demokrasi ke Timur Tengah hampir menjadi kenyataan.


Akan tetapi rakyat Palestin telah sengaja gagalkan diri mereka dalam ujian itu. Mereka tidak memilih Arab yang baik-baik yang menjadi pengkagum Amerika Syarikat. Sebaliknya mereka telah memilih Arab yang kurang baik, yang takutkan Allah. Bush rasa terhina. Akan tetapi kerajaan Israel menjadi seronok dengan kemenangan Hamas, Amerika dan Eropah sudah bersedia untuk melaksanakan ujian tersebut. Bolehlah ia dimulakan:


Amerika dan European Union (EU) telah mengumumkan penahanan dan sekatan segala bentuk sumbangan kepada Palestinan Authority (PA) kerana ia dianggap “sudah dikuasai oleh teroris”. Pada waktu yang sama kerajaan Israel menghentikan aliran wang tunai samasekali.


Untuk memahami kepentingan perkara ini: mengikut “Paris Protocol” (perjanjian ekonomi di bawah tajaan Perjanjian Oslo dulu) ekonomi Palestin termaktub dalam sistem kastam Israel. Ini bererti kerajaan (Kastam) Israel memungut cukai segala barangan yang melalui pintu Israel kepada wilayah Palestin – sesungguhnya tidak ada laluan lain ke Palestin - selepas memotong komisen yang berpada. Israel perlu memulangkan wang kutipan cukai itu kepada Palestinian Authority.

Apabila kerajaan Israel enggan menyerahkan wang itu yang sebenarnya hak rakyat Palestin, ia bolehlah dikatakan satu tindakan merompak di siang hari. Tetapi apabila rompakan itu dikakatakan dibuat keatas teroris, siapa yang boleh komplen?

Paletinian Authority - yang mentadbir Tebing Barat (West Bank) dan Jalur Gaza (Gaza Strip) – memerlukan wang seperti mereka memerlukan udara untuk bernafas. Ini pun memerlukan sedikit penerangan: Selama 19 tahun Jordan menguasai Tebing Barat dan Mesir menguasai Jalur Gaza, daripada 1948 hingga 1967, tidak ada satupun kilang yang penting pernah didirikan di sana. Kerajaan Jordan mahu setiap aktiviti ekonomi dilaksanakan di negara Jordan sahaja, yakni di sebelah timur sungai dan Mesir memanglah mengabaikan jalur itu samasekali.

Kemudian berlaku penaklukan Israel dan keadaan menjadi semakin buruk. Kawasan jajahan itu menjadi satu ‘captive market’ untuk industri Israel, dan kerajaan tentera Israel menyekat pembinaan sebarang perusahaan yang dianggap akan bersaing dengan perusahana Israel.

Para pekerja Palestin terpaksa bekerja di Israel dengan harga yang amat rendah (kalau mengikut piawsaan Israel). Daripada gaji mereka kerajaan Israel memotong semua bayaran levi yang dikenakan keatas pekerja Israel, sedangkan pekerja Palestin itu tidakpun menikmati segala kemudahan sosial darinya. Ini bermakna kerajaan Yahudi merompak dan menyalahgunakan tenaga pekrja yang bernilai puluhan billion dollar, yang hilang ghaib di bawah tong dana kerajaan yang amat dalam.


Semasa intifada dilancarkan, ketua industri dan pertanian Israel mendapati mereka boleh meneruskan perusaahan tanpa kehadiran pekerja Palestin. Malahan, lebih menguntungkan. Mereka membawa masuk para pekerja daripaa Thiland, Romania dan Negara miskin yang lain hingga ke hari ini yang sanggup bekerja denan gaji yang rendah dan keadaan hidup yang seakan-akan berada dalam zaman perhambaan. Lantas para pekerja Palestin telah kehilangan mata pencarian mereka.


Itulah tahap pertama ujian ini; Infrastruktur Palestin telah dimusnahkan, tidak ada lagi pengeluaran, tidak ada punca pekerjaan kepada kaum pekerjanya. Semua ini merupakan keadan yang ideal untuk membuat “ujian besar untuk kebuluran”.

PENGLAKSANAANNNYA dimulakan, seperti yang disebut tadi dengan menyekat pembayaran (gaji dan cukai)

Secara amalinya laluan antara Jalur Gaza dan Mesir telah pun tertutup. Sekali dalam setiap beberapa hari ataupun beberapa minggu ia akan dibuka untuk beberapa jam, sebagai menunjuk-nunjuk ataupun syarat sahaja untuk membolehkan sesiapa yang sakit dan mati ataupun nazak balik ke kampong mereka ataupun untuk pergi ke hospital di Mesir.


Persimpangan antara Jalur Gaza dan Israel telah ditutup “kerana keselamatan yang penting”. Selalu sangat pada ketika yang tepat, “amaran tentang kemungkian serangan teroris” diwujudkan. Hasil pertanian Palestin yang sepatutnya dieksport boleh menjadi busuk dan reput di persimpangan itu. Ubat dan barang makan tidak boleh dibawa masuk, kecuali pada tempoh tertentu daripada masa ke satu masa, juga sebagai syarat sahaja, apabila ada orang ternama memnyuarakan protesnya. Kemudian muncul satu lagi “amaran keselamatan yang penting” dan keadaan akan menjadi semacam normal lagi.


Untuk melengkapkan gambaran, Angkatan Udara Israel telah mengebom satu-satunya janakuasa letrik di jalur itu, supaya pada sebahagian siang tidak ada bekalan letrik, ini bermakna bekalan air yng bergantung pada janakuasa letrik terpaksa terputus. Malahan pada hari yang paling panas, di mana suhu boleh naik melepasi 30 degree centigrade di bawah teduhan, tidak ada letrik untuk menjana peti sejuk, pendingin udara, bekalan air dan keperluan lain.

Di Tebing Barat, satu kawasan yang lebih besar daripada Jalur Gaza (yang merupakan hanya 6 persen wilayah jajahan Palestin, tetapi mengandungi 40 pesen penduduknya, keadaan tidaklah seburuk itu. Tetapi di Jalur Gaza, lebih separuh penduduk hidup di “bawah paras kemiskinan” Palestin. Kebanyakan penduduk Gaza hanya dapat mengimpikan dianggap miskin di kawasan Israel yang berdekatan bernama Sderot.

Apakah isyarat kerajaan Israel dan AS yang mahu diberitahu kepada orang Palestin? Mesejnya amat jelas: Anda akan sampai ke jurang kelaparan, dan mungkin lebih dahsyat dari itu, selagi anda tidak menyerah kalah. Anda mesti humbankan kerajaan Hamas dan lantik calon yang diperkenan oleh Israel dan AS. Yang lebih penting lagi, anda mesti berpuashati dengan sebuah negara Palestin yang mengandungi beberapa kawasan pemisah, di mana setiap satu akan bergantung kepada ihsan Israel.

Buat masa ini, pengarah kajian saintifik sedang memikirkan satu soalan yang memushkilkan mereka: bagaimana mungkin orang Palestin masih dapat bertahan? Kalau mengikut segala peraturan, mereka sepatutnya sudah lama menyerah kalah.

Sememangnya terdapat beberapa pertanda yang menggalakkan. Keadaan suasana keresahan dan kepedihan telah mencetuskan ketegangan antara Hamas dan Fatah. Di sana-sini memang berlaku perbalahan, ada yang terbunuh dan tercedera, tetapi dalam setiap kes, keadaan buruk dapat disekat sebelum ia meledak menjadi satu perang-saudara. Beribu orang tukang hasut dan talibarut Israeal memang terus membuat kacau. Bebeza dengan jangkaan, penentangan masih tidak luntur. Malahan, askar Israel yang ditangkap dulu masih belum dibebaskan.

Salah satu alasannya yang tentu ada kaitan dengan struktur masyarakat Palestin. Keluarga besar (Hamas) memainkan peranan penting di sana. Selagi ada seorang ahli yang bekerja dalam sesuatu keluarga, keseluruhan keluarga itu dan sanak saudaranya tidak akan mati kelaparan. Tidak kiralah kalau berlaku kekurangan makanan berzat yang berleluasa. Sesiapa sahaja yang mempunyai pendapatan, mengongsinya dengan semua adik beradiknya, ibu bapa, datuk dan nenek, sepupu dan anak-anak mereka. Ini adalah stu sistem purba, tetapi amat berkesan dalam keadaan seperti itu. Nmpaknya para perancang ujian itu tidak mengambil kira keupayaan ini.


Untuk mempercepatkan proses ujian, kekuatan keseluruhan tentera Israel sedang digembeling sekali lagi, mulai daripada minggu ini. Selama tiga bulan tentera darat telah menyibuk dengan Perang Lubnan Kedua. Semakin terserlah kini bahawa tentera darat yang selama 19 tahun dulu lagi telah digembeling laksana pasukan polis penjajah tidakpun berfungsi dengan baik kalau secara tiba-tiba berdepan dengan satu ketumbukan musuh yang terlatih dan lengkap bersenjata, sehingga mereka tidak mampu untuk melawan balik. Hizbullah telah menggunakan senjata anti-keretakebal yang berbisa terhadap angkatan bersenjata Israel dan telah menghujani bumi Israel Utara dengan roket.Itu sebabnya kempen tentera Israel tidak berjaya.


Sekarang tentera darat Israel muncul semula ke medan perang yang ia amat fahami. Rakyat Palestin di Jalur Gaza belum lagi memilikki senjata anti-keretakebal. Dan roket Qassam hanya menyebababkn bencana yang terhad. Ini bermakan tenttera Israel boleh menggunakan keretakebalnya sekali lagi tanpa sekatan. Angkatan tentera yang satu ketika dulu semasa berada di Lubnan takut sangat menghantar helikopter mengangktu askarnya yang tercedera, kini boleh menembak missil keatas rumah “orang yang mereka ingini” ahli keluarga dan jiran mereka, secara mudah sahaja. Kalau pada tiga bulan dulu hanya 100 orang Palestin yang terbunuh setiap bulan, kini kita menyaksikan satu peningkatan angka kamatian orang Palestin dan yang tercedera.

Bagaimanakah satu penduduk yang disiksa dengan kelaparan, dan dinafikan perubatan dan kelengkapan untuk hospital primiitifnya serta terdedah kepada serangan di darat, dari laut dan dari udara, dapat bertahan? Bolehkah ia mengalah? Apakah ia akan melutut dan meminta keampunan? Apakah ia mendapat kekuatan melampaui insani untuk terus bertahan dan menanggung ujian ini?

Dengan kata lain: Apakah dan berapa banyak lagi penderitaan yang diperlukan sebelum sesuatu penduduk menyerah kalah?

Semua pakar sains yang mengambil bahagian dalam ujian ini – Ehud Olmert dan Condoleeza Rice, Amir Perez dan Angela Merkel, Dan Halutz dan George Bush dan tidak perlu lagi kita menyebut pemenang hadiah Nobel Shimon Perez - memang taksub membelek mikroskop dan menunggukan jawapannya, yang sudah tentu akan menjadi satu sumbangan penting kepada sains politik.


Saya berharap Jawatankuasa Nobel sedang menilainya.


Terjemahan -marhaintua-

0 Comments:

Post a Comment

<< Home